Kenapa susu pekat dikaitkan dengan kematian bayi di Malaya pada tahun 1900-an?

(This article is translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Mesti korang tahu punya kegunaan susu pekat manis dalam kehidupan seharian kita seperti minuman, pencuci mulut, dan kadang-kadang kita ambil sudu dan jilat macam tu je (jangan buat selalu). Namun, jika dilihat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah, ada antara mereka yang terpaksa menggantikan susu tepung bayi kepada susu pekat kerana harganya yang mahal.

Tidak dapat dinafikan, sebab kalau korang pergi mana-mana pasaraya – harga susu tepung bayi kadang-kadang tu  boleh mencecah harga sampai RM100 lebih. Jika kerap memberi bayi minum susu pekat, ia akan menyebabkan pertumbuhan bantut dan berdasarkan kajian Unicef menunjukkan kadar kebantutan Malaysia lebih teruk dari Ghana (korang boleh tonton video tentang isu susu pekat di sini). Sebenarnya, kalau korang nak tahu beri anak minum susu pekat ini pernah berlaku di Malaysia suatu masa dahulu sehingga menyebabkan kematian.

Zaman dulu siapa yang beri anak minum susu tepung dianggap kaya

Cuba tanya atuk nenek korang, pernah tengok tak jenama susu pekat ni. Imej dari Alimentarium.

Pada akhir tahun 1800-an, minum susu segar menunjukkan korang ni kaya, tapi disebabkan banyak orang British dan buruh datang ke Tanah Melayu, lembu tempatan masa tu tak dapat menghasilkan susu secukupnya. Jadi, ketika itulah susu dalam tin diperkenalkan dan ia tidak seperti susu segar yang berasal dari kebanyakan ladang India di Tanah Melayu. Ini kerana, susu dalam tin lebih mudah, tahan lebih lama walaupun tanpa peti sejuk, lebih ‘bersih’ dan dipasarkan sebagai cukup berkhasiat untuk membesarkan bayi pada waktu itu.

Semua perkara mengenai susu dalam tin menjadikannya sangat popular di kalangan ibu-ibu Britain dan Cina kaya, kerana mereka anggap bagi anak dengan susu ibu ni untuk orang miskin je. Secara kebetulan, mereka ini sahaja yang mampu membeli susu dalam tin kerana harganya yang mahal. Contohnya, pada awal tahun 1900-an, ini adalah harga tiga jenama susu tin:

  • Milk Food, produk Nestlé, berharga $7.50 untuk satu dozen: 63 sen untuk satu tin.
  • Glaxo Milk, pada mula diperkenalkan, berharga $15 untuk satu dozen: $1.25 untuk satu tin.
  • Aurore Milik, antara susu paling murah, berharga $5.50 untuk 48 tin: 11 sen untuk satu tin.

Memandangkan orang gaji pada masa itu hanya bergaji $25 sebulan, dan kebiasaan keluarga Melayu pada masa itu yang mempunyai lima atau enam anak – hanya meraih $50 sebulan untuk perbelanjaan seharian, memberi susu bayi dalam tin dianggap sebagai orang kaya. Jadi, orang miskin pada masa itu tidak mampu membeli susu tin kerana harga mahal. Sebaliknya, sesiapa yang beli susu tin dianggap kaya di Tanah Melayu.

Bayangkan kalau bayi memilih nak minum susu yang mana. Imej dari Meme Generator.

Namun, apabila susu dalam tin dikeluarkan dengan harga yang murah (dan semestinya kurang berkhasiat), lebih banyak orang dari semua lapisan masyarakat meninggalkan susu ibu dan susu lembu segar. Sebenarnya, ia diperhatikan bahawa di luar bandar Kelantan pada tahun 1930-an, sebilangan ibu Melayu cenderung dalam perbelanjaan tambahan untuk memberi susu dalam tin kepada anak mereka, berbanding dengan amalan penyusuan susu ibu.

Ditambah dengan pemasaran yang agresif oleh penjual makanan susu, susu dalam tin telah sampai ke seluruh Tanah Melayu pada tahun 1930, susu pekat dapat dijumpai di Terengganu, yang dulu merupakan tempat pengeluaran susu segar Tanah Melayu. Namun, pihak berkuasa masa tu juga mula bimbang akan adanya susu dalam tin yang murah dan tidak berkhasiat.

“Orang bimbang sebilangan besar susu tin berkualiti rendah dijual di Kota Bharu. Susu seperti itu bukan makanan berkhasiat untuk kanak-kanak, tetapi, lebih murah, dibeli lebih dari jenama yang lebih berkhasiat. Perkara ini jelas mempunyai kaitan dengan kematian bayi. “- Jabatan Perubatan Negeri Kelantan, dipetik dari Laporan 1917.

Dari 10 bayi dilahirkan, 7 kematian dilaporkan di KL pada 1921

Pada awal 1900-an juga bukan senang nak hidup kerana waktu itu penyakit kolera dan Spanish Flu melanda dunia. Imej dari NST.

Berdasarkan artikel yang ditulis pada Mei 1921, dilaporkan angka kematian bayi di Kuala Lumpur mencecah  760 per 1000. Itu adalah jumlah yang sangat membimbangkan, dan dilaporkan “kerana ketidaktahuan ibu dalam memberi makan bayi dan juga persekitaran yang tidak sihat“.

Walaupun sebilangan kematian boleh disebabkan penyakit, tetapi pemakanan yang buruk, terutama memberi makan bayi baru lahir dengan susu pekat manis, nampaknya menjadi masalah utama. Mujurlah Cicely Williams, pegawai perubatan yang ditugaskan ke Tanah Melayu pada akhir 1930-an yang menyelesaikan isu ini.

Kalau korang nak tahu, semasa Cicely di Tanah Melayu, beliau telah mengilhami salah satu pidatonya yang terkenal, yang disebut “Milk and Murder“. Di dalamnya, dia menyatakan bahawa susu pekat manis mengandungi kandungan gula yang tinggi malah ia tidak berkhasiat berbanding susu ibu. Tetapi, isu ini berlaku kepada golongan berpendapatan rendah sahaja, sebab orang kaya memberikan penjagaan tambahan yang lebih baik.

“Susu pekat manis tidak sesuai untuk bayi, kenapa? kerana ia merupakan susu lembu yang mengandungi kandungan gula tebu (gula tebu tu gula pasir la), apabila dilarutkan kandungan lemak dalam susu itu menjadi tidak elok”. – dipetik dari ucapan pidatonya,”Milk and Murder“.

Bukan itu sahaja, dalam kalangan masyarakat yang lebih rendah, kemiskinan merupakan salah satu konflik yang dihadapi dalam penjagaan bayi. Kaum ibu berpendapatan rendah terpaksa bekerja keras lebih masa sehingga menyebabkan tidak mempunyai masa untuk menjaga bayi mereka, apatah lagi menyusukan bayi mereka.

Kadangkala kesian juga pada golongan ibu yang berpendapatan rendah kerana terpaksa kerja lebih masa. Imej dari Meme Creator.

Menurut Cicely, susu pekat manis mengandungi gula tinggi yang akhirnya akan menjadikan bayi lebih mudah terkena bisul, luka, dan cirit-birit. Selain itu, kandungan gula yang tinggi juga menyebabkan bayi lebih gemar minum susu pekat berbanding susu ibu. Susu pekat manis juga tidak mempunyai kandungan vitamin A dan D yang bagus untuk tumbesaran bayi.

Minyak sawit diberi kepada bayi untuk mengelakkan buta

Ustaz Khairuddin at-Takiri pun pernah kata minyak sawit merah berkhasiat tau. Korang boleh tengok imej dan berita di MH Daily.

Mungkin korang pelik kenapa tiba-tiba ada minyak sawit merah ini, tetapi ia sebenarnya ada kesinambungan dalam artikel ini. Rupa-rupanya, kanak-kanak pada masa itu menghidap keratomalacia (penyakit yang menyebabkan kornea mata kering) kerana kerap mengkonsumsi susu pekat manis. Menurut laporan, menjelang akhir tahun 1930-an, seorang kakitangan di Hospital Umum Singapura memeriksa 30 bayi yang dimasukkan kerana keratomalacia dan dipercayai 28 daripadanya diberi minum susu pekat manis.

Jangan risau minyak sawit merah sedia membantu. dari Memecreator.

Selama ini, Kerajaan telah mengedarkan susu tin percuma kepada ibu-ibu yang tidak dapat menyusu atau mendapat susu. Setelah hubungan antara susu pekat dan keratomalacia menjadi jelas, mereka memerintahkan penyelidikan makanan supaya mengedarkan susu tin yang mempunyai Vitamin A. Setelah kajian mendalam, mereka mendapati bahawa makanan paling banyak mengandungi Vitamin A yang dapat ditemui di dalam negara ialah minyak sawit merah.

Minyak sawit merah jauh lebih murah daripada minyak ikan kod dan bertahan lama. Oleh itu, botol minyak sawit diedarkan melalui pusat kebajikan kanak-kanak di seluruh Tanah Melayu. Di ladang-ladang Tamil, di mana penyakit kekurangan Vitamin A paling banyak terjadi, anak-anak diberi susu skim dengan minyak kelapa sawit merah yang dicampurkan. Oleh itu,  penyakit mata dan kulit mereka hilang selepas beberapa bulan.

Tumbesaran anak penting supaya kemiskinan tidak diwarisi

Makcik ni terpaksa beri cucu-cucunya minum susu pekat manis asalkan warnya putih. Imej dan kisah dari Pa&Ma.

Mungkin korang terifikir kenapa pula bagi bayi minum susu pekat manis boleh mewarisi kemiskinan, walaupun ada di kalangan korang yang pernah rasa minum susu pekat manis masa kecil tetapi sekarang elok je dah berjaya. Namun, korang kena ingat setiap manusia mempunyai perbezaan cara hidup.

Majoriti bayi yang diberikan susu pekat manis ini menyebabkan tumbesaran otak terbantut dan calcium dalam badan juga tidak mencukupi. Hal ini menyebabkan kanak-kanak dari golongan berpendapatan rendah ini selalu gagal dalam peperiksaan, tidak mampu tangkap apa yang guru ajar dan apabila mereka besar mereka mewarisi kemiskinan kerana kegagalan. (kalau korang nak info tambahan kenapa susu pekat manis ini mewarisi kemiskinan boleh tonton di sini.)

Sabar semua jangan beremosi. Imej dari Meme Generator.

Jadi, sebenarnya mereka ini perlu diselamatkan kerana jika tidak diendahkan maka, ia akan menjejaskan ekonomi serta produktiviti negara kita kerana kadar kanak-kanak terbantut yang sangat tinggi.