Setiausaha PAS kahwin lagi, tapi jurunikahnya orang Thailand. Adakah perkahwinannya sah?

Viral di Twitter mengenai seorang Setiausaha PAS Kelantan merangkap Ahli Parlimen Tumpat (P019) dikatakan telah berkahwin lagi. Individu tersebut ialah Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi. Untuk makluman korang, beliau ni juga ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II.

Sebelum ni, beliau juga viral apabila beliau menyatakan tindakan seseorang mengibarkan bendera putih, dianggap sebagai ‘kering idea’. Beliau juga menyatakan:

“Sekiranya kamu seorang pemimpin namun menyeru rakyat supaya menyerah diri, mengangkat bendera putih, ini bukan pemimpin, ini pengkhianat negara. Hanya pengkhianat yang menghasut rakyat supaya menyerah kalah dan angkat bendera putih. Sepatutnya seorang negarawan perlu menyeru rakyat supaya kuat, gagah dan berlawan dengan apa-apa isu yang dihadapi oleh negara. Sepatutnya seorang negarawan perlu menyeru rakyat supaya kuat, gagah dan berlawan dengan apa-apa isu yang dihadapi oleh negara” – Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi, dipetik dari Sinar Harian.

Korang mesti terkejut kerana beliau dikatakan telah berkahwin, tapi…

Menggunakan khidmat jurunikah dari orang Thailand

Che Abdullah sedang menelefon wali dari Thailand. Imej dari akaun Twitter zack_rockstar.

Kami cuba membuat kajian mendalam mengenai siapakah gadis misteri itu dan kami telah menjumpainya. Che Abdullah telah berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Nur Fariesha Abdullah.

Dalam gambar sijil nikah yang viral tu (korang boleh tengok gambar sijil nikah tu di sini), tarikh akad nikah adalah pada 1 Jun 2021, bersamaan dengan 20 Syawal 1442 (hmmm….masa hari raya). Akan tetapi, tular di media sosial dakwaan video beliau sedang melangsungkan majlis akad nikah secara dalam talian. Jadi, sijil akad nikah tersebut tidak dapat dipastikan kesahihanya.

Korang boleh tengok video tersebut di bawah:

Macam mana kami tahu jurunikahnya dari Thailand? Haa…kalau korang tengok betul-betul dekat sijil nikah tu, ada tulis nama jurunikahnya iaitu Haji Wan Hassan Wan Mahmud. Lepastu, dia berasal dari Kampung Beluru, Sungai Padi di Narathiwat, Thailand.

Tiga gambar di bawah ni menjadi bukti di mana yang beliau memang legit berkahwin lagi:

Sebelum dihijabkabulkan syariat tetap membataskan. Imej dari zack_rockstar.

Akan tetapi, kontroversi tercetus apabila Che Abdullah dikatakan berkahwin dengan wanita tersebut tanpa keizinan dari isteri pertamanya. Nak tahu lebih lanjut, korang boleh tengok tangkapan skrin perbualan Che Abdullah di WhatsApp:

Tangkapan skrin chat di WhatsApp. Imej dari zack_rockstar.

Indahnya hadir seketika, tapi lepastu berita buruk mula menjelma apabila Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Thailand telah mengetahui tentang perkahwinan tersebut. Mereka juga dikatakan akan menyiasat isu ini.

Dipetik dari Astro Awani, Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat menyatakan pihaknya tidak pernah mengiktiraf pernikahan secara dalam talian.

“Kita akan panggil imam itu, untuk dapatkan maklumat, ita akan tanyakan perkara itu, kerana majlis agama tidak bagi kebenaran nikah menggunakan telefon.” – Abdul Aziz Che Mamat, dipetik dari Astro Awani.

Jadi, timbul satu persoalan…

Adakah sah kalau nikah di Thailand secara dalam talian

Mufti Selangor sebelum ni sudah mengeluarkan hukum nikah online di Thailand. Imej dari Harian Metro.

Jawapannya…..TIDAK SAH! Nak tahu kenapa? Hal ini pernah dihujahkan oleh Mufti Negeri Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid. Beliau juga turut berkata perkahwinan dalam talian hanya boleh diadakan, jika mendapat kelulusan khas dan sebenarnya banyak proses yang perlu dilalui secara fizikal.

“Di Selangor misalnya, nikah online diadakan ketika PKP dan dalam tempoh singkat sebelum JAIS mengadakan kembali secara fizikal. Walaupun nikah online sekali pun, ada proses yang masih perlu dibuat secara fizikal seperti perakuan surat nikah, mengenal pasti wali dan pengantin serta perlu dijalankan oleh jurunikah bertauliah.” – Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid, dipetik dari Utusan.

Jadi, kalau betul pernikahan Che Abdullah tu betul-betul kahwin secara dalam talian dengan jurunikahnya orang Thailand, maksudnya tidak sah. Akhir sekali, perbuatan beliau ni dianggap sebagai tidak wajar oleh para netizen kerana sepatutnya beliau patut membantu rakyat yang terkesan akibat PKP.