Mahal ke tadika sekarang? Jom bandingkan harga

Zaman sekarang ni, korang pergi lah mana-mana taman perumahan pun, confirm akan jumpa tadika, kan? Tapi bila banyak sangat pilihan, pening kerja mak bapa nak bandingkan harga satu-satu.

Nak cari tadika, cari je rumah warna-warni. Imej daripada Channel News Asia

Jangan gelabah. Kami dah buat sedikit kerja rumah dan senaraikan tadika popular di Malaysia, lengkap dengan harganya. Bukan senang nak cari semua harga ni, sebab…

Kebanyakan tadika tak pamerkan harga mereka secara terbuka

Untuk pengetahuan korang, 90% tadika yang kami jumpa tak senaraikan struktur yuran mereka di laman web masing-masing. Kebanyakan tadika yang kami hubungi juga langsung tak nak dedahkan harga mereka melainkan kami pergi ke premis mereka bersama anak kami🫠. Memandangkan anak-anak kami masih di alam roh, kami terpaksa mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber tak rasmi seperti blog-blog ibu, Facebook dan TikTok. 

Selain itu, korang juga mungkin akan nampak sedikit percanggahan harga sebab sesetengah sumber kami adalah daripada beberapa tahun lepas. Pada masa yang sama, tadika-tadika bandar lazimnya lebih mahal berbanding cawangan mereka di luar bandar walaupun daripada rantaian yang sama.

Jadi, kalau korang ada apa-apa maklumat tambahan tentang harga terkini, tolong kongsikan di ruang komen dan kami akan kemaskini senarai ini. Ok, jom kita tengok kos tadika yang korang tunggu-tunggu.

Harga tadika awam di Malaysia

Klik untuk besarkan

Harga tadika swasta di Malaysia

Klik untuk besarkan

Nota kaki: yuran tahunan adalah yuran yang dibayar semasa pendaftaran, biasanya merangkumi yuran pendaftaran, baju sekolah, beg, buku, insurans dan lain-lain.

Dah keluar duit bayar yuran, jangan lupa tuntut pelepasan cukai

Kos menghantar anak ke prasekolah bukan murah, terutama kalau korang ada ramai anak. Jadi jangan lupa untuk simpan resit korang dan claim pelepasan cukai tau.

Bagi yang tak tahu, kerajaan telah memperuntukkan pelepasan cukai sehingga RM3,000 di bawah Belanjawan 2023 yang korang boleh tuntut kalau anak korang belajar di taska dan tadika awam atau swasta. Yang penting, korang perlu pastikan taska dan tadika tersebut diakreditasi. Kalau nak semak, korang boleh check di sini:

Bagi penjawat awam, ada juga Subsidi Yuran Taska yang memberi subsidi sehingga RM180 sebulan bagi setiap anak jika pendapatan isi rumah korang di bawah RM7,000. Kalau korang nak maklumat lanjut, tengok kat sini.

Imej daripada Berita Harian

Selain itu, kerajaan juga meningkatkan bajet Bantuan Makanan Prasekolah daripada RM89 juta kepada RM108 juta, serta bajet Rancangan Makanan Tambahan untuk sekolah, daripada RM625 juta kepada RM777 juta untuk membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang manfaat-manfaat ni, korang boleh semak laman web Belanjawan 2023.