Agama

Memasak dan mengemas rumah tugas suami? Ini pendapat beberapa ulama dan mufti

Baru-baru ni, kita telah digemparkan dengan satu tragedi di mana si suami telah ditikam sehingga mati oleh isterinya yang berusia 18 tahun di Muar, Johor. Difahamkan kejadian berpunca dari sikap tidak berpuas hati isteri terhadap suaminya yang sudah beberapa hari tak pulang ke rumah. Menurut kenyataan dari Astro Awani lagi, pasangan tersebut baru je enam bulan mendirikan rumah tangga.

ber Imej dari Beritasayu.my

Sebenarnya permasalahan rumah tangga ni bukan pertama kali pun berlaku kat Malaysia. Malah sebelum ni pun pernah terjadi kes di mana seorang wanita maut ditikam oleh suaminya dengan pedang samurai kat Semporna, Sabah.

Tak cukup dengan tu, kes-kes perceraian pun dilihat semakin meningkat dan apabila dikaji, punca-puncanya tu kadang kala tak munasabah seperti pasangan lambat bangun tidur, suami kedekut, isteri minta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori, punggung isteri menggerutu, isteri malas masak dan lambat sediakan makanan dan banyak lagilah!

https://www.facebook.com/KokomOfficial/videos/1879109282105096/?

So kali ni kitorang cuba senaraikan beberapa tanggungjawab suami isteri yang selalu orang salah anggap dan mungkin ada antara korang tak pernah tahu pun mengenainya. Antaranya ialah…

1. Masak dan mengemas rumah tanggungjawab suami

“Apa guna kahwin kalau perempuan tak pandai masak?” – Dipetik dari Sinar FM.

Korang mesti selalu dengarkan ayat kat atas ni. Terutama dari mulut orang-orang tua, tak pandai masak tak boleh kahwin. Ataupun korang yang perempuan ni selalu tak kena kecam sebab tak tahu masak?

Tapi korang tahu tak, sebenarnya tugas tu bukanlah terletak dibahu isteri. Jadi ni bermakna ia bukan jadi tanggungjawab isteri sepenuhnya? Tapi kalau bukan tanggungjawab isteri, ia tanggungjawab siapa?

“Asalnya ia memang tanggungjawab suami. Tak kiralah suami nak masak sendiri ke, nak beli makanan kat luar ke atau upah orang masak ke untuk diberi pada isteri. Ikut suka, macam mana pun caranya. Kalau tak nak buat gitu, suami kena beri duit dekat isteri untuk isteri makan mana-mana dia suka.”- Ustaz Azhar Idrus. Dipetik dari Youtube.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Tambah Ustaz Azhar Idrus lagi, suami jugak boleh beli barang-barang mentah dan alat-alat memasak dan suruh isteri memasak. Ini jugak boleh asalkan suami sendiri kena mencari dan menyediakan semuanya. Malah suami diwajibkan menyediakan makanan dua kali sehari kat isterinya.

“Sebab tu bila isteri sedang masak, suami kena tolong sebab memasak itu tanggungjawab suami, bukan isteri. Malah air tangan yang suami isteri masak sama-sama ni, bila anak makan, dia akan dengar kata.” – Ustaz Abdullah Khairi. Dipetik dari Youtube.

Untuk pengetahuan korang, bukan je memasak, malah mengemas rumah dan mengurus pakaian tu juga merupakan tanggungjawab suami. Manakala tugas isteri hanyalah melayan suami semata-mata. Tapi dalam hal ni, kita sering lebih kurang je.

Namun ada jugak ulama yang berpendapat, tanggapan ni adalah satu tanggapan yang lemah. Malah ini pula keterangan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

  • Mazhab Maliki – Wajib bagi suami menolong isterinya dalam berkhidmat jika suaminya kaya dan isterinya mempunyai kedudukan yang tidak sesuai melaksanakan tugas tersebut kerana dengan pelaksanaan tersebut akan mengurangkan darjat kedudukan isterinya itu.
  • Mazhab Hanafi – Jika isteri enggan mengisar tepung atau menguli roti di mana beliau tidak sesuai untuk tugasan itu atau kerana sakit, maka hendaklah suami menyediakan makanan yang sudah siap. Sebaliknya jika mampu, maka hendaklah isteri melaksanakan tugas tersebut dan tidak wajib atas suaminya.

Ini dapat dilihat apabila Rasulullah SAW telah membahagikan tugasan Ali dan Fatimah di mana Ali bertugas di luar rumah sedangkan dalam rumah di tugaskan kepada Fatimah.

Kalau ye pun nak bantu isteri kemas rumah, janganlah sampai pakai baju isteri pulak. Imej dari lifedaily.

Walau bagaimanapun, menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan lagi, berdasarkan kepada banyak nas dan juga nasihat salafussoleh, jelas menunjukkan bahawa isteri perlu berkorban dalam perihal kerumahan sehingga dialah yang mentadbir dan mengasuh serta menguruskan rumah.

Isteri digelar dalam Bahasa Arab sebagai rabbatul bayt memberi maksud tuan atau pengurus rumah.- Dipetik dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Walaupun begitu, suami yang berkemampuan sebaiknya hendaklah meringankan bebanan isteri seperti mengupah orang gaji atau membeli beberapa peralatan bagi memudahkan urusan isteri  seperti mesin basuh, alat memasak yang moden seperti periuk nasi dan lain-lain yang akan meringankan dan menyenangkan isteri.

Siang saya bekerja, balik rumah kena masak lagi untuk keluarga. Imej dari P Ramlee

2. Berdosa bagi isteri yang berpuasa sunat dan bersedekah tanpa kebenaran suami

Korang mesti terkejut kan, nak buat kerja-kerja baik mengejar pahala pun boleh jadi hukum berdosa? Hmm biar betul?

“Tiada harus memberi sesuatu (bersedekah) daripada rumahnya melainkan dari izin suaminya. Maka jika dia berbuat juga, nescaya adalah bagi suami itu pahala dan atas perempuan itu berdosa.”-Ustaz Kazim Elias. Dipetik dari Kuliahtube.com

Jelas Ustaz Kazim Elias, jangan memberi sesuatu tanpa izin suami walaupun niat isteri tu baik hanya ingin dermakan barang-barang terpakai. Tapi sebelum memberinya kat orang, si isteri wajib minta izin suami terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, si isteri boleh memberi kepada jiran makanan basah (makanan yang boleh jadi basi kalau dibiarkan lama),  tanpa izin suami terlebih dahulu. Sebagai contoh:

“Dah masak seperiuk bubur kacang. Lepas tu ada banyak, jadi isteri boleh bagi kat jiran tanpa tanya suami dulu sebab makanan tu boleh membawa mudarat jika dah lama (basi).” – Ustaz Kazim Elias. Dipetik dari Kuliahtube.com

Ok sebenarnya yang tak boleh bawak keluar ialah barang-barang didalam rumah. Namun sekiranya isteri ingin dermakan berupa wang ringgit hasil duit isteri sendiri, tu tak jadi masalah pun. Dibolehkan dan tak perlu minta izin suami pun takpe.

Isteri jugak tak digalakkan berpuasa sunat, kecuali mendapat keizinan terlebih dahulu dari suaminya, kerana khuatir nanti suatu ‘panggilan kecemasan’ akan berlaku, sedangkan dia tak dapat menyahutnya kerana berpuasa.

Panggilan suami adalah panggilan kecemasan. LOL!

“Jika suami tak izinkan isterinya berpuasa, tapi isteri puasa jugak, maka berdosalah perempuan itu (isteri) dan puasa sunatnya tu pun tak diterima.” -Ustaz Kazim Elias. Dipetik dari Kuliahtube.

Dinyatakan lagi, jika isteri tidur bermalaman, sedangkan dia dengan sengaja tak melayani kehendak suaminya, maka sepanjang malam itu dia dilaknat Allah dan malaikat.

3. Selangkah isteri keluar rumah, selangkah dia mendekati ke pintu neraka

Korang tahu kan yang isteri tak boleh keluar rumah tanpa kebenaran suami walaupun hanya nak pergi kerja dan ke kedai beli barang. Malah selangkah isteri keluar rumah tanpa minta kebenaran suami,selangkah dia mendekati ke pintu neraka.

Bukan setakat tu je, malah isteri pun tak boleh keluar bersuka ria bersama kawan-kawan untuk lepak minum-minum, bila suami takde.

Imej dari Pinterest

“Jangan kamu bersuka-suka dan bermain bila suami tiada (outstation kerja dan sebagainya). Dan janganlah kamu memakai perhiasan sehingga suami mu balik.” -Ustaz Kazim Elias. Dipetik dari Kuliahtube.

Jelas Ustaz Kazim lagi, bila suami takde, isteri pakai selekeh-selekeh je. tak perlulah nak bersolek-solek. Tapi bila suami nak balik, isteri kena kemaskan diri pakai lawa-lawa, pakai wangi-wangian.

4. Isteri tak perlu minta suami halalkan makan minum, tapi sebaliknya suami yang perlu minta halal

“Sebenarnya isteri tak perlu pun minta halal makan. Malah suami yang kena minta isteri halalkan sekiranya dia tak beri makan minum dan pakaian yang cukup.” – Dr Maza. Dipetik dari  TV Sunnah.

Malah menurut Dr Maza lagi, suami takde hak pun nak cakap yang dia tak halalkan semua makan minum yang dah diberikan kat isteri selama ni kerana itu memang dah jadi tanggungjawab suami.

“Dah jadi macam adat orang Melayu pula bila Hari Raya je, isteri kena minta maaf, halalkan makan minum. Sebenarnya tak perlu pun minta halal kat suami sebab benda tu memang dah halal.”- Dr. Maza. Dipetik dari TV Sunnah.

Imej dari mommyafnan.

Bukan tu je, malah suami jugak kena ganti balik duit isteri jika isteri ada guna duitnya sendiri untuk beli makanan atau barang dapur. Tapi kenapa?

“Ini adalah kerana suami wajib tanggung nafkah dari A to Z. Isteri yang bekerja atau tak bekerja, tak wajib keluar satu sen pun dalam bab nafkah.” – Ustaz Azhar Idrus. Dipetik dari Youtube.

Menurut Ustaz Azhar Idrus lagi, jika isteri turut membayar pakai duitnya sendiri bagi nafkah yang wajib ditunaikan oleh suami (tempat tinggal, keperluan rumah, pakaian, makan serta ubat-ubatan), hukumnya adalah haram. Tapi jika isteri berniat untuk membantu suami, takde masalah pun malah ianya adalah sunat.

Sebilangan besar bekerja untuk memberi nafkah kepada ibu bapa, membantu suami dalam perbelanjaan rumah tangga atau mungkin juga untuk diri sendiri. Dalam situasi sebegini, suami perlu meminta redha isteri, manakala isteri perlu melafazkan redha terhadap nafkah dan lafaz hutang. -Dipetik dari Berita Harian.

Walau bagaimanapun, suami tak boleh ambil kesempatan dengan sikap tolak ansur isteri ni, kerana ia akan menjadi haram.

5. Isteri tak boleh bawa masuk tetamu ke dalam rumah tanpa izin suami walaupun tetamu tu darah daging sendiri

“Adik kita (isteri), tapi suami tak suka dia. Kita (isteri) tetap tak boleh bagi dia (adik) masuk ke rumah. Walaupun dia tetap adik kita.” -Dr Maza. Dipetik dari Hak Suami Isteri.

Menurut Dr Maza, jika suami tak suka dengan tetamu tu, walau siapa pun dia, isteri dilarang membenarkan dia (tetamu) masuk ke rumah walaupun hanya sekejap. Walaupun rumah yang kita duduk tu ialah rumah isteri. Walaupun rumah yang diduduk tu pun isteri ada bahagian dalam membayar duit sewa.

“Isteri sepatutnya tak perlu bayar duit sewa rumah. Ini kerana tempat tinggal adalah dibawah tanggungjawab suami.”-Dr Maza. Dipetik dari Hak Suami Isteri.

Malah, kalau pasangan ni tinggal di rumah milik isterinya sekalipun, si isteri layak/boleh minta duit sewa dari suaminya itu (kiranya suami menyewa rumah dari isteri, bukan tinggal free-free je).

Nak masuk tandas pun kena bayar, lagi ada hati nak duduk free-free je! Imej dari putehputeri

Seperkara lagi ialah, si suami perlulah mencari rumah sendiri untuk isteri dan bukannya tinggal sekali dengan ibu bapanya.

“Berkongsi dengan ibu bapanya sendiri tu pun tak betul. Dalam tempoh isteri tinggal bersama ibu mertuanya tu, suami sebenarnya tak menjalankan tanggungjawab. Malah si isteri boleh tuntut untuk tinggal berasingan. Tapi kalau isteri kata takpe tinggal serumah. Itu masalah dia lah.” -Dr Maza. Dipetik dari Youtube.

“Kalau nak tinggal dengan mertua, mestilah isteri tu bersetuju dan isteri tu selesa dengan mertua. Itu tak jadi masalah.” – Ustaz Azhar Idrus. Dipetik dari Youtube.

Imej dari boldsky.com

6. Kalau isteri tak buat kerja rumah, suami tak payah bagi duit

Haa part ni mesti orang perempuan tak sukakan.

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami tak wajib pun berikan duit kat isteri setiap bulan kalau isteri tak buat kerja rumah. Hmmm kerja rumah macam mana yang dimaksudkan tu?

“Seorang isteri tak wajib basuh baju suami. Yang wajib ianya bila suami suruh basuh. Isteri tak wajib masak untuk suami, tetapi bila suami suruh baru jadi wajib. Tapi, bila suami dah suruh, kena ada upah.” – Ustaz Azhar Idrus. Dipetik dari Youtube. 

Ini adalah kerana menyediakan serta memberi duit kat isteri tak tersenarai pun sebagai tanggungjawab suami. Namun pemberian duit itu sekadar upah je pada isteri kerana telah membuat kerja rumah.

7. Suami wajib tukar dua pasang persalinan isteri dalam setahun

Korang tahu tak sebenarnya suami wajib menyediakan sekurang-kurangnya dua pasang persalinan isteri dalam masa setahun, iaitu enam bulan sekali. Pakaian tu mestilah sepersalinan iaitu baju,kain/seluar, tudung dan kasut.

“Wajib sekurang-kurangnya dua pasang setahun. Siapa yang tiada ‘keputusan’ wang, sengaja tak beli dua pasang setahun, berdosa.” – Ustaz Azhar Idrus. Dipetik dari Youtube.

Yang si isteri pulak janganlah nak paksa suami belikan sampai 30 persalinan lengkap dalam sekelip mata. Nanti ada yang sampai bergaduh cerai berai pulak.

Agama tak membebankan umatnya, sebab nafkah tak bersifat mutlak

Walau bagaimanapun, nafkah tidaklah bersifat mutlak kerana setiap orang tidak sama kemampuannya. Ada yang kaya dan berkemampuan menyediakan semua keperluan dan ada pula sebaliknya.

Imam al-Ghazali menerangkan bahawa struktur bagi pembinaan rumah tangga yang bahagia terbahagi kepada tiga. Menurut beliau, “Sesebuah rumah perlu dibina di atas tiga struktur asas yakni Al-Sakinah (ketenangan), Al-Mawaddah (kemesraan) dan Al-Taharum (timbang rasa). – Ustaz Al-Mubtasim, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam) di Pusat Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Dipetik dari Facebook. 

 

 

Keluarga yang berakar umbikan atas tiga asas utama ini InsyaAllah adalah keluarga yang bahagia, bahkan mampu mengatasi setiap cabaran hidup

Imej dari jomria

Apa yang penting, suami isteri perlulah memberikan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah daripada harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak meletakkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.” – Surah at-Talaq, ayat 7. 

 

 

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend