- 984Share sekarang!
- Email21
- Facebook963
- Share
Siri sejarah dan peristiwa rare yang berlaku dalam Sukan Olimpik ni mesti korang dah tahu en. Oh ye, kami pun sebelum ni ada pernah menulis artikel mengenai peristiwa rare pasal sukan ni iaitu atlet perlu berbogel ketika Sukan Olimpik (kalau nak tahu, boleh baca di sini).
Bukan tu je, negara kita pun pernah terlibat dalam sejarah olimpik yang sampai sekarang kita masih ingat iaitu Malaysia pernah memboikot Sukan Olimpik 1980 atas sebab Soviet Union menyerang Afghanistan.
Tapi en…korang tahu tak yang Sabah dulu sebelum Persekutuan Malaysia (kiranya Sabah sebelum ni pernah jadi negara la) pernah hantar atlet ke Sukan Olimpik pada 1956? Ye betul, Sabah pernah…
Terlibat dalam Sukan Olimpik 1956 yang terpalit dengan kontroversi
Kalau korang nak tahu, Sukan Olimpik 1956 (nama lainnya Olympiad XVI) diadakan di Victoria dan Melbourne, Australia. Ia dikatakan pertama kali berlangsung di Benua Ocenia kerana sebelum ni Sukan Olimpik dilakukan di Benua Eropah dan Amerika Utara sahaja.
Sebenarnya semasa Australia nak dipilih menjadi tuan rumah ni banyak konfliknya. Ramai orang tak setuju Sukan Olimpik di Australia kerana musim sejuk. Kalau korang nak tahu, dulu Sukan Olimpik diadakan pada musim panas sebabtu namanya Summer Olympic.
Masa tu, Kerajaan Australia ni pun banyak songeh gak sebab mereka mengharamkan acara berkuda. Jadi, mereka terpaksa melangsungkan acara sukan berkuda di Stockholm, Sweden atas faktor kesesuaian tempat.
Selain itu, banyak juga negara lain yang tak nak terlibat dalam Sukan Olimpik ni antaranya Mesir, Lubnan, Iraq dan Kemboja. Hal ini disebabkan tanda protes terhadap Krisis Suez — Perang Kedua Arab – Israel.
Oh ye lupa nak cakap, Sepanyol dan Switzerland pun boikot tapi atas sebab Soviet Union sertai Sukan Olimpik. Dua negara tu boikot untuk tunjuk tanda protes terhadap serangan Soviet Union ketika Revolusi Hungaria.
Walaupun banyak konflik berlaku, mereka akhirnya tetap melangsungkan Sukan Olimpik tu. Dikatakan sebanyak 67 negara yang sertainya. Dalam banyak-banyak negara ni, terdapat sebuah negara yang sekarang ni menjadi negeri dalam Malaysia iaitu Sabah.
Kalau korang nak tahu, Sabah sebelum menyertai Persekutuan Malaysia, mereka merupakan sebuah negara yang dipanggil Borneo Utara. Negara ini dikatakan pernah menghantar dua orang atlet ke Sukan Olimpik 1956. Mesti korang tak percaya kan? Takpe, meh kami buktikan, biar korang semua ternganga lepas dah tahu pasal ni.
Dalam buku The Olmpiys Games (1956) — ditulis oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Switzerland, mereka ada menulis senarai negara-negara yang terlibat dalam Sukan Olimpik. Kami pun terkejut apabila menjumpai nama Borneo Utara dalam buku itu.
Tak caya? Mari kami tunjuk bukti:
Untuk pengetahuan korang, Borneo Utara pada waktu tu hanya menghantar dua orang atlet sahaja untuk bertanding di Sukan Olimpik 1956 iaitu…
Datuk Gabuh Piging & Datuk Sium dalam acara lompat kijang
Datuk Gabuh bin Piging salah satu atlet paling terkenal dan berjaya di Sabah. Kerjaya sukannya bermula pada 1950-an (time tu umurnya masih 20-an lagi). Oh ye lupa lak, beliau dilahirkan pada 11 Januari 1932 di Tambunan, Sabah.
Datuk Gabuh telah mewakili Borneo Utara dalam Sukan Olimpik 1956 di Melbourne dalam acara lompat kijang. Beliau juga ditemani oleh rakan sepasukan beliau, Datuk Sium bin Diau. Haa… masa ni Datuk Gabuh berumur 24 tahun manakala Datuk Sium berumur 21 tahun.
Datuk Gabuh dikatakan dari 28 peserta, beliau menduduki tempat ke-24 dengan lompatan sejauh 14.55m. Rakan sepasukan beliau (Sium bin Diau), mendapat tempat ke-28 dalam dengan jarak 14.08 m. Mereka dikatakan menjadi para atlet pertama Borneo Utara yang bertanding dalam Sukan Olimpik.
Buat masa sekarang, kami tidak menjumpai maklumat penuh mengenai Datuk Sium bin Diau tapi apa yang kami boleh bagitahu dia memang pernah mewakili Sabah di Sukan Olimpik 1956.
Selain Sukan Olimpik 1956, Datuk Gabuh pernah menyertai Sukan Komanwel di Cardiff, Wales dalam acara lompat kijang dan lompat tinggi. Tapi…dia tak menanglah cuma dapat tempat keenam saja dalam acara itu. Eh korang kena bangga juga tau sebab bukan senang bertanding dalam sukan di negara luar.
Lepastu, Datuk Gabuh ni mula memperbaiki prestasinya ketika menyertai Kejohanan Polis (Police Championship) di Jesselton (sekarang namanya Kota Kinabalu) pada Jun 1959. Beliau mendapat tempat pertama dalam acara lompat kijang dengan jarak paling jauh iaitu 15.38m.
Pencapaian terbaiknya dalam acara lompat kijang telah dijadikan rekod kebangsaan Malaysia selepas Persekutuan Malaysia dibentuk pada 1963. Rekod kebangsaan beliau ni kekal sehingga 1986 tapi lepastu, rekod beliau telah dipecahkan oleh Sidik Sahak dengan jarak 15.45m semasa Sukan Borneo yang ke-18.
Dalam acara lompat jauh pula, Datuk Gabuh pernah meraih rekod terbaik dengan lompatan sejauh 7.07m. Ia dikatakan telah mengalahkan rekod sebelum ni — 7.06m oleh Lee Fun pada 1938. Tapi korang rilek jap kerana semasa Kejohanan MAAU (The Malaysian Amateur Athletics Union) di Kuala Lumpur, beliau memperbaharui rekodnya dengan lompatan sejauh 7.12m.
Datuk Gabuh ni memang tak tahu erti mengalah la, nak tahu kenapa? Pada tahun 1962, Datuk Gabuh bertanding di Sukan Asia di Jakarta dalam acara lompat jauh dan lompat kijang. Sekali lagi, dia memecahkan rekod lompat jauh dengan jarak 7.15m. Dalam lompat kijang, dia berjaya mendapat 14.64m sahaja.
Pencapaian itu telah membawa Datuk Gabuh ke Sukan Komanwel di Perth, Asutralia. Beliau hanya mendapat tempat ke-10 dalam lompat jauh dan tempat ke-17 dalam lompat kijang.
Pada usia 42 tahun (masa tu tahun 1974), Datuk Gabuh mengambil bahagian sekali lagi dalam Kejuaraan Polis (Police Championship) yang diadakan di Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Beliau menerima pingat emas dalam acara lompat kijang. Prestasi ini dikatakan kekal sebagai prestasi terbaik veteran Malaysia.
Dengan pencapaian Datuk Gabuh ni ia telah…
Melakarkan sejarah paling bermakna untuk Sabah
Pada tahun 2003, Datuk Gabuh telah menerima pangkat datuk dan beliau juga mendapat gelaran The Kangaroo Man atas segala pencapaian yang dikecapi. Menjelang 2010, Datuk Gabuh telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 78 tahun. Memang betul la pepatah kata “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.
Sampai sekarang, orang Sabah sentiasa ingat siapa Datuk Gabuh ni. Mungkin golongan muda tidak tahu siapa dia ni tapi mak bapak atau atuk nenek kita mesti kenal siapa dia ni. Korang yang orang Sabah tu, takkan tak bangga dengan Datuk gabuh ni?
- 984Share sekarang!
- Email21
- Facebook963
- Share