Salah satu benda paling menarik dalam kereta-kereta baru sekarang adalah sistem voice command — ataupun dalam bahasa kita, sistem arahan suara. Masa tengah bawa kereta, korang tak payah dah nak tekan-tekan butang macam main Tekken. Cakap je, “turunkan tingkap”, terus kereta ikut. Tapi masalahnya… kena cakap omputeh.
Kalau korang try test, “Eh aircond ni sejuk sangat la bro,” confirm kereta terus jadi blur sotong. Potong stim betul.

Jenama mana je yang faham Bahasa Melayu?
Setakat ni, belum ada jenama besar yang dah mula sokong Bahasa Melayu untuk sistem arahan suara, dan cuma Proton je yang dah umum yang diorang akan sokong Bahasa Melayu dalam masa terdekat.
Tapi masa kitorang pandu uji Jaecoo J5 kat China, ada satu kejadian yang buat kitorang excited. Rupanya Chery (syarikat induk untuk JAECOO dan OMODA) tengah giat melatih AI diorang untuk faham dan cakap Bahasa Melayu! Wah, tak sangka betul kereta China nak belajar jadi mesra Malaysia.
Lion Intelligent Cabin: Cakap je, nanti dia buat
Chery pakai sistem yang dinamakan Lion Intelligent Cabin, satu sistem yang membolehkan pemandu kawal benda-benda dalam kereta dengan suara. Contohnya:
- “Turn on AC” → terus aircond hidup
- “Open sunroof” → bumbung pun terbukak
- “Play my collected songs” → boom, dia main lagu kegemaran korang
Sistem ni hasil kerjasama Chery dengan DeepSeek, satu syarikat AI dari China yang pakar dalam pembangunan model bahasa besar (Large Language Models – LLM) yang boleh:
- Faham arahan yang samar-samar
- Bagi jawapan lebih cepat dan tepat
- Ingat tabiat pemandu — contohnya, auto mainkan lagu kegemaran lepas korang masuk kereta.
Lepas ni, kereta Chery bukan je boleh ikut arahan suara, tapi boleh ramal perangai korang. Canggih beb.
Model AI yang sama juga sedang digunakan dalam robot Aimoga diorang, yang sekarang dah mula muncul melayan pelanggan di pusat jualan Malaysia.
Yang bestnya, sistem Lion Intelligent Cabin dari Chery direka untuk faham pelbagai bahasa, bukan setakat English je. Tu yang Chery nak masuk market ASEAN, dia pun tengah latih sistem ni supaya boleh faham cara percakapan kita.
Nak AI Chery faham kita? Diorang perlukan 1,000 suara
Dekat kilang Chery kat Wuhu, China, kitorang berpeluang rakam suara untuk tolong latih AI dia. Bukan sembang kosong tau. Sebagai permulaan, diorang perlukan:
- 1,000 orang untuk setiap bahasa
- Setiap orang kena rakam 100 ayat
Dan yang paling syok, bukan Bahasa Melayu baku je diorang nak. Diorang juga nak bahasa pasar dan loghat-loghat, macam KL slang, loghat Kedah, dan gaya sembang rempit sekali.
Jadi masa kami sertai sesi rakaman tu, memang keluar lah semua jenis gaya cakap – dari “Matikan penghawa dingin.” sampai “Bukak ekon sikit”.
Jadi… boleh ke AI Chery ni faham loghat Kedah?
Kalau ikut pelan diorang, asalkan cukup data suara dan loghat yang dihantar, benda ni tak mustahil. Lagi banyak rakaman yang diorang boleh kumpul, lagi cepat AI tu boleh faham kita.
Kitorang berharap yang diorang satu hari mampu latih sistem ni untuk faham cara-cara kecek Klate, Utara, Sabah dan lain-lain lagi. Tapi sekurang-kurangnya, AI ni akan mampu faham arahan-arahan asas dalam Bahasa Melayu.
Nak tengok sejauh mana Chery bawa teknologi ni ke Malaysia? Tunggu… sebab nampaknya masa depan mesra BM bakal datang tak lama lagi.