PROJECT PANDORA, projek pertama Interpol dan Malaysia mengesan aktiviti haram dark web

Pada zaman moden ini, kita boleh dapatkan apa-apa maklumat daripada internet. Kalau korang nak tahu, internet yang korang guna sekarang ni baru 10% dari keseluruhan web, malah ada lagi 90% yang korang tak nampak. Selama korang menggunakan internet, mesti korang tahu istilah Deep Web atau Dark Web kan?

Sebenarnya, dark web adalah sebahagian daripada deep web cuma berlainan konsep. Deep web mempunyai maklumat sulit yang tak boleh diakses oleh search engine (Google), manakala dark web digunakan untuk aktiviti jenayah serta boleh mengancam negara. Walaupun berlainan konsep, namun ia mempunyai satu persamaan — bahaya dan berisiko tinggi.

Deep Web vs. Dark Web: What is Each and How Do They Work
Iceberg selalu digunakan sebagai metafora web biasa, deep web dan dark web. Imej dari heimdalsecurity.com

Kalau nak masuk dalam deep web dan dark web bukan lah semudah ABC, ia memerlukan…

Kepakaran internet yang hebat untuk mengakses internet tersembunyi

Untuk mengakses deep web atau dark web, perlu berhati-hati sebab ia dikenali sebagai sisi gelap dan jahat dalam internet. Selain itu, pengguna juga memerlukan proksi tertentu seperti The Onion Router atau TOR. Kenapa dinamakan onion? Sebab ia ibarat satu metafora menunjukkan lapisan keselamatan untuk melindungi identiti, alamat IP, lokasi dan maklumat peribadi pengguna. Kalau nak masuk dalam deep web atau dark web perlu mencipta identiti baru sebab keselamatan diri dikira satu keutamaan.

What Is A TOR? » Network Interview
Ni lah dimaksudkan lapisan keselamatan! Imej dari networkinterview.com

Fakta menarik pasal deep web — mempunyai 550bilion dokumen (atau lebih), manakala web biasa cuma ada 1 bilion dokumen. Akan tetapi, deep web memberi banyak faedah kepada beberapa pihak untuk berkomunikasi secara rahsia tanpa identiti, malah banyak maklumat sulit boleh dapat dari sini. Antara pihak yang mendapat faedah :-

  1. Kebanyakan bekas pegawai kerajaan, tentera atau syarikat korporat mendedahkan salah laku dan rasuah yang berlaku kepada investigative reporters tanpa rasa takut.
  2. Penentang politik. Semasa pergolakan politik, deep web menjadi sangat penting untuk menentang penapisan dalam talian dan penindasan oleh negara.
  3. Hackers yang mendedahkan jenayah dan pendera. Berjaya memadam beberapa laman web berprofil tinggi yang memuat naik video dan gambar penderaan seksual kanak-kanak.
Enter The Deep & Dark Web If You Dare (And Get Ready For A Surprise) - Digital.com
Biasanya, deep web dikaitkan dengan hackers. Imej dari digital.com

Seterusnya, dark web yang dikenali sebagai Dark Net atau Dark Intranet merupakan jurang internet yang paling dalam. Di negara lain, tak menyalahi undang-undang kalau nak explore dark web tetapi akan ditangkap kalau nak cuba beberapa perkhidmatan atau membeli barang terlarang. Selain itu, pengguna boleh menggunakan Bitcoin untuk transaksi jual beli. Antara contoh-contoh urusniaga dalam dark web :-

  1. Menghasilkan dan menjual salinan pasport dari mana-mana negara.
  2. Terdapat ‘online shop’ yang menyediakan pelbagai jenis senjata api — AK-47.
  3. Menjual data-data syarikat atau kerajaan yang digodam.
  4. Uranium yang dijadikan bahan utama untuk membuat senjata nuklear.
Dark Web, Deep Web, Tor: Inside the Unindexed Part of the Internet | Observer
‘Online shop’ yang menjual machine gun dalam dark web. Imej dari digital.com

Isu membeli barang terlarang dari dark web susah dikesan oleh mana-mana pihak berkuasa termasuk Malaysia. Akhirnya, The International Criminal Police Organization (INTERPOL) membuat keputusan untuk…

Membantu Malaysia menyiasat aktiviti berkaitan keganasan biologi melalui Dark Net

Selain Malaysia, INTERPOL juga membantu 4 negara lain di Asia Tenggara — Indonesia, Filipina, Thailand dan namakan sebagai PROJECT PANDORA. Tujuan utama Project Pandora ditubuhkan untuk meningkatkan kemampuan polis serta penganalisis perisikan dalam menyiasat aktiviti berkaitan keganasan biologi dari dark web.

Seorang pegawai Interpol berkata, dark web membolehkan kumpulan pengganas lebih mudah akses bahan kimia, biologi, radiologi, nuklear dan bahan letupan. Imej dari freemalaysiatoday

Penggunaan dark web untuk mendapatkan, memindahkan dan menyeludup bahan atau senjata biologi menjadi kebimbangan komuniti penguatkuasa undang-undang seluruh negara. Tambahan pula, ancaman penggunaan bahan biologi pula dilakukan oleh ‘non-state actor’ (pelaku bukan negara). Bayangkan, kalau ada pihak tak bertanggungjawab menyalahguna senjata biologi yang boleh membunuh ramai orang.

9 Senjata Biologis Paling Mematikan di Dunia
Tak boleh bayangkan kalau jadi betul-betul. Imej dari matamatapolitik

Semasa persidangan Cyber Defense & Security Exhibition and Conference (CYDES) 2021, Penyelaras Unit Pencegahan Keganasan Biologi INTERPOL, Adrien Sivignon meminta sokongan dari 5 negara ni untuk menyiasat dark web dengan lebih detail serta menghalang aktiviti-aktiviti haram. Tambahan pula, Adrien Sivignon — salah seorang ahli panel Forum Keselamatan Siber ASEAN semasa persidangan CYDES 2021 yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Agensi Keselamatan Siber Negara.

CYDES 2021 - Embedding Resilience In Our Cyber Space | The Edge Markets
Cyber Defence & Cyber Security Exhibition and Conference. Imej dari theedgemarkets

Forum Keselamatan Siber ASEAN memfokuskan topik-topik penting pasal keselamatan siber. Antaranya — Undang-Undang Siber, Cloud Security, Pembinaan Kapasiti, Koordinasi Membanteras Jenayah Siber, Zero Trust, Artificial Intelligent, Kesedaran Keselamatan Siber, Transformasi Digital, Smart City dan Darkweb.

Sebenarnya, isu bahan biologi yang didapati dari dark web bukan lah kes yang pertama. Malaysia pernah digemparkan beberapa kes yang berkaitan dengan dark web iaitu…

Kanak-kanak Malaysia menjadi mangsa pedofil & penjualan maklumat pelajar UITM di Darkweb

Kes pedofil warga Britain, Richard Huckle yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebab mendera secara seksual 200 kanak-kanak Malaysia sejak 2006 hingga 2014. Setelah itu, dia memuat naik video penderaan di dark web. Dalam laman khas Huckle, dia pernah cerita pasal aktiviti dia, kejayaan dia manipulate keluarga mangsa dan berbangga dapat merogol serta mencabul tanpa dikesan.

Pencabul Bersiri 200 Kanak-Kanak Malaysia Mati Di Tikam, Zalimnya Kisah Richard Huckle! - REMAJA
Richard Huckle semasa di Malaysia. Imej dari remaja.my

Dia juga menyamar sebagai guru bahasa Inggeris yang sedang membuat kebajikan. Pada tahun 2014, Huckle ditahan oleh pegawai Agensi Jenayah Kebangsaan di Lapangan Terbang Gatwick semasa pulang untuk menyambut Krismas. Dia mengakui terhadap 71 pertuduhan termasuk 14 kesalahan rogol dan 31 serangan seksual.

Untuk menutup kegiatan jijiknya, dia encrypted komputer dan hard disk supaya tak ada siapa yang tahu. Bila dapat dibuka, terdapat berpuluh ribu gambar dan video penderaan seksual kanak-kanak lelaki dan perempuan.

The sickening crimes of Richard Huckle and how his parents begged police to take him away - Kent Live
Huckle dalam penyiasatan. Imej dari www.kentlive.news

Pada tahun 2019, terdapat dakwaan kes penjualan maklumat lebih sejuta pelajar UiTM di dark web. Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said menjalankan kerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia untuk selesaikan kes ni.

UiTM lahir graduan dinamik, progresif
Dikatakan nama pelajar dan alumni Uitm telah dijual di darkweb. Imej dari bharian.com.my

Akan tetapi, pihak Agensi Keselamatan Siber Negara memaklumkan tak ada aktiviti yang mencurigakan pasal kebocoran maklumat pelajar UiTM. Selepas kejadian tu, pihak UiTM cuba menambah baik prosedur untuk melindungi data daripada serangan, kerosakan atau akses tanpa izin.

Deep web dan dark web menimbulkan sifat ingat tahu setiap orang

Disebabkan deep web dan dark web terlalu misteri dan penuh rahsia, ramai orang cuba mengakses walaupun berdepan dengan risiko yang tinggi. Akan tetapi, kalau tak ada ilmu yang cukup, boleh jadi tersalah langkah dan jadi bahaya. Kod jahat (malicious) boleh mendedahkan identiti dan lokasi serta penipuan secara phishing juga banyak untuk mencuri maklumat peribadi orang yang mengakses internet tersembunyi ni.

Imej dari imgflip

Teknologi yang digunakan dark web sangat susah untuk ditembusi sebab ia rumit dan tak ada penguatkuasa yang jaga dark web ni. Dark web boleh digunakan untuk kebaikan atau kejahatan bergantung kepada pengguna.

Hmm… agak-agak dah berapa ramai yang jadi mangsa dark web dan deep web ni?