Pernah layari internet sampai masuk Rabbit Hole? Ni kisah pelik 4 orang yang terjebak

Dalam era globalisasi ni (ecehhh, macam karangan tingkatan 5 pulak), pelbagai platform media sosial yang muncul – Facebook, YouTube, Twitter – dan terbaru ni adalah TikTok. Dan dengan perkembangan tersebut juga, semakin banyaklah benda yang kita boleh explore. Sampai sedar tak sedar, baru 5 minit je kita melayari internet, tiba-tiba 5 jam dah berlalu…

Kalau korang nak tahu, inilah yang dinamakan ‘rabbit hole’. Contohnya, mungkin mula-mula kita cume Google pasal satu topik je, tapi makin lama makin banyak pula link yang kita layari, dan akhirnya kita tak sedar macam mana kita boleh sampai ke laman web yang kita tengah tengok sekarang. Mesti korang pun pernah terjebak, kan?

Sebab tu la dalam filem Alice in Wonderland, filem tu gunakan perumpamaan bila Alice jatuh dalam lubang arnab (rabbit hole) sampai dia ‘hilang’ dari dunia nyata. Gif dari tenor

Dan korang pun tahu-tahu jugalah, kitorang ni kan curious rabbit cat. Sebab tu la kitorang dari Soscili dan Cilisos dengan kerjasama Hotlink tanya orang yang kitorang interview, apa benda-benda pelik yang diorang jumpa masa melayari internet?

Dan pelbagai ceritalah muncul – macam pembongkaran cara masak viral yang sebenarnya auta, kisah hantu di Asia Tenggara, tilam yang dijadikan piza, dan kisah perempuan yang…

Oh, kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh klik kat sini untuk tengok video penuh!

Tapi, apehal Soscili dan Hotlink sibuk sangat nak tahu pengalaman rabbit hole korang ni?

Kitorang bukan apa, curios sikit la sebabnya kitorang sendiri pun pernah je alami situasi tersebut, kadang-kadang tu tak kira masa dan tempat. Contohnya macam kawan-kawan kitorang yang pernah habiskan masa 4 jam, malah ada yang sampai 12 jam apabila melayari internet. Sampaikan, banyak juga data yang habis secara tak sedar.  Rasanya ada 20GB data, tapi….

Ke mana kau menghilang?

Tapi, korang jangan risau pasal kehabisan data, sebab member kitorang dari Hotlink baru je keluarkan satu pelan internet yang menarik, iaitu Prabayar Hotlink Tanpa Had yang sesuai untuk semua jenis pengguna – terutamanya korang yang selalu tengok video endless scroll, ataupun terjebak dalam rabbit hole. Yang menarik, harganya cuma RM35/sebulan untuk internet tanpa had!

Sesuai dengan namanya Prabayar Hotlink Tanpa Had korang akan dapat internet dan panggilan tanpa had, 10% cashback dengan pembelian aplikasi menggunakan kredit Hotlink di Google Play Store atau Apple App Store, pelbagai tawaran internet tambahan, serta pelbagai ganjaran lain dalam aplikasi Hotlink.

Hai pilihlah yang mana satu. Klik kat sini untuk tahu lebih lanjut.

Dan untuk korang kaki cerita Korea, korang juga boleh dapatkan akses percuma ke Viu secara premium – dengan erti kata lain, stream secara percuma kesemua siri dan filem di Viu dengan Maxis TV apabila korang beli pas bulanan internet. Takde la asyik nak kena tunggu ada Wi-Fi baru boleh tengok kan?

Jadi, dah sedia untuk bertukar ke plan baru yang lebih menarik? Korang boleh dapatkan plan ni di Lazadaatau Hotlink Store yang berdekatan.

Jadi, korang ada kisah Rabbit Hole pelik-pelik tak? Share la sikit kat komen!