- 6.8KShare sekarang!
- Email71
- Facebook6.7K
- Share
Beberapa minggu lepas, kitaorang dah buat satu survey untuk kenal pasti adakah rakyat Malaysia puas hati ataupun tak dengan pekerjaan diaorang. Sebenarnya, berapa kali diaorang terfikir untuk berhenti kerja ataupun letak jawatan? Adakah diaorang memang sengaja ambil masa yang lama untuk siapkan kerja yang senang? Dan apa yang paling penting, KENAPA diaorang tak puas hati dan tak gembira dengan kerja diaorang sendiri???
Jadi, dengan kerjasama kawan-kawan kitaorang kat AIA, kitaorang pun buat keputusan dengan menjalankan ‘Survey Geram Kerja 2019‘ untuk tahu apa yang rakyat Malaysia tak puas hati dengan kerja diaorang?! (Susah jugak sebenarnya buat survey ni bila boss kitaorang ada perhatikan kitaorang…) Okay, sebelum kita buat analisa dengan jawapan survey tu, ni fakta demografi daripada semua responden tu:
- Tempoh masa survey: 8 – 26 Mei 2019
- Responden: 2,121 orang
- Jantina: 45% lelaki, 54% perempuan, 1% lain-lain
- 5 lokasi utama: Selangor, KL, Johor, Penang, Sarawak (kitaorang ada responden daripada seluruh negeri, tapi seperti yang dijangkakan, kebanyakkannya dari Lembah Klang)
- Kumpulan umur: 21-29 (50%), 30-39 (39%), 40-49 (8%)
1. Sebab utama rakyat Malaysia nak berhenti kerja BUKAN sebab duit…
Bila diaorang ditanya sebab utama kenapa diaorang nak berhenti kerja, berikut adalah jawapan daripada responden survey tu:
- “Budaya syarikat ni teruk” – 42%
- “Saya dah tak boleh tahan dengan boss saya” – 40%
- “Gaji saya tak sepadan dengan tugas saya” – 39%
- “Orang tak menghargai apa saya buat” – 38%
- “Saya dah tak belajar apa-apa lagi” – 29%
Sebaliknya, ni lah sebab-sebab yang boleh membuatkan diaorang stay dengan kerja diaorang tu:
- “Kalau saya dapat naik gaji yang tinggi” – 59%
- “Kalau bos-bos saya lebih memahami” – 44%
- “Kalau orang menghargai kerja yang saya buat” – 41%
- “Kalau syarikat ni menaja kos peningkatan profesional/peribadi saya” – 33%
- “Kalau saya dapat buat kerja yang lebih menarik” – 32%
Walaupun nilai duit semestinya boleh membuatkan seseorang tu kekal kat tempat kerja diaorang, tapi ia bukanlah penentu kepada kebahagiaan seseorang dengan kerja diaorang… Dan ia berdasarkan fakta dalam satu kajian yang pernah dijalankan berkaitan hal ni. Dalam satu kajian 2012/2013 oleh sebuah laman kerjaya CareerBliss.com, ia mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi kebahagiaan seseorang dengan kerja diaorang bukanlah diukur menerusi gaji yang diaorang terima.
“Pekerja boleh berpuas hati dengan kerja mereka kalau mereka dibayar secara konsisten dan diharapkan dibayar dengan betul. Sekarang, keseluruhan kerja dan tahap kepuasan hidup, rasa kesejahteraan dan kerja yang mereka lakukan adalah berkait rapat.” – Heidi Golledge, Ketua Eksekutif CareerBliss.com
Bila cakap pasal ketidakpuasan hati ni…
2. 81% daripada rakyat Malaysia percaya dengan ‘Kegatalan 700 Hari’?
Kalau korang tak pernah dengar istilah ‘Kegatalan 700 Hari’ (700 Day Itch), ia bukanlah bermaksud korang kena gatal-gatal ataupun rashes ke apa. Ia berkaitan dengan skop pekerjaan korang jugak.
Sebenarnya, ‘Kegatalan 700 Hari’ ni bermaksud pekerja tak bahagia dengan kerja diaorang dan berkemungkinan akan tinggalkan kerja diaorang dalam tempoh 2 tahun bekerja. Dan sebab tu lah membuatkan kitaorang nak tahu kenapa terjadinya macam tu, sebab tak banyak kajian yang dibuat mengenai perkara ni, jadi kita takde tempat untuk dirujuk. Tapi adakah ‘Kegatalan 700 Hari’ ni cuma mitos syok-sendiri daripada pekerja-pekerja, ataupun perkara ni memang betul-betul terjadi?
Jadi dalam survey kitaorang, 41% daripada responden bagitahu yang diaorang memang mengalami situasi ‘Kegatalan 700 Hari’, yang menyebabkan diaorang nak tinggalkan kerja dalam tempoh 2 tahun bekerja. Manakala 40% daripada diaorang secara peribadinya ada kenalan yang mengalami situasi tersebut. Dan hanya 19% mengatakan ia hanyalah mitos semata-mata!
Sebenarnya, dalam tempoh 2 tahun bekerja yang membuatkan seseorang tu rasa tak seronok dengan kerja dia adalah tempoh masa yang sangat panjang. Kebanyakan pekerja yang terdiri daripada golongan milenium hanya menjangkakan kerja cuma 6 bulan je, tapi sebenarnya ia macam dah jadi trend kat generasi milenium sekarang ni.
“Pekerja yang tak berpuas hati dengan kerja mereka tak seharusnya menderita di mana mereka berada,” kata wakil AIA kepada kami. “Akan selalu ada alternatif lain.” Dan ia berdasarkan program AIA Elite Academy, iaitu program eksklusif selama 18 bulan yang bertujuan melatih dan membangunkan generasi baru terdiri daripada agen insurans – Life Planners. Ia melatih dan melengkapkan agen tersebut dengan kemahiran, integriti, untuk membantu rakyat Malaysia hidup dengan lebih harmoni.
Ejen insurans AIA yang dimaksudkan tu bukanlah terdiri daripada ejen-ejen yang paksa orang untuk langgan insurans yang disediakan, sebaliknya AIA nak ubah stereotaip tu dengan hanya merekrut ejen yang betul-betul berkaliber. Serta melatih individu tersebut dengan pemasaran media sosial dengan menyediakan latihan individu dan mentor menggunakan teknologi terkemuka. Jadi, kalau korang ‘menderita’ dengan kegatalan 700 haritu, mungkin korang boleh pilih program ni sebagai salah satu jalan keluar dari kerja korang?
3. Sebenarnya, rakyat Malaysia ni rajin je nak belajar… termasuklah orang tua-tua
Dah tua bukan bermaksud tak boleh belajar okay! Selain daripada waktu kerja yang fleksibel, gaji yang tinggi, manfaat yang baik dan cara kerja, responden dalam lingkungan 50-59 tahun juga menyenaraikan ‘peluang belajar’ sebagai salah satu faktor apa yang diaorang nak dalam pekerjaan yang ideal.
Sebenarnya, berdasarkan survey kitaorang ni kebanyakan responden lebih memilih untuk belajar sesuatu dan ‘berkembang’, berbanding aspek lain. Dan berbalik semula pada punca utama kebanyakan responden tinggalkan kerja diaorang sebab diaorang tak berkembang.
Oleh sebab itu, diaorang nak syarikat melabur untuk aspek perkembangan diaorang untuk terus kerja kat situ. Sebaliknya, 72% responden pilih untuk buat ‘pekerjaan yang sangat mencabar untuk membolehkan diaorang berkembang, dan 16% responden menyatakan mereka buat ‘kerja yang mudah tapi tak mempunyai masa depan’. Dan 12% responden ‘dapat gaji yang lumayan tapi diaorang TAK SUKA apa yang diaorang buat’.
Bila cakap pasal berkembang ni, macam mana cara nak pastikan seseorang tu sentiasa berkembang? Antara beberapa perkara menarik, ada seorang eksekutif MBA bagitahu penulis Harvard Business Review yang seseorang tu mestilah buat dan membina peluang sama ada di dalam ataupun di luar skop pekerjaan diaorang. Dan tu jugak merupakan sebahagian daripada tujuan program AIA Elite Academy ni. Program tersebut bertujuan untuk membina kemahiran dalam pelbagai aspek, jadi ia boleh bantu bagi jaminan kat korang yang korang boleh berkembang dalam skop yang berbeza.
4. 12% rakyat Malaysia bagitahu yang diaorang sengaja habiskan masa kat tandas waktu kerja!
Bila ditanya mengenai perkara-perkara membuang masa yang responden selalu buat kat tempat kerja,
- 53% mengaku akan tangguhkan kerja diaorang dengan melayari website yang tak berkaitan dengan kerja diaorang (macam apa yang korang buat sekarang, baca artikel ni kat office korang…),
- 16% mengaku yang diaorang sengaja ambil masa yang lama untuk buat tugas dan kerja yang senang (cth. fotokopi, scanning) dan
- 12% bagitahu yang diaorang SENGAJA tahan daripada ‘membuang’ dan akan habiskan masa diaorang kat tandas pejabat…
Fun fact: siapa yang selalu buat benda macam ni? Adakah kebanyakkan daripadanya lelaki? (Bukan nak jadi seksis tau, tapi staff lelaki kat sini selalu ‘berkurung’ kat tandas lama-lama.) Dan berdasarkan jawapan survey yang kitaorang dapat – lelaki 54%, perempuan 46%!
Selain daripada perkara-perkara yang membazir masa tu, kitaorang tanya responden jugak mengenai perkara lain yang diaorang selalu buat kat tempat kerja diaorang… dan 34% responden mengaku yang diaorang pernah print resume untuk temuduga kerja kat pejabat diaorang! Tsk tsk!
Sebanyak 30% responden jugak mengaku yang diaorang ada WhatsApp Group yang tak masukkan bos diaorang dalam group tu. Jadi boleh la diaorang ‘membawang’ pasal bos kat situ. Dan berdasarkan jawapan survey tu, 46% daripadanya adalah lelaki dan 54% perempuan. Kebanyakan daripadanya terdiri daripada kumpulan gaji yang berpendapatan sederhana (RM2k – RM5k, 54%), dan apa yang pelik, kebanyakan daripada mereka adalah… berstatus bujang?! (47%).
Walaupun ada responden yang mengaku diaorang buat perkara yang tak sepatutnya tu, majoriti responden (60%) bagitahu yang prestasi diaorang sebagai ‘baik’ dan ‘sangat baik’!
5. Rakyat Malaysia nampak macam senang nak bergaul dengan rakan sekerja diaorang, tapi…
Berdasarkan survey daripada Malaysia’s Healthiest Workplace oleh AIA Vitality pada tahun 2017, rakyat Malaysia mempunyai waktu kerja yang paling lama, jika nak dibandingkan dengan Singapura, Hong Kong dan Australia. Oleh sebab itu, ia bukanlah perkara yang mengejutkan bila rakyat Malaysia PALING banyak habiskan masa diaorang dengan rakan sekerja diaorang kat pejabat.
Dan sebab tu lah kitaorang nak tahu – adakah rakyat Malaysia senang nak bergaul dengan rakan sekerja, dan apakah yang diaorang buat sekiranya ada pertikaian sesama diorang? Daripada survey kitaorang, rakyat Malaysia nampak macam mudah bergaul dengan rakan kerja diaorang, dan seperti apa yang kitaorang dapati:
- 21% rakyat Malaysia kerap buang masa diaorang dengan bersembang dengan kawan diaorang kat water cooler;
- 16% responden percaya dengan rakan sekerja diaorang dan akan minta bantuan kawan kalau diaorang ada buat salah kat tempat kerja, dan hanya 0.4% mengatakan diorang akan mengalihkan kesalahan tu;
- dan 43% responden ambil berat tentang rakan sekerja mereka, WALAUPUN diaorang sebenarnya tak bertanggungjawab, diaorang akan tolong sesama sendiri dan memperbaikinya terlebih dahulu sebelum bagitahu kat bos (18%) ataupun buat rancangan untuk buatkan diaorang kena pecat (4%)!
Dan kitaorang jugak dapat tahu yang KEBANYAKAN rakyat Malaysia sebenarnya akan biarkan rakan sekerja diaorang ambik kredit dengan kerja yang dia dah buat, selagi kerja tu siap dan lengkap (39%)! Namun, apabila ditanya sebab utama diaorang nak berhenti kerja, 21% responden bagitahu yang rakan kerja diaorang selalu buat diaorang marah manakala 22% lagi bagitahu yang diaorang akan teruskan kerja kat situ jika rakan kerja diaorang lebih membantu.
Dan berdasarkan apa yang dah dihuraikan kat atas tu, AIA sekarang tengah cari team players yang boleh bekerjasama dengan orang lain dan boleh wujudkan hubungan jangka panjang yang baik untuk tolong mereka dalam merancang masa depan. Dan kalau perkara ni bersesuaian dengan korang, korang boleh klik sini untuk rancang dan buat sesuatu yang berbeza dengan kerja korang.
6. Pekerja berumur 40 tahun DUA kali ganda berpotensi nak marah bos diaorang balik berbanding golongan millenial
Kitaorang jugak nak tahu apa yang rakyat Malaysia buat bila kena tegur dengan bos disebabkan sesuatu kesalahan. Secara keseluruhannya, kebanyakan daripada responden (77%) bagitahu yang diaorang dengan rendah hati akan terima teguran tu dan buat lebih baik. Tapi, ada 11% lagi bagitahu yang diaorang terima pembetulan tu sambil merungut pasal tu kat media sosial.
Walau bagaimanapun, bila kitaorang tengok balik kat demografi responden untuk soalan tu, kitaorang dapati responden perempuan hampir dua kali lebih banyak mengaku diaorang akan mengadu kat media sosial (14%) berbanding dengan responden lelaki (8%).
Selain tu, berdasarkan jawapan survey daripada soalan tu, pekerja yang berumur 40 tahun lebih daripada 2 kali ganda (9%) mengatakan yang diaorang akan marah bos diaorang balik. Ia berbanding dengan responden yang berumur antara 21-29 (4%)! Mungkin sebab diaorang dah ada pengalaman kerja yang lama, jadi diaorang lebih berdikari. Terutamanya kat Malaysia, kebanyakan syarikat lebih cenderung melihat kepada faktor status dan pangkat kerja seseorang.
Kebanyakan rakyat Malaysia berkemungkinan lebih suka bertahan kena hentam dari boss diaorang disebabkan…
7. … 56% percaya yang pasaran kerja sekarang ni sangat teruk yang membuatkan diaorang bertahan
Orang Malaysia ni selalu komplen pasal kerja diaorang, tapi kenapa tak berhenti pun??
Walaupun lebih daripada separuh responden menyatakan yang diaorang nak berhenti kerja, tapi ni adalah 5 sebab utama kenapa diaorang tak buat pun apa yang diaorang nak sangat tu:
- “Pasaran kerja yang teruk” – 56%
- “Saya ada keluarga untuk ditanggung” – 42%
- “Saya takde simpanan” – 29%
- “Ia mungkin akan jadi lebih baik nanti” – 26%
- “Saya dah terlalu selesa” – 26%
Baru-baru ni, The Sun ada bagitahu yang kira-kira 21,000 orang dah kehilangan pekerjaan pada tahun 2018. Tahun ni pula, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menganggarkan lebih kurang 30,000 orang pekerja akan diberhentikan, yang kebanyakan disebabkan peningkatan kos perniagaan. Selain tu, pengarah eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan bagitahu yang majikan jugak terjejas disebabkan kenaikan 10% dalam gaji minimum, serta dasar baru yang memerlukan Socso untuk pekerja asing. Baik untuk pekerja, tapi yang sebaliknya untuk majikan…
Kalau korang tak puas hati dengan kerja korang, gunalah cara ni…
Dengan masa depan yang suram untuk pekerja yang tak seronok dengan kerja diaorang ni, nampaknya diaorang perlu buat yang terbaik dengan apa yang diaorang buat sekarang ni. Ataupun dapatkan pekerjaan yang lebih baik dan sesuai sebelum buat keputusan untuk berhenti kerja. Dan itulah yang dikatakan tentang AIA Elite Academy – ia adalah alternatif yang boleh dipertimbangkan oleh semua orang, tanpa mengira bangsa, umur, tahap dan industri pekerjaan… dan macam orang ni yang tinggalkan kerja sebagai VP kat sebuah bank:
Tapi, apa yang AIA cari sekarang ni bukanlah orang yang sebarangan… diaorang nak melabur untuk orang yang ada potensi untuk berjaya. Kalau korang malas nak kerja tapi asyik komplen je, lebih baik jangan mohonlah.
Kalau tujuan korang memang untuk cari kerja dalam tempoh jangka masa panjang korang, AIA Elite Academy merupakan salah satu program yang korang boleh sertai. Di samping dapat jumpa dengan orang baru sepanjang masa, korang jugak berpeluang untuk mempunyai fleksibiliti masa dalam menguruskan jadual waktu korang sendiri.
Sebagai maklumat tambahan untuk korang, sertai syarikat insurans bukanlah bermaksud korang kena jual insurans ye… Kalau bidang jualan dan pemasaran bukanlah kekuatan utama korang, korang masih boleh buat pelbagai kerja yang lain dalam kumpulan korang. Kalau korang berminat, klik di sini… tapi kalau korang nak lebih info dan statistik pasal survey tu, nah!:
- Kalau kerja diaorang yang sekarang ni sangat teruk, kenapa diaorang ambik kerja tu? Kebanyakan respon daripada responden adalah “diaorang takde pilihan lain” (32%), tapi lepas tu ada pulak jawapan “Ia nampak macam ada masa depan yang cerah” (22%)
- Apa yang membuatkan rakyat Malaysia untuk bekerja keras? Semakin meningkat umur korang, semakin banyak yang korang kena kerja keras untuk “tanggung keluarga korang”. Tapi yang berumur 18-20 tahun tu pulak? Kebanyakkan daripada diaorang bagitahu yang “taknak nampak macam ketinggalan” (36%)
- Semakin banyak yang korang dapat, makin banyak tempoh masa bekerja korang. 48% daripada responden memperoleh RM2k – RM5k bekerja 9-12 jam/sehari. Dan peratusan tu meningkat dengan gaji yang berlainan ditawarkan. 77% responden memperoleh RM15k – RM20k bekerja 9-12jam/sehari.
- 70% daripada responden bagitahu yang diaorang dapat kenaikan gaji dalam tempoh 12 bulan yang lepas… jadi pekerja yang tak dapat apa-apa kenaikan tu, majikan bolehlah bagi chan kat diaorang. Terutamanya yang dah bekerja dalam tempoh masa 5 tahun ke atas tu.
- 6.8KShare sekarang!
- Email71
- Facebook6.7K
- Share