Jenayah & Undang-undang

Mak cik yang dikelilingi polis dan peguam ni… terlibat dengan skandal berjuta ringgit?

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

UPDATE 26/10/2018:  Bekas ketua MEIO, Datuk Hasanah kali ni didakwa di Mahkamah Sesyen semalam, atas pertuduhan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta. Dia bagaimanapun mengaku tak bersalah. Mahkamah kemudiannya menetapkan 29 November depan sebagai sebutan semula kes.

UPDATE 29/8/2018: SPRM dah menahan bekas ketua Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid atas dakwaan kehilangan wang bernilai RM3.5 juta yang diambilnya dari pejabat bekas PM Najib Razak.


Sebelum ni didedahkan bahawa suatu surat telah dihantar kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat daripada badan perisikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum PRU14 beberapa bulan lalu. Surat itu didakwa bertujuan memohon sokongan CIA bagi pimpinan Najib Razak dengan menggambarkannya sebagai pemimpin mesra AS manakala ketua pembangkang Tun M pada masa itu pula dikatakan “anti-barat”.

Untuk yang tak tau pula, ada kekecohan berlaku apabila portal berita Malaysia Decides melaporkan yang polis telah menyerbu rumah seorang perempuan ni yang dikatakan adalah ketua bagi badan perisikan JPM itu!

Dan sampai sekarang, pihak polis masih lagi menyiasat dakwaan pasal Najib serahkan dokumen penting kat dia, dua hari sebelum PRU14. Wow, dokumen apa yang penting sangat tu? Takkanlah resit rawatan rambut di Yun Nam?

Atau mungkin..?

Tapi bila pihak polis dari Bahagian Jenayah Komersial pergi ke rumahnya di Seri Kembangan pada hari Jumaat dan Sabtu, diorang tak jumpa dokumen-dokumen tu. Jadi, diorang pun seal la dua bangunan di Putrajaya dan Jalan Bellamy di mana unit tu beroperasi. Tapi, dokumen-dokumen tu masih lagi tak berjaya ditemui. Pihak polis percaya dokumen-dokumen tu disembunyikan di tempat lain, mungkin di salah satu safe house yang dikendalikan oleh Jabatan Penyelidikan. Sementara siasatan masih dijalankan, perempuan tu dikatakan sedang bercuti.

Kitorang sendiri terima mesej dari Whatsapp, membongkarkan identiti perempuan ni.

Imej yang tersebar kat Whatsapp

Kitorang kat Cilisos pun cari la asal-usul gambar ni melalui Google Search, dan dari sini kita dapat tahu yang nama dia adalah Hasanah Abdul Hamid. Gambar-gambar yang tersebar ni juga membawa kepada pelbagai sumber – lambang dinding besar membawa kepada beberapa blog, dan gambar-gambar yang lain pula membawa kepada page Jabatan Penjara (satu-satunya sumber yang boleh dipercayai), dan gambar dia terima plak sambil berjabat tangan dengan pegawai polis dari sebuah blog lain.

Kitorang kemudiannya cari pulak nama dia kat laman web Jabatan Perdana Menteri di jpm.gov.my mendedahkan yang dia memegang jawatan Pengarah Besar di Bahagian Penyelidikan.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Screenshot dari jpm.gov.my

Wahh, kalau betul la tu dia, badasss gilaaa! Dia nampak macam mak cik yang sebaya dengan mak-mak kita je. Tapi don’t judge a book by it’s cover. Dia ni dah macam Agent M dalam cerita James Bond tu.

Hmm, badass.

Jadi apa dia Bahagian Penyelidikan tu?

Wikileaks mendakwa yang ia adalah agensi perisikan asing

Carian Google di Bahagian Penyelidikan tak jumpa apa-apa pun selain daripada halaman Wikipedia. Tapi kitorang jumpa macam-macam juga la dari sini. Menurut kabel kedutaan AS pada tahun 2007 yang dibocorkan oleh Wikileaks, Bahagian Penyelidikan tu sebenarnya nama awam bagi Pertubuhan Perisikan Luar Negara (MEIO), agensi perisikan asing utama negara tu.

Screengrab dari Wikileaks

Macam apa yang Muhammad Hatta terangkan kat atas, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara dikatakan berkhidmat sebagai Ketua Pengarah MEIO dari tahun 2002 hingga 2005. Tak payah Google pasal Muhammad Hatta, korang tak jumpa punyalah. Kalau korang jumpa nama yang sama pun, dia adalah Timbalan Presiden Indonesia, tapi… still, bukan orang yang sama.

Bahagian Penyelidikan/MEIO bukanlah sebuah badan baru. Kitorang sendiri tak jumpa tarikh penubuhannya secara tepat.

“Cawangan Khas (Special Branch) dan Perkhidmatan Perisikan Luaran Malaysia (MEIO) mempunyai sejarah panjang menguruskan pemberontak kalau kita tengok balik masa zaman adanya Parti Komunis Malaya pada tahun 1940-an dan 50-an.” – dipetik dari Wall Street Journal

Malah, Hatta dah memulakan kerjayanya di MEIO pada tahun 1976, walaupun dah tukar kerja sebelum jadi Ketua Pengarah pada tahun 2002, menurut dokumen Wikileaks.

Scrreengrab dari Wikileaks

Baru-baru ni pulak, MEIO didakwa dalam diam menyokong kumpulan pemisah di Mindanao, Filipina. Kumpulan pemisah ni adalah orang yang mahukan rantau, atau kumpulan diorang terpisah dari negara atau kumpulan besar. Pada tahun 2006, organisasi tu juga dikatakan mengadakan rundingan damai antara kerajaan Filipina dan Front Pembebasan Islam Moro (MILF), berdasarkan dokumen Wikileaks.

Kitorang juga jumpa gambar Hasanah dengan kumpulan pemisahan Bangsamoro pada tahun 2014. Imej dari bangsamorodevelopment.org

Memetik sumber-sumber kerajaan yang tak dinamakan, Malaysia Decides kata unit tu mempunyai pembiayaan besar-besaran dan digunakan untuk mengesan pengkritik kerajaan dalam dan luar negara di bawah pentadbiran Najib, laporan dari The Sun Daily. Pegawai atasan disokong oleh 300 anggota, melaporkan kepada Najib.

“Ia pada dasarnya dikendalikan sebagai agensi perisik, dan semua aktivitinya disesuaikan untuk menjadikan Najib berkuasa. Mereka juga mempunyai koperasi yang ditempatkan di luar negara. “- Malaysia Decides memetik sumber maklumat yang tak dikenali, dan dipetik dari The Sun Daily.

Masa kitorang tulis artikel ni, ada pembaharuan untuk kes tu. PM Tun Dr. Mahathir kata kerajaan akan bubarkan agensi tu.

“Saya perlu mengkaji semula. Saya belum dapat penjelasan sepenuhnya… Saya tahu aktiviti mereka tidak baik untuk kerajaan, kita tidak mahu mengintip rakyat. Kita tidak memerlukan mereka, termasuk perisikan mereka. Saya fikir kita sudah cukup pintar sekarang. “- Tun Dr. M, dipetik dari Malay Mail.

Korang juga boleh tengok video press conference kat bawah:

https://www.facebook.com/msiadecides/videos/190399215118622/?t=3

Kejap… MEIO bukanlah satu-satunya agensi perisikan di Malaysia

Kita juga jumpa 4 pertubuhan perisikan Malaysia yang lain, iaitu:

1. Cawangan Khas (Special Branch)

SB yang berjaya menangkap militan yang disyaki. Imej dari straitstimes.com

Rasanya korang semua mesti tahu pasal ni. SB wujud sejak zaman 40-an, di mana mereka berperang dengan gerakan Komunis, tapi sekurang-kurangnya takde la misteri sangat sebab Bahagian Penyelidikan ada maklumat pasal diorang. Diinspirasikan dari Special Branch dari UK, SB kita pula berkaitan dengan Polis Diraja Malaysia.

SB diberikan kuasa untuk mengumpulkan perisikan mengenai ancaman dalaman dan luaran kepada negara, aktiviti subversif, aktiviti ekstremis dan kegiatan sabotaj dan pengintipan. Diorang ni adalah orang yang selalu jatuhkan suspek atau kumpulan pengganas yang kita selalu nampak dalam berita. Dan diorang juga diberi kuasa untuk menasihati pelbagai jabatan dan agensi (di bawah PDRM dan agensi berkaitan lain) mengenai tindakan yang perlu dilakukan.

2.  Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP)

Diorang juga pernah dikaitkan dengan sebuah syarikat penggodam pada tahun 2015.

BSPP pula adalah agensi perisikan ketenteraan Angkatan Tentera, macam SB untuk PDRM. Peranannya dikatakan setara dengan Agensi Perisikan Pertahanan AS, yang mengkhususkan diri dalam pengintipan pertahanan dan tentera. Kemudian, dia akan inform para pembuat dasar awam dan pertahanan mengenai niat tentera dan keupayaan pemerintahan asing.

Organisasi ni pula diketuai oleh tentera Leftenan Jeneral Dato ‘Paduka Abdul Hadi Haji Hussin (yang pangkatnya dikenali sebagai Ketua Pengarah) dan melaporkan kepada Menteri Pertahanan (sekarang Mat Sabu) dan Majlis Keselamatan Negara.

Bukan kita je, Mat Sabu sendiri pun terkejut dia jadi Menteri Pertahanan. Imej dari The Sun

2 tahun lalu, ia dikaitkan dengan sebuah Pasukan Penggodam syarikat perisian bila ada dokumen bocor yang menunjukkan BSPP adalah salah seorang kliennya yang menggunakan alat pengintipan dan pengawasan. Agensi tu juga didakwa membayar syarikat ni lebih kurang RM2.32 juta antara tahun 2012 dan 2015.

Dalam laporan lain, Sarawak Report pula mendakwa Najib membayar RM7 juta kepada “Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan” (DG kepada DSID) pada 8 April 2013, kira-kira sebulan sebelum pilihan raya umum 5 Mei.

3. Kor Risik DiRaja

Kor Risik DiRaja

Kor Risik DiRaja yang wujud sejak 7 November 1969 pun asalnya dibentuk untuk memerangi komunis. Komunis-komunis ni la yang menyebabkan banyak masalah di Persekutuan. Prebet Hashim Rauf yang masih muda masa tu adalah antara yang terpilih untuk menyertai pasukan pengintip British. Dari awal lagi dia dah tunjukkan potensi yang baik dan meyakinkan British untuk merekrut lebih banyak mata-mata tempatan.

 

Kemudian, sekumpulan pegawai muda yang tak beroperasi dari Rejimen Askar Melayu, Rejimen Kereta Perisai Persekutuan dan Jurutera Persekutuan kemudiannya dikumpulkan dan dilatih untuk mengintip. Selepas merdeka dan pembentukan Malaysia, organisasi tu kemudiannya melalui beberapa peralihan dan dinamakan semula. Akhirnya pada tahun 1969, organisasi ni dirasmikan oleh General Tengku Osman Tengku Mohd. Pada tahun 1997, ia secara rasmi dikurniakan gelaran “Diraja” di hadapan namanya.

 

Selain dari pengintipan, kumpulan ni juga mengkhususkan diri dalam peperangan psikologi, peninjauan dan operasi perisikan balas (yang bermaksud mengintip untuk melindungi daripada diintip).

 

Malah, kumpulan ni juga yang menguruskan usaha propaganda dan propaganda balas untuk Tentera Darat. Di samping itu, diorang ni juga melakukan pemeriksaan latar belakang pada rekrut yang mula mendaftar di mana-mana kursus latihan.

 

4. Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO)

Pemeriksaan keselamatan CGSO di Lapangan Terbang Senai pada bulan April. Imej dari cgso.gov.my

Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia atau CGSO adalah sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menyediakan ‘perlindungan keselamatan’ ke atas semua aset kerajaan, seperti bangunan persekutuan, kapal selam, dan sebagainya. CGSO juga menyediakan ‘pelepasan keselamatan’ untuk calon-calon yang ingin menyertai perkhidmatan awam, bagi memastikan yang diorang ni bukanlah ahli dari mana-mana kumpulan ekstremis – macam sama je dengan Kor Perisikan Diraja.

Oh lagi satu, ni la satu-satunya agensi yang mempunyai laman web tersendiri tak macam yang lain – lebih kepada penyamaran.

Negara lain pun ada je pengintipan ni

Sebenarnya setiap negara pun ada organisasi perisikan tersendiri. Malah, diorang ni lebih terkenal disebabkan reputasi yang sangat menakutkan, contohnya macam MI6 dari UK (agensi James Bond), yang juga merupakan salah satu daripada agensi risikan sedia ada tertua di dunia. Kemudian kita juga ada CIA, Perkhidmatan Perisikan Rahsia Australia (ASIS), Jerman Bundesnachrichtendienst (yang ni paling menakutkan, sebab  nak sebut pun tergeliat lidah) dan tak lain dan tak bukan, Mossad dari Israel.

Kewujudan kesemua ejen perisikan yang sebenar ni boleh membuatkan James Bond tu nampak macam amatur je. Contohnya dulu ada Operasi Entebbe di mana ejen Mossad menyamar sebagai tentera Uganda dan satu ejen yang dibuat untuk kelihatan seperti presiden Uganda, Idi Amin. Diorang cipta replika motosikal Idi Amin sebijik macam yang real punya, menyebabkan semua orang tertipu. Ejen-ejen ni jugalah yang membebaskan semua tebusan Israel, dan dalam masa yang sama sempat musnahkan banyak jet-jet Uganda di sepanjang jalan.

Imej dari royal gazette

Hakikatnya, sesebuah negara tu bergantung bukan saja pada tenteranya, tapi juga pada agensi perisikannya untuk mengatasi ancaman luaran dan dalaman. Agensi-agensi perisikan ni tahu rahsia kotor semua orang, dan sebab tu la diorang ni sangat merbahaya. Tak kira la mana-mana pun, diorang ni semua ada fungsi yang lebih kurang sama walaupun karakter berbeza.

Imej tak diedit dari Utusan

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend