Rakam budaya Malaysia dan menang sehingga USD24,000 dengan OPPO imagine IF!

Bagi sesiapa yang minat tangkap gambar guna henpon, mesti korang dah kenal jenama telefon pintar OPPO sebab kamera diorang yang sangat cun.

Sedar tak sedar, dah 10 tahun OPPO Malaysia bersama kita, dan sebagai tanda penghargaan diorang terhadap sokongan rakyat Malaysia selama ni, OPPO sekarang dalam proses menggunakan teknologi diorang – antaranya imej inovatif dan kecerdasan buatan (AI) mudah alih – untuk mengabadikan budaya dan tradisi rakyat Malaysia sebelum hilang ditelan zaman.

Kempen ni, juga dikenali sebagai #OPPOMalaysiaThroughTheLens, akan mengabadikan lima warisan Malaysia dalam bentuk filem dan fotografi – tradisi Wayang Kulit, seni tarian Ngajat Sarawak, seni Magagung orang Kadazan, tradisi Dondang Sayang dari Melaka, dan juga warisan Opera Cina di Pulau Pinang.

Inisiatif ni juga penting untuk menghubungkan masa lampau kita dengan medium teknologi yang dinikmati oleh generasi muda sekarang, terutamanya teknologi AI.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) untuk menganyam cerita budaya Malaysia yang kaya, mengekalkannya untuk generasi akan datang sambil menceritakannya melalui lensa dan perspektif imej mudah alih.

“Sebagai jenama, kami telah melabur dalam teknologi imej secara strategik, sama ada dari segi perkakasan atau perisian, dan kami akan sentiasa membangunkan penemuan baru dalam fotografi mudah alih. Kami berharap bahawa dengan adanya inovasi AI yang disediakan dalam telefon pintar kami, pengguna boleh membentuk semula pengalaman mereka dan melepaskan kreativiti tanpa batasan, menangkap detik-detik budaya ini melalui lensa mereka, ” Monica Chin, Ketua Pemasaran OPPO Malaysia

 

Mengangkat budaya tradisional dengan teknologi terkini

Tok Dalang, Pak Dain.

Sebagai sebahagian daripada kempen #OPPOMalaysiaThroughTheLens ni, OPPO akan mengabadikan lima bentuk seni budaya Malaysia yang berbeza melalui lensa siri OPPO Reno yang terbaru.

Antaranya adalah melalui filem dokumentari pendek yang berkisar tentang seni Wayang Kulit, di mana tok dalang, Pak Dain dan artis ‘fusion‘ Wayang Kulit yang terkenal, Tin Toy, akan bergabung dalam memelihara tradisi budaya yang kian pudar ni melalui persembahan Wayang Kulit.

Filem ni akan menumpukan terhadap usaha kreatif pasangan ini dalam memastikan warisan ini kekal sebagai salah satu bentuk seni terulung di negara kita.

Dion Das Louis, 8 tahun, melakukan tarian Ngajat.

Melalui siri dokumentari dan fotografi pendek yang akan datang pula, OPPO akan meneroka seni tarian Ngajat, simbol warisan bagi warga Sarawak, dari sudut pandangan Dion Das Louis yang berumur lapan tahun. Dion Das Louis telah mengambil tanggungjawab mempelajari seni ini demi membawa budaya tarian Ngajat kepada generasi seterusnya, menggabungkan tradisi dan pemodenan melalui persembahannya.

OPPO juga akan menonjolkan Seni Magagung melalui filem dokumentari tentang pemeliharaan budaya ini dengan bantuan sekumpulan lelaki muda Kadazan melalui usaha mereka untuk mengekalkan upacara dan amalan tradisional, yang menjadi simbol penyatuan warisan mereka dengan kemegahan alam semula jadi.

Di bandaraya Melaka yang meriah pula, tradisi lama Dondang Sayang berkembang dalam empat komuniti yang berbeza – Melayu, Baba Nyonya, Chitty, dan Portugis, dan siri dokumentari keempat ini akan meneroka gabungan menawan antara muzik, lagu, dan puisi, yang mencerminkan semangat perpaduan dan kekayaan budaya di kalangan komuniti-komuniti ini.

Sebagai sebahagian daripada siri dokumentari yang terakhir, OPPO meneroka warisan unggul Opera Cina di Pulau Pinang yang terus berkembang sehingga hari ini, berkat usaha penyanyi yang berdedikasi, Ling Goh. Filem dokumentari ini akan menyelami dunia Opera Cina yang menarik, meninjau kepentingan budaya dan pemahaman silang budaya, menonjolkan daya tarik yang berterusan melalui Opera Cina dan maknanya dalam lanskap budaya Pulau Pinang.

Dengan menyerlahkan intipati budaya yang membentuk identiti kita sebagai rakyat Malaysia, OPPO akan memelihara detik-detik ini melalui penerbitan buku meja kopi yang akan bakal dikeluarkan sempena bulan kebangsaan sebagai cara meraikan bentuk seni unik kita.

Lawa kan gambar-gambar ni? Kalau korang terinspirasi nak ambil gambar juga lepas tengok gambar-gambar ni, ada berita baik, sebab…

 

Korang boleh menang USD24,000 melalui pertandingan OPPO imagine IF!

Ha, nampak Hasselblad kat atas tu? OPPO sebenarnya ada kerjasama dengan syarikat kamera Sweden ni, yang terkenal dengan kualiti imej. Tapi bukan setakat kamera je yang canggih: OPPO perkukuh lagi teknologi diorang dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) mudah alih, yang membantu telefon korang proses gambar yang diambil supaya hasil dia mengagumkan macam kat atas.

Selain tu, OPPO juga berusaha untuk meningkatkan lagi teknologi pemprosesan AI mereka supaya korang boleh terus mengambil gambar yang menarik dengan mudah. Dengan pusat data OPPO Binhaiwan IDC dan penubuhan rasmi AI ​​Center pada tahun 2024, OPPO secara beransur-ansur muncul sebagai institusi AI terkemuka dalam industri.

Walaupun ada AI dan kamera canggih, kecantikan gambar bergantung kat tukang ambil gambar juga. Jadi kalau korang antara pemilik telefon OPPO atau OnePlus dan ada kemahiran ambil gambar, boleh cuba nasib hantar gambar yang korang ambil untuk turut serta dalam anugerah imagine IF Photography Awards 2024 diorang. Selain dipromote oleh OPPO kalau menang dan berpeluang turut serta dalam kerjasama diorang lepas ni, korang juga boleh menang wang sehingga USD 24,000! Menarik, kan?

Klik sini untuk tengok senarai hadiah penuh.

Pertandingan ni dibuka sehingga 28 Julai 2024, dan pemenang akan diumumkan pada awal September. Kalau tak ada idea nak tangkap gambar apa, korang kan duduk kat Malaysia yang kaya dengan budaya. Tradisi yang sering kita terlepas pandang dalam dunia moden ni boleh jadi subjek yang menarik untuk diabadikan, dengan bantuan teknologi terkini.

Jadi apa tunggu lagi? Pastikan korang rebut peluang untuk menang besar melalui Pertandingan OPPO imagine IF! Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ni, klik sini.