- 298Share sekarang!
- Email3
- Facebook295
- Share
Sejak pandemik melanda negara dan sekarang tak menampakkan surutnya, pelbagai inisiatif telah dilakukan rakyat Malaysia untuk terus membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Dari inisiatif yang bermula tahun lepas iaitu #kitajagakita sebelum dihijack ahli politik, ke #rakyatjagarakyat sehinggalah kempen #benderaputih baru-baru ni, ramai yang masih tampil untuk memberikan bantuan.
Tapi PKP yang menyebabkan orang ramai susah untuk bergerak ni membuatkan susah untuk orang keluar memberi bantuan makanan. Disebabkan inisiatif ini jugalah, pengasasnya Reza Razali dan teammnya, TeratoTech, sebuah syarikat pembangun aplikasi mudah alih & laman web di Malaysia membina website kitajaga.co – yang nampaknya tak ubah macam kempen #benderaputih, secara digital.
Sama macam konsep sebenar #benderaputih , ia dibangunkan bagi memudahkan pencarian bagi mereka yang susah, dan memerlukan foodbank berdekatan. Ia bukan saja direka untuk mengambil bantuan, malah supaya bantuan mudah diberikan kepada yang memerlukan.
Yang bagusnya, website ni sangat mudah dengan membolehkan pengguna mengetahui kat mana mereka boleh dapatkan bantuan, bagi sesiapa saja yang memerlukan bantuan di tempat berdekatan. Yang bagusnya lagi, pengguna juga tak perlu untuk log masuk untuk menggunakannya sebab ia boleh diakses serta-merta, tanpa birokrasi, mahupun ceramah dan soal siasat yang berlebihan dari pemberi bantuan.
Caranya, cuma masukkan alamat kejiranan anda dan pilih sama ada untuk beri bantuan atau membantu sesiapa yang memerlukan.
Bantuan juga tak semestinya dari makanan semata-mata, boleh jadi bantuan ubat-ubatan, sewa rumah, malah pekerjaan dan macam-macam lagi.
Caranya, korang boleh klik pada bendera putih yang korang jumpa, dan tolong semampu korang.
Jadi dengan kemudahan yang ada, semoga kita masih kekal memberi bantuan bagi mereka yang memerlukan, dan semoga Allah memberkati segala bantuan dari segi apa pun untuk kita.
- 298Share sekarang!
- Email3
- Facebook295
- Share