- 48Share sekarang!
- Email2
- Facebook46
- Share
Seluruh rakyat Muar sekarang ni sudah dikejutkan dengan projek mega tambak laut di perairan pantai Muar milik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Ia dinamakan sebagai Projek Maharani Energy Gateway (MEG).
Tujuan Projek MEG ini untuk membangunkan hab tenaga lestari serantau dan pelabuhan laut dalam yang luasnya ialah 1295 hektar. Boleh dikatakan luas kawasan itu sama besar dengan Putrajaya. Projek milik Sultan Ibrahim Sulatan Iskandar ini dikendalikan oleh Maharani Energy Gateaway Sdn. Bhd. (MEGBSB) dengan bermodalkan RM10 juta.
Namun, timbulnya satu konflik dalam isu ini di mana wakil rakyat, para nelayan serta penduduk di situ tidak diberitahu mengenai projek itu. Bekas ADUN Maharani, Nor Hayati Bachok dan ADUN Bentayan, Ng Yak Howe mendakwa mereka tidak dirujuk sebelum proses EIA dan hanya mengetahui mengenai projek itu baru-baru ini.
Oleh itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tampil dalam menangani isu ini. Berdasarkan videonya di Tiktok, dia telah berjumpa dengan para nelayan serta penduduk di Parit Jawa & meminta supaya kerajaan negeri mengadakan sesi dialog secara menyeluruh bersama semua nelayan, peniaga-peniaga kecil, Ahli Parlimen dan ADUN sebelum melangsungkan projek itu.
@syedsaddiq Projek Mega Maharani Energy Gateway tak boleh abaikan kebajikan rakyat. We must hear them out. Ini masa depan mereka, ini keluarga saya. #fyp ♬ Spongebob Tomfoolery – Dante9k Remix – David Snell
Disebalik sikap prihatin Syed Saddiq dalam menangani isu di kawasannya ni, timbul satu kontroversi di mana seorang nelayan ni mengatakan…
Syed Saddiq tidak berjumpa dengan persatuan nelayan langsung
Seorang nelayan bernama Zulferry Hamidon, menjelaskan bahawa Syed Saddiq tidak berjumpa langsung dengan persatuan nelayan, tapi hanya berjumpa dengan segelintir penduduk sahaja. Zulferry Hamidon meluahkan rasa tak puas hati kerana Syed Saddiq sepatutnya berjumpa dengan persatuan nelayan bukan dengan orang Cina dan menganggap dia hanya sekadar cari publisiti.
“Syed Saddiq cakap pasal nelayan yang dia buat TikTok. Sebenarnya, dia tak berjumpa dengan persatuan nelayan…dia tak berjumpa dengan persatuan nelayan, dia berjumpa setengah-setengah orang sahaja. Satu, macam kaum cina dia jumpa 7-8 orang, nak buat jumpa tu, cari persatuan nelayan…persatuan nelayan ada! Nak buat apa dia buat macam itu, dia nak cari apa publisiti?” — Zulferry Hamidon, dipetik dari Mudarat.
Katanya lagi, Syed Saddiq sepatutnya berjumpa dengan pengurus persatuan nelayan jadi kita boleh bincang tindakan yang kita boleh dilakukan.
Ini tak datang sini buat macam ni lari…buat dia datang sini lari…Datang sekali dua kali lari…tak pernah jumpa Melayu…jumpa kaum Cina je. Apa motif dia jumpa kaum Cina? Dia nak apa? Dia nak pecah belahkan Melayu & Cina? Persatuan Nelayan ni 65% Melayu 30% Cina. Bila kau jumpa pengurus/pengerusi jadi kita boleh bincang macam mana nak buat. — Zulferry Hamidon, dipetik dari MudaRat.
Menurut Zulferry Hamidon, Projek MEG ni sebenarnya bagus untuk nelayan juga kerana boleh dapat peluang pekerjaan. Walaupun bukan nelayan dapat manfaat, tapi anak-anak nelayan pun akan dapat pekerjaan lepas keluar universiti. Katanya lagi projek ni juga menjadi kebanggaan bagi penduduk Johor.
Projek sebenarnya bagus, untuk nelayan juga. Jadi nelayan boleh dapat peluang pekerjaan, anak-anak nelayan keluar universiti dapat peluang pekerjaan, 26,000 peluang pekerjaan tau, bukan sikit tau. Lagi satu dia buat ni…bukan jangka masa yang pendek, 10 tahun 20 tahun, entah-entah kita ada lagi atau tidak, tapi dia buat untuk anak-anak kita, untuk negeri Johor, tak bangga ke negeri Johor ada pulau buatan manusia, bandaraya, betul tak saya cakap? — Zulferry Hamidon, dipetik dari MudaRat.
Tambahan pula, semenjak Syed Saddiq menang PRU-14 yang lalu, dia tak berjumpa langsung dengan persatuan nelayan kata Zulferry Hamidon.
Sekali jumpa pun tak lagi, dari 2018 dia menang tu (menang pilihanraya), takde jumpa pun dengan persatuan nelayan, Itukah Ahli Parlimen? Tak macam Ahli Parlimen dulu, setiap bulan ada je orang dia datang, tanya apa susah, apa kekurangan, ini dia satu pun takde. Covid itu hari apa yang dia buat? Kita minta 500, apa pun takda bagi, satu pun takde bagi, itukah Ahli Parlimen yang diorang nak? — Zulferry Hamidon, dipetik dari MudaRat.
Kalau nak versi video (sumber), boleh tengok di bawah:
@muda.rat #johor #muar #syedsaddiq #mudarat #partimuda #mudasudahmula #muda ♬ original sound – MudaRat
- 48Share sekarang!
- Email2
- Facebook46
- Share