Orang pendiam ni boleh berjaya dalam sales ke? 4 introvert kongsi caranya

Adakah korang jenis yang berfikir lima enam kali sebelum call seseorang? Atau yang jenis pura-pura sakit bila member ajak keluar lepak? Lepas tu, habis lepak je kena bersendirian sebab semua tenaga dah lesap.

Berkemungkinan besar, korang ni introvert. Selalu dianggap pendiam, pemalu ataupun sombong, kerjaya yang mungkin korang rasa paling tak masuk akal adalah jadi salesman atau konsultan. Ye lah, kalau tak friendly dan rajin cakap, kerja pun tak jalan kan?

Tapi sebenarnya, ramai je salesman introvert yang berjaya kat luar sana. Dengan bantuan kawan-kawan kami kat AIA, kami temu ramah empat orang introvert yang berjaya dalam bidang jualan – Sam, Husni, Marcus, dan Chriss. Dan mereka ni memang introvert tegar ye:

Kalau nak tahu personaliti korang, klik sini. Tapi test percuma ni biasanya tak tepat sangat la.

Sam dan Marcus adalah jurujual hartanah yang berjaya. Husni dan Chriss ni pula konsultan insurans yang masing-masing mengetuai pasukan sendiri. Kebolehan mereka memang mantap walaupun semua masih dalam lingkungan umur 20an.

Jadi soalan pertama yang kami tanya mereka ialah… macam mana korang buat sales kalau buka mulut pun susah?

Introvert ni sebenarnya boleh je bercakap, cuma perlukan tenaga lebih sikit

Bagi golongan introvert, sebenarnya mereka boleh je bergaul dengan orang lain, cuma aktiviti tu membuatkan mereka lebih penat. Tatkala orang jenis extrovert akan rasa lebih bertenaga apabila bersembang dan bergaul dengan orang lain, introvert pula lebih bertenaga bila bersendirian. Benda ni bukanlah sesuatu yang pelik, dan lebih kurang separuh populasi dunia ni adalah introvert.

Kalau korang rasa diri korang rare, jemput datang ofis Soscili. Sini 75% introvert.

Menurut Chriss, ramai orang salah faham dan ingat introvert ni senyap je 24/7. Menurutnya, memang beliau lebih selesa bila senyap, tapi bila bekerja pula, beliau akan sesuaikan diri dengan persekitaran:

“Introvert ni pemalu, tapi tak bermakna kami tak boleh bercakap. Bila saya bekerja, saya boleh bentangkan produk dengan baik, boleh berkomunikasi dengan klien dengan baik… tapi kalau saya masuk dalam group yang lebih besar, nak mula small talk tu agak mencabar la.”

– Chriss, konsultan insurans.

Marcus pula kongsi yang bila introvert dah selesa, mereka takde masalah nak bersembang. Tapi bila jumpa klien buat kali pertama, ada masa beliau jadi blank sekejap:

“Terutamanya bila dalam lif, ada je waktu awkward (kekok) bila saya macam ummmm aaarrghhh ummm… Tak tahu nak cakap apa.”

– Marcus, ejen hartanah.

Namun, dalam dunia sales, jadi pemalu dan pendiam sebenarnya boleh jadi senjata rahsia sebab…

Pelanggan kurang takut dengan salesman yang introvert

Bila sebut salesman, mesti ramai yang terbayang seseorang yang banyak bercakap, suara kuat, dan berani kejar pelanggan sampai ke lubang cacing.

Jadi sesekali bila jumpa salesman yang pendiam, memang terasa bezanya. Menurut Husni, mungkin introvert rasa sifat pendiam mereka ni satu kekurangan, tapi sebenarnya ia satu kelebihan:

“Kalau (salesman) cakap banyak sangat, kadang-kadang klien tak suka, jadi diorang pun takkan kongsi apa yang diorang fikir. Tapi bila kita banyak mendengar, orang akan selesa. Lepas tu, bila kita tanya satu (soalan) pun, diorang akan kongsi lagi banyak benda. Jadi lagi senang la kita nak faham pelanggan.”

– Husni, konsultan insurans.

Marcus, Sam & Chriss juga menambah yang introvert ni kurang mendesak, jadi pelanggan pun tak rasa takut sangat dengan mereka:

“Introvert macam kami, nak mula bersembang pun dah rasa susah. Jadi tak mungkin kami akan hard sell atau desak pelanggan. Strategi hard sell ni strategi 30 tahun lepas. Pelanggan sekarang dah bijak, mereka ada internet, mereka boleh buat research sendiri. Jadi bila mereka cari konsultan, mesti mereka nak nasihat profesional yang ada nilai tambahan.”

– Chriss, konsultan insurans.

Selain tu, mereka juga kongsikan yang…

Bila korang memang nak sesuatu, korang boleh capai

Sama ada introvert atau extrovert, setiap orang pasti ada benda yang mereka tak selesa nak buat, tapi keinginan untuk kehidupan yang lebih baik mendorong mereka keluar dari zon selesa masing-masing.

Bagi Sam, beliau berjaya mendapatkan kebebasan kewangan yang diimpikan setelah masuk industri jualan, tapi sebelum itu, beliau terpaksa mencabar diri sendiri:

“Keluar dari zon selesa memang perlukan keberanian, jadi benda pertama yang kita harus buat sebenarnya ialah cabar diri dulu.”

– Sam, ejen hartanah.

Husni pula asalnya bekerja untuk merekrut orang join tempat kerjanya iaitu AIA. Tapi lama kelamaan, beliau perasan orang yang beliau rekrut pun dah jadi lebih berjaya dari beliau sendiri:

“Ada seorang fresh grad ni, dia pun introvert juga. Tapi lepas beberapa bulan, saya tengok gaya hidup dia berubah, upgrade la, dia mampu beli latest iPhone. Jadi saya fikir, kalau dia boleh buat kenapa aku tak boleh?. Dalam diam, saya pun lompat masuk industri ni juga. Dan saya rasa saya buat pilihan yang betul la.”

– Husni, konsultan insurans.
Tapi korang janganlah lompat melulu ye. Gif dari Tenor.

Chriss pula berkata yang beliau sengaja memilih industri ni untuk cari cabaran berbeza dan membentuk jati diri:

“Walaupun saya introvert, saya tak suka kerja yang terlalu rutin. Saya nak cari kerja di mana… saya perlu atasi pelbagai cabaran. Sebab saya percaya itu akan membentuk saya menjadi orang yang lebih berjaya.”

– Chriss, konsultan insurans.

Nampaknya usaha Chriss membuahkan hasil, sebab pada umur 24 tahun, beliau sudah membeli rumah di Mont Kiara! Wah, Soscili nak sewa ofis kat Mont Kiara pun tak mampu 🥹

Akhir sekali, walaupun introvert lebih selesa bersendirian, mereka setuju yang semua orang perlukan pertolongan untuk berjaya.

Mentor-mentor yang mantap boleh tolong korang kenali diri sendiri

Dalam bidang jualan, biasanya korang akan ada sistem sokongan yang terdiri daripada mentor dan ahli kumpulan. Untuk introvert pula, bimbingan 1-on-1 lebih sesuai untuk mereka serap maklumat dan pengetahuan baharu.

Bila berguru dengan orang yang mantap, kita pun boleh jadi mantul.

Chriss bagitau kami yang mentor beliau melatih setiap ahli kumpulan dengan cara yang berbeza. Bagi dirinya pula, perkara yang semulajadi bagi extrovert (seperti bertanya soalan), beliau perlukan bimbingan yang lebih:

“Bunyi macam kelakar, tapi mentor saya pernah tolong senaraikan setiap soalan yang saya perlu tanya pada klien. Sebagai introvert, saya perlukan bimbingan macam ni supaya saya rasa lebih bersedia. Saya bukanlah lurus dan ikut sebijik-sebijik, tapi benda ni buat saya rasa tak panik bila berdepan klien nanti,”

– Chriss, konsultan insurans.

Husni juga terhutang budi dengan mentor beliau serta latihan awal yang beliau terima dari AIA Elite Academy, satu program yang beliau sertai semasa mula-mula menjadi konsultan insurans dulu.

“AIA Elite Academy ni program 18 bulan, kiranya macam kita masuk universiti balik la. Tapi dari segi income dia memang best, dan program ni juga tolong kita rancang hala tuju kerjaya kita. Kalau saya tak join dulu, saya rasa saya masih jadi staf boss saya hari ni,”

– Husni, konsultan insurans.

Dan sekarang Husni sendiri dah jadi bos kepada beberapa orang staf di bawah beliau. Tahniah Husni!

Nak keluar dari kepompong introvert korang? AIA Elite Academy boleh jadi batu loncatan

Masih kepompong jugak, tapi ada extra sikit. Gif dari Giphy.

Kesimpulannya, bukan personaliti yang jadi ukuran, tapi lebih kepada apa ilmu yang kita ada.

“Jujur saya cakap, jadi introvert atau extrovert bukan penentu kejayaan. Zaman sekarang, orang lebih pandang ilmu dan sifat professional kita berbanding skil bersembang”

– Chriss, konsultan insurans.

Sekalipun ada minat, nak bermula tu paling susah. Sebab tu lah AIA tubuhkan AIA Elite Academy untuk bantu orang berjinak dalam industri jualan insurans.

Ianya program berstruktur selama 18 bulan untuk konsultan insurans baharu, di mana korang akan dapat mentor dan jurulatih, sistem sokongan, perancangan kerjaya, dan juga peluang untuk belajar sambil bekerja. Paling best, korang boleh dapat bonus sehingga RM15,000 sebulan di samping komisen bila korang capai KPI tertentu!

Ha, ni la haluan kerjaya yang digembar gembur tu! Imej dari AIA.

Kalau korang belum cukup yakin untuk bergiat dalam industri ni sepenuh masa, jangan risau! Untuk mereka yang gigih nak buat side hustle, program Elite Lite membolehkan korang cuba dulu industri ni separuh masa tanpa perlu meninggalkan kerjaya korang sekarang. Kalau korang dah ada pengalaman profesional tapi nak cari sumber pendapatan dan kerjaya yang lebih lumayan, korang boleh cuba program Elite Pro.

Tapi kata Husni, korang tak perlu risau sangat:

“Industri insurans and takaful bukan macam zaman dulu dah. Sekarang kesedaran orang dah tinggi, jadi mereka nak terima tu lebih mudah. Lepas tu, AIA Elite Academy ada support system yang sangat baik untuk korang mulakan kerjaya dalam industri ni” 

– Husni, konsultan insurans.

Bak kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Jadi kalau korang jenis introvert yang nak keluar dari zon selesa, apa tunggu lagi? Pecahkan ruyung korang kat sini.