Sejarah & Politik

Mangsa banjir dijadikan keldai untuk perhimpunan sokong Najib?

Pada ahad lepas (23 Januari 2022), sehari selepas perhimpunan #TangkapAzamBaki, sebenarnya terdapat satu lagi perhimpunan ‘Hentikan Penganiayaan Terhadap DS Najib‘ yang diadakan di Aras 4 PWTC. Ia telah dianjurkan oleh Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia(PSUAM). Dikatakan lebih dari 3000 orang yang hadir.

Poster perhimpunan tu. Imej dari Halim Tuah Rahmat.

Boleh dikatakan ramai juga la yang datang ke perhimpunan ni. Boleh tengok gambar-gambar di bawah:

Ramai kan? Imej dari Razman Rahim.

Ada benda pelik yang berlaku sebenarnya di perhimpunan ni. Imej dari Cungkils.

Namun, terdapat satu perkara pelik yang berlaku dalam perhimpunan ini, di mana ada antara orang yang hadir tu sebenarnya seperti dipaksa datang menyokong perhimpunan tersebut.

Mangsa banjir terpaksa mengikuti perhimpunan itu?

Terdapat satu risalah yang viral di media sosial, ia tertulis ‘penyerahan memorandum akibat bencana banjir bersama Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia kepada YB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Presiden UMNO Malaysia‘. Dalam risalah itu, pihak terlibat menjemput semua mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Cuba korang tengok ni:

Inilah risalahnya. Imej dari nasyrulsyahmi.

Timbul satu perkara pelik dalam risalah ni, kalau korang tengok betul-betul tarikhnya sama seperti perhimpunan Hentikan Penganiayaan Terhadap DS Najib. Bukan tarikh je, tempat dan masa juga sama iaitu pada pukul 10.00 pagi dan 23 Januari 2022. Korang pergi bezakan dua-dua poster tu.

Jadi apakah semua ini? Adakah ia salah satu tipu helah yang dilakukan untuk menambah bilangan orang yang hadir?

Sabar-sabar, kami nak explain la ni. GIF dari Imgflip.

Baiklah, kalau korang nak tahu sebenarnya bantuan banjir tu memang ada diberikan dan ia ada dalam tentatif perhimpunan hentikan penganiyaan Najib tu. Boleh tengok tentatif poster perhimpunan itu di bawah:

Nampak en ada Majlis Penyerahan Bantuan Banjir. Imej dari Halim Tuah Rahmat.

Jika kita lihat pada risalah pertama tu (rujuk gambar yang ada risalah ‘MAKLUMAN KEPADA MANGSA BANJIR’), ia tiada tertulis pun bahawa bantuan banjir ini sekali dengan perhimpunan tersebut atau termasuk dalam tentatif perhimpunan tersebut.

Hal ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam isu ini, adakah mereka ini semua dipaksa untuk menyokong perhimpunan tersebut? Kerana mereka ni menerima risalah untuk bantuan banjir saja, tidak tahu pun ada perhimpunan tu.


Bagi menjawab persoalan di atas, kami menjumpai satu ciapan yang boleh dijadikan jawapan sesuai.

Sebenarnya, bantuan banjir itu adalah acara sampingan sahaja sebagai tanda prihatin. Berdasarkan ciapan di atas, pasukan Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) telah pun berkhidmat ketika banjir itu dan agenda banjir bukan matlamat utama.

Apa yang berlaku sekarang dalam kes Najib ni?

Untuk update terkini, Najib Razak dikatakan ingin mendapatkan khidmat Queen Counsel (QC) dari United Kingdom untuk menghadiri prosiding rayuan terakhirnya berhubung dengan sabitan kes melibatkan dana RM42juta SRC International Sdn. Bhd. di Mahkamah Persekutuan.

Pada masa yang sama Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh 15 dan 16 Mac untuk mendengar rayuan Najib Razak untuk menambah bukti baru dalam kes SRC International.

Jadi, apa yang akan berlaku kepada Najib? Kita tunggu bulab Mac nanti la jawabnya.

To Top

Send this to a friend