Hampir memufliskan MEGB? Ini apa korang perlu tahu mengenai Edmund Santhara Kumar

Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Edmund Santhara Kumar yang bercuti ke New Zealand selama 55 hari atas alasan ingin melawat keluarga. Hal ini telah menimbulkan kemarahan dari rakyat marhaen kerana beliau dianggap mengambil kesempatan dan isu ini juga mengingatkan ramai orang kepada frontliners yang dibekukan cutinya.

Tapi en, kami rasa majoriti dari korang baru tahu kewujudan beliau selepas isu ini timbul, betul en, takyah nak tipu la. Oh ye, kalau korang nak tahu, banyak fakta menarik mengenai Datuk Seri Dr. Edmund Santhaara Kumar ni. Katanya beliau pernah gagal menjadi CEO untuk syarikat yang menguruskan universiti. Haa kalau nak tahu, meh teruskan membaca artikel ni.

Sebelum menjadi Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, beliau merupakan……

Ahli Parlimen Segamat, bekas Penyelaras dan Pengerusi Biro PKR

Datuk Seri Dr. Santhara Kumar pernah sertai PKR. Imej dari Helen Ang.

Kalau korang nak tahu, Datuk Seri Dr. Edmund Santhara Kumar merupakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Ramai tak tahu atau sudah tahu bahawa beliau juga ialah Ahli Parlimen Segamat dan pernah menjadi bekas Pengerusi Biro Integrasi Negara Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ye benar, Datuk Seri Santhara pernah menyertai peperangan politik di bawah naungan PKR. Bukan itu saja, beliau juga pernah menjadi Penyelaras Biro PKR untuk Segamat.

Oh ye, tadi kami ada cerita mengenai jawatan beliau iaitu Ahli Parlimen Segamat kan? Untuk pengetahuan korang, semasa PRU-14, beliau memenangi kerusi dengan undian sebanyak 24,060. Beliau telah mengalahkan calon BN, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan calon PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Namun, langit bukan selalu cerah kerana semasa PRU-13, Datuk Seri Santhara pernah bertanding untuk kerusi Hulu Selangor sebagai calon bebas. Tapi beliau kalah kerana mendapat 999 undian sahaja.

Info tambahan, beliau merupakan ahli bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Mereka merupakan sebuah parti politik yang berada di bawah naungan pemerintah Perikatan Nasional (PN).

Menarik enn!! Takpe meh baca lagi. Imej dari giphy.

Sebelum memasuki dunia politik, Datuk Seri Santhara pernah memegang banyak jawatan ketika bekerja di Masterskill Education Group Bhd (MEGB). Oh ye, beliau juga merupakan antara pemegang saham terbesar dalam syarikat itu.

Kepada yang tidak tahu pasal Masterskill Education Group Bhd (MEGB), ia merupakan sebuah syarikat atau kumpulan yang menyediakan servis pendidikan seperti universiti atau kolej. Universiti di bawah naungan MEGB ialah Asia Metropolitan University (sebelum ni namanya Masterskill University College of Health Sciences). Antara bidang yang ditawarkan dalam universiti itu ialah:

  • Kejururawatan (paling popular).
  • Farmasi.
  • Teknologi Makmal Perubatan.
  • Sains Paramedik.
  • Pengimejan Perubatan.
  • Kesihatan dan Keselamatan Alam Sekitar.

Banyak lagi kos ditawarkan, nak tahu lebih lanjut, boleh lihat di sini.

Logo Asia Metropolitan University (kiri) & logo MEGB (kanan). Imej dari Logo Vector & KINIBIZ.

Pada Oktober 2004, Datuk Seri Santhara ialah Pengarah Pembangunan Perniagaan bagi MEGB di mana beliau ditugaskan untuk meningkatkan peluang pertumbuhan syarikat. Menjelang Januari 2005, beliau telah dinaikkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi dan beliau bertanggungjawab untuk menjaga pengurusan syarikat.

Kiranya penglibatan Datuk Seri Santhara dalam syarikat ni dianggap langkah kanan la kerana beliau dinaikkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Eksekutif Kumpulan Pegawai pada 26 Mei 2008.

Namun, disebalik kejayaan beliau, terselit satu isu malang yang melibatkan dirinya dan syarikat itu.

MEGB mengalami kerugian besar akibat pengurangan jumlah kemasukan pelajar

Antara orang penting dalam MEGB. Imej dari KINIBIZ & PN BBC PORTAL.

Semasa tahun kewangan 2012, Datuk Seri Santhara terpaksa bekerja keras demi mengembalikan kestabilan kewangan syarikat kerana syarikat itu menerima kerugian sebanyak RM28.3 juta. Hal ini berpunca daripada pendafataran pelajar Asia Metropolitan University yang rendah menyebabkan berlakunya pengurangan jumlah pinjaman PTPTN dan syarat kemasukan bagi program kejururawatan yang tinggi.

Bukan itu sahaja, MEGB pernah mengalami kerugian besar kerana keuntungan bersih berkurang dari RM102.14 juta (tahun kewangan 2010) kepada RM38.14 juta (tahun kewangan 2011). Kerugian besar ini berlaku akibat pengambilan pelajar yang menurun secara mendadak iaitu dari 14,000 pelajar (tahun kewangan 2010) kepada 3,500 pelajar (tahun kewangan 2011).

Disebabkan kerugian besar, Datuk Seri Santhara Kumar melakukan beberapa strategi. Pada disember 2012, MEGB telah melaksanakan strategi pengurangan aset di mana mereka menjual sebahagian hartanah dan menggunakan hasil kewangan (proceeds) bagi membayar hutang tertunggak yang berjumlah RM68.27 juta.

Pening sebab banyak kerugian. Imej dari giphy.

Selain itu, MEGB turut mempelbagaikan program yang ditawarkan untuk Asia Metropolitan University seperti pengajian kemanusiaan, bisnes, pelancongan dan hospitaliti bagi meningkatkan jumlah pengambilan pelajar. Hal ini kerana mereka tahu bahawa jika mereka fokus kepada satu bidang saja, ia akan menjejaskan jumlah pengambilan pelajar.

Penukaran status kepada universiti penuh dan penukaran nama universiti dari ASEAN Metropolitan University kepada Asia Metropolitan University bagi meningkatkan kualiti universiti.

Bangunan Asia Metropolitan University. Imej dari Minda Global.

Selepas bertungkus-lumus dalam menstabilkan MEGB, Datuk Seri Santhara meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Eksekutif Kumpulan Pegawai.

Berdasarkan kenyataan dari MEGB:

“Setelah mengarahkan Asia Metropolitan University ke alaf baru dengan membuka pelbagai pilihan baru dan menarik dalam industri pendidikan serta mencapai status universiti sepenuhnya, sudah tiba masanya Edmund Santhara mengejar minat lain dan menjadi seorang yang prihatin terhadap isu masyarakat.” – Kenyataan dari MEGB, petikan dari The Star.

Pada masa itu, terdapat khabar angin mengatakan Datuk Seri Santhara ingin meletak jawatan atas alasan mahu menjadi ahli politik. Tapi sekarang khabar angin itu menjadi kenyataan lah kerana sekarang beliau menjadi Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Siri isu dwistandard yang tiada penghujungnya

Bertabahlah. Imej dari Meme Creator.

Sebenarnya apabila isu Datuk Seri Shantara ini mula viral di media sosial, ia mengingatkan kita semua kepada frontliners yang berjuang demi menamatkan wabak pandemik COVID-19. Macam kami tulis tadi, mereka ni juga dibekukan cutinya kerana ye lah kalau mereka cuti siapa pulak nak ambil tugas mereka. Bayangkan, ada seorang frontliner tu sudah 10 bulan tidak balik kampung kerana cutinya dibekukan.

“Kami frontliner terlampau letih sangat sampai rindukan keluarga tapi tak boleh nak balik kampung. Cuti kami dibekukan. Sudah 10 bulan saya tak balik kampung. Orang lain boleh berseronok sana sini, keluar merata tapi kami dekat sini penat dan letih. Sekarang angka kes naik sampai empat angka, lagilah cuti kami dibekukan.” – luahan dari seorang frontliner, diambil dari Kool FM.

Bukan itu saja, ramai juga doktor terkilan dengan sikap segelintir pihak yang mengamalkan sikap dwistandard atau antara dua darjat ketika mengambil vaksin. Dr. Rafidah Abdullah antara ramai-ramai doktor yang berani bersuara berikutan dengan isu ahli politik yang memotong barisan dalam mengambil vaksin.

“Ya, faham ianya simbolik pemimpin mengambil suntikan vaksinasi dahulu. YB Perdana Menteri, Menteri Agama, Menteri Besar setiap negeri, kami tiada halangan. Tapi dah kenapa pulak EXCO, ADUN, menteri2 lain, kuncu2 mereka nak vaksinasi awal? Maaf, kami tak faham.” – Luahan Dr. Rafidah Abdullah di Twitter.

Oh ye, korang yang baca artikel ni, rasa-rasanya bilakah berakhirnya siri isu dwistandard ini?