Macam mana mamat KELANTAN ni boleh jadi wakil Malaysia dalam pertandingan antarabangsa?!

Dalam dunia yang berada kat hujung jari ni, macam-macam benda korang boleh cari dan buat. Kalau zaman dulu-dulu, korang kena pergi mamak atau mana-mana tempat yang best untuk lepak, sekarang lepak kat media sosial je. Dalam media sosial pulak, akan ada orang yang menonjol atau popular. Geng-geng popular sebab banyak followers ni boleh jugak dirujuk sebagai Key Opinion Leader (KOL).

Korang tau lah geng-geng KOL ni memang akan dapat banyak perhatian kat media sosial. Apa diorang buat, apa diorang makan, siapa boyfriend atau girlfriend diorang, dan semua bendalah yang dorang buat – pengikut-pengikut diorang mesti nak ambik tahu.

Sampai buang bola dalam tong pun boleh jadi pertandingan…

Sebab tu baru-baru ni, kitorang pun terkejut bila dapat tahu kawan kitorang kat Sunway City Kuala Lumpur ada buat satu pertandingan untuk kumpul geng-geng KOL dari seluruh Asia, serta juga seorang dari Timur Tengah…

Tapi, apa pertandingan ni? Dan macam mana diorang boleh pilih KOL yang gempak-gempak ni?

Antara peserta pertandingan ni termasuklah Jaa Suzuran sebagai wakil Malaysia, Medyo Maldito dari Filipina, RJ Abhinav mewakili India, Michelle Joan mewakili Indonesia, Matthew Stewart berasal Singapura, Ironbull mewakili Taiwan, SorDor Style dari Thailand, Gong Yi berasal dari China, Hong Young Gee dari Korea Selatan, dan Hadia Ghaleb yang berasal dari UAE tapi menetap di Mesir!

Bila dengar je acara ni, benda pertama yang kitorang fikir – macam mana pulak peserta-peserta ni boleh dipilih untuk wakili negara diorang? Sebabnya dalam satu-satu negara tu mesti ada beberapa KOL yang ada followers berjuta-juta. Kitorang pun tanyalah pihak penganjur. Diorang kata – peserta kali ni dipilih bukan setakat tengok pengikut je, tapi diorang turut ambik kira karakter KOL tu jugak.

Haih, yang pompuan lawa-lawa. Yang laki pulak, kacak-kacak.

Masa memilih KOL yang akan menyertai pertandingan ni, diorang cuba cari KOL yang ada perwatakan yang menarik dan masuk air sikit. Yalah, cuba bayangkan diorang pilih KOL yang tak happening dan serius 24 jam, mesti mood pertandingan ni bertukar dari pertandingan yang happening ke mood acara realiti TV yang sedih-sedih. Diorang jugak pastikan KOL yang dipilih boleh lakukan aktiviti-aktiviti yang lasak dan mencabar.

 

Kalau korang nak tahu, para peserta habiskan masa 3 hari untuk settlekan penggambaran rancangan ni. Satu benda yang menarik, kebanyakan KOL ni sebenarnya tak pernah berjumpa lagi. So, kawan kitorang kat Sunway City Kuala Lumpur adalah cerita, masa diorang ni awal-awal dikumpulkan awkward jugaklah – bila dah lama-lama bergaul, diorang dah mula berkomunikasi. Alaa, macam korang kat sekolah dululah.

Perasaan saya, saya pergi duduk hujung-hujung meja, sebab English saya teruk! Tapi manager saya kata saya kena confident sama masa saya interview Shah Rukhan. Rupa-rupanya lagi ramai yang teruk!” – Jaa Suzuran, wakil Malaysia, dalam temubual bersama SOSCILI.

Kitorang ada tanya jugak macam mana diorang nak atasi masalah bahasa dalam kalangan KOL ni, al-maklumlah, datang daripada negara yang berbeza-bezakan. Kawan Sunway City Kuala Lumpur kitorang kata kebanyakan KOL ni boleh je berbahasa Inggeris, dan diorangkan manusia, bolehlah gunakan isyarat badan untuk berkomunikasi.

Ini bukan body language eh. Ni nak buat ninjutsu. Imej dari Giphy

Tapi siapa sebenarnya Jaa Suzuran ni? Dan macam mana pulak dia boleh wakil Malaysia?

Jaa Suzuran. Imej dari ManggaMedia

Kitorang bertuah sebab sempat borak dengan Jaa Suzuran. Bagi yang tak tahu, sebenarnya Jaa Suzuran ni asal Kota Bharu tapi dah lima tahun duduk KL. Masa awal-awal dulu, Jaa buat video ‘prank’ dan video-video prank yang dia buat laku gila-gila. Bila dah laku tu, dia buatlah lagi beberapa video prank dan dari sana dia mula mencipta nama dan dapat followers yang banyak. Lepas tu dia mula buat macam-macam video – contohnya short movie.

Lepas tu, ERA pun panggil Jaa dan dia ditawarkan jadi menyampai radio hujung minggu kat sana. Kalau ikut dari perbualan kitorang, Jaa dah tak kerja lagi dengan ERA, dia dah buat freelance untuk benda-benda digital. Sekarang dia cuba buat macam-macam benda – siap belajar berlakon dan mengacara.

Sekarang dah up, Jaa pun dah berkawan la dengan selebriti-selebriti Malaysia. Imej dari MStar.

Kalau ikutkan Jaa, ni kali pertama dia terlibat dengan benda-benda ni. Wakil Malaysia tu! Bukanya setakat sesiapa je yang boleh cakap diorang pernah sampai peringkat tu. Pasal tu pulak, sebab cabaran-cabaran yang ada kat The Amazing Sunway City Challenge ni mencabar dan memerlukan stamina, Jaa risau gak kerana dia bukannya orang sukan! Jadi kalau nak tahu macam mana Jaa yang tak reti bersukan ni buat ice skating, korang kena tengoklah rancangan The Amazing Sunway City Challenge.

Paling seronok bila dapat challenge untuk dapat likes paling banyak kat gambar Instagram, dalam masa setengah jam aku kalahkan semua lawan. Memang diorang tak boleh kejar. Tidur lena aku malam ni.” – Jaa Suzuran, semasa bercakap dengan SOSCILI.

Masa kitorang tanya Jaa tentang pengalaman dia yang paling best masa ikut The Amazing Sunway City Challenge ni – dia bagitau kita yang dia berjaya tinggalkan pesaing dari negara lain dalam pertandingan dapatkan likes paling banyak kat Instagram. Tapi korang boleh teka tak berapa likes yang dia dapat tu? Hmmm…korang kenalah tengok rancangan The Amazing Sunway City Challenge ni! Power weh orang Malaysia bab-bab likers ni.

Tonton rancangan ni, dan korang mungkin boleh menang Samsung Galaxy Note 9 ?!

Bagi yang tak sabar nak tengok rancangan ni – diorang akan ada 5 episod. Bukan setakat dapat tengok geng-geng KOLs ni beraksi, kalau korang boleh teka siapa akan menang pertandingan ni, korang akan layak memenangi hadiah Galaxy Note 9 taw!

Galaxy Note 9 wehh… Imej dari Giphy

Selain daripada dapat tengok aksi-aksi KOLs yang lucu dan mengujakan, korang boleh gak lihat macam mana gempaknya Sunway City Kuala Lumpur. Bak kata Ketua Pegawai Eksekutif Kompleks Beli-belah dan Taman Tema Sunway:

Penonton akan dapat meneroka tarikan yang ada kat Sunway City Kuala Lumpur melalui video dan hantaran sosial media – sambil dihiburkan dengan KOLs yang tengah bertanding.“- En. HC Chan, dipetik dari The Star.

Bagi yang dah tak sabar-sabar nak tengok rancangan ni – episode pertama diorang akan bersiaran pada 28 Februari ni. Kalau korang nak tengok lebih banyak video lagi, korang boleh tengok kat sini!