- 1.9KShare sekarang!
- Email32
- Facebook1.9K
- Share
Sekarang dah 2018, mana je tempat yang kita takleh lawat? Tak kaya pun takpe, sebab ada je pelbagai cara kita boleh travel tanpa terpaksa gadai segala harta benda yang kita punya. Lagi-lagi kalau korang ni pencinta haiwan, selalunya korang akan berbelanja besar kalau nak pergi tempat yang ada haiwan rare lagi comel.
Kat tempat yang kami nak cadangankan ni – ada satu haiwan comel gila yang pernah digelar haiwan paling gembira di dunia. Tapi sayangnya diorang tengah berada dalam keadaan terancam. Katanya sebab haiwan ni mudah diburu oleh binatang lain. Tapi kalau korang nak tau macam mana korang boleh berlepak dengan si Quokka ni…
Ha? Dengan RM400++ korang boleh tengok macam-macam haiwan rare dan comel!? Biar betul…
Baru-baru ni, member kitorang kat AirAsia kongsi promosi melawat Australia Barat diorang untuk sesiapa yang minat tengok filem-filem Hugh Jackman. Tak kisahlah kalau korang jenis nak bersantai atas pantai ke, nak panjat gunung, lompat air terjun, atau berenang dengan jerung paus… Australia Barat pasti ada sesuatu untuk semua jenis pengembara.
Dan dengan penerbangan dari KL ke Perth dengan harga serendah RM459, korang pun boleh jumpa sesuatu untuk diri korang kat sana!
Untuk yang tak tau, Perth ni adalah ibu negeri Australia Barat dan juga merupakan salah satu bandar yang paling terperincil di dunia! Malah, untuk penduduk-penduduk Perth, perjalanan ke Bali adalah lebih murah berbanding dengan perjalanan ke bandar-bandar lain di Australia. Sebab tu la, kalau kita orang Malaysia nak bajet jadi Crocodile Hunter sekejap, kita pun boleh lawat Australia melalui Perth dengan harga yang agak berpatutan.
Kalau korang tak percaya, baru-baru ni semakin ramai orang Malaysia yang melawat bandar Perth dan negeri Australia Barat ni. Tahun lepas, rakyat Malaysia merupakan golongan pelancong terbesar ke Australia Barat selepas pelancong Britain, berbanding dengan pelancong-pelancong dari negara lain. Antara sebabnya adalah ketersediaan restoran-restoran halal di bandar Perth serta harga penginapan murah akibat pembinaan hotel-hotel baru. Pasal ni la diorang panggil bandar Perth ni “Capital of Cool”!
Dari Perth pulak, macam-macam yang ada untuk korang tengok dekat Australia Barat. Sama ada korang nak bersatu dengan alam semula jadi, atau mengalami budaya-budaya lain, negeri Australia terbesar ni pasti akan ada lebih daripada apa yang korang nak. Contohnya kalau korang tak tau…
Hutan tropikal, pantai laut, gunung-ganang, malah juga PADANG PASIR pun ada kat Australia Barat tau!
Sebenarnya, Australia Barat ni adalah salah satu daripada enam buah negeri di Australia dan juga merupakan negeri terbesarnya! Sampaikan, kalau ia dipisah dan dijadikan sebagai negaranya tersendiri, ia akan layak menjadi negara 10 paling terbesar di dunia! Dan oleh sebab ia meliputi kawasan permukaan yang lebih luas daripada 2.5 JUTA kilometer persegi, terdapat pelbagai jenis iklim dan bentuk geografi di satu negeri ni,
Di Australia Barat, terdapatnya lima daerah iaitu bandar ibu negeri Perth, daerah pantai Coral Coast, kawasan hutan-hutan Australia Barat Daya, daerah bersejarah Golden Outback, dan juga rantau padang pasir Australia Barat Laut… dengan setiapnya mempunyai kehebatan masing-masing. Antaranya termasuk:
– Pelbagai jenis restoran-restoran makanan laut di Perth.
– Hidupan liar Terumbu Ningaloo di Coral Coast.
– Hutan-hutan pokok gergasi di Australia Barat Daya.
– Pantai pasir putih di mana kanggaru-kanggaru bersantai, di Golden Outback.
– Padang-padang pasir di Australia Barat Laut.
…dan juga Pulau Rottnest, di mana korang boleh berselfie dengan haiwan quokka yang paling gembira di dunia ni.
Tapi sebelum korang book flight-flight korang nak pergi Perth sekarang jugak…
Cuba la tengok sama ada korang boleh jawab Kuiz Australia Barat kita!
Takpa, kalau tak tau sangat pasal Australia Barat sebelum ni pun boleh cuba. Pastu sekali dah try tu, suruh la kawan korang ambik kuiz ni pulak. Nanti nak beli tiket penerbangan, boleh la book sekali!
- 1.9KShare sekarang!
- Email32
- Facebook1.9K
- Share