Revolusi Tunisia, di mana rakyat berjaya menggulingkan diktator

Arab Spring merupakan satu nickname untuk revolusi yang telah berlaku di Timur Tengah sejak tahun 2010. Nama Arab Spring ni telah diambil oleh pihak media sempena kejadian yang berlaku pada tahun 1989, iaitu penentangan ideologi komunis oleh negara-negara Timur Tengah yang berada di bawah jajahan USSR.

Tapi tu dulu lah, Arab Spring yang baru ni melibatkan beberapa negara seperti Tunisia, Mesir, Syria, dan Libya. Ada lagi negara lain yang join tapi yang selebih tu samada jadi separuh jalan atau pun tak mendapat sokongan yang padu.

Revolusi di Tunisia ni telah menjadi titik permulaan untuk Arab Spring (walaupun ia terletak di Benua Afrika, namun budaya dan agama mereka lebih terikat kepada orang Timur Tengah). Selain Arab Spring, media juga telah beri nama yang lebih berpuitis kepada Tunisia, iaitu Revolusi Jasmin.

jasmine-revolution
Adakah yang memakai topeng tu Jasmine? Gambar dari setav.org

Revolusi bermula apabila seorang rakyat membakar diri sendiri tanda protes

Lima tahun yang lepas pada bulan Disember telah berlaku satu kejadian di Tunisia di mana terdapat seorang penjual buah tepi jalan, Bouazizi telah dihalang untuk berniaga. Bukan tu je, malah dia turut ditampar dan barangnya juga dirampas oleh pihak berkuasa. Sebagai tanda protes, akhirnya dia telah membakar dirinya sendiri.

Akibat dari kejadian tu, rakyat telah turun padang untuk menuntut bela terhadap Bouzizi dan juga seluruh rakyat. Sebagai langkah nak tenangkan rakyat dari terus protes, Presiden Tunisia, Ben Ali  telah melawat  Bouazizi kat hospital.

ben-ali-visiting-bouazizi
Gambar dari artsofthearabworlduprisings.com

Setelah bertarung nyawa, akhirnya Bouazizi telah disahkan meninggal dunia akibat kebakaran tersebut dan berita itu telah membuatkan protes di seluruh negara menjadi semakin liar….

Untuk tenangkan kumpulan protes yang semakin menjadi-jadi tu, Ben Ali telah membuat kenyataan umum bahawa dia akan buat rombakan kabinet dan tambah 300 000 peluang pekerjaan tapi janji-janji kosong tu tak diterima oleh rakyat Tunisia.

Tapi teruk sangat ke kepimpinan Ben Ali ni sampaikan ada yang sanggup bakar diri semata-mata nak tunjuk perasaan? Jom kita tengok resume dia.

Diktator yang menyekat suara media, menggunakan keganasan polis

ben-ali
Korang tak rasa muka dia macam owner kedai mamak ke? Gambar dari csmonitor.com

Menjadi Presiden pada tahun 1987, Ben Ali terkenal sebagai seorang pemimpin yang garang. Sebelum dia naik, Ben Ali telah mendapat pendidikan dari tentera sebelum menjadi ahli diplomat dan kemudiannya Menteri Dalam Negeri.

Sepanjang 23 tahun dia jadi Presiden, Ben Ali telah menaik taraf ekonomi Tunisia. Malah ekonomi negara tu juga boleh dikatakan antara yang terbaik di Benua Afrika. Selain dari tu, Ben Ali juga telah memperluaskan hak wanita dan pendidikan.

So kenapa rakyat Tunisia marah dengan dia? Haa….

Siap letak rokok betul tu! Hahaha. Gambar dari aljazeera.com

Macam diktator yang lain Ben Ali ni obses dengan media, jadi dia telah membuat peraturan yang ketat sampaikan wartawan sering menjadi mangsa keganasan polis manakala wartawan antarabangsa pula wajib ditemani oleh wakil Jabatan Komunikasi Luar. Malah Internet pun sering jadi mangsa censorship kat sana.

Rekod hak asasi Ben Ali pun tak berapa cantik, ye memang betul dia memperjuangkan hak wanita tapi tu tak bermaksud dia tak boleh bantai orang lain. Kerajaan Ben Ali sering menggunakan isu ‘keselamatan dalam negeri’ sebagai alasan untuk tangkap dan seksa orang.

Korupsi juga bukan satu benda yang asing sampaikan ia telah dianggap sebagai budaya dikalangan keluarga Ben Ali. Terutama sekali bini dia, Leila Trabelsi, terkenal sebagai seorang kaki shopping dan sering ternampak menggunakan kapal terbang rasmi kerajaan seperti dia yang punya. Tak cukup dengan tu sewaktu melarikan diri ke Arab Saudi dari kumpulan protes, Leila Trabelsi dilihat membawa jongkongan emas bersama.

Ni lah Leila Trabelsi, bini Ben Ali. Gambar dari webdo.tn

Malah sewaktu kejatuhan Ben Ali, beberapa negara dan organisasi besar termasuk Bank Swiss telah membekukan aset keluarga dia yang bernilai jutaan USD.

Sekarang kita dah tau kenapa rakyat Tunisia marah sangat dengan Ben Ali, so macam mana sebenarnya pembakaran seorang peniaga tepi jalan telah mengubah haluan sesebuah negara?

Rakyat guna Internat dan social media untuk dapatkan sokongan

Sebenarnya sebelum kematian Bouazizi, dah ada beberapa kes di mana penduduk Tunisia membakar diri sebagai tanda protes terhadap kerajaan. Apa yang membezakan antara kes Bouazizi dan yang lain adalah dia telah mendapat perhatian netizen.

Gambar dari huffingtonpost.com

Ingat tak tadi kami cakap pasal macam mana Ben Ali pegang semua media? Sebelum Bouazizi, mangsa-mangsa bakar diri ni hanya mendapat perhatian ketua kampung je dan tak lebih dari tu. Tapi kes Bouazizi ni terlepas hasil usaha beberapa aktivis yang menentang kepimpinan Ben Ali.

Perjuangan untuk menyebarkan berita ni bukanlah senang, malah sebenarnya time Bouazizi bakar diri tu hanya beberapa orang saje yang berani “Like” video tu, nak “Share” apetah lagi. Tapi aktivis telah kentalkan diri dan tetap lawan, malah ada yang buat video kat Youtube, karang lagu menentang kerajaan, dan invite semua orang kat Facebook untuk join protes. Walaupun sering kena block dengan kerajaan, para aktivis ni hanya buat account baru dan upload semula.

Peringkat tempatan pula protes jalanan ni tak masuk berita, tapi telah mendapat perhatian media antarabangsa seperti Al-Jazeera dan French 24. Ni memudahkan rakyat yang takde internet untuk mengikuti perkembangan terkini melalui TV satelit (macam Astro).

Lagi satu taktik aktivis ni pula adalah mereka plan buat protes ni secara spontan. Maksudnya, mereka buat benda semua last minute supaya pihak berkuasa tak boleh hidu dan bila dapat tau pun dah terlambat. Tapi apa yang betul-betul menjatuhkan Ben Ali adalah… Dia sendiri.

salah-ben-ali
Gambar dari knowyourmeme.com

Yup, tu lah apa yang telah dikatakan oleh aktivis apabila mereka telah digasak secara kasar oleh pihak polis. Mereka berkata bahawa pihak polis telah gunakan peluru betul terhadap kumpulan protes dan ni secara tak sengaja telah menyatukan semua orang tanpa mengira latar belakang individu.

Akhir sekali lepas hampir sebulan protes di serata negara, Ben Ali bersama keluarganya telah tinggalkan negara tu dan secara tak langsung menghentikan pemerintahan diktator dia selama 23 tahun tu. Tapi perjuangan rakyat Tunisia tak berhenti kat situ…

Selepas revolusi, geng-geng diktator masih berkuasa dalam kerajaan

Walaupun nampak macam happy ending, perjuangan mereka masih belum berakhir sebab yang menggantikan Ben Ali adalah geng-geng dia juga. Kerajaan sementara tu diketuai dan dipenuhi dengan ahli parti Ben Ali dan ni telah mendatangkan kemarahan rakyat Tunisia.

tunisia-revolution-second-round
Fuh bersemangat mak cik ni turun padang. Gambar Reuters dari okayafrica.com

Walaupun beberapa geng Ben Ali dah kena hukum, rakyat Tunisia telah turun padang sekali lagi untuk protes kerajaan sementara. Nasib baik protes kedua ni tak makan masa yang lama sebab wakil kerajaan telah buat pengumuman bahawa akan adanya satu pilihanraya baru dan hanya enam orang dari parti Ben Ali saje dibenarkan untuk join dan tu pun sebagai penasihat pilihanraya.

Dan buat kali pertama dalam beberapa dekad, wakil kementerian berani tampil kehadapan menjawab persoalan dari wartawan tanpa sebarang pemeriksaan awal. Tapi tu pun bukannya berita baik, sebab wakil dari Jabatan Kehakiman telah mengeluarkan kenyataan bahawa dalam kekalutan negara tu, seramai 1/3 banduan kat Tunisia berjaya meloloskan diri.

prison-break
Dipetik dari movie The Dark Knight Rises

Tapi disebalik berita buruk tu, akhirnya mereka berjaya pilih Presiden baru dengan pilihanraya dan tu tak bermakna mereka boleh duduk senang. Sebab sekarang ada masalah baru pula…

Salah satu kerisauan utama rakyat utama Tunisia pula adalah serangan pengganas dan ni secara tak langsung telah menggangu industri pelancongan. Tak cukup dengan tu, rakyat Tunisia kena hadap harga barang yang kian naik hasil ekonomi yang teruk. Kesian rakyat Tunisia, lepas satu masalah ke satu masalah. Nasib baik ada benda elok jadi, macam…

Ekonomi masih lemah, tapi adanya kebebasan bersuara dan toleransi dalam masyarakat

tunisian-love
Pakcik ni punyalah happy boleh mengundi sampaikan semua orang di cium. Gambar dari nytimes.com

Sejak revolusi ni berlaku, kerajaan Tunisia telah memberi lebih kebebasan terhadap rakyat dia, ini termasuk jugalah kehadiran beberapa parti politik yang baru. Kematian Bouazizi juga tak dilupakan sebab sejak revolusi tu, sebuah memorial telah dibuat untuk dia dan setiap tahun rakyat Tunisia akan mengadakan satu upacara memperingati insiden tu.

Selain dari tu, rakyat Tunisia dibenarkan untuk membuat protes jalanan selagi ia tak menjatuhkan infrastruktur atau kestabilan negara. Media massa juga dah takde sekatan dan boleh melaporkan berita tanpa sebarang kerisauan.

Dari segi agama pula, rakyat Tunisia telah menjadi lebih terbuka dan mengamalkan hidup yang lebih harmoni dengan orang bukan Islam. So daripada paksa semua orang ikut satu agama, pihak kerajaan yang baru ni akan pastikan agama majoriti diberi perhatian tapi pada masa yang sama maintain neutral dengan agama lain. Apa yang menarik adalah, selain kebebasan beragama, kumpulan LGBT juga telah tampil tapi dengan berhati-hati untuk menjaga sensitiviti orang lain.

tunisian-ladies
Gambar dari usnews.com

Segala usaha dan pengorbanan yang rakyat Tunisia buat tak diabaikan apabila Nobel Prize telah dianugerahkan kepada mereka pada tahun 2015 haritu. Anugerah tu telah diberi kepada sebuah kumpulan aktivis yang telah ditubuhkan pada tahun 2013 bagi memastikan setiap parti politik dan persatuan aktivis lain dapat duduk berbincang untuk selesaikan masalah. Ni merupakan satu kejayaan besar sebab time tu, negara-negara jiran seperti Mesir, Libya, Syria dah mula ke arah perang saudara.

Tapi setiap kejayaan mereka sering ditemani dengan masalah. Ye, walaupun mereka sudah mencapai matlamat untuk ada sebuah kerajaan yang adil dan parti politik yang lebih mesra, rakyat Tunisia masih ketinggalan dalam isu ekonomi dan keselamatan. Kadar pengganguran dikalangan orang muda masih tinggi dan pihak berkuasa sering diserang hasil daripada ketidakstabilan politik negara jiran.

Kesian gegirl menggangur lepas revolusi, jangan putus asa! Gambar dari middleeasteye.net

So setiap benda ada pros dan cons nya sendiri, tapi tu pun kalau berjaya sebab tak semua negara yang join Arab Spring ni menjadi…

Bagaimana dengan Arab Spring di negara-negara lain?

Nak tukar kerajaan tu satu hal tapi nak maintain selepas tu lain pula kisahnya, macam kami kata kat atas tadi ada beberapa negara yang terlibat dengan Arab Spring ni dan tak semua yang berjaya. Malah Tunisia boleh dikatakan satu-satunya yang berjaya, manakala negara seperti Mesir dan Bahrain dianggap separuh berjaya sebab mereka masih kecundang ke arah perang saudara sebelum mendapat stabiliti.

egypt-bread-guy-ii
Serious mamat ni pakai helmet roti betul-betul, ni time rakyat Mesir sedang gulingkan Presiden Mubarak pada tahun 2011. Gambar dari knowyourmeme.com

Syria, Libya, dan Yemen pula boleh dikatakan langsung takde harapan sebab perang yang mereka menghadapi sekarang ni dan puncanya adalah mereka mahukan pertukaran regim atau kerajaan tapi bila dah dapat mereka taktau nak buat apa. Selain dari tu, ancaman luar seperti serangan pengganas Daesh dan juga perpecahan di kalangan rakyat sendiri telah menambahkan lagi masalah.

Antara yang teruk kita selalu tengok kat TV adalah Syria di mana berjuta-juta rakyat mereka telah menjadi pelarian hasil dari perang saudara yang masih berlaku sehingga ke harini. Manakala kat Libya pula, negara tu telah berpecah antara kerajaan baru, kerajaan lama, dan pengganas Daesh. Tak cukup dengan tu, pihak media dan wanita sering jadi mangsa keganasan.

Jadi revolusi ni bagus ke tak bagus?

Toleransi antara satu sama lain penting dalam kejayaan satu revolusi

Kalau kita tengok kat negara-negara lain di Timur Tengah, kebanyakannya masih huru-hara kerana takde tolak ansur di antara puak-puak yang berlainan (contohnya di Syria dan Iraq), ataupun perbezaan ideologi (contohnya di Libya).

Namun kat Tunisia, walaupun mereka gaduh antara satu sama lain tapi takdelah sampai berperang. Terima kasih kepada pihak ketiga, semua yang terlibat telah duduk semeja dan berbincang cara nak tangani masalah negara dengan cara yang paling optimum.

tunisian-revolution
Nak pergi tengok bola ke demonstrasi? Ah takpelah, janji semua bersatu. Gambar dari meistai.net

 

 

Tapi kalau macam kita kat Malaysia pula macam mana? Agaknya tak perlu kot sampai kena perang antara kita, tak kiralah kalau kita datang daripada kaum mahupun pendirian politik yang berlainan.

Jadi kita sebagai individu perlu mengambil bahagian dalam membuat perubahan dalam negara. Kalau tak puas hati tentang korupsi yang makin teruk misalnya, tulis surat kepada wakil rakyat atau pergi mengundi waktu pilihanraya. Mungkinlah kita fikir usaha kita tak boleh buat ke mana pun, tapi setiap suara kecil itulah yang menyumbang kepada suara besar dan membawa perubahan.

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance