Sumbang mahram sah ikut undang-undang Malaysia, tapi cuma untuk orang Hindu

Kalau kami tanya korang “Eh, boleh tak nak sumbang mahram kat Malaysia?”, mungkin korang akan ongbak kami secara berjemaah.

Selain dalam Game of Thrones, agak jarang nak jumpa budaya yang membolehkan sumbang mahram ni, dan sebabnya jelas. Dalam sejarah, sumbang mahram – buat anak sesama keluarga sendiri – menyebabkan masalah genetik yang serius, macam contohnya rahang Habsburg. Bukan setakat susah nak bercakap dan kunyah makanan, juga susah nak dikatakan hensem.

Senget sis. Imej dari Independent.

Jadi mungkin pelik kalau kita baca undang-undang perkahwinan kat Malaysia dan jumpa klausa yang bukan setakat sebut pasal sumbang mahram, tapi juga membenarkan benda ni.

Akta 164, Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian). Imej dari KPWKM.

Mungkin tak jelas dari petikan, tapi dia cakap yang seorang pak cik yang beragama Hindu boleh kahwin dengan anak sedara perempuannya. Tapi bukan sebarang pak cik ya. Spesifiknya, pak cik sebelah mak.

Pertama sekali… ha?! Kedua, kenapa spesifik sangat? Pak cik belah ayah tak boleh ke?

Benda ni sebenarnya kena tengok balik asal usul komuniti India di Malaysia, yang berasal dari satu kawasan di selatan India. Kat sana, sesetengah adat dah wujud sebelum mana-mana undang ditulis.

 

Dalam budaya India Selatan/Hindu, pakcik-pakcik sebelah mak ada banyak kuasa

Nama yang digunakan bagi pakcik-pakcik sebelah mak dalam bahasa Tamil ialah thaai mama. Kalau korang India yang mengamalkan ajaran Hindu, mungkin korang banyak dengar nama ni kat pelbagai majlis, tak kiralah majlis tindik telinga bayi yang pertama, majlis kahwin, dan juga majlis akil baligh contohnya.

Dalam semua majlis ni, thaai mama memainkan peranan utama yang kadang-kadang lagi besar peranannya dari mak bapak budak tu sendiri.

Seorang pak cik sebelah mak menindik telinga anak sedaranya. Imej dari oneindia.

Sebabnya ialah semua orang dah percaya sejak azali yang kalau mak korang meninggal, adik beradik lelaki dia (thaai mama-thaai mama sekalian) yang akan jaga korang. Sebenarnya tak ada penjelasan yang tepat tentang ni, cuma kepentingan menjaga hubungan dengan keluarga mak korang, walaupun dalam masyarakat India yang lebih pentingkan bapa.

“Orang Tamil… biasanya tinggal di rumah keluarga suami lepas kahwin, tapi ramai perempuan sebenarnya terus tinggal di rumah kelahiran mereka; dan harta diwariskan ikut keturunan lelaki, tapi pada masa yang sama menekankan saudara sebelah perempuan.”

– diterjemah dari Philos Trans R Soc Lond B Biol Sci (2019), Eleanor A. Power et al.

Kami tau korang tengah fikir apa. Boleh je pak cik jaga anak sedara tanpa perlu kahwin, jadi apakah kesumbangan mahram ini semua?! Sebenarnya…

 

Faedah kahwin sumbang mahram ni lebih untuk keluarga berbanding untuk pak cik atau anak saudara terbabit

Ada dua sebab utama perkahwinan avunkulat ni – avunkulat merujuk kepada anak-anak sedara kahwin dengan pak cik atau mak cik diorang. Sebenarnya susah nak diterangkan sebab kita dibesarkan dengan nilai-nilai moden, tapi keluarga dianggap sangat penting dalam budaya Asia Selatan, dan kahwin dalam keluarga sendiri sepatutnya menguatkan lagi silaturrahim sesama diorang.

Bila seorang perempuan kahwin dengan lelaki India tradisional, maksudnya dia kahwin dengan seluruh keluarga lelaki tu (secara kiasan je ye, bukan sumbang mahram). Dia kena masak dan cuci rumah dan penuhi keperluan semua orang. Paling penting, dia kena layan mak suaminya dengan bagus.

Logiknya, kalau suaminya adalah pak cik dia, mak mentua dia sebenarnya nenek dia sendiri. Jadi bila dah biasa dan rapat dengan nenek sendiri, jaga mak mentua jadi lebih mudah.

Gambar rajah kalau kurang faham.

Sebab kedua berkait dengan harta. Bila kahwin dalam keluarga sendiri, apa-apa harta yang diwariskan akan kekal dalam keluarga tu jugak. Tapi kalau seorang perempuan kahwin dengan orang luar dari keluarga sendiri, suami dia mungkin akan cuba ambil alih harta pusaka isterinya. Semudah tu je sebabnya.

Kalau betul semudah tu, korang mungkin terfikir, kenapa tak semua pakcik-pakcik Hindu kahwin dengan anak sedara diorang? Ramli Sarip dengan A Romzi pernah berkata yang diorang menulis bukan kerana nama, tapi bagi komuniti Hindu…

 

Pak cik sebelah mak ok lagi, tapi pak cik sebelah ayah macam red flag sikit

Sebabnya dalam bahasa Tamil, pak cik sebelah mak dipanggil mama, manakala pak cik sebelah ayah dipanggil periyappa (kalau lagi tua dari ayah) atau chittappa (kalau lagi muda dari ayah). Pentingnya kat sini, pak cik sebelah ayah ada perkataan -appa kat hujung gelaran diorang, dan appa ni kebiasaannya gelaran untuk ayah sendiri.

Ni bukanlah teori yang tak boleh dicabar, tapi berdasarkan pengalaman ayah, mak, dan dua orang mak cik penulis asal (semua Hindu India), macam ada sebab yang tak disebut kenapa perempuan India kahwin dengan pak cik sebelah mak diorang tapi tak dengan pak cik sebelah ayah diorang. Dan sebabnya adalah kahwin dengan orang yang korang panggil appa – atau ayah – pelik gila woi.

Muka kau bila sepupu kau panggil suami/pak cik dia daddy.

Sambungan dari teori tu jugak, satu lagi benda menarik yang kami perasan masa buat kajian untuk artikel ni ialah adat berkahwin dengan sepupu silang kat India. Amende sepupu silang ni? Dia bergantung kat hubungan mak bapak korang dengan mak bapak diorang.

Katakanlah mak korang ada abang, anak-anak diorang adalah sepupu silang korang. Tapi untuk kakak mak korang pulak, anak-anak diorang adalah sepupu selari korang. Ringkasnya, kalau jantina adik-beradik mak ayah korang berbeza daripada diorang, anak-anak diorang sepupu silang korang.

Berbalik kat India, walaupun perkahwinan antara sepupu ni bukanlah benda yang jarang kat seluruh dunia, kat India perkahwinan dengan sepupu silang ni lagi kerap berlaku. Kemungkinan besar adalah sebab dah normal ikut adat untuk kahwin dengan pak cik sebelah mak korang, jadi dikahwinkan dengan anak-anak diorang pun tak pelik.

Tapi kan, walaupun kahwin dengan pak cik belah mak ni sah dari segi undang-undang Malaysia…

 

Realitinya, kahwin sumbang mahram ni jarang dipraktikkan di Malaysia

Walaupun lepas diterangkan mungkin tak nampak janggal kahwin antara pak cik dan anak sedara ni (masih janggal sebenarnya), tapi pusing macam mana pun, pak cik dan anak sedara berkongsi 25% kandungan genetik. Dan kalau nak kahwin jugak, cubalah kalau tak takut anak korang nanti jadi bukan-bukan.

“Dalam era moden ni, dah tak boleh diterima sebab isu kesihatan. Kahwin dalam keluarga nanti anak dapat autism dan (lain-lain) penyakit,”

– mak cik penulis, gedung ilmu tersohor.
Kalau cuba dapatlah hadiah.

Selain dari faktor kesihatan, ada banyak lagi sebab-sebab kenapa dah tak ramai praktikkan perkahwinan pak cik-anak sedara ni. Masa dulu pun, bukanlah anak sedara tu nak sangat kahwin dengan pak cik sendiri, sebab hampir kesemua kes perkahwinan ni dah diatur oleh keluarga sendiri. Dan benda macam mas kahwin dan kasta pun main peranan dalam perkahwinan atur ni.

Ringkasnya, keluarga Hindu dulu-dulu sumbang mahram sebab nak jimat kos dan jaga status sosial diorang. Tapi yang jelas, sini bukan India, dan orang India kat sini dah tak terikat dengan adat lama ni. Lagipun, kapel zaman sekarang lebih peduli tentang cari harta dan pendapatan dari mengharap dapat harta pusaka.