- 29Share sekarang!
- Email1
- Facebook28
- Share
Belum settle pasal Tun Daim, dah ada titwenti lain yang mencuri perhatian rakyat Malaysia. Kalau korang jenis suka scroll social media sampai lebam, mesti dah nampak gambar-gambar isteri Taib Mahmud ni:
Untuk yang tak tahu, wanita kat sebelah kanan tu Raghad Waleed Alkurdi, bini bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud. Dan kalau ikut gambar sebelah kiri pulak, netizen berteka-teki yang dia tengah cuba gerak keluar dari rumah suami dia, walaupun *batuk* nak cari tempat yang muat semua barang tu mesti susah la kan?
Kalau ikut gambar je, korang mungkin tak tahu apa yang kecoh sangat. Tapi sebenarnya, Taib yang dah berumur 87 tahun baru-baru ni telah masuk ke hospital dalam keadaan agak teruk, sampailah isterinya kononnya menyeludup dia keluar tanpa doktor sedar. Dalam laporan asal tu, depa guna perkataan “bawa lari“, jadi korang boleh agak kenapa gambar-gambar ni buat netizen gelabah. Situasi ni pun dah sampai tahap polis kena campur tangan.
Raghad kemudian menafikan semua spekulasi dengan membuat post paparan kertas pelepasan Taib kat Instagram dia. Walaupun dia mungkin nak tunjuk semuanya halal toyibban, agak pelik lah tulisan dalam gambar tu macam tak boleh baca langsung.
Tapi apa pula cerita disebalik drama ni? Kenapa ada macam-macam jenis konspirasi? Semua ni mungkin akan jadi lebih jelas bila korang tahu benda ni melibatkan berbillion-bilion Ringgit. Tapi sebelum kita masuk dalam topik tu, ni bukanlah kali pertama Raghad berada di bawah perhatian umum sebab sebelum ni…
Raghad didakwa mendapat kad pengenalan Malaysia (IC) dengan kelajuan mengalahkan pemain bola sepak
Untuk yang tak pernah dengar nama Raghad, dia sebenarnya berasal dari Syria sebelum berkahwin dengan Taib. Sekarang dia dah jadi warganegara Malaysia bersama dua anak lelakinya dari perkahwinan terdahulu. Mungkin korang pernah nampak salah satu anak lelakinya dalam video TikTok yang viral baru-baru ni.
Reminder that Taib Mahmud’s “bumiputera Melanau” stepson (Raghad’s son) ate a burger on TikTok & wiped his mouth obnoxiously with cash that probably belongs to the people of Sarawak. š¤® (Video credit: Sarawak Report) https://t.co/VohGV794vV pic.twitter.com/NdSR3Gs61X
ā Annoyed Malaysian š²š¾ (@annoyedmsian) February 6, 2024
Walaupun omputeh kata “money can’t buy happiness”, sekurang-kurangnya nampaknya duit tu boleh digunakan untuk lap mulut š¤§. Apa-apa pun, isu kat sini adalah macam mana Raghad dan anak-anak lelakinya dua orang ni boleh dapat kewarganegaraan dan status Melanau tempatan dalam masa enam tahun lepas dia kahwin dengan Taib? Walaupun enam tahun nampak lama (dan agak munasabah) untuk rakyat Malaysia biasa, sebenarnya tempoh ni pendek kalau berbanding dengan permohonan kewarganegaraan orang lain. Malah, bukan pendek biasa-biasa je. Pendek sampai seolah-olah melanggar undang-undang.
Sebabnya, terdapat dua cara untuk Raghad dapat kewarganegaraan dia: (1) kahwin dengan orang Malaysia atau (2) naturalisasi. Tapi masalahnya, tak kira mana pun jalan dia ambil, dia kena tunggu sekurang-kurangnya 7 tahun untuk settlekan proses tu. Dan tu pun dah kira paling laju. Bila campur pulak dengan halangan birokrasi yang memang selalu ada, sebenarnya boleh ambil masa lebih dari SEPULUH TAHUN untuk dapatkan kad pengenalan Malaysia.
Nak tambah pedas lagi, dia dan anak-anaknya dapat status Melanau, yang memang susah nak dapat walaupun untuk orang Sarawak sendiri. Ramai penduduk tempatan yang salah satu mak ayahnya bukan Melanau pon tak boleh waris tanah sebab undang-undang ni ketat gila. Menurut aktivis Sarawak, Peter John Jaban, memang tak adil betul Raghad dan anak-anak dia senang-senang je dapat kekayaan dan status yang tak diberi kepada orang tempatan.
“Kita menghadapi kemungkinan bahawa wanita dari Syria ini, yang tiada hubungan dengan Sarawak selain daripada perkahwinannya, mungkin akan mewarisi segala kekayaan Sarawak.” – Peter John Jaban melalui Malay Mail.
Tapiā¦ macam mana dia boleh dapat segala kekayaan Sarawak yang disebut ni?
Raghad, Taib, dan anak-anak sedang bertempur di mahkamah atas berjuta-juta saham syarikat Sarawak
Buat apa layan K-Drama kalau boleh tengok politik Malaysia? Serius, cerita ni ada segalanya:
- Suami tua dengan harta berbillion,
- Isteri muda lawa,
- Anak-anak yang heret ibu tiri diorang ke mahkamah sebab dia dapat saham syarikat keluarga bernilai berjuta.
Eh kejap… ni pasaipa pulak?
Ok tahun lepas, dua anak Taib Mahmud, termasuk bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Sulaiman Abdul Rahman, telah failkan permohonan injunksi terhadap mak tiri dorang, Raghad. Sebabnya? Dorang tak puas yang dia dapat kira-kira 50 juta saham Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB).
Kalau korang nak tahu, CMSB ni macam tauke besar dalam dunia korporat Sarawak dan pernah terlibat dalam banyak industri termasuk pembangunan, pembinaan, dan pelaburan. Kebetulan pula, ramai yang anggap CMSB ni syarikat keluarga Taib. Kita akan balik ke poin ni japgi, tapi yang korang kena tahu sekarang ni ialah, arwah isteri Taib, Laila, merupakan antara pemegang saham terbesar syarikat tu.
Sekarang ni, saham Laila sepatutnya diwariskan kepada anak-anaknya, tetapi kisah ni tetiba jadi drama pulak apabila ia dilaporkan yang saham-saham tersebut dah dipindah ke bawah nama Raghad. Perintah itu kononnya datang dari Taib sendiri, tetapi menurut plot twist yang terdedah dalam prosiding mahkamah, ia didakwa bahawa tandatangan Taib mungkin palsu.
Kes ini masih berjalan jadi kita masih kena tunggu untuk tahu sama ada pemindahan itu sah atau tak. Tapi sebenarnya, ada soalan lagi besar yang timbul daripada seluruh kejadian ni iaitu… seberapa kaya sebenarnya Taib?
Keuntungan sederhana untuk Taib, kerugian besar untuk Sarawak
Ok, kita cakap macam ni je lah – ni rumah dia yang sebesar istana:
Sebenarnya boleh je kita habis kat sini, tapi jom kita sambung borak guna angka pula š.
Pada tahun 2012, Bruno Manser Fonds, sebuah NGO yang beroperasi kat Switzerland, telah mengeluarkan satu laporan mengejutkan yang menganggarkan harta keluarga Taib bernilai RM64 bilion. Menurut laporan tu, Taib sendiri pon dikatakan bernilai RM46 bilion. Untuk korang paham betapa besarnya nombor ni, pada tahun 2024, lelaki terkaya Malaysia, Tan Sri Robert Kuok dianggar mempunyai harta bernilai RM56 bilion. Jadi berdasarkan ni, ia boleh dikatakan bahawa Taib antara orang terkaya Malaysia kalau dia dedahkan semua harta dia.
Mungkin korang tertanya, kenapa Bruno Manser Fund tulis laporan tu? Ha di sini lah isunya. Selama bertahun, Taib dah dikaitkan dengan rasuah meluas, terutamanya berkaitan dengan pembalakan hutan. Terdapat laporan bahawa kayu balak ni telah dihantar secara haram ke Hong Kong, dan keuntungannya kemudian dicuci di Kanada. Semua transaksi ni berulang-alik antara syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan Taib. Dan cuba teka berapa bilangan syarikat ni?
ā¦Lebih dari 400!!
Antara 400 tu termasuklah CMSB, syarikat yang anak-anak Taib dan isterinya tengah gaduh-gaduh nak dapat. Cerita CMSB ni, dulu ia milik kerajaan negeri sampai 90-an bila, bawah pemerintahan Taib, dia swastakan dan jadikannya milik keluarga dia. Sejak tu, syarikat ni untung besar dari kontrak-kontrak negeri yang berharga kira-kira RM5 bilion, semuanya diberi antara 1993 dan 2013 tanpa perlu susah-susah nak ikut prosedur tender awam yang betul.
Secara jujurnya, ni cuma satu gambaran kecil skala besar empayar dia dan segala salah laku yang pernah didakwa ke atas dia. Jadi, kenapa pihak berkuasa tak pernah ambik apa-apa tindakan ke atas dia?
MACC memang pernah bukak dan tutup banyak siasatan berkaitan Taib
Pada 2014, suatu petisyen oleh DAP telah mencerita pasal jenayah Taib sampai habis. Dalam usaha nak jadi kaya, dia halau ribuan orang asli dari rumah diorang dengan menggunakan tanah diorang untuk projek-projek besar. Kesalahan alam sekitar dia pun serius gak, dengan hutan utama Sarawak ditebang sampai menjadi satu persepuluh saiz asalnya. Tak cukup semua tu, dia pun pernah dituduh tak bayar cukai.
Sekarang ni, kekayaan Taib rasanya macam rahsia terbuka sikit. Pada 2018 bila Mahathir jadi PM, dia kata tindakan boleh diambil kalau ada orang yang laporkan. Tapi orang dah buat aduan rasmi sejak 2011. Lepas tu, terbongkar pulak yang MACC memang dah menyiasat Taib, tapi tak dapat nak kaitkan dia dengan dakwaan salah guna kuasa.
“Betul, dia terlibat dalam sebahagian dari tuduhan. Tapi tidak ada satu pun kes di mana dia menjadi pengerusi mesyuarat atau membuat keputusan,” – Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM melalui The Edge Malaysia.
Walaupun masuk akal bahawa undang-undang menghalang pihak berkuasa daripada mendakwa Taib atas keputusan yang dia sendiri tak buat, tapi ia masih tak menjelaskan kenapa tuduhan pengelakan cukai dia tak membawa kepada sebarang tindakan. Ni pon tak termasuk lagi dakwaan jenayah lain, seperti dakwaan yang dia telah menguruskan beberapa syarikatĀ sementara memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak – yang bertentangan dengan undang-undang negeri.
Dan sekarang dengan Raghad turut terlibat dan bakal mewarisi kekayaannya, cerita harta keluarga Taib nampaknya semakin mendalam. Dengan tiadanya siasatan telus ke atas dakwaan kesalahannya, kita tidak akan ada penyelesaian dan akhirnya, rakyat Sarawak juga yang akan terpaksa menanggung akibatnya.
- 29Share sekarang!
- Email1
- Facebook28
- Share