Kenapa pilihanraya kat Sarawak tak buat sekali dengan Semenanjung?

*Artikel ini pernah diterbitkan pada asalnya diterbitkan pada 11 April 2016*

Korang mungkin dah dengar pasal Pilihanraya Sarawak yang memang dah dekat sangat dah.

adenan-satem
Kenapa? Tak percaya?

Yup, Sarawak memang tengah buat persediaan untuk pilihanraya negeri diorang. Kitorang memang dah agak sebab Pilihanraya Sarawak yang last sekali adalah pada tahun 2011, so oleh kerana pilihanraya dibuat setiap lima tahun, yang seterusnya akan berlaku sebelum 20 September 2016 ni lah.

Malah hujung tahun lepas, Tan Sri Adenan Satem ada mengatakan yang pilihanraya akan diadakan dalam masa 3 bulan lagi, maknanya memang dekat sangat dah ni…

futurama-fry

Yesza… kali terakhir Pilihanraya wilayah (sebahagian daripada Pilihanraya Umum atau PRU) diadakan pada tahun 2013. Jadi cuma Pilihanraya Negeri Sarawak je yang diadakan berasingan daripada negeri-negeri lain. Jadi ini ringkasannya:

  • Pilihanraya Wilayah: Untuk pilih Ahli Parlimen/MP = Buat polisi
  • Pilihanraya Negeri: Untuk pilih ADUN = Buat ADUaN

Secara ringkasnya, tugas MP ni adalah untuk menentukan undang-undang dan polisi negara, manakala kerja ADUN pulak adalah untuk menjaga majlis tempatan dan undang-undang negeri. Jadi adanya Pilihanraya Negeri Sarawak ni adalah untuk rakyat jelata Sarawak memilih ADUN diorang…

So… kenapa Sarawak sorang je yang lain daripada lain, buat tebiat ke? Kitorang ada betanyakan kepada seorang pakar iaitu Prof Dr. Faisal Hazis dari  Institute of Malaysian and International studies (UKM), dan ADUN Ba’kelalan, YB Baru Bian.

Kat Ba’kelalan ada ladang epal. Korang tau tak? Gambar dari go2travelmalaysia.com

Sebenaqnya dulu pilihanraya Sarawak sama dengan pilihanraya negeri-negeri lain, sampailah BN tak sempat join pilihanraya tahun 1978

Kalau korang tak tau, Sarawak ni negeri yang ada paling banyak kerusi untuk dipertandingkan dalam pilihanraya Malaysia, tapi bukanlah sebab saiz negerinya yang besar. Kenapa? Menurut The Borneo Post, lepas Sarawak masuk Malaya, diorang punya dua pilihanraya awal (tahun 1969 dengan 1974) sebenarnya dibuat sekali dengan PRU.

(Pembetulan: Sarawak bukan masuk Malaya; tapi membentuk menjadi Malaysia bersama-sama Malaya, Sabah dan Singapura pada 16/9/1963. Terima kasih Thong Taloon atas teguran!)

Cuma masa PRU tahun 1978, Sarawak memilih untuk  tidak membuat pilihanraya negeri dan hanya nak buat pilihanraya wilayah. Diorang punya pilihanraya negeri dibuat tahun berikutnya iaitu pada tahun 1979. Sejak itulah Pilihanraya Negeri Sarawak mula dibuat pada tahun yang berasingan dengan pilihanraya wilayah (dan Pilihanraya Umum). Gitu…

Pilihanraya peringkat parlimen merujuk kepada diorang punya pilihanraya wilayah. Gambar dari The Borneo Post.
Pilihanraya peringkat parlimen merujuk kepada diorang punya pilihanraya wilayah. Gambar dari The Borneo Post.

Dalam The Borneo Post, Tan Sri Wong Soon Kai iaitu bekas ketua Sarawak United People’s Party (SUPP, parti Sarawak dalam Barisan Nasional) ada cakap yang Sarawak ada pilihanraya sendiri sebab masa tahun 1979 dulu, kerajaan negeri yang dipegang BN tak nak terlibat dengan politik Semenanjung Malaysia.

Walaubagaimanapun, Prof Faisal mempertikaikan kenyataan tersebut dengan mengatakan yang ia diadakan berasingan sebab Ketua Menteri pada masa tu, Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub tak ready mengadakan pilihanraya negeri.

“Ada isu lain untuk ditangani. Ada perbalahan dalaman di Sarawak. SUPP pada masa itu sangat kritikal (daripada gomen).” – Prof Dr Faisal Hazis bercakap kepada CILISOS

PBB-sarawak
Majoriti kerusi sebenarnya dipegang oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu. Bukan Parti Bangsa-Bangsa Bersatu eh, BUKAN.

Dia juga menambah, tak macam negeri lain yang ditadbir oleh BN, Sarawak merupakan satu-satunya negeri yang tidak ditadbir oleh UMNO.

“Sarawak adalah satu-satunya negeri yang memiliki autonomi sepenuhnya kerana Sarawak merupakan negeri di bawah BN di mana kesemua  ahlinya terdiri daripada parti tempatan.” – Prof Faisal Hazis bercakap kepada CILISOS

Bagi menjawab persoalan kenapa Sarawak masih mengadakan pilihanraya secara berasingan, Prof Faisal berkata ia adalah perkara yang hanya boleh dijawab oleh Ketua Menteri Sarawak. Sebab semenjak 1978, pemimpin Sarawak tak fikir yang ia perlu ditukar.

Tapi, kalau ia cuma pilihanraya negeri, kenapa ia jadi benda yang penting sangat kepada parti-parti politik? Ini benda yang kitorang nak selidik Jom!

Sarawak selalu di lihat sebagai negeri pasti menang bagi BN

najib-hunger-games

 “Pilihanraya Sarawak sangat penting kepada politik Malaysia kerana selama ini Sarawak dan Sabah di gelar sebagai ‘deposit tetap’ bagi BN.” Baru Bian bercakap kepada CILISOS

The Economist menyatakan yang Sarawak (dan Sabah) selama ni telah menjadi sumber dua bahan utama yang menjadi tunjang sistem politik kita, iaitu minyak dan juga undi.

Ini macam mana orang Sarawak mengundi dalam 3 pilihanraya negeri yang lepas:

  • 2001: BN-60 daripada 62 kerusi (96%)
  • 2006: BN-62 daripada 71 kerusi (87%)
  • 2011: BN-55 daripada 71 kerusi (77%)

Yang ni pulak camne dorang mengundi dalam 3 pilihanraya wilayah yang lepas:

  • 2004: BN-26 daripada 27 kerusi (96%)
  • 2008: BN-30 daripada 31 kerusi (96%)
  • 2013: BN-25 daripada 31 kerusi (80%)

Walaupun jumlah kerusi di lihat menurun setiap tahun, tetapi diorang masih mengekalkan sokongan yang besar. Kemenangan besar di Sarawak (dan Sabah) membuatkan BN menang PRU13 dan jugak membentuk kerajaan.

dewan-rakyat-seats-ge-13
Keputusan Pilihanraya Wilayah tahun 2013. Menunjukkan keberadaan BN di Sabah and Sarawak. Gambar oleh Hytar, Wikipedia.

 “Buat masa ini, siapa yang boleh kawal Sabah & Sarawak, boleh kawal Putrajaya.” – Baru Bian

Jadinya kalau sokongan untuk BN makin kurang, mampu ke pembangkang menang pilihanraya Sarawak akan datang ni?

Secara jujurlah kan, memang jauh lagi perkara tu akan berlaku. Sebabnya:

1. Ketua Menteri diorang sekarang sangat diminati ramai

Sape yang nak kena tendang? Angkat tangan! Tan Sri Adenan Satem. Gambar dari The Star.

Prof Faisal cakap salah satu sebab BN boleh menang besar kat Sarawak ialah disebabkan populariti yang dimiliki oleh Adenan Satem (ada seorang lagi analisis yang menyokong kenyataan ini).

Walaupun beliau hanya mula menjadi Ketua Menteri sejak Feb 2014, Tan Sri Adenan Satem telah memenangi hati ramai orang Sarawak. Selain daripada menghapuskan tol, beliau juga lantang menyuarakan pendapat dalam isu-isu seperti isu Bible, isu pembangunan, dan juga perkauman.

“Saya telah mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang menjadi pelampau agama atau perkauman, kita tidak akan benarkan mereka masuk Sarawak. Sebab kita ada kuasa imigresen, kita akan halang mereka masuk. Sekiranya mereka telah berada di sini, kita akan tendang mereka keluar. Kita tak boleh benarkan mereka ada di sini.” – Tan Sri Adenan Satem, The Star

2. Gomen menambah kerusi yang akan memberi kelebihan kepada mereka

Menjelang Pilihanraya Sarawak, ada satu benda yang dipanggil sebagai persempadanan semula di mana parlimen memutuskan untuk menambah 11 kerusi negeri kat Sarawak yang menjadikan jumlah keseluruhan kepada 82 kerusi. Ini merupakan berita buruk kepada pembangkang. Kenapa?

“Saya menganalisa 11 kerusi itu berdasarkan keputusan GE pada tahun 2013. 10 daripada 11 kerusi adalah di kawasan yang telah dimenangi oleh BN. Jika melihat kepada situasi ini, ia jelas menunjukkan bahawa persempadanan ini akan meningkatkan kerusi BN.” – Prof Dr. Faisal Hazis

Seorang professor di Universiti Sarawak cakap yang perancangan yang dibuat untuk membahagikan kerusi-kerusi tersebut sangat teliti tetapi dalam masa yang sama pelik, dan nampak gayanya macam kerja 2-3 tahun yang berjaya disembunyikan dari mata masyarakat.

Prof Faisal kata ia satu-satunya kerusi baru dalam kawasan majoriti DAP. Gambar dari Norman Goh, MalaysiaKini.
Prof Faisal kata ia satu-satunya kerusi baru dalam kawasan majoriti DAP. Gambar dari Norman Goh, MalaysiaKini.

BERSIH 2.0 pun ada menyatakan yang ia adalah penghalang untuk memastikan pilihanraya yang bersih.

“Keputusan COA (Court of Appeal) telah hampir memberi lampu hijau kepada SPR untuk melakukan lebih banyak tindakan gerrymandering dan malapportionment seperti yang telah dilakukan sebelum ini.” – Maria Chin Abdullah, Ketua BERSIH 2.0, The Malay Mail Online

(Cuba baca lebih lanjut pasal gerrymandering dan malapportionment ni kat sini, sini dan sini. Sebenarnya ia merupakan isu yang besar di Malaysia. Contoh, kita punya malapportionment adalah antara yang paling teruk di dunia!)

Boleh ke Pilihanraya Sarawak ni digunakan untuk menilai PRU14?

Baru Bian dan Prof Faisal Hazis berbeza pendapat tentang isu ini. Baru Bian kata pilihanraya negeri ibarat warm-up untuk PRU14!

warm-up-ge14
I like to move it! Move it! Gambar dari The Star.

“Jika BN menang (pilihanraya negeri), ia akan memberi BN suntikan politik untuk menang di Sarawak pada GE14. Kita akan jadi “deposit tetap” mereka lagi. Jika BN menang di Sarawak tetapi dengan pengurangan majoriti, maka akan ada peluang untuk Pembangkang menang GE14.” – Baru Bian

Sarawak selalu jadi negeri yang di kawal oleh BN. Dan sebab Sarawak sangat besar, maka BN pun bakal menang besar la, dan ia memberi kesan kepada keputusan GE.

Tetapi Prof Faisal pulak kata, PRU dengan Pilihanraya Sarawak adalah dua benda yang sangat berbeza. Walaupun beliau kata yang Pilihanraya Sarawak boleh menilai macam mana rakyat Sarawak akan mengundi dalam PRU14, tapi ia tidak boleh digunakan untuk menentukan siapa yang akan memenangi PRU14.

“Katakanlah BN menang dalam Pilihanraya Sarawak, ia tidak bermakna yang BN akan menang GE14, kerana Semenanjung Malaysia sangat berpecah-belah.” – Prof Dr Faisal Hazis

Beliau percaya yang fokus Pilihanraya Sarawak adalah kepada apa yang rakyat Sarawak rasa tentang BN dan Ketua Menteri diorang, Tan Sri Adenan Satem. Sebab walaupun dia tengah femes habis, undian untuk beliau adalah juga untuk undian untuk Najib.

Berdua denganmu pasti lebih baik. Gambar dari cheezburger.com
Berdua denganmu pasti lebih baik. Gambar dari cheezburger.com

Prof Faisal bagaimanapun menambah di akhir perbualan yang Malaysia ialah negara yang paling tak boleh dijangka. Walaupun BN mungkin menang dalam Pilihanraya Sarawak atau mungkin juga menang dalam PRU14 nanti, beliau kata keadaan masih boleh berubah sebab Malaysia adalah negara yang sangat berpecah-belah. Dalam artikel ni pun ada cakap yang keadaan politik di Malaysia sudah berubah sejak PRU tahun 2008.

Eh tapi masih ada kebaikannya, sebab sekarang korang dah tak perlu duduk jadi pemerhati je. Kalau korang ada keinginan nak tolong usaha menjadikan pilihanraya kita lebih telus, ni ada idea untuk korang. Cekidaut!

  • ROSE (Rise Of Sarawak Efforts): Ikuti program sukarelawan ni yang membuat kempen kesedaran tentang pilihanraya kepada masyarakat Sarawak di pendalaman.

Sekarang ni kita pun tak pasti apa kesan yang akan di bawa oleh Pilihanraya Sarawak kepada Malaysia, tapi ini tak bermakna kita tak boleh jadi sebahagian daripada faktor perubahan politik di negara kita yang terchenta ini.