Rakyat Malaysia ni pernah taja konsert terbesar di dunia pada tahun 80-an?

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, SOSCILI)

Sejujurnya bila tanya kawan kitorang sama ada diorang suka atau tak filem hype sekarang ni iaitu Bohemian Rhapsody, diorang punya feedback rata-ratanya antara suka gila, atau tak berpuas hati dengan penapisan yang dilakukan. Malah ada yang mempersoalkan sama ada beberapa babak dalam filem tu betul-betul wujud atau tak.

Nampak sama, tapi bukan Freddie Mercury/ Queen sebenar. Tapi kitorang kagum gila dengan Rami Malek yang memang all out study pasal Freddie. Imej dari regmovies

Tapi apa yang paling penting sekarang, kita semua setuju babak band Queen masa kat konsert Live Aid pada tahun 1985 tu memang hebat gils babs. Dan bagi kitorang milennial yang masih belum wujud pun masa tu, kita semua harap yang kita berada kat sana :'(

Apa yang korang mungkin tak tahu, konsert Live Aid ni sebahagiannya merupakan idea seorang ahli perniagaan Malaysia yang mungkin korang pernah dengar tapi tak pernah tahu – Ananda Krishnan.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10157112797487780&set=a.141876107779&type=3

Taikun minyak yang nak cuba sesuatu yang baru

Tatparanandam Ananda Krishnan, atau lebih dikenali sebagai Ananda Krishnan dilahirkan pada 1 April 1938 di Brickfields. Dia kemudiannya melanjutkan pelajaran di Victoria Institution sebelum membuat keputusan untuk belajar sains politik di University of Melbourne, dan kemudian terbang ke barat untuk mendapatkan MBA dari Harvard pada tahun 1964.

Sekembalinya dia ke Malaysia, dia menubuhkan syarikatnya yang pertama – sebuah syarikat perundingan bernama MAI Holdings. Bagaimanapun, perniagaan dia yang seterusnya dalam industri minyak yang menjadikannya kaya-raya macam yang kita kenal sekarang.

Ananda Krishnan juga tak terlepas dari masalah contohnya perjanjian perniagaan antara Maxis dan Aircel India yang menyebabkan kerajaan India telah mendakwanya dengan rasuah. Imej dari Business Times

Dulu dia menerajui Excorp, sebuah syarikat perdagangan minyak yang berkembang di rantau ni. Ananda kemudiannya menjadi peneraju utama dalam penubuhan Petronas, dan nampaknya menjadi ahli lembaga pengarah syarikat di samping memiliki tempat di Bank Negara Malaysia dari 1982 hingga 1987. Dia juga yang akhirnya meyakinkan Mahathir untuk membina Menara Berkembar Petronas.

Bagaimanapun, kesemua kejayaannya tu nampaknya membuatkan dia bosan. Perkara ni la yang membuatkan Ananda nak cuba perniagaan lain pula. Dia kemudiannya berminat untuk menyiarkan acara sukan dan hiburan ke dunia pada tahun 80-an, yang membolehkan dia mempunyai kepentingan utama dalam syarikat-syarikat seperti Astro dan Maxis seperti yang kita tengok pada hari ni. Walau bagaimanapun, peralihan utama sebenar yang pertama dalam siaran dan hiburan adalah konsert mega 1985, Live Aid!

Penyumbang rahsia kepada acara kebajikan terbesar yang pernah berlaku

Live Aid – bagi korang yang belum tonton lagi Bohemian Rhapsody atau memang tak tahu langsung pasal acara ni – ia adalah acara kebajikan terbesar yang menampilkan muzik, yang bertujuan mengumpulkan dana kepada rakyat Ethiopia yang mempunyai masalah kebuluran. Masalah ni juga la yang dah membunuh lebih 400,000 rakyat Ethiopia.

Dua konsert serentak di UK dan Amerika Syarikat dengan pelbagai konsert bebas di negara-negara lain seperti Kanada, Australia dan Jepun semuanya dihubungkan dengan siaran satelit dan televisyen, yang menunjukkan seramai kira-kira 1.9 bilion orang penonton di seluruh dunia secara live. Artis-artis seperti Queen, David Bowie, Dire Straits dan Madonna semuanya melelong barangan diorang untuk membantu menjana dana untuk krisis Ethiopia.

Poster konsert Live Aid. Imej dari Best Classic Bands

Konsert Live Aid tu akhirnya berjaya mengumpulkan sebanyak £150 juta untuk mangsa kebuluran. Sebagai balasan kecil terhadap idea tersebut, penganjur konsert meletakkan iklan di Wall Street Journal untuk mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat dan setiap orang yang menyumbang kepada tujuan tersebut. Nama Ananda Krishnan bagaimana pun tak tersenarai walaupun dia yang bagi idea dan juga sumbangan at the first place.

Ingat tak pasal bila tadi kita sebut yang Ananda nak menceburi penyiaran sukan dan juga acara? Live Aid ni secara tak langsung merupakan peluang utamanya dalam industri itu. Dia pun menghubungi Bob Geldof, seorang penyanyi yang menyumbang keuntungan dari muzik bagi usaha bantuan menghapuskan kebuluran pada masa tu. Ananda menawarkan untuk sama-sama menyumbang dalam pembiayaan acara mega untuk mendapatkan sumbangan tu. Geldof kemudian terus bagi respon yang baik pasal idea tentang konsert super yang sekarang ni kita kenali sebagai Live Aid.

“Daripada memberi sumbangan terus kepada amal, saya mahu melabur kepada seseorang yang dapat menaikkan jumlah wang yang banyak,” – Ananda Krishnan, seperti yang dipetik dari Newsweek

Queen sebenar di konsert Live Aid sebenar di Wembley yang sebenar. Imej dari Attitude
Ananda kemudiannya menyediakan sebanyak USD 1.75 juta untuk konsert Live Aid sebagai bentuk permulaan. Konsert tu sendiri adalah sebuah kejayaan besar, baik dari segi menambah sumbangan untuk kebuluran di Ethiopia dan juga dari perspektif muzik, dengan persembahan Queen secara khususnya diundi sebagai salah satu persembahan langsung terbaik yang pernah ada.

Kebelakangan ni, Ananda memilih untuk menjalani kehidupan yang sederhana

Walaupun mempunyai kekayaan yang mencecah berbilion-bilion banyaknya, tapi Ananda Krishnan juga cukup dikenali sebagai seorang yang pemalu. Malah, ada juga yang menggelarnya sebagai ‘invisible dealmaker’.

Dia sendiri sebenarnya tak mempunyai kedudukan eksekutif pun di empat syarikat utamanya, meninggalkan pembantunya untuk dipertanggungjawabkan. Malah anaknya sendiri, Ajahn Siripanyo tak mewarisi kekayaan bapanya dan memilih untuk hidup sederhana dengan menjadi seorang sami Buddha. 

Ananda Krishnan dan anaknya Ajahn Siripanyo. Imej dari Lowyat

Ananda juga mungkin dikenali sebagai seorang lelaki yang sering membalas budi. Mungkin sebab dia sendiri mendapat biasiswa universiti untuk belajar di Australia ketika dia masih muda, jadi sekarang dia pula yang menawarkan pelbagai biasiswa termasuklah dari Astro dan Maxis.

“Krishnan menyumbang kepada negara, membina sekumpulan rakyat berbakat, mahir, termasuk orang yang akan dapat mengurus jenis baru syarikat yang telah ditubuhkannya,” – Josie Fernandez, pengarah pengasas Philanthropy Asia, dipetik dari Forbes

Satu artikel dari berita yang menerangkan foundation milik Ananda Krishnan. Imej dari Yayasan Yu Cai

Walaubagaimanapun, adalah normal bagi seorang ahli perniagaan untuk mendapatkan keuntungan kembali daripada sesuatu yang dilakukannya. Walaupun kegiatan amal yang dilakukannya tu mungkin untuk mendapatkan keuntungan kembali (ada dakwaan di mana Ananda percaya di mana dengan mengurangkan penderitaan di dunia ini, ia adalah lebih baik untuk perniagaan), tapi perkara ni masih lagi situasi menang-menang bagi semua pihak dalam beberapa aspek.

Contoh terbaik adalah apabila dia menyumbang bukan saja USD1.75 juta, tapi juga ideanya kepada badan amal. Dengan kedua-duanya jalan seiringan, sumbangan tu nampaknya berjaya dijana hampir 10 kali ganda daripada sumbangan asalnya, iaitu mencecah sebanyak £150 juta. Dan daripada berjuta-juta penyumbang, penganjur, performer dan penonton yang terlibat dalam Live Aid tu, siapa sangka idea asal tu datangnya dari seorang rakyat sebuah negara yang bernama Malaysia, jarang sekali disebut dalam media antarabangsa?