Jenayah & Undang-undang

Habis satu kampung di Sabah kena tipu, tapi syarikat ni buka cawangan baru?

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Kembar kami, CILISOS ada dapat satu mesej dari salah seorang pembaca, Chris (bukan nama sebenar) pasal orang Kampung Buis, Sabah dah ditipu oleh satu skim ponzi.

“Kebanyakan pelabur adalah orang kampung yang merupakan peladang. Saya berasa kesian kepada mereka. Saya risau  mereka jatuh ke dalam perkara yang kononnya menjana pendapatan, untuk simpanan bagi seumur hidup.”- Chris bagitahu CILISOS.

Oleh kerana dia berada di Semenanjung Malaysia, dia hanya boleh buat laporan polis di KL. Walau bagaimanapun, pihak polis mencadangkan agar dia membuat laporan polis di Sabah supaya senang untuk polis di sana melakukan tindakan. Chris turut membuat laporan ke Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Mesej dari Bank Negara Malaysia

BNM dan SC bagitahu Chris bahawa perkara tu sedang disiasat dan syarikat tersebut dah pun disenarai hitamkan, jadi tiada apa yang boleh dilakukan sekarang. Tapi…

Syarikat ini masih beroperasi dan dah buka Ibu Pejabat mereka yang kedua di Kemboja?!

Menurut Chris, orang di sana mengenali antara satu sama lain di Kampung Buis dan siap ada Group Whatsapp kampung lagi. Ini menjadi buat Bella, ejen pelaburan di Kampung Buis untuk ajak orang-orang kampung menyertai skim itu. Chris pun bagi pada kami nombor si Bella untuk kami tanya sendiri mengenai benda ni.

Apabila kami bercakap dengan Bella, kami dapati yang dia macam tak tahu banyak tentang apa yang dia buat dan apa yang berlaku kepada orang kampung. Dia tak bagi penjelasan yang lengkap tentang macam mana skim itu berjalan (berbanding pelabur atas talian yang lain) tapi lebih kepada penjelasan pasal skim tu sendiri.

Screenshot mesej dengan Bella, ejen pelaburan tu

Syarikat tu dikenali sebagai Big Data International Group (BDIG) menggunakan mata wang kripto (bitcoin) untuk melakukan transaksi. Walau bagaimanapun, ia dilaporkan yang bitcoin tak diiktiraf di Malaysia sebagai duit yang sah. Ini bermakna, korang tak boleh menggunakannya sebagai transaksi.

Walaupun BDIG disenarai hitamkan oleh BNM, syarikat tu juga tidak mempunyai lesen perniagaan untuk buat perniagaan oleh SC, inya tetap beroperasi dengan bantuan ramai pelabur (korang boleh semak sendiri page dan post oleh BDIG). Selain tu, 152 orang Malaysia dah ke Kemboja untuk pelancaran BDIG di sana bagi membuktikan syarikat tu masih sah. Dan ya, mereka juga telah membuka Ibu Pejabat kedua mereka di Kemboja.

Kami menjumpai alamat Ibu Pejabat BDIG di Kemboja dan kami cubalah semak, wujud ke tak. Bila disemak, apa yang keluar adalah lokasi firma guaman. Kami cuba hubungi firma guaman tu dan operator yang angkat telefon mengesahkan bahawa syarikat tu adalah firma guaman. Tapi, apabila kami tanya kalau ditahu apa-apa pasal BDIG, operator tadi bagi kat kawan dia, dan telefon akhirnya diletakkan.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Lokasi alamat syarikat tu mengikut google map

Selain dari Kemboja, BDIG juga beroperasi di Hing Kong (didakwa tak guna alamat yang betul), Malaysia dan Indonesia, di mana siap buat pelancaran besar-besaran di Jakarta JW Marriot. Nampaklah macam syarikat yang sah.

Imej dari Tribunnews

Jadi, kenapa Bank Negara nak senarai hitamkan mereka?

Jadi, kami bercakap dengan Bella pasal skim ini dan mendapati  salah satu cara mereka promosi BDIG dengan ajar cara melabur dari ringgit akan dapat US Dollar!

Mesej dari Bella

Menurut pelabur online, ada dua akaun dalam BDIG. Satu milik pelabur, dikenali sebagai Financial Coin (FC)  sementara yang lain bawah BDIG dikenali sebagai Financial Coin Savings (FCS). Ini macam mana skim ini berfungsi:

  1. Jumlah minima diperlukan untuk buka akaun adalah RM90
  2. Pelabur juga boleh tambah nilai bila-bila masa sahaja, minima USD 10 (RM45). Ada selalu juga tawaran bonus (macam jualan Lazada), dimana pelabur boleh menjana dua kali ganda jumlahpelaburan (ia dipanggil split). Jadi, kalau pelabur tambah nilai USD10, mereka akan dapat semula USD20.

Kat sinilah, Bank Negara mula mengesan benda pelik.

Poin #1: Korang hanya boleh keluarkan duit dari akaun FC, bukannya FCS (dimana duit mereka bertambah. Minima pengeluaran adalah USD10.)

Poin #2: Korang hanya boleh memindahkan 1% apa yang korang ada di FCS ke FC. Jadi, kalau korang ada USD20, korang hanya boleh pindahkan 20 sen ke akaun korang.

Ini bermakna, jumlah minima yang diperlukan untuk ‘melabur’ atau ‘mengembang’ adalah sebanyak USD1,000, sebelum boleh keluarkan duit walau satu sen pun. 

Poin #3: Skim ini ada kadar yang berbeza apabila ia melibatkan pelaburan dan keluarkan duit dari akaun korang. Benda-benda macam kadar pertukaran pun pelik. Kat money changer, perbezaan kadar pertukarannya adalah 70 sen dari yang asal. Bella juga berkongsi kadar pelaburan dalam BDIG adalah 4.5 sementara kadar pengeluaran duit pula adalah 3.8.

Poin #4: Syarikat akan mengambil 10% dari duit yang dikeluarkan!?

Tapi, korang sebagai pelabur sebenarnya akan dapat bonus dalam pelbagai cara macam…mendaftarkan ahli baru! Kalau tak percaya tengoklah gambar kat bawah ni.

Mesej dari Bella

Inilah mungkinlah punca kenapa orang kampung boleh tersangkut nak sertai pelaburan ni.

“Jiran saya melabur RM450, saya bagi amaran kepadanya tapi dia seolah-olah  macam tak percaya dengan apa yang saya perkatakan…sebab nampak macam skim ini boleh buat duit.”- Chris bagitahu kepada CILISOS

Di bawah ini adalah video yang menerangkan keseluruhan konsep.

Sejujurnya, kami tak harapkan pun komen secara terus dari Bank Negara, tapi persoalannya…kalau diaorang memang ada perniagaan yang sah dan kena senarai hitam oleh Bank Negara (sejak 5 bulan lalu), tak ke korang sepatutnya buat siaran akhbar atau pun tuntutan mahkamah?

Apa yang menyedihkan, ini benda yang mungkin orang kampung tak tahu

Kalau korang nak tahu macam mana skim ponzi beroperasi. Tengok video bawah ni.

Secara mudahnya, ia akan buat orang fikir bahawa duit ni mereka dapat dari pelaburan yang dibuat, tapi, apa yang terjadi adalah duit pelaburan mereka digunakan oleh syarikat untuk membayar individu-individu tertentu dan pemilik-pemilik syarikat. Kami dah pulis banyak kali pasal skim ponzi, korang boleh baca kat sini, sini dan sini.

Tapi di kawasan perkampungan Sabah, di mana bank dan institusi kewangan terdekat pun punyalah jauh nak pergi, memang skim ni kan bagi kerosakan yang serius. Bagi Suruhanjaya Sekuriti, mereka dah cuba untuk memudahkan orang kampung faham dengan penerangan video T.I.P.U kat bawah ni.

Walau bagaiamanapun, penguatkuasan adalah perkara yang lain. Kawan kami, Chris bagitahu bahawa membuat laporan polis di Sabah adalah lebih baik untuk memudahkan lagi penyiasatan kes. Kami berjaya menghubungi Nazril, pegawai polis yang mengatakan benda yang berbeza.

“Anda sebenarnya boleh membuat laporan polis di mana-mana sahaja.”- Nazril bagitahu CILISOS

Dia juga ada mengatakan apabila laporan polis dibuat terhadap skim ponzi, kes itu akan dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Ini kerana skim ini adalah diharamkan dibawah undang-undang Malaysia.

Skim Ponzi hanya boleh berfungsi secara berterusan oleh kerana kurangnya laporan kepada polis dan keinginan pelabur untuk terus melabur kepada mereka. Bukan itu sahaja, skim-skim ini sangat sistematik, contohnya bila dan kantoi. Mereka boleh buat yang baru.

Jadi, kalau korang rasa pelaburan tu nampak kabur-kabur, korang boleh buat laporan polis. Disamping tu, korang boleh buat laporan kepada Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti untuk membantu mereka mengesan skim ponzi macam yang Chris buat.

Nampak terlalu bagus…Imej dari Sabahan Reader

Selain dari laporan yang dibuat Chris, pengguna Facebook yang lain ada mengingatkan pengguna lain dalam BDIG melalui group FB, Ponzi Scheme Alert in Malaysia. Chris juga ada bagitahu bahawa kekurangan laporan pasal mangsa BDIG juga menyebabkan syarikat itu masih terus beroperasi. Orang hanya akan menyedari mangsa-mangsa skim ni apabila skim ni dah lingkup.

Untuk sekarang, kami harapkan penduduk kampung boleh nampak benda ni di Facebook.

 

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend