7 pengalaman Platun 7 yang lucu dan menarik sepanjang penjajahan Jepun

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)

Semua pun tahu, tanah Melayu sebelum ni pernah dijajah oleh banyak kuasa besar, Dari Portugis, Belanda, British sampailah ke Jepun. Antara semua kuasa-kuasa besar ni, Jepun adalah yang paling singkat memerintah. Masa Perang Dunia Kedua bermula, Jepun memilih untuk memihak kepada Jerman, jadi negara-negara bawah jajahan British kat Asia ni pun jadi sasaran Jepun.

Apa yang buat dunia terkejut adalah sebab Jepun dapat kuasai Tanah Melayu dengan masa yang sangat singkat, walaupun masa tu British bergabung dengan tentera Komanwel dan askar-askar Melayu. Kita semua pun takkan lupa kisah anak-anak Melayu berjuang melawan Jepun macam Leftenan Adnan. Filem klasik yang paling famous berkaitan zaman penjajahan Jepun adalah Sarjan Hassan arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Poster filem Sarjan Hassan waktu dulu-dulu. Sumber dari wikimedia.org

Tapi tak ramai yang pernah dengar kisah Platun 7 atau umumnya jasa-jasa tentera sukarelawan Melayu waktu Perang Dunia Kedua. Waktu zaman British memerintah tanah Melayu, Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menubuhkan pasukan-pasukan askar sukarelawan atau Malayan Volunteer Infantry (MVI). Pasukan sukarelawan masa tu ada empat batalion iaitu di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Bagi batalion untuk negeri Perak, bawahnya ada beberapa kompeni iaitu Kompeni-Kompeni AS, B, C, D, E, unit pancaragam, pengangkutan, semboyan, perubatan dan lain-lain. Bawah kompeni B ni ada 4 platun iaitu platun 5, 6, 7 dan 8. Pasukan platun 5, 7 dan 8 ni pula terdiri daripada tentera sukarelawan daripada  daerah-daerah utara Perak macam Larut, Matang, Selama dan Kerian.

Kalau korang nak tahu, semua ahli platun 7 ni kebanyakkannya orang-orang awam dan kakitangan kerajaan dari daerah Kuala Kangsar.

Batalion Pertama Sukarelawan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Negeri Perak. Sumber dari buku Pelatun 7.
Batalion Pertama Sukarelawan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Negeri Perak. Sumber dari buku Pelatun 7.

Salah seorang ahli tentera sukarelawan ni adalah Koperal Raja Wahiduddin bin Raja Ahmad yang bekerja di Pejabat Kesihatan Kuala Kangsar. Beliau juga orang kanan bagi Sarjan Lembang Bin Nasir iaitu ketua Platun 7 ni.

Gambar Koperal Raja Wahiduddin. Sumber dari Buku Pelatun 7.

Jadi kat sini, SOSCILI nak kongsi kisah-kisah yang dicatat oleh Koperal R. Wahiduddin yang terlibat dalam kancah perang dunia kedua kat Perak waktu tu. (Nota: Banyak fakta dan cerita dirujuk melalui buku Pelatun 7 tulisan Koperal R. Wahiduddin terbitan Sharikat Dian Sdn. Bhd.)

1. Mogokan prebet Melayu kerana telur ayam

Pertengahan tahun 1941, semua tentera terlibat dengan ‘Refresher Training’, termasuklah Koperal Wahiduddin sekali. Jadi kem latihan akan adalah jadual makan macam sarapan, makan petang dan makan malam.

Askar Melayu tak puas hati sebab ada perbezaan layanan makanan antara unit-unit Melayu dan unit kaum Kristian/Nasrani. Apa yang bezanya adalah unit Melayu dapat telur itik tapi unit Kristian dapat telur ayam. Perasaan tak puas hati ni dimulakan oleh Prebet Mohd. Junid. Jadi askar Melayu mula tak makan telur itik tapi semua dorang lontarkan kat tempat makan tu.

GIF dari Giphy.com

Aduan pasal mogokan ni sampai ke telinga Pegawai Pemerintah Batalion. Jadi yang terlibat dibacarakan kat Headquarters. Tapi nasib baik ada Major H. J. Cockman yang brainwash dorang yang terlibat ni sampai puas hati atas sebab apa dorang dapat telur itik. Tapi, masih ada yang bersungut-sungut dan buat aduan.

Rupa-rupanya, sungutan ni sampai juga ke telinga Duli Yang Maha Mulia Sultan Aziz. Sultan waktu tu juga merupakan Kolonel Kehormat Batalion dorang. Baginda pun turun padang dan bagi ceramah kat semua. Sultan juga jumpa face to face dengan Prebet Mohd. Junid dan bagi nasihat. Pegawai pemerintah diarah siasat benda ni. Akhirnya, layanan pun OK balik.

2. Didakwa kat mahkamah tentera sebab tertembak tempat tidur

Disember 1941, Jepun pun mula masuk Tanah Melayu. Jadi Koperal Wahiduddin pun diarah kumpul askar dia yang ada kat kampung-kampung. Semua pun datang kumpul dalam keadaan sedih pun ada, gembira pun ada. Platun 7 bawah Kompeni B ditugaskan di sekitar wilayah Perak. Sepanjang tu, banyak berita-berita yang buat dorang gerun tersebar.

Contohnya berita  tenggelamnya kapal-kapal perang British yang power macam Prince of Wales dan Repulse kat perairan Kuantan, Pahang. Berita ni turut mengejutkan Sir Winston Churchill sebagai Perdana Menteri UK waktu tu,

“In all the war I never received a more direct shock.”

Ditambah lagi dengan berita dan khabar angin bahawa pengintip-pengintip Jepun dah mula masuk wilayah Perak Utara dalam masa beberapa hari sahaja. Jadi, askar waktu tu memang nervous.

Ketika ini, waktu tidur pun tak menentu dan kena pakai pakaian seragam askar sepanjang masa. Kalau ada je berita pasal musuh dah dekat, mesti ada tiupan ‘Bugle’ supaya yang tidur boleh bangun untuk ‘stand to’. Jadi, ada satu malam ni, semua askar tiba-tiba dikejutkan daripada tidur. 

GIF dari Giphy.com

Prebet Abu Bakar bin Alang Mohd dengan tak sengaja pergi lepaskan tembakan yang terkena tempat tidur dan botol air seorang prebet ni. Nasib baiklah Prebet Mohd. Tahir tak ada kat tempat tidur masa tu sebab kesan tembakan tadi menembusi kain lapik dari hujung kaki sampai ke kepala tempat tidur.

Jadi, disebabkan prebet tadi anak buah Koperal Wahiduddin, dorang berdua kena panggil esoknya dengan ‘Court Martial’ atas kecuaian tembakan tu. Jadi, dorang pun bagi alasan-alasan kecuaian ni sebab terkejut lepas dibangunkan dan fikiran tak tentu arah kerana mengantuk. Alasan-alasan itu diterima dan diberi amaran supaya berhati-hati untuk keselamatan orang lain.

3. Ingatkan payung terjun askar Jepun. Rupa-rupanya…

Makin hari, makin banyak laporan dan khabar angin yang dorang dapat bahawa askar Jepun makin hampir. Ada khabar angin kata pengintip tentera Jepun ada kelihatan mendarat di Pantai Remis iaitu kawasan nelayan dekat dengan di mana Koperal Wahiduddin dan pasukan dia bertugas. Dikatakan pengintip-pengintip ni dah mula potong kawat-kawat telefon.

Satu pagi tu, pihak polis dari Simpang Ampat melaporkan bahawa ada beberapa payung terjun askar Jepun mendarat dekat kawasan-kawasan Pasir Panjang. Jarak kawasan tu dari kem Koperal lebih kurang 4 batu. Jadi dengan serta-merta, semua diperintahkan bersedia untuk naik kenderaan dan pergi ke kawasan yang diarahkan tu.

Gambar dari imgflip.com

Tiba-tiba, ada yang mengatakan laporan pasal payung terjun tadi tak berasas sebab maklumat tu polis dapat dari orang-orang kampung. Lepas dipastikan, didapati memang kapal-kapal terbang Jepun ada gugurkan sesuatu. Tapi yang digugurkan tu adalah payung-payung kecil dibuat daripada kertas. Pada pendapat Koperal, mungkin ni taktik nak kelirukan askar-askar dorang atau pun ianya satu isyarat yang Koperal pun tak faham.

Model payung terjun kertas. Gambar dari daviddarling.info

4. Sarjan tersilap petik pin bom, koperal kena kutip.

Disebabkan penguasaan askar Jepun yang pantas, pasukan-pasukan sukarelawan termasuk Platun 7 sering diarahkan berundur. Sampai suatu masa ni, mereka diarahkan berundur dan bertahan di Ipoh, dan diarahkan berundur lagi walaupun waktu tidur. Mula-mula kat kem Padang Lumba Kuda sampailah ke kawasan dekat Chinese Maternity Hospital kat Jalan Kampar.

Suatu hari, sementara pasukan dorang tengah tak buat apa-apa, Sarjan Lembang memberi arahan untuk check peti-peti bom tangan yang baru dikeluarkan. Dorang ditugaskan untuk pasang detonator ni untuk tiap-tiap butir yang dikeluarkan dari peti.

Gambar dari imgflip.com

Kerja ni telah memakan masa berjam-jam, jadi ada yang mula rasa mengantuk. Tiba-tiba Sarjan Lembang ni terpetik safety pin pada salah satu bom yang dia tengah periksa. tanpa membuang masa, Sarjan pun terus lempar bom tu dan jerit supaya askar-askar lain untuk menyorok dalam lubang perlindungan. Beberapa lama lepas tu, barulah disahkan bahawa bom tu tak meletup. Jadi Sarjan Lembang minta Koperal Wahiduddin pergi check. Koperal serta merta buka base plug bom tu dan rupa-rupanya bahan peletup belum disambungkan pada bom tu.

GIF dari giphy.com

5. Seorang prebet punyalah trauma hingga sanggup mengikat kakinya

Koperal Wahiduddin dan rakan-rakan akhirnya bertemu juga dengan musuh. Tapi musuh yang datang semuanya adalah kapal terbang fighter Jepun. Kem dorang memang kena serang bertubi-tubi dari satu kumpulan kapal terbang sampai ke satu kumpulan lain. Sampaikan letupan-letupan jatuh dekat dengan dorang. Kesannya, satu bandar Ipoh mengeluarkan asap tebal dan keadaan bandar tu sangat mengerikan.

Koperal Wahiduddin terangkan bahawaapa  yang menyelamatkan dorang dari serangan bertubi-tubi ni adalah apabila awan mendung dan hujan. Jadi tiada serangan udara dari Jepun. Walau bagaimanapun,  dorang sentiasa dengar bunyi enjin-enjin kapal terbang Jepun berkeliaran dekat ruang udara Ipoh ni dan sentiasa buat dorang rasa gementar.

Antara kapal terbang Jepun yang digunakan waktu Perang Dunia ke-2 adalah Mitsubishi A6M2 Zero Fighter. Sumber dari warfarehistorynetwork.com

Ada seorang prebet ni yang sentiasa takut dengan serangan udara dan bunyi-bunyi enjin kapal terbang. Kalau ada sahaja bunyi enjin kapal terbang melintas, prebet ni lah yang pertama sekali lari masuk ke lubang. Lubang tu pun dia buat untuk kegunaan dia sendiri sampaikan waktu makan pun dia duduk dalam lubang tu.

Jadi ada satu malam ni, semua tengah tidur dan tiba-tiba bunyi lori lalu. Apalagi, prebet ni iaitu Prebet Raja Bahari terkejut dan berlari nak masuk lubang. Tapi, prebet ni jatuh terjerumus ke tanah dan terkena orang lain.

GIF dari Giphy.

Rupa-rupanya dia lupa yang dia dah ikat sebelah kaki dia dengan prebet yang tidur sebelah dia. Rakan-rakan dia semua marah dan ketawa. Bagi Koperal inilah kenangan yang kelakar sepanjang perang tu bila tengok gelagat prebet ni.

6. Koperal halang temannya mencuri basikal milik orang Cina

Ramai askar-askar Melayu mendapat berita bahawa moral tentera dari British dah jatuh sebab peluang nak menang tu tipis. Ramai tentera British yang lari berlindung kat hutan-hutan dan kampung-kampung. Disiplin tentera pun dah tak ada dengan semua mencari helah nak larikan diri. Jadinya, moral-moral askar Melayu macam Koperal Wahiduddin pun turut jatuh dan dorang dah tak yakin dengan peperangan ni.

Askar-askar British menyerah diri kepada tentera Jepun. Sumber dari macaudailytimes.com

Lagi-lagi dengan keadaan askar dorang yang diperintahkan mengundurkan diri sahaja. Tugas dorang pun dah makin sikit dan tidak lagi bertempur. Tugas yang ada pun adalah mengangkat kawat-kawat berduri di stesyen dari pagi sampai ke petang. Lain-lain tugas adalah meruntuhkan dan memusnahkan rumah-rumah.

Ada berita bahawa semua askar dibenarkan balik kampung masing-masing pada 31 Disember 1941.  Semua pun rasa tak sabar dan ada yang awal-awal lagi dah balik senyap-senyap. Koperal Raja Wahiduddin pun antara yang pulang awal senyap-senyap sebab risau nasib keluarga kat Kuala Kangsar.

Pada 25 Disember, Koperal dengan tiga orang prebet bawah dia pun balik senyap-senyap. Dorang masuk hutan dan tidur di mana-mana tempat yang dorang rasa sesuai tidur. Sesekali dorang menyorok takut terserempak dengan askar Jepun. Dorang ada juga singgah beberapa kampung dan mendapat layanan baik orang kampung, sampai suruh dorang tukar baju seragam askar kepada baju biasa supaya orang Jepun tak tahu dorang askar.

Sesekali dorang ada dengar tembakan meriam dan letupan bom dekat dengan dorang. Ada satu hari, Koperal dengan kawan-kawan melintasi kawasan pekerja-pekerja Cina. Kat situ ada banyak basikal disimpan. Jadi Prebet Man Sadli rancang nak pakai basikal-basikal ni. Tapi Koperal marah dan tak setuju.

Sebab bagi Koperal, waktu perang macam ni, dia tak nak menganiaya sesiapa pun. Baiknya hati seorang askar Melayu walaupun dalam keadaan terdesak macam ni.

7. Tamatnya khidmat Pasukan Sukarelawan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Lebih kurang beberapa hari lepas tu, barulah Koperal sampai ke kampung dia. Itupun selepas berbatu-batu berjalan kaki dan sesekali singgah di kampung-kampung lain. Beberapa bulan lepas tu, Koperal bertemu balik kawan-kawan yang lainnya. Dorang bercerita nasib askar Platun 7 yang tinggal, di mana dikatakan tinggal separuh sahaja semenjak Koperal dan kawan-kawan lain balik awal.

Pada 31 Disember 1941, semua tentera secara rasmi dibenarkan pulang ke kampung masing-masing. Cumanya, kalau masih ada yang nak terus berkhidmat lagi, dorang boleh sertai Tentera British di Singapura yang merupakan benteng terakhir Tanah Melayu pada waktu itu.

Gambar dari pinterest.org

Dari tarikh kejatuhan Singapura ke tangan askar Jepun pada bulan Februari 1942, maka tamatlah riwayat pergerakan dan aktiviti Pasukan Sukarelawan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang dah lama ditubuhkan. Walaupun pada tahun 1949, pasukan-pasukan ini dibenarkan semula beroperasi oleh pemerintahan awam British. Tapi Koperal tulis ianya hanya sekadar syarat dan nama sahaja.

Siapa lagi nak mengenang jasa dorang kalau bukan kita?

Sepanjang perkongsian oleh Koperal Raja Wahiduddin, banyak aksi-aksi berani tentera sukarelawan Melayu ni mendapat pujian daripada pegawai tertinggi British waktu tu.  Lagi-lagi masa berbalas tembakan dengan kapal terbang fighter dari Jepun. Walaupun Jepun berjaya tawan Tanah Melayu dengan masa yang singkat, tapi sekurang-kurangnya ada jasa-jasa askar tempatan yang terlibat perlu kita kenang.

Mungkin sebab pengorbanan dan kesanggupan dorang ni untuk jadi tentera sukarelawan, keluarga datuk nenek moyang kita yang sepatutnya jadi mangsa kekejaman perang terselamat. Maka kita berpeluang lagi lahir kat Malaysia ni. Selain tokoh-tokoh politik, pasukan-pasukan tentera sukarelawan kita adalah pahlawan sejati tanah air ini yang harus dihargai jasa-jasanya. Sekurang-kurangnya nanti, bila anak-anak tanya pasal peperangan Jepun waktu 31 Ogos, kita dah boleh tambah cerita baru,

“Masa penjajahan Jepun, ada pasukan tentera sukarelawan Melayu macam Platun 7…”

Senarai nama-nama Ahli Pasukan Platun 7 Kompeni B. Sumber dari buku Pelatun 7
Sambungan senarai ahli Platun 7. Sumber dari buku Pelatun 7.

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT