Kenapa CIA cari ejen yang boleh cakap Bahasa Melayu? Kami siasat apa sebabnya…

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Baru-baru ni, CIA (Central Intelligence Agency) ataupun boleh dikenalpasti sebagai satu agensi keselamatan di Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan banner yang mengiklankan untuk merekrut ejen yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Ia bertujuan untuk memudahkan perbincangan dan perundingan antara AS dan Malaysia. Iklan tersebut diikuti dengan pendahuluan tentang senarai risiko “K” oleh Kerajaan AS. Dan pada April 2019, Kementerian Luar Negeri Malaysia telah menggesa AS untuk mengeluarkan Malaysia daripada senarai risiko “K” tersebut (tapi takde kaitan dengan K-pop ataupun K-drama tau).

Kerajaan AS ada keluarkan satu kenyataan pada 9 April haritu yang senarai “K” ni mampu memperkenalkan penunjuk risiko “K”. (Risiko “K” ni boleh dikenali sebagai risiko penculikan (kidnapping)). Dan seterusnya boleh memperbaharui dan kemas kini nasihat perjalanan untuk 35 buah negara termasuklah Malaysia.

Jangan risau, bukan K-Pop ye. Imej dari CILISOS

Yang jelasnya, perkara macam ni tak sesuai untuk aktiviti pelancongan. Jadi sebab tu lah Malaysia telah mengarahkan Duta AS datang ke Malaysia untuk berikan penjelasan pasal perkara tersebut. Serta untuk terima nota bantahan daripada kementerian. Duta AS, Kamala Shirin Lakhdir, ada beri penjelasan bahawa badan anggota nasihat perjalanan AS mengkategorikan setiap negara dalam 4 peringkat. Ia berdasarkan penilaian kerajaan terhadap sesuatu keselamatan dan aspek perlindungan kat negara tu.  

Kebanyakan pihak kat Malaysia setuju dengan usul tersebut, tapi Sabah ada keluarkan kenyataan khas berkenaan hal tu. Diaorang bagitahu yang…

Kumpulan pengganas akan jadikan sempadan Malaysia-Filipina sebagai kawasan hotspot penculikan…

Sumber dari hostageus

Filipina dan Malaysia Timur menunjukkan kenaikan ancaman jenayah dengan penambahan jumlah tebusan sejak tahun 2014.

Bila kita tengok dan semak balik statistik penculikan kat Malaysia pada skala global, kebanyakkan kes penculikan yang terjadi kat Malaysia berlaku kat kawasan timur Sabah. Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh NYA24 pada tahun 2017 dan Constellis pada 2018, kawasan sempadan Malaysia-Filipina merupakan kawasan hotspot penculikan. Kebanyakan kes penculikan yang berlaku kat kawasan tersebut adalah daripada kumpulan militan yang dikenali sebagai Abu Sayyaf. Korang mesti familiar kan dengan kes Abu Sayyaf ni.

Dan pada Disember 2018 hari tu, ada 1 kes penculikan melibatkan militan Abu Sayyaf berlaku kat kawasan timur Sabah.  Ia telah melibatkan 2 orang warga Indonesia (Heri Ardiansyah dan Hariadin) dan seorang warga Malaysia (Jari Abdullah) telah diculik. Heri berjaya diselamatkan, tapi Jari mengalami cedera parah sebab ditembak waktu dia nak larikan diri, dan meninggal dunia beberapa hari lepas tu. Dan Hariadin pulak mati lemas.

Berita-berita pasal kes penculikan dari media tempatan. Imej dari CILISOS

Disebabkan masalah ni sangat teruk kat Sabah, ESSCOM (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) telah dibentuk untuk melindungi pantai timur Sabah daripada ancaman luar (boleh klik sini untuk baca artikel yang kitaorang dah tulis). Tapi kes penculikan masih lagi kerap berlaku walaupun ESSCOM dah ditubuhkan sejak tahun 2013 dulu.

Dalam artikel dari Malay Mail, ia ada menunjukkan tentang bilangan kes penculikan ni sebenarnya semakin meningkat dan semakin parah dari semasa ke semasa. Dan sebab tu Sabah keluarkan kenyataan khas berkenaan kebimbangan diaorang tu.

Imej dari Malay Mail

Walaupun menerima banyak kritikan daripada ahli-ahli politik Sabah, ESSCOM akan terus beroperasi macam biasa, tak ada rancangan untuk menutup ataupun menggantung ESSCOM pun. Dan sebenarnya, ESSCOM akan menggunakan ops udara bersepadu untuk meningkatkan keselamatan kat kawasan tersebut.

“Langkah ini penting untuk membantu kami memantau dan mengawasi kawasan tersebut dengan lebih baik dan mengenal pasti ancaman, pencerobohan dan elemen lain yang boleh mengganggu keamanan dan keselamatan rakyat di Sabah.” – Brig. Jen. Ayub Khan Mohamad Khan, Ketua Staf Bahagian Operasi Udara ESSCOM, sumber dari The Star.

Jumlah kes penculikan oleh militan Abu Sayyaf memang agak membimbangkan. Walau bagaimanapun, terdapat jugak kes penculikan yang melibatkan pelancong luar. Kes tersebut berlaku pada tahun 2015 yang telah melibatkan kes penculikan pelancong China. Selain tu, terdapat jugak kes penculikan Jurgen Kantner, seorang kelasi kapal yang telah diculik pada tahun 2008 di Somalia.

Wang tebusan untuk selamatkan dia dah dibayar, dan lepas tu dia dibiarkan di antara perairan Sabah dan Filipina, dan kemudiannya diserang oleh anggota militan Abu Sayyaf. Isterinya meninggal dunia waktu pergelutan tu, dan dia ditangkap untuk dijadikan tebusan kepada kerajaan Filipina. Waktu tempoh penangkapan dia tu, kesihatan dia semakin teruk dan penculik tersebut buat keputusan untuk menjalankan hukuman mati kat dia.

Tapi, kes penculikan besar-besaran macam tu berjaya dihapuskan dan dikawal pada tahun 2017, dengan kematian pemimpin Abu Sayyaf, Muamar Askali.

“Mereka berkata kematian Muamar Askali dan 11 orang ahli Abu Sayyaf yang menyerah diri akan mengurangkan ancaman di perairan Sabah, walaupun pasukan keselamatan Malaysia tidak boleh mengelak daripada kemungkinan pemimpin baru badan penculik itu akan muncul.” Sumber dari The Straits Times.

Tapi, kes penculikan ni bukan hanya berlaku kat Sabah je…

Ada banyak kes penculikan yang berlaku setiap tahun, dan yang terbaru …

Bila sebut pasal berita kes penculikan kat seluruh negara, dah tentulah kita tak asing lagi dengan perkara macam tu. Kita mungkin pernah dengar kes penculikan yang melibatkan Amri Che Mat, Pastor Koh, Prasana Diksa (anak perempuan Indira Gandhi), Pastor Hilmy dan isteri Hilmy, Ruth, walaupun kes penculikan tersebut bukanlah diklasifikasikan sebagai kes penculikan dan penahanan yang lama. 

Kes penculikan yang terakhir yang berlaku adalah 3 bulan lepas. Dalam kes tersebut, Mahkamah Majistret telah mendakwa lima lelaki pertengahan umur yang telah menculik lelaki berusia 57 tahun di Johor Bahru untuk mendapatkan tebusan sebanyak RM1.8 juta. Banyakkkk…

Lelaki yang kena dakwa sebab kes penculikan tu. Imej dari NST

Macam tahun yang sebelum ni, ada beberapa kes penculikan yang terjadi. Antaranya ada 2 remaja lelaki yang berjaya diselamatkan oleh pihak polis selepas diculik dan dijadikan tawanan dengan menetapkan wang tebusan yang bernilai RM120,000. Ataupun kes 2 adik beradik yang diculik dari tadika dan dilarikan ke luar negara oleh ibu mereka sendiri yang dah bercerai dengan ayah diaorang. Dan kes penculikan ahli perniagaan di Kuantan yang diculik oleh 6 orang lelaki dan meminta wang tebusan sebanyak RM19 juta. Penculik tu ingat diaorang ni cop duit ke?

Tajuk-tajuk panas kes penculikan daripada media tempatan. Imej dari CILISOS

Kes penculikan ni memang sangat kerap berlaku bila senarai kanak-kanak yang hilang dulu dah berjaya dikumpulkan dan digabungkan. Dari situ, kita dapat tengok yang kes penculikan ni memang susah nak dibendung dan semakin banyak. Lepas satu, satu (lepas satu, dua) terutamanya dekat Semenanjung. Memandangkan penasihat perjalanan risau dengan keadaan ancaman penculikan kat timur Sabah, adakah rakyat AS akan risau jugak dengan kemungkinan diaorang akan diculik atau dicederakan di timur Sabah?

Rakyat AS mungkin lebih banyak yang mati disebabkan digigit anjing daripada diculik di Sabah

Nampak macam tak logik kan subtopik tu? Tapi sebenarnya tu adalah fakta. Seperti yang kita dapat tengok dari imej Malay Mail mengenai kes penculikan kat Sabah tu, bilangan kes penculikan semakin meningkat, walaupun dalam jumlah yang kecil.

“2016 adalah tahun melibatkan kes penculikan yang tertinggi, dengan 16 orang (daripada kebiasaannya 3-5 orang) diculik yang anggarannya 3 juta pelancong melawat Sabah. Ini bermakna, risiko dan peluang anda untuk diculik dengan nisbah 1 daripada 187,500.” – Sumber dari Malay Mail.

Jaga-jaga kalau kena kejar anjing tu! Imej dari Insurance Information Institute

Jadi, berkemungkinan warga AS yang melancong ke Malaysia akan lebih cenderung untuk mati disebabkan gigitan anjing (dan mungkin jugak sebab-sebab yang kat atas tu) daripada kena culik. Inilah sebabnya kenapa Kementerian Luar Negeri ada bagitahu dalam siaran akhbar yang objektif nasihat perjalanan baru itu mungkin tak betul. Sebabnya Sabah dah meningkatkan pelbagai usaha untuk melindungi pelancong-pelancong kat sana.

Siaran akhbar dari Kementerian Luar Negeri. Imej dari Twitter Wisma Putra @MalaysiaMFA

Untuk keselamatan, Malaysia dah buat dasar perundingan dengan pengganas dan penjenayah…

Dalam artikel yang kitaorang pernah tulis sebelum ni, walaupun Malaysia mempunyai dasar tiada wang tebusan, sekurang-kurangnya Malaysia ada buat perundingan dengan pengganas untuk selamatkan mangsa culik. Di mana kaedah sama yang digunakan kat negara-negara lain seperti Perancis dengan Jerman. Diaorang pun buat dasar yang sama jugak. 

Walau bagaimanapun, pihak AS ada menegaskan yang diaorang taknak buat perundingan tu dan membayar wang tebusan. Jadi kalau warga AS diculik kat Malaysia, berkemungkinan susah nak selesaikan isu tersebut. Hal ini disebabkan ia tak mencapai persetujuan yang sama dan berdasarkan ketetapan tersebut. Dan perkara ni boleh membawa kepada kemerosotan hubungan diplomatik, dan hal ni mungkin salah satu sebab kenapa Malaysia ditempatkan dalam senarai K oleh pihak AS.

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)