- 218Share sekarang!
- Email4
- Facebook214
- Share
Selepas beberapa insiden netizen-netizen kita serang Israel dekat social media semua tu, kita serba-sedikit mendapat ancaman daripada pihak zionis. Mereka menyatakan akan menentang pihak yang bersama-sama memperjuangkan Palestin, adakah kita perlu takut? Rasanya tidak, dalam dunia ada ada undang-undang kan.
Kalau kita diserang pun, pasti negara-negara yang bersekutu dengan kita akan membantu. Negara jiran seperti Indonesia antara yang mendukung keras untuk bersama dengan Malaysia jika Israel buat something kepada kita. Namun begitu, perkara macam tu agak mustahil bagi Singapura. Kenapa pula macam tu?
Korang percaya tak yang Singapura ni sebenarnya dah lama ada hubungan diplomatik dengan Israel? Ye betul! Negara jiran kita yang pernah join Persekutuan Malaysia suatu ketika dulu merupakan negara yang rapat dengan negara zionis.
Hubungan sulit sejak 50 tahun dahulu!
Dah berapa tahun Malaysia merdeka ye? Kalau ikut kira-kira, dah genap 64 tahun negara kita merdeka, Singapura pula berada dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 hinggalah 1965. Tak lama sangat pun, kalau nak cerita macam mana dorang keluar dari Persekutuan Malaysia pula tu dah cerita lain dah.
Tapi yang pasti, dikatakan pada Oktober 1965, wakil daripada tentera Israel datang ke Singapura secara rahsia untuk berjumpa dengan Goh Keng Swee iaitu Menteri Pertahanan pada masa tu. Benda ni jadi betul-betul lepas Singapura mendapat kemerdekaan mereka tersendiri dan diiktiraf sebagai negara.
Masa tu, kehebatan ketenteraan Singapura sangatlah lemah. Mereka hanya ada satu atau dua Batalion Infantri (tentera darat) dan sedikit bot kayu yang dilengkapi dengan sedikit senjata. Paling sedih, dorang tak ada pesawat udara untuk kegunaan tentera pun!
Dari situ lah, Perdana Menteri Pertama Singapura Lee Kuan Yew mengambil inisiatif dengan memberi kebenaran kepada Goh Keng Swee untuk mendekati negara yang mempunyai kekuatan tentera seperti Mesir dan India. Itu semua bagi mendapatkan bantuan dalam membina tentera mereka sendiri.
Yang sedihnya, dikatakan Mesir dan India tidak memberi apa-apa respon pun untuk membantu. Oleh itu, Israel menjadi pilihan oleh Singapura lepas kena pulau dengan dua negara sebelumnya. Maka bermula lah hubungan dua hala antara Israel dan Singapura dari segi ketenteraan.
Kalau nak kata dorang ni pengkhianat, tak boleh juga kan sebab negara Israel je kot yang sanggup tolong naikkan ketenteraan negara kecil seperti Singapura. Tapi kenapa dorang tak minta tolong negara jiran je ye? Mungkin sebab dorang tak ready lagi lepas apa yang terjadi antara negara mereka dengan Malaysia kot.
Sistem ketenteraan yang serupa dengan Israel
Negara kecil seperti Singapura mesti ada kesukaran bila sampai masa untuk rekrut rakyatnya untuk memasuki tentera, ye lah kan, dah kalau bilangan rakyat yang agak sedikit tu mana boleh nak bina angkatan tentera yang besar. Disebabkan benda tu, semua golongan lelaki Singapura yang cukup syarat wajib menyertai program ketenteraan mereka.
Ia digelar sebagai National Service yang termaktub dibawah Enlistment Act 1970. Nak dijadikan cerita, dorang wajib sertai latihan ketenteraan selama 2 tahun (boleh berubah mengikut keadaaan) bersama dengan Singapore Armed Force (SAF). Selepas sahaja mereka habiskan latihan, mereka boleh hidup seperti biasa tapi perlu bersiap-siaga jika keadaan memerlukan.
Itu merupakan benda yang hampir sama dengan apa yang Israel buat, setiap rakyat dorang akan menjalani military service yang mandatori kepada semua. Israel juga memanggil golongan wanita untuk join tentera, tu yang kalau korang tengok askar wanita dorang tu cantik-cantik dekat media sosial.
Sistem macam ni banyak je lagi negara lain guna, tapi kalau nak dibangdingkan dengan negara kita memang jauh beza. Dari segi rekrut untuk masuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pun tak sama langsung dengan sistem dorang ni. ATM menggunakan sistem tapisan yang sangat ketat (walaupun ada yang guna cable) untuk memastikan kualiti tentera kita terjamin.
Tapi tu bukanlah bermaksud tentera Singapura tidak berkualiti, apa yang dikatakan hanya ingin membandingkan je. Sambung balik pasal Singapura dan Israel, dorang ni kalau boleh memang nak merahsiakan hubungan dorang disebabkan sensitiviti politik. Kira macam orang ada skandal lah, tak nak bagi orang lain tahu yang dorang ni ada hubungan sulit.
Namun, pada 2019, sebuah buku yang menceritakan tentang bagaimana Israel membantu Singapura dari segi ketenteraan telah dikeluarkan oleh National University of Singapore’s Middle East Institute dan juga World Scientific. Tapi, Singapura dah memang secara terang-terangan menyatakan dorang ni rapat dengan Israel sejak tahun 2000 lagi.
Buku tu diberi nama Beating The Odds Together (2019), ia dikeluarkan bagi meraikan 50 tahun kerjasama antara Singapura dan Israel. Jadi, memang jelas sebenarnya negara jiran kita sudah lama menjadi sekutu Israel sejak sekian lama.
Dipanggil sebagai orang Mexico untuk elak keraguan
Duta Besar Israel ke Singapura Sagi Karni ada menyatakan dasar luar negara yang diterapkan oleh Israel pada tahun 60-an adalah proaktif, ia adalah usaha mereka untuk membantu negara-negara yang baru sahaja merdeka selepas dijajah di Afrika dan Asia. Dia juga menambah yang Israel cuba bermurah hati dengan negara lain walaupun dengan ekonomi mereka yang kecil dan sumber yang terhad.
“Oleh itu, apabila permintaan pertolongan datang dari negara baru seperti Singapura, bukanlah suatu dilema besar untuk membuat keputusan bahawa kita akan melakukannya,” Sagi Karni, Duta Besar Israel ke Singapura, petikan dari todayonline
Tapi masa tu, Israel memang tak popular dikalangan negara-negara lain sebab krisis dorang dengan Palestin. Rasanya semua dah tahu pasal krisis tu, sampai sekarang tak habis-habis lagi kot. Disebabkan tu Singapura kalau boleh nak rahsiakan benda ni.
Masa Israel hantar penasihat tentera ke Singapura, pihak tuan rumah menggelar mereka sebagai The Mexican sebagai usaha untuk menutup identiti sebenar mereka. Mereka juga telah membawa masterplan mereka ke Singapura yang digelar sebagai The Brown Book. Ia merupakan pelan khas untuk membina SAF dari awal.
Lagi satu, kalau orang Muslim kat Singapura (pada masa tu) confirm bengang punya kalau dapat tahu identiti penasihat tentera dorang kan. Mana taknya, Israel masa tu kena kecam gila-gila kot pasal krisis Israel-Palestin tu.
Mentor yang bagus tapi adakah mereka layak?
Mungkin ada yang terfikir kenapa Singapura memilih Israel kan. Untuk pengetahuan korang, sejak penubuhan Israel pada 1948 hingga lah Singapura diisytihar sebagai negara, Israel telah memenangi 4 siri peperangan dengan negara-negara Arab yang lebih besar. Jadi, Singapura sebagai negara yang kecil pasti akan memandang Israel sebagai role model dalam ketenteraan.
Pada hari ini kedua-dua negara telah berkongsi ‘ilmu’ dalam bidang yang lain juga. Senang cerita hubungan diplomatik mereka tidak hanya terbatas dalam program ketenteraan je.
Lepas apa yang korang baca ni, adakah korang masih boleh melihat Singapura dengan pandangan yang sama? Adakah ia dikira sebagai ‘jahat’ untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara seperti Israel? Persoalan tu hanya korang je yang boleh jawab, TEPUK DADA TANYA SELERA.
- 218Share sekarang!
- Email4
- Facebook214
- Share