- 82Share sekarang!
- Email5
- Facebook77
- Share
Semalam Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melangsungkan sidang media mesyuarat pasca kabinet. Terdapat beberapa perkara penting yang difokuskan dalam sidang tersebut, antaranya:
- Pemotongan gaji menteri sebanyak 20%,
- Anwar tidak menerima gaji PM & Menteri Kewangan,
- Kerajaan akan siasat projek RM600 bilion bawah kerajaan PN,
- TPM 1 Zahid Hamidi akan mengendalikan urusan banjir,
- TPM 2 Fadillah Yusof untuk selesaikan perkara yang tergendala dalam MA63.
- Penyemakan semula kontrak rangkaian 5G yang diberikan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) berharga RM11 bilion,
- Penurunan cabutan judi diturunkan dari 22 kali kepada 8 kali setahun,
- Anwar mengarahkan Ketua Polis Negara untuk tidak menyiasat pengkritiknya, tapi kalau isu perkauman tak boleh tolak ansur, dan…
- Kerajaan akan meneliti isu monopoli import beras yang dikuasai oleh tokoh korporat Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary.
Anwar Ibrahim menyatakan Syed Mokhtar telah membeli kepentingan syarikat Bernas sebanyak 31% daripada Tan Boon Seng sekitar RM800 juta dan Tan Sri Shahidan Kassim sekitar RM400 juta.
Satu soalan, bagaimana Shahidan Kassim boleh ada saham dalam Bernas sebanyak RM400 juta? Mari kami bongkar…
Segalanya bermula dari misi menjatuhkan Datuk Hamid Pawanteh
Pilihan Raya ke 9 tahun 1995, rakyat Malaysia menyaksikan kemenangan besar buat Barisan Nasional di bawah kepimpinan Tun M. BN telah memenangi 162 kerusi daripada 192 kerusi dan telah berjaya menumpaskan parti-parti lain, iaitu, DAP, Semangat 46, PAS, dan PBS.
Pada masa yang sama, Mahathir dikatakan memasang niat untuk menjatuhkan jawatan MB Perlis yang dipegang oleh Datuk Hamid Pawanteh. Hal ini kerana jawatan tersebut mahu diberikan kepada Shahidan Kassim.
Namun, jawatan MB tersebut ditolak oleh Shahidan Kassim atas sebab Perlis negeri kecil. Sebagai umpan, Mahathir akan memberikan kuasa serta saham di dalam Lembaga Padi negara (LPN).
Info penting: Lembaga Padi Negara (LPN) telah diswastakan menjadi Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) pada 1 Januari 1996.
Oh ya, Shahidan Kassim turut bertanding untuk DUN Tambun Tulang. Kemenangan berpihak kepada beliau, apabila berjaya menerima 3777 undian mengalahkan Alias Othman daripada Parti Semangat 46 yang menerima 1,661 dengan jumlah majoriti 2116 undian.
Misi untuk menjatuhkan Hamid Pawanteh berjaya hingga akhirnya Shahidan Kassim menjadi MB Perlis. LPN pun digantikan dengan BERNAS, tapi siapa pula pemiliknya? Yela, sebab bukan lembaga kerajaan lagi masa tu.
Okay, Budaya Generasi Sdn Bhd (BGSB) memiliki 34% saham Bernas. Pemilik saham terbesar dalam BGSB ialah Permatang Jaya (PJSB) yang memiliki 44% saham Bernas (ada juga yang kata 15%).
Antara pemegang saham BERNAS yang lain ialah Dohat bin Shafie serta anaknya Nur Daliza binti Dohat. Timbulnya satu persoalan, siapa pula mereka berdua ni?
Si Dohat ini mempunyai pertalian saudara dengan Shahidan Kassim, ada orang kata ipar (tak sure abang atau adik ipar). Secara puratanya, keluarga Shahidan Kassim memiliki 15% saham BERNAS.
Banyak juga sebenarnya yang memegang saham dalam BERNAS ni antaranya:
- Yayasan Pok Rafeah (antara pemegang saham terbesar)
- Pertubuhan Peladang
- Pertubuhan Nelayan
- Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
Oh ye, mesti anda semua pelik, kenapa pula Shahidan Kassim tak letak nama dia? Mungkin ini adalah salah satu taktik beliau, kerana kalau letak nama sendiri, kantoilah nanti. Jadi, daripada sinilah 15% saham BERNAS milik Shahidan Kassim dibeli oleh Syed Mokhtar.
Begitulah kisahnya bagaimana Shahidan Kassim boleh ada saham dalam BERNAS.
Tahu tak, Shahidan Kassim paling bercakap banyak dalam Parlimen
Selain itu, kita juga ada skandal paling kontroversi di Malaysia seperti:
- 82Share sekarang!
- Email5
- Facebook77
- Share