Merpati terbakar masa pembukaan Olimpik di Seoul? Dan 8 lagi kesilapan dalam acara sukan antarabangsa!

(This article has been translated by our sister’s site, Cilisos)

Sejak pembukaan Sukan SEA beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan pelbagai kesilapan penganjur yang mengundang rasa tak puas hati orang ramai. Salah satu daripadanya ialah bendera Indonesia yang dicetak terbalik macam bendera Poland dalam booklet cenderahati Sukan SEA. Rakyat Indonesia bukan main marah lagi. Kalau korang tengok kat Twitter pun, trending #ShameonyouMalaysia ni tak kurang hebatnya. Tu tak masuk lagi dalam Facebook dan media sosial yang lain.

Isu ni dah menyebabkan penggodam Indonesia marah dan menyerang 27 laman web Malaysia, menjadikannya macam ni:

Website beahappymillionaire.com adalah salah satu daripadanya

Kes bendera terbalik ni sebenarnya satu penghinaan yang serius. Korang ingat tak, tak lama dulu pun sebuah band metal iaitu Carcass pernah terbalikkan Jalur Gemilang dalam Facebook? Kita pun bengang pasal hal ni.

Dalam Sukan SEA kali ni juga, ada dua bas yang membawa pemain squash Thailand, Filipina dan Myanmar terlibat dalam kemalangan, menyebabkan penyertaan pemain ditarik balik.

Peminat yang datang untuk menonton perlawanan Myanmar-Laos pula mendakwa yang diorang tak dibenarkan masuk dengan alasan, tempat duduk untuk penyokong Myanmar dah habis. Tapi ada penyokong yang mengatakan sebenarnya ada banyak lagi tempat duduk kosong. Menurut tuduhan di media sosial, hanya 500 tiket je yang disediakan untuk penyokong Myanmar. Padahal, stadium tu boleh memuatkan seramai 6,000 tempat. Jadi penyokong yang tak dapat tiket pun tengoklah perlawanan kat luar.

Aduh, macam-macam hal lah. Tapi korang kena tahu yang kesilapan macam ni selalu je berlaku, walaupun masa Sukan Olimpik! Ni kitorang ada listkan 9 kesilapan memalukan yang pernah berlaku di acara-acara sukan antarabangsa selama ini.

1. Beberapa ekor merpati ‘dipanggang’ oleh obor Olimpik di Seoul

Kesian burung-burung tu :'( . Imej dari giphy

Sukan Olimpik 1988 di Seoul bermula tanpa sebarang masalah. Presiden Korea Selatan kemudiannya merasmikan pembukaan dengan bendera Olimpik dinaikkan dan lagu mula dimainkan. Dalam masa yang sama, beratus-ratus burung merpati dibebaskan sebagai tanda keamanan. Tradisi menyalakan Olympic Cauldron (obor gergasi) oleh bekas atlet pun bermula. Tapi, masa tu la terjadinya huru-hara. Burung-burung merpati yang baru je nak mengecapi keamanan dan kebebasan kemudiannya terbakar. Ironi betul.

Protein, anyone? Imej dari food-hacks.wonderhowto.com

Sebenarnya, acara pelepasan merpati pun adalah tradisi dalam Olimpik, bukannya idea Korea Selatan pun. Malah tradisi untuk majlis perasmian ni bermula sejak tahun 1920 lagi. Tapi sejak kejadian 1988, burung merpati diharamkan dah tak boleh digunakan dalam kebanyakan upacara.

2. Pemain Korea Utara bengang bila bendera Korea Selatan yang ditayangkan

Pemain Korea Utara bengang. Mana taknya, diorang memang musuh ketat kot! Imej dari businessinsider

Kejadian ni pula berlaku masa Sukan Olimpik London tahun 2012. Masa tu, Korea Utara dan Colombia akan bertanding dalam perlawanan bola sepak wanita. Tapi perlawanan tu tergendala bila pasukan Korea Utara keluar dari padang sebagai tanda protes selama lebih daripada sejam.

Mana taknya, London Organising Committee of the Olympics Games (LOCOG) secara tak sengaja dah gunakan bendera Korea SELATAN, bukan Korea UTARA dekat skrin besar. Ouch. Nak nak pulak, kedua-dua negara ni memang musuh sejak tahun 1950-an lagi. Jawatankuasa yang terlibat kemudiannya meminta maaf kepada Korea Utara dan diorang kata tak sengaja, takde niat pun nak provoke.

3. Kuwait memainkan lagu Borat berbanding lagu kebangsaan Kazakhstan

Masa Mariya Dmitriyenko dari Kazakhstan memenangi pingat emas di Kejuaraan Arab Ke-10 di Kuwait, dia berdiri di atas podium dengan pemenang lain. Jadi bila dah menang dan mengharumkan nama negara di luar negara, kita nak la dengar lagu kebangsaan kita dimainkan masa pingat dikalungkan. Tapi apa yang berlaku, penganjur memainkan lagu parodi kebangsaan daripada filem Borat! (Kalau kita la menang, lepas tu penganjur negara lain mainkan lagu Negaraku versi Namewee, memang ajak bertumbuk la)

Bukan tu je, lirik yang ada dekat skrin tu juga cukup memalukan, sebab membawa maksud “Pelacur Kazakhstan paling bersih di rantau ini”. Dah la lagu salah, lirik memalukan pulak tu. Kalau nak tahu, filem Borat memang diharamkan sebab menyinggung perasaan rakyat Kazakhstan.

Penganjur jumpa ‘lagu kebangsaan’ tu dalam internet. Diorang tak sedar pun ia berasal dari filem satira Sacha Baron Cohen. Pasukan tu kemudiannya meminta maaf dan majlis dimulakan kembali. Korang kena tengok muka Mariya. Dia berdiri dari awal sampai akhir lagu tu, tak tahu la apa yang dia fikir masa tu.

4. Penyanyi China yang comel tu rupa-rupanya bukan penyanyi sebenar

Penyanyi sebenar adalah Yang Peiyi (dalam kotak), bukan Lin Miaoke (baju merah). Imej dari NTDTV di YouTube

Rasanya mesti ada antara korang yang ingat pasal kontroversi besar melanda Sukan Olimpik di Beijing pada tahun 2008. Upacara perasmian yang menarik tu kemudiannya menjadi buah mulut orang ramai, iaitu persembahan bunga api dan budak 9 tahun yang bernama Lin Miaoke. Miaoke dah buatkan semua orang kagum dengan nyanyiannya, Ode to the Motherland, iaitu lagu patriotik Republik China.

Tapi apa yang orang tak tahu masa tu ialah, bukan dia sebenarnya yang menyanyi. Penyanyi sebenar bernama Yang Peiyi, berumur 7 tahun. Jadi rupa-rupanya, Miaoke ni cuma lip-sync je!

Pihak China kemudiannya mendedahkan perkara ni dengan mengatakan yang diorang suka suara Peiyi, tapi Miaoke lagi sesuai kat atas pentas sebab dia lagi comel. Alasan diorang lagi, Peiyi tak boleh muncul sebab gigi dia tak rata.

“Ini adalah kepentingan negara. Ia adalah imej muzik negara kita, kebudayaan kebangsaan. Terutama sekali pembukaan untuk bendera negara kita; Ini adalah perkara yang sangat penting, sangat serius, “- Chen Qigang, pereka muzik untuk acara tersebut.

5. Penyanyi lupa isyarat untuk menyanyi lagu kebangsaan British pada Piala FA 2016

Pada tahun 2016, bekas peserta X-Factor, Karen Harding sepatutnya menyanyikan lagu kebangsaan Inggeris untuk perlawanan akhir Piala FA Manchester United menentang Crystal Palace.

80,000 peminat di Wembley dah bersemangat nak tengok penyanyi tu ‘tarik suara’ untuk lagu God Save the Queen. Tapi bila muzik dah mula, Karen belum menyanyi lagi, jadi sebagai tanda sokongan orang ramai menyanyi untuk rangkap pertama. Yang kelakarnya, Karen boleh sengih-sengih lagi dan main dengan earphone dia. Dia cuma mula menyanyi masa rangkap kedua, tu pun dah tengah-tengah. Awkward gila.

6. Salah satu daripada Cincin Olimpik tak nak menyala di Rusia

Oops! Imej dari Huffingtonpost

Cincin Olimpik ni ada lima, bukannya empat. Tapi masa Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014, daripada lima cincin yang berbentuk salji, cuma empat je yang terbuka. Bunga api yang sepatutnya ada lepas tu pun terpaksa dibatalkan. 

Tapi sesiapa yang tengok rancangan tu dalam TV (termasuklah di Rusia) takkan sedar pasal ni sebab stesen TV terus potong siaran tu, dan menyiarkan rakaman semasa latihan. Nasib baiklah ada rakaman yang jadi, boleh la cover sikit. Jadi, sesiapa yang ada kat sana dan tengok rancangan secara live je tahu benda sebenar yang terjadi.

Pengarah Kreatif Konstantin Ernst mengendalikan perkara ni dengan tenang:

“Perkara yang berlaku memang teruk, tapi sekurang-kurangnya tak memalukan kita,”

7. Baton Sukan Komanwel yang ada mesej Permaisuri England tak boleh dibuka

Penantian tu satu penyeksaan. Itulah apa yang dirasakan Permaisuri England masa majlis pembukaan Sukan Komanwel 2014 di Scotland. Queen Elizabeth kena tunggu selama lebih daripada 30 saat sementara Presiden Persekutuan Sukan Komanwel, Tunku Imran (anak kedua Tuanku Jaafar, raja yang dipilih oleh Negeri Sembilan) bertungkus-lumus cuba buka baton yang ada mesej kat dalam tu.

Punyalah susah nak buka baton, sampai satu tahap tu Sir Chris Hoy, pelumba basikal Olimpik yang memang ada kat atas pentas tu datang dan menawarkan bantuan. Tapi yang bestnya, penonton masih bersorak dan bagi kata-kata semangat. Akhirnya, Tunku Imran berjaya juga buka baton tu bersama-sama Sir Chris Hoy. Phewww!

8. Pengerusi Sukan Komanwel memanggil Camilla ‘Princess Diana’ (Komanwel ni tahun 2010, padahal mendiang telah meninggal pada tahun 1997)

Charles dan Camilla di India untuk Komanwel. Imej dari express.co.uk

Setakat ni kita dah tengok pelbagai jenis kesilapan yang berlaku, tapi kali ni memang agak tak boleh blah. Masa Sukan Komanwel tahun 2010, India punya la nak jadi tuan rumah. Tapi bila jadi tuan rumah pula, banyak masalah yang berlaku. Contohnya tak ramai penonton yang datang tengok, jadi banyak seat kosong. Lepas tu, kolam renang diorang pulak sangat keruh sampai perenang tak boleh nampak apa pun.

Tapi kesilapan diorang yang paling besar ialah bila ketua untuk Sukan Komanwel di Delhi, iaitu Suresh Kalmadi mengumumkan yang Putera Charles datang ke India diiringi oleh Puteri Diana! Dia kemudiannya dalam sidang akhbar sekali lagi sebut,

“Ye, Puteri Diana ada kat sana”,

Tapi betulkan balik ayat dia dan kata

“Putera Charles dan Duchess of Cornwall”,

dan bukannnya Puteri Camilla. Erk.

Imej dari twitter Luqman Podolski

9. Olimpik di Rio pun pernah tersalah cetak bendera China

Kesalahan yang kita semua tak perasan, kecuali China. Imej dari Daily Mail

Perkara paling penting yang kita semua dah belajar daripada Sukan SEA ni ialah JANGAN SALAH BENDERA. Rupa-rupanya masa Sukan Olimpik kat Rio dulu pun, dah ada kesalahan kat bendera negara China yang dianggap kecil bagi kita, tapi bukan bagi wartawan negara tu.

Diorang boleh perasan yang bintang kecil dalam bendera China tak menunjukkan atau menghala ke arah bintang yang besar. Sebaliknya, bintang tersebut berada dalam keadaan tegak antara satu sama lain.

Empat bintang kecil sepatutnya menghala ke arah bintang besar. Imej dari Mail Daily

China Central Television Station (CCTV),  organisasi penyiaran pusat negara tu menjelaskan dalam halaman Facebooknya:

“Bintang kuning yang lebih besar mewakili Parti Komunis China, dan empat bintang yang lebih kecil melambangkan solidariti masyarakat Cina dari semua kelas sosial dan etnik di bawah kepimpinan CPC. “

Jawatankuasa Olimpik Rio kemudiannya meminta maaf kepada pihak berkuasa China.

Ok, jadi bukan kita je la yang buat salah! Tapi tak bermakna yang kita boleh ulang lagi kesalahan ni

Walaupun terdapat pelbagai masalah yang berlaku pada Sukan SEA baru-baru ni, kita boleh nampak yang jawatankuasa penganjur terus minta maaf. Diorang juga terus memperbetulkan kesalahan bendera Indonesia dengan mencetak balik booklet cenderamata.

Nak menganjurkan event besar macam ni memang menakutkan sebab banyak kesilapan yang boleh berlaku. Apa yang dah terjadi tu, biarkanlah. Kita boleh ambik pengajaran dengan mengelakkan kesilapan yang sama daripada berlaku lagi. Lepas tu mungkin boleh periksa balik dengan orang kenamaan negara-negara yang terlibat untuk kepastian. Oh, jangan lupa untuk periksa sekali rekod semua yang terlibat, terutama sekali yang bawa atlet-atlet ni, ada lesen yang sah dan takde rekod jenayah.

Penganjur yang buat salah pun dah perbetulkan keadaan. Tapi kenapa kita nak memalukan lagi negara dan buat negara jiran marah bila kita panggil penyokong Singapura anjing?

Seriously gaisss, seriouslyyyyyy???