Tradisi Angkat Rumah: Rumah seberat 6 tan ni dipindahkan hanya menggunakan buluh dan tangan manusia

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Asal kena pindah rumah je, semua orang akan mula pening. Dari proses kemas, bungkus dan kumpulkan barang-barang milik kita sampailah nak kena panggil lori untuk angkut ke rumah baru. Kalau fikir balik, lagi senang angkat rumah letak kat tempat baru.

Pindah rumah terus!

Nampak macam main-main kan? Tapi, inilah yang berlaku di Kuala Kangsar, Perak dengan bantuan beberapa orang pelajar dari dua universiti. Diorang mengalihkan sebuah rumah seberat 6 tan sejauh 150 meter dari lokasi asalnya. Apa yang penting guna kudrat manusia! Hampir 150 orang menyertai program ni yang dipanggil sebagai ‘Mengusung Rumah Lama’ (angkat rumah lama). Diorang dah berjaya angkat rumah lama berumur 80 tahun.

Sebenarnya, diorang bukanlah buat program ni suka-suka. Ianya berdasarkan tradisi sebenar dalam kalangan orang kampung Melayu yang sangat popular iaitu ‘Angkat Rumah‘.

Walaupun tanah dah dijual, tapi rumah atas tanah tu tetap nak lagi dimiliki

Diorang yang amalkan benda ni ada 1001 sebab untuk berpindah rumah. Tradisi ni diamalkan apabila perkakasan rumah perlu disusun balik disebabkan adanya kematian atau kelahiran dalam keluarga tersebut. Selain tu, mungkin tanah itu sendiri dah dibeli atau dijual. Jadi, bila ada orang beli tanah kita, tapi kita nak rumah tu lagi. Penyelesaiannya adalah angkat satu rumah tu. Inilah jenis orang yang sayang gila-gila rumah sendiri.

Susah-susah je lah oi!. Imej dari The Star.

Orang-orang kampung Melayu di kawasan utara macam Perak dan Kedah adalah satu-satunya yang mengamalkan tradisi ini. Secara logiknya, hanya orang kampung yang tinggal di rumah tradisional Melayu boleh amalkan tradisi ni sebab struktur rumah diorang. Rumah lama biasanya dibina atas tiang-tiang yang mudah untuk dialihkan. Ianya lebih mudah berbanding rumah konkrit sekarang.

Orang Melayu dah amalkan tradisi ini sejak zaman penjajahan lagi. Koordinator program  ‘Mengusung Rumah Lama’ mengatakan kali terakhir aktiviti  ni dibuat adalah pada tahun 70-an.

Gembira je diorang kan. Imej dari Journal Momotrip.

Tapi tunggu…kami sebenarnya menemui bukti tradisi ni masih diamalkan di Perak dan Kedah. Sebagai contoh, sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak diangkat oleh orang kampung dengan bantuan agensi kerajaan macam Jabatan Kerja Raya (JKR), ke tanah yang disediakan oleh kerajaan. Rumah tu dipindahkan sebab berada atas tanah rezab JKR.

Orang-orang Kampung Pering, Kedah sebaliknya dah mengamalkan tradisi ini lebih daripada 20 tahun! Pada tahun 2015, sebuah rumah di kampung tu telah diangkat oleh 60 orang pemuda. Buat apa nak pergi gym lagi sedangkan boleh angkat sebuah rumah?

“Kami bersama-sama angkat rumah dan mengusung struktur kediaman itu yang dijual kepada seorang jiran kira-kira 150 meter ke lokasi baharu”- Ku Radin Ku Daud, anak pemilik rumah, petikan dari Sinar Harian.

Mesti ramai abang-abang di luar sana tak sabar-sabar nak tunjuk kejantanan melalui tradisi ni. Tapi. macam mana nak sertai program ni? Nak kena daftar dulu ke?

Seorang akan jadi ‘tekong’ apabila orang lain mengangkat rumah

Kalau korang tinggal kat kampung, memang benda biasa kalau berkumpul dan buat benda bersama-sama. Dari situ adalah peluang untuk orang terlibat dalam kerja-kerja sosial, ini termasuk tradisi mengangkat rumah.

Contoh aktiviti together-gether kita. Kibar bendera sama-sama bila depan kamera. Imej dari NST.

Biasanya, Imam masjid atau Ketua Kampung akan umumkan kepada semua pasal berita nak pindahkan rumah. Inilah cara macam mana seseorang tu boleh tahu berita dan terlibat dalam tradisi ni kalau berminat. Pengumuman biasanya akan dibuat seminggu sebelum proses pemindahan bermula tapi, dalam keadaan tertentu, proses ni boleh bermula awal.

Kalau orang nak pindah biasa akan kemas barang, tapi untuk tradisi ni, korang kena potong dan sediakan batang buluh (ni jenis yang lagi kuat dari yang dibuat lemang tu). Jumlah buluh yang digunakan bergantung kepada saiz rumah dan kayu buluh akan diikat pada bahagian rasuk rumah (floor beam).

Ni bahagian rasuk rumah bagi yang tak faham. Imej dari Utusan.

Walaupun dengan bantuan orang ramai, mesti tertanya-tanya macam mana diorang boleh angkat rumah-rumah dengan berat yang bertan-tan ni! Sebenarnya, pemilik rumah akan kosongkan rumahnya sebelum orang kampung dibenarkan angkat. Jadi, berat rumah ni akan berkuranglah sikit.

Apabila benda ni dah selesai, orang kampung akan mula mengangkat rumah dan meletakkannya di tempat baru. Napak macam senang je kan angkat dan letak. Padahal orang kampung kena berhati-hati apabila buat benda ni. Tujuannya bukan sahaja nak elakkan rumah dari melanggar pokok-pokok atau bangunan lain tapi untuk elak dari jatuh dan…MATI.

Ini kerana jika seseorang tu jatuh, dia akan mati dipijak sebab orang kampung tak boleh berhenti tiba-tiba. Apa yang menarik, salah seorang dari kumpulan ni tadi akan jadi macam ‘tour guide’ atau Tekong (bukan yang dalam Takraw tu) untuk bagi panduan kepada diorang yang angkat rumah ni. Tekong akan pastikan orang kampung peka dengan halangan di depan. Satu lagi nak bagitahu kedudukan yang tepat untuk letakkan rumah tu.

Imej dari Utusan.

Selepas berjaya meletakkan balik rumah itu, orang kampung akan berparti! Tapi bukanlah macam kat kelab malam tu. Orang kampung akan meraikannya dengan jamuan makan-makan.

Bukan negara Asia je amalkan tradisi, ianya sampai ke US!

Sebelum kita kena hentam dengan orang Indonesia yang akan dakwa tradisi ini datang dari tanah air diorang, kami nak jelaskan sesuatu. Tradisi angkat rumah bukanlah hanya dilaksanakan di Malaysia sahaja. Kami mendapati ianya diamalkan kat beberapa buah negara Asia lain.

Di Indonesia, tradisi ini datang dari Selatan Sulawesi oleh orang Bugis. Proses dan cara angkat rumah masih sama iaitu dengan menggunakan batang buluh sama macam tradisi kita. Lagi pun, struktur rumah tradisi orang Bugis sana seakan-akan sama tau!

Tak beza sangat rumah kampung kat Malaysia dengan orang Bugis punya. Imej dari Berita Harian & Utusan

Di Filipina, tradisi ni dipanggil Bayanihan yang merujuk kepada tradisi orang Filipina bagi membantu komuniti untuk memindahkan rumah diorang. Tak sama macam orang Bugis yang lebih serius untuk alihkan rumah-rumah yang dilihat sebagai ‘kerja tambahan’, orang Filipina pulak melakukan tradisi ni untuk untuk suka-suka. Nampaklah orang Filipina lebih tenang dalam hal angkat rumah sampaikan diorang ada festival lepas alihkan rumah. Festival ni termasuk makan-makan dan permainan!

Bukti-bukti ni menunjukkan Malaysia, Indonesia dan Filipina ada tradisi ni sebab semuanya adalah negara Asia. Tapi, apa yang peliknya, di Amerika Syarikat pun ada budaya ni juga!

Beberapa tahun sebelum ni, orang Amish di Pennsylvania sebenarnya ada mengalihkan sebuah rumah dengan tangan mereka sendiri. Kejadian ni terjadi apabila hampir 80 orang Amish mengangkat rumah yang di’tekong’ oleh seorang lelaki dan seekor anjing untuk dibawa ke lokasi baru. Kalau tak percaya juga, boleh tengok video kat bawah ni:

Di akhir nanti, ianya tak penting lagi dari mana tradisi ni datang, semua negara ni ada keprihatinan yang sama terhadap tradisi ini. Dan ianya akan jadi jika…

Ianya semakin pupus, tapi masih ada pihak cuba hidupkan lagi

Mungkin benar tradisi angkat rumah sangat janggal terutamanya untuk generasi baru di bandar. Lagi pun, idea untuk tulis pasal angkat rumah ni pun tercetus sebab ada dipaparkan dalam filem bertajuk ‘Lelaki Harapan Dunia’. Terima kasih banyak-banyak.

Tradisi ni mungkin tak lagi relevan pada era moden sampaikan agensi berita dunia, Huff Post menggunakan perkataan ‘old fashioned’ untuk menerangkannya. Jadi, masuk akal lah kenapa orang kampung risau sangat tradisi ni akan pupus. Tapi ada berita baik, rumah seberat 6 tan yang kami tulis kat atas tadi akan bertukar menjadi galeri seni sebagai tarikan pelancong. Diorang yang terlibat mesti bangga sebab dah jadi sebahagian dari sejarah.

Selalunya, tradisi-tradisi macam ni tak lagi diamalkan sebab kurangnya didikan dan pendedahan terhadapnya atau perubahan persekitaran fizikal kepada masyarakat.  Isu lainnya adalah kerana pembangunan perumahan moden. Memang pening bila fikir nak angkat rumah konkrit atas guna buluh kan.

Kalau ada pertandingan angkat rumah paling laju. Malaysia calon juara. Imej dari Kosmo.

Usaha untuk meneruskan tradisi ni tetap hidup kat KL beberapa tahun sebelum ni. ‘Projek Angkat Rumah‘ yang diuruskan oleh Liew Seng Tat dah bagi peluang kepada orang Malaysia untuk merasai pengalaman bersama dengan kawan-kawan terdekat. Diorang mengangkat semua rumah tradisi Melayu dari SK Sentul Utama hingga ke tempat parking KLPAC. Diorang yang terlibat juga akan berpeluang untuk menceritakan kisah diorang mengalihkan rumah di KL untuk generasi seterusnya.

Lepas ni kalau korang fikir nak pidah rumah, kena sebut elok-elok. Jangan sebut angkat rumah pulak!

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT