Skandal Jabatan Air Sabah: Macam mana pegawai atasan boleh seleweng sampai hampir RM200 juta?

(Click here to read the original article in English.)

Jam 9 malam tadi, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal iaitu Presiden Parti Warsan Sabah (Warisan) dilaporkan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penahanan ini bertujuan untuk membantu penyiasatan kes penyelewengan dana RM1.5 bilion yang sepatutnya disalurkan kepada pembangunan rakyat Sabah. Sebelum ini, Ketua Pemuda Warisan dan juga 2 ahli UMNO turut ditahan untuk kes yang sama. Ini bukanlah kali pertama kontroversi macam ni berlaku kat Sabah…

Dalam artikel ni, SOSCILI akan menceritakan tentang skandal Jabatan Air Sabah tahun lepas, di mana ia merupakan rampasan terbesar yang pernah dilakukan oleh SPRM dalam sejarah dorang. 

Mana taknya, bila dorang serbu dua rumah pegawai Sabah, dorang jumpa duit berkepuk-kepuk dalam almari dan peti keselamatan, sampaikan SPRM perlukan 30 anggota dan 15 jam untuk kira kesemuanya sekali!

Orang dulu simpan duit bawah bantal, dorang ni tak cukup bantal so almari pun boleh… Imej dari The Malay Mail Online.

Selain duit, SPRM juga rampas macam-macam barang berharga yang lain, termasuklah:

Selain itu, SPRM juga dilaporkan merampas RM3.3 juta wang tunai dari 7 peti deposit keselamatan dan lagi RM23 juta dari akaun bank. Bila dijumlahkan semua, SPRM berjaya merampas sebanyak RM183.84 juta nilai wang dan barangan dalam sehari!

Antara kereta mewah yang disita SPRM. Imej dari mStar.

Perghh… kerja kat Jabatan Air pun boleh buat duit mencurah-curah masuk dalam dompet!

Bila sebut pasal kerja-kerja berkenaan dengan air, mungkin ada yang terfikir kerja yang melibatkan sisa kumbahan, pasang paip, dan sebagainya. (Kalau korang orang Selangor, ucapkan syabas buat Syabas dan jangan lupa bayar bil).

Tapi lain ceritanya kat Sabah, kerana masih banyak benda yang perlu dilakukan. Di sana, masih banyak lagi kawasan yang takde bekalan air paip langsung. Ditambah lagi dengan musim kemarau yang melanda pada awal tahun 2016. Disebabkan itu, ada perancangan untuk membina infrastruktur tambahan bagi menyelesaikan masalah air ni semua.

Tapi malangnya, kepala pegawai-pegawai korup ni semua yang masuk air bila dorang ambil kesempatan untuk baiki infrastruktur dompet masing-masing.

Imej dari Giphy.

Untuk maklumat, dari tahun 2010, kerajaan persekutuan dah menyalurkan RM3.3 bilion untuk menambah baik infrastruktur di Sabah. Ini termasuklah dana untuk membina 30 loji rawatan, meningkatkan bekalan air, memasang saluran paip di kawasan-kawasan terpencil dan menggantikan saluran paip lama.

Perkara ini menjadi tugas Jabatan Air untuk memberikan projek-projek ini kepada kontraktor-kontraktor supaya dilaksanakan. Difahamkan projek-projek ini akhirnya diberikan kepada 38 buah syarikat. Tapi korang cuba teka, syarikat-syarikat ni milik siapa?

Dari kiri: Ag Tahir Ag Talip (Pengarah Jabatan Air Sabah) & Teoh Chee Kong (Timbalan Pengarah). Imej dari The Star.

Menurut siasatan awal SPRM, 17 daripada syarikat ini rupanya dimiliki oleh pengrah, adik-beradiknya dan proksinya. Manakala, 12 lagi syarikat dimiliki oleh adik beradik timbalan pengarah. (Amboi…amboi…)

Sumber dari kerajaan negeri pula mendakwa, perkara ini telah membuatkan si pengarah dan timbalan pengarah mengambil 60% dana dari peruntukan projek-projek tersebut.

Tapi macam mana pulak benda ni boleh terlepas daripada orang kerajaan?

Kalau nak fikir logik akal, macam manalah duit juta-juta ni boleh lenyap tapi takde sorang pun perasan? Jampi serapah apa yang dorang guna? Sebenarnya, dorang berjaya menggunakan beberapa kelemahan dalam sistem pentadbiran yang sedia ada.

Pertamanya, duit tersebut disalurkan tanpa penyeliaan. Walaupun Jabatan Air adalah di bawah Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, dana ini semua disalurkan terus kepada jabatan berkenaan kerana ia merupakan projek persekutuan. Jadi kementerian negeri tak tahu apa-apa tentang duit mahupun projek yang terlibat.

Mana duit tu? Imej dari Giphy.

Dorang siap pecahkan projek ni kepada bahagian-bahagian bernilai RM100,000 untuk mengelakkan proses tender, jadi pengarah dan timbalan pengarah boleh sain terus tanpa pengetahuan orang lain.

Diorang siap boleh lepas lagi daripada mata Ketua Audit Negara. Semasa Jabatan Air diaudit pada tahun 2011, mereka hanya menumpukan perkara lain di Jabatan Air dan bukannya projek infrastruktur mereka.

Perkara ini berlaku selama 5 tahun, sampailah ada yang perasan

Bila SPRM mula dengar ada yang tak kena dengan Jabatan Air Sabah, SPRM pun buat satu pasukan khas untuk menyiasat dan operasi ini diberi nama ‘Ops Water’. Pasukan yang dianggotai 70 orang ini mula menjalankan pengawasan terhadap pegawai-pegawai di Jabatan Air, walaupun pegawai-pegawai ni pandai sembunyikan kekayaan masing-masing.

Sebelum ni kitorang ada senaraikan antara 5 kes rasuah terbesar di Malaysia. Klik sini untuk baca.

Lepas setahun mengumpulkan maklumat dan SPRM akhirnya mendapati kekayaan diorang ni melebihi yang sepatutnya. Makanya, SPRM bertindak menyerbu rumah dua pegawai ini mengikut undang-undang sedia ada.

Tetapi benda ni tak habis macam tu je…

Sehari selepas pengarah dan timbalan pengarah ni kena tangkap, SPRM tahan pula adik timbalan pengarah yang juga seorang ahli perniagaan bergelar Datuk beserta akauntannya. Lepas tu, SPRM tahan lagi 5 orang termasuklah bekas timbalan pengarah Jabatan Air yang juga menjadi penasihat kepada kerajaan negeri.

Seminggu kemudiannya, SPRM lancarkan gelombang ke-2 ‘Ops Water’. Satu operasi besar-besaran telah dijalankan di beberapa buah daerah yang akhirnya membawa kepada menahan 19 ketua bahagian dan daerah, serta jurutera dan juruteknik Jabatan Air. Diorang ini disyaki menerima 27-30% dari sogokan kepada kontraktor yang diberikan projek.

Ramai lagi yang kena tahan. Imej dari The Star.

Sepanjang siasatan, pihak SPRM juga mendapati lebih banyak wang tunai yang diselewengkan, beberapa orang pegawai menyerah diri, beberapa juta akaun bank dibekukan, menemui beberapa akaun bank di luar negara dan beberapa lagi kereta mewah. SPRM juga dah berjaya merampas RM8.4 juta dan menahan lebih 20 orang individu.

Bagaimanapun, setelah beberapa bulan hal ini dibicarakan, pada Jun 2017 lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan Bekas Pengarah Jabatan Air Sabah tersebut menggunakan geran tanah untuk membayar ikat jamin.

Adakah perkara sebesar ini boleh terjadi sekali lagi?

Dalam hal ini, Transparency International Malaysia melihat perlunya ada pembaharuan dalam sistem kita hari ini. Contohnya dengan mengehadkan tempoh perkhidmatan penjawat awam. Bagi kerajaan Sabah pulak, mereka nak teliti dan perbaiki sistem laporan yang sedia ada.

Dalam masa sama, kita juga memerlukan undang-undang yang tepat bagi menghalang dan menghukum pelaku rasuah. Dalam hal pencegahan, kerajaan nampaknya dah bersetuju dengan cadangan supaya semua projek bernilai RM500 juta dan ke atas patut mempunyai wakil dari Ketua Audit Negara dan SPRM dalam jawatankuasa projek.

Imej dari imgur.com

Sementara itu, SPRM pulak sedang berjuang mewujudkan undang-undang yang membolehkan diaorang ambil tindakan bila ada alasan yang cukup terhadap pelakuan rasuah, sebab sekarang ni diaorang kena kumpul bukti yang banyak terlebih dahulu sebelum boleh mengambil sebarang tindakan.

Tapi pengajaran yang paling besar daripada kes ini adalah, cara paling berkesan dalam melawan korupsi adalah melibatkan kita rakyat marhein ni je, sebab…

Hero sebenar dalam skandal air di Sabah adalah orang awam sendiri

 

Percaya atau tak, hero sebenar dalam pembongkaran skandal air di Sabah adalah orang awam sendiri yang telah membuat aduan kepada SPRM tentang apa yang berlaku.

Walaupun SPRM ada spy diorang sendiri dalam pelbagai jabatan kerajaan untuk mengawasi aktiviti rasuah, SPRM mengakui yang mereka masih kekurangan tenaga kerja untuk mengawasi segalanya.

“Ia adalah cita-cita kami untuk mempunyai pegawai SPRM di setiap jabatan kerajaan dan bukan hanya di tempat ‘panas’. Tapi buat masa ini, kita tak mampu nak berbuat demikian kerana kita tak ada banyak pegawai.” – Datuk Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM. Dipetik dari New Straits Times.

Aduan ni bermula dengan kontraktor-kontraktor yang mengeluh mereka asyik tak dapat projek, sebab itulah SPRM mula bagi perhatian dan memulakan siasatan mereka selama setahun terhadap Jabatan Air Sabah.

“Kes Sabah sebagai contoh. Ia bermula dengan aduan dari orang awam. Kami kemudiannya mengumpulkan risikan.” – Datuk Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM. Dipetik dari New Straits Times.

Jadi kalau korang rasa ada sebarang salah laku rasuah berlaku di persekitaran korang, korang boleh bantu SPRM dengan membuat aduan di sini.

“Saya bagi jaminan kepada anda, berikan maklumat yang sah kepada kami untuk kami jalankan siasatan dan saya akan gerakkan orang saya.” – Datuk Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM. Dipetik dari New Straits Times.

About Azar Ishak 276 Articles
Hari-hari Teh O ais, besok kopi plak lah.