- 360Share sekarang!
- Email34
- Facebook326
- Share
(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)
Menarik betul sesi Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang ni. Mana taknya, dengan perubahan kerajaan yang dulunya jadi pembangkang, kita dapat tengok banyak perkara-perkara yang kerajaan lepas buat.
Salah satunya apabila Lim Guan Eng mendakwa sebanyak RM18 bilion ‘dirompak’ oleh kerajaan lepas. Kemudian Bung Mokhtar jerit ‘f*** you’ masa gaduh, dan tak ada la juga beberapa MP lain tunjuk belang. Tapi dalam banyak-banyak drama yang berlaku dalam parlimen tu, korang mungkin terlepas pandang pasal komen dari Mat Sabu, Menteri Pertahanan kita:
“Sekarang ini kedudukan (ketenteraan) kita bagi laut, darat, udara di Asia Tenggara, kita berada paling bawah. Vietnam jauh ke hadapan (sementara) Indonesia nombor satu. Malu kita kalau pergi peringkat antarabangsa, tapi saya akan jadikan Malaysia ‘great again’, jadi nombor satu semula,” – Mat Sabu, dipetik dari Astro Awani
Pembantu Mat Sabu, Amin Iskandar, kemudiannya membuat satu kenyataan bagi pihak Kementerian Pertahanan yang menyatakan Mat Sabu tak berniat pun untuk mengatakan tentera kita lemah. Cumanya, kita perlu perbaikinya sebelum kita jadi ketinggalan.
“Barisan pertahanan negara sentiasa dalam keadaan siap siaga dan dilihat mampu mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang pencerobohan dan ancaman.
Bagaimanapun, terdapat keperluan bagi ATM memperkasakan aset-aset ketenteraan agar sejajar dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa,” – Amin Iskandar, Setiausaha Akhbar Kementerian Pertahanan, dipetik dari Utusan
Ni bukanlah kali pertama Mat Sabu dedahkan kelemahan ketenteraan kita sejak dia dilantik jawatan tu. Bulan lepas, Mat Sabu mendakwa yang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tak mampu jaga jet pejuang kita sebab dari 28 jet pejuang yang kita ada, hanya empat je yang boleh terbang. Kitorang bukanlah expert dalam pertahanan, tapi kalau ada empat jet je yang boleh berfungsi dengan baik, macam mana ni?
Tak pun, ketenteraan kita tak lah seteruk yang didengari
Berdasarkan apa yang dikatakan Menteri Pertahanan kita, ketenteraan Malaysia adalah yang paling lemah dalam Asia Tenggara. Teruk sangat ke, sampai kita kena baling durian kalau perang meletus?
Macam mana kalau kitorang kata yang ketenteraan kita BUKAN paling teruk di Asia Tenggara ni? Menurut Global Firepower, sebuah laman penganalisis tentera, kekuatan tentera Malaysia sebenarnya ditengah-tengah, dan bukannya paling corot.
Walaupun tentera kita tak semua kulit putih dan handsome macam oppa dalam cerita Descendants of the Sun, tapi kekuatan ketenteraan kita ni tak kurang hebatnya tau. Kita tak kata la yang statistik dari Global Firepower ni 100% tepat, sebab ketenteraan ni sebenarnya agak sulit untuk kita buka pada orang awam.
Walaupun Vietnam dan Indonesia ni nampak macam lebih kuat daripada Malaysia (bak kata Mat Sabu), kita kena tengok balik apa yang dikatakan oleh penolong Mat Sabu tadi. Mat Sabu tak merujuk perkara tu sebagai kekuatan ketenteraan (sebab tentera kita memang hebat). Tapi, ia adalah tentang aset ketenteraan yang nampaknya tak cukup bagus. Dan perkara tu sebenarnya betul juga sebab…
Nampaknya, tentera kita takde peralatan terbaik
Andrin Raj, Pengarah Kanan, International Association for Counterterrorism and Security Professional (IACSP) bagi respon pada komen Mat Sabu hari tu. Dia kata, perkara yang Mat Sabu kata tu memang betul dan masalah ni sebenarnya adalah masalah yang dihadapi tentera selama bertahun-tahun.
Tambah Andrin lagi, aset ketenteraan kita dianggap teruk sebab kebanyakannya tak sesuai dengan keperluan khusus negara kita. Contohnya macam ni: Kita perlukan sebuah kereta kat Malaysia ni, dan apa yang diorang dapat adalah sebuah kereta yang ada sunroof dan pemanas. Jadi, faham tak macam mana masalah ni?
“Aset pertahanan Malaysia dianggap rendah di Asia Tenggara kerana beberapa aset tidak memberikan perlindungan yang diperlukan untuk melindungi negara dari ancaman domestik dan antarabangsa. Sesetengahnya tidak sesuai dengan persekitaran dan landskap geo-politik untuk beroperasi, “- Andrin Raj, pakar keselamatan, dipetik dari New Straits Times
Selain tu juga, Andrin juga kata yang kebanyakan aset ketenteraan kita tak cukup bagus dan tak sesuai dengan keperluan kita sebab pembelian sebelum ni bermotifkan politik. Contohnya macam korang perlukan sebuah laptop baru sebab laptop sebelum ni tak berfungsi dengan baik. Tapi diorang kemudiannya beli PS4 sebab diorang tak tahu pun keperluan sebenar kerja korang tu.
Senang cerita, ahli politik mungkin tak faham keperluan tentera, tapi mereka akhirnya beli beberapa barangan pelik yang akhirnya jadi pembaziran wang yang besar.
“Kemerosotan dalam prestasi aset sub-piawai selama ini adalah disebabkan oleh keputusan ahli-ahli politik yang tidak tahu apa yang diperlukan pertahanan dan keselamatan. Ketua-ketua angkatan tentera pula tiada kuasa keatasnya, “- Andrin Raj, dipetik dari New Straits Times
Jadi dengan penerangan ni nampaknya bila Menteri Pertahanan kata ketenteraan teruk, dia sebenarnya maksudkan aset ketenteraan dan bukannya ketenteraan sebab…
Tentera kita sebenarnya mempunyai rekod prestasi yang baik
Kalau korang tengok Black Hawk Down,korang akan faham apa yang kitorang maksudkan. Tapi bagi yang tak tengok, kitorang bagi spoiler sikit: Pada tahun 1993, sekumpulan tentera Amerika yang melakukan serbuan di Somalia terperangkap di Mogadishu, Somalia, dan filem tu mengisahkan misi menyelamat-dan juga melarikan diri oleh tentera Amerika.
Ia adalah kisah benar, dan penyelamatan kumpulan tu terdiri lebih daripada 100 askar Malaysia.
Tapi malangnya, peranan tentera kita dalam misi menyelamat Somalia dikurangkan sikit dan filem tu tak menggambarkan tentera kita secara adil. Dan sebenarnya, Amerika ambil masa 20 tahun sebelum mereka akhirnya mengucapkan terima kasih kepada tentera Malaysia atas apa yang kita lakukan masa Black Hawk Down.
Bukan tu je! Tentera kita juga dah pergi serata dunia untuk misi kemanusiaan dan keamanan untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di mana tentera kita dah menjelajah ke lebih 10 negara sejak 2012 je. Kitorang pernah tulis pasal ketenteraan dan kekuatan mereka dengan lebih lanjut kat sini.
Walaupun kita mungkin terkejut dan gelak je bila baca tajuk-tajuk utama macam ‘Hanya empat jet pejuang je yang boleh terbang’, tapi kita kena sedar yang mereka para tentera ni bekerja keras melindungi kita sebaiknya. Lagipun, ketenteraan ni bukanlah kerja mudah di mana mereka mempertaruhkan hidup bagi memastikan keselamatan orang lain.
- 360Share sekarang!
- Email34
- Facebook326
- Share