- 173Share sekarang!
- Email0
- Facebook173
- Share
Macam yang korang tahu, COVID-19 telah menyerang negara kita sehingga Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana semua orang perlu duduk di rumah, kerja di dalam rumah, dan dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan sahaja. Hal ini menyebabkan ramai orang mengalami krisis kehilangan kerja kerana banyak syarikat telah muflis.
COVID-19 ini juga menyebabkan ramai golongan berpendapatan rendah hilang sumber pencarian wang kerana majoriti dari mereka berniaga dan aktiviti perniagaan tidak boleh dijalankan kerana kerajaan tidak membenarkan keluar dari rumah. Berdasarkan kajian Unicef, golongan berpendapatan rendah mengalami krisis hidup yang kritikal berbanding golongan yang lain.
Ibu tunggal ialah golongan yang paling terkesan ketika PKP
Unicef telah menjalankan kajian krisis hidup yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah iaitu “Families on the edge” di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ada di sekitar Kuala Lumpur, antaranya:
- PPR Intan Baiduri.
- PPR Taman Wahyu.
- PPR Beringin.
- PPR Batu Muda.
- PPR Kampung Batu Air Panas.
- PPR Seri Semarak.
Kajian dilakukan melalui dua cara iaitu kajian sosio-ekonomi dan sesi temu ramah bersama penduduk-penduduk di PPR. Jumlah penduduk PPR dibahagikan kepada beberapa kategori, (korang boleh tengok carta di bawah ni):
Menurut kajian Unicef, ibu tunggal merupakan golongan paling tinggi yang tinggal di PPR iaitu sebanyak 75% bahkan mereka ialah ketua isi rumah dan juga sumber pencarian wang utama untuk keluarga. Punca seseorang wanita itu menjadi ibu tunggal melalui tiga kriteria menurut Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun:
- Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, seorang balu atau janda (bercerai)/ berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
- Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
- Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).
Hal ini kerana majoriti penduduk golongan yang berpendapatan rendah hanya meraih sumber kewangan melalui perniagaan kecil-kecilan. Jadi, apabila Perdana Menteri kita melaksanakan PKP pada awal Mac lalu, mereka tidak boleh melakukan aktiviti perniagaan di luar tetapi dibenarkan berniaga dalam talian sahaja. Namun, mereka sedikit rumit untuk melakukan aktiviti perniagaan dalam talian kerana mereka lebih suka berniaga di luar bahkan jumlah pelanggan yang mereka tidak sebanyak jumlah pelanggan semasa berniaga di luar.
Walau bagaimanapun, purata anak-anak yang tinggal bersama dengan ibu tunggal atau keluarga masih bekerja samada sendiri atau kerja di syarikat tetapi kebanyakan dari mereka menerima gaji yang lebih rendah apabila PKP dilaksanakan.
Kalau korang nak tahu, golongan berpendapatan rendah merupakah jumlah tertinggi yang hilang pekerjaan ketika PKP dan jika kita pergi lebih terperinci, ibu tunggal merupakan golongan paling tinggi yang tiada pekerjaan bahkan mereka juga golongan paling tinggi yang tiada KWSP dan SOCSO.
“Kami (orang-orang tua) keluar mencari pekerjaan … Apa sahaja yang dapat kami lakukan
untuk menjana pendapatan … Tetapi tidak mungkin kerana sungguh sukar, kami sangat terjejas.” – R, Penjual dalam talian (online reseller). dipetik dari Families on the edge.
Beras, telur dan mi segera ialah makanan harian bagi golongan berpendapatan rendah
Kalau dari sudut perspektif makanan atau barang dapur, golongan berpendapatan rendah juga mengalami krisis sumber pemakanan. Hal ini bermaksud mereka tidak kisah akan penjagaan pemakanan tetapi lebih mementingkan makan untuk hidup sahaja. Mereka hanya memfokuskan barang dapur atau makanan yang senang didapati atau murah untuk terus hidup.
Berdasarkan kajian Unicef, beras, telur dan mi segera merupakan kategori makanan yang mereka mampu beli kerana harganya yang murah dan boleh dibeli dalam kuantiti yang kecil contohnya, beras boleh beli berapa kilo, telur boleh beli berapa biji dan mi segera.
Majoriti yang membeli beras, telur dan mi segera ialah golongan yang menerima gaji kurang dari RM2000 berbanding orang yang bergaji lebih dari RM2000. Namun, mi segera dan telur ialah kategori makanan yang paling banyak mereka beli.
“Jelas sekali kami mengurangkan pengambilan makanan. Perlu berjimat … Biasanya, kita memasak nasi goreng, dan kita makan untuk makan tengah hari dan makan malam … Kita mesti makan lebih sedikit makanan. “- H, Suri Rumah, dipetik dari Families on the edge.
Golongan berpendapatan rendah juga amat sukar untuk menyimpan duit kerana kesemua sumber kewangan mereka disalurkan pada makanan, sewa rumah, pendidikan, kenderaan, kesihatan, penjagaan harian dan lain-lain lagi. Namun, purata ibu tunggal dalam tidak boleh menyimpan duit lebih tinggi berbanding golongan yang hidup berkeluarga.
Berdasarkan kajian Unicef, hanya satu dalam enam sahaja yang mempunyai simpanan dari tiga bulan manakala golongan ibu tunggal pula, hanya lima dalam 100 sahaja yang mempunyai simpanan lebih dari tiga bulan.
Hal ini kerana hidup berkeluarga masih boleh menyimpan dan bertahan hidup kerana ada di kalangan suami dan isteri yang bekerja sementara ibu tunggal hanya bekerja sendiri untuk menyara keluarga. Apa yang lagi menyedihkan, ada di kalangan mereka ini terpaksa melakukan pinjaman wang berlesen dari Along.
“Saya harus meminjam dari ‘Along’ untuk membayar bil perubatan ibu saya … Sekitar RM2,000 … saya tidak mempunyai apa-apa untuk menggadaikan lagi.”- N, Penganggur, dipetik dari Families on the edge.
Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada semua rakyat Malaysia untuk membantu masalah kewangan ketika PKP. Oleh hal yang demikian, golongan berpendapatan rendah turut tidak terlepas dalam menerima BPN malah mereka merupakan golongan tertinggi yang memohon BPN lebih-lebih lagi ibu tunggal.
Bukan itu sahaja, mereka juga menerima banyak bantuan seperti pengecualian bayaran rumah sewa, i-lestari, dan bank moratarium tetapi BPN merupakan bantuan yang paling ramai dimohon oleh mereka.
“Saya menggunakan bantuan itu untuk membeli barang keperluan, susu, dan barang-barang anak. Sebahagian besar untuk memenuhi keperluan asas.” – S, Pekerja kontrak, dipetik dari Families on the edge.
E-pembelajaran kurang digunakan oleh pelajar dari golongan berpendapatan rendah
Pelajar dari golongan berpendapatan rendah juga mengalami krisis dalam pendidikan kerana semasa PKP, pelajar tidak dibenarkan balik ke universiti atau pergi ke sekolah. Oleh itu, penggunaan panggilan video dalam talian merupakan platform utama bagi mereka untuk menuntut ilmu. E-pembelajaran dimanfaatkan oleh pelajar untuk menghantar tugas-tugas yang diberikan oleh guru atau pensyarah.
Walau bagaimanapun, bukan semua pelajar mempunyai peralatan lengkap untuk belajar dalam talian kerana pelajar dari golongan yang berpendapatan rendah mengalami krisis ketiadaan komputer dan internet. Telefon pintar boleh digunakan tetapi lebih susah berbanding komputer riba dalam melakukan tugas-tugas yang diberikan oleh pensyarah.
“Saya mengawasi anak-anak saya .. Saya bertanya kepada mereka mengenai perbualan WhatsApp mereka dengan guru mereka … Suami saya juga memantau mereka dan memastikan anak-anak belajar.” – H, Pekerja kilang, dipetik dari Families on the edge.
Namun, selepas kerajaan memberikan internet percuma 1GB kepada semua rakyat Malaysia lantas membantu serba sedikit kepada pelajar dari golongan yang berpendapatan rendah. Kalau pelajar tiada telefon pintar, mereka akan meminjam telefon ibu bapanya untuk berhubung dengan guru atau pensyarah dalam applikasi WhatsApp, Zoom, Google Meet dan Google Classroom.
“Anak-anak saya yang bersekolah menggunakan WhatsApp untuk menerima maklumat dari sekolah. Mereka perlu bergilir menggunakan telefon.” – F, Penganggur, dipetik dari Families on the edge.
Keperitan hidup lebih teruk lagi jika PKP dilaksanakan semula
Seperti yang korang tahu, kerajaan telah memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun lalu dan telah dilanjutkan sehingga 31 Disember. PKPP ini serba sedikit menjana ekonomi kita yang merosot ketika PKP dilancarkan. Orang ramai juga dibenarkan untuk keluar tetapi haruslah mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hal ini juga serba sedikit membantu golongan berpendapatan rendah mencari sumber kewangan kerana mereka boleh menjalankan semula aktiviti perniagaan di luar.
Namun, jumlah pesakit kes positif COVID-19 semakin hari semakin meningkat bahkan banyak juga kluster baru yang dikenalpasti oleh KKM. Berdasarkan perutusan khas dari Perdana Menteri, jika jumlah pesakit kes positif semakin kritikal maka, kerajaan terpaksa melaksanakan semula PKP.
Hal ini telah memberikan kebimbangan kepada golongan berpendapatan rendah kerana jika PKP berlaku lagi, mereka akan berada dalam krisis hidup yang amat teruk. Jadi, rakyat Malaysia haruslah sentiasa memakai pelitup muka dan patuh kepada SOP yang ditetapkan oleh KKM supaya penularan wabak COVID-19 dapat dikurangkan bahkan dapat mengelak dari perlaksanaan semula PKP.
- 173Share sekarang!
- Email0
- Facebook173
- Share