Kajian dedah 46% rakyat Msia tak paham kepentingan menjaga keselamatan kat airport

Rasanya korang dah sedia maklum yang kitorang dari Soscili ni memang suka betul dengan data-data pelik untuk ceritakan balik kat korang. Jadi, dalam pencarian yang tak berkesudahan untuk memahami rakyat Malaysia dan apa benda pelik yang korang biasa buat.

Jadi, kitorang bekerjasama dengan adik-beradik kitorang, iaitu Cilisos dan AskLegal.my untuk menjalankan Tinjauan Kaki Terbang Malaysia pertama kitorang pada tahun 2019! (Sebenarnya kajian kelakuan rakyat Malaysia, tapi kitorang sajalah nak bagi gempak sikit)

Dan kitorang juga bekerjasama dengan kawan kitorang dari Malaysia Airports, tak lain tak bukan mereka yang menjayakan tempat kebanggaan dan kegembiraan buat kita, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (termasuk terminal utama KLIA dan klia2… yang juga TERMINAL, bukan lapangan terbang berasingan), bersama 38 buah lapangan terbang lain di sekitar Malaysia.

Jadi sebelum kita tunjukkan statistik, ni info yang korang perlu tahu:

  • Tempoh tinjauan: 14 Ogos-1 Sept 2019
  • Jumlah responden: 3,113 responden
  • Lokasi responden paling ramai: Selangor (34%), KL (23%), Sarawak (9%), Sabah (6%), Johor (6%)… dan juga responden lain dari setiap negeri
  • Kumpulan umur tertinggi: 21-29 (43%), 30-39 (31%), 40-49 (6%)… tetapi kami mempunyai responden dari setiap kumpulan umur juga
  • Jantina: 62% perempuan, 37% lelaki, 1% lain

Dah hadam? Jom tengok perangai mana paling pelik ni!

1. Perkara #1 yang paling buat rakyat Malaysia menyampah di lapangan terbang adalah…

… orang yang memotong barisan! Wah. Tak kiralah masa tengah memandu di jalan raya mahupun beratur di airport, nilah satu perangai yang rakyat Malaysia paling tak boleh blah sekali -____-*

Biar lambat asal selamat juga boleh digunakan semasa beratur…

Tinjauan kitorang dengan 3 perkara paling tak boleh blah yang dicatatkan dalam kajian kitorang ialah: orang yang memotong barisan (58%), mesin yang tak berfungsi (40%), dan yang jenis tak nak kalah, dan juga bergegas nak masuk kapal terbang walaupun belum dipanggil oleh atendan bertugas (38%)!

Selain tu adalah apabila ada segerombolan orang ramai yang menggelabah dan berdiri rapat (37%), dan berdasarkan respon teks yang diterima, kitorang dapati boleh kata ramai betul yang tak boleh tahan dengan pelancong dari China yang suka bercakap macam volume speaker. Malah, bila kitorang kaji lebih dalam lagi, nampaknya ramai responden kita yang ada masalah dengan mereka yang suka blok jalan orang:

Ahli Mesyuarat Escalator

Cakap pasal beratur pula, tinjauan kitorang menunjukkan yang kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan masa selama kira-kira 11-30 minit untuk melepasi imigresen! Dan bila cakap pasal kaunter pintu masuk automatik atau manual, nampaknya… kadang-kadang pegawai imigresen tu hensem, dan separuh rakyat Malaysia lebih suka menggunakan pintu masuk automatik.

Bagaimanapun, korang tak perlu risau pasal giliran imigresen, sumber kami di MAHB mengatakan yang mereka sebenarnya sedang berusaha untuk mengubahsuai reka bentuk kawasan beratur imigresen di terminal klia2. Ya, ya, diorang sedar yang reka bentuk sekarang ni bukanlah yang terbaik sebab ia tak sesuai untuk beratur panjang dan jarak penglihatan yang kurang baik dari jauh.

Dan memandangkan rakyat Malaysia lebih bijak untuk terus ke pagar automatik, MAHB telah menambah sebanyak 8 pagar automatik baru di kawasan ketibaan, menjadikan sebanyak 28 jumlah pagar automatik di Terminal Utama KLIA itu je. (Kitorang dengar akan ada lebih banyak pagar automatik tu lepas ni). Bagi klia2 pula, kini terdapat sebanyak 30 pagar automatik kesemuanya.

Tapi selain daripada tu juga, MAHB juga akan memperkenalkan sesuatu yang sangat canggih… Kalau korang nak tahu, MAHB tengah bekerjasama dengan syarikat penerbangan rakan kongsi dalam melaksanakan teknologi pengenalan wajah untuk mengurangkan barisan, apatah lagi waktu menunggu. Ia dipanggil token perjalanan sehala dan korang boleh terus jalan sampai ke pintu pelepasan… dan kemungkinannya, MAHB akan mengetuai inisiatif ni menjelang akhir tahun!

Jadi, rakyat Malaysia memilih kaunter imigresen yang cepat (66%) sebagai faktor terpenting untuk pengalaman lapangan terbang yang menyenangkan. Korang boleh teka faktor kedua yang paling penting? Ianya adalah tandas yang bersih (60%)! Cakap pasal tu…

2. 34% lelaki Malaysia mengaku diorang basuh dulu TEMPAT DUDUK jamban sebelum buang air?!

Kalau korang ingat kitorang takkan sebut pasal strategi dalam bilik air, korang salah? Yang peliknya dalam tinjauan kami, kitorang dapati lebih ramai lelaki (34%) mesti akan basuh dulu tempat duduk jamban berbanding wanita (31%). Tapi nampaknya lebih ramai wanita yang akan susun tisu pada tempat duduk jamban, berbanding lelaki (24%).

Asalkan tempat duduk bersih, nak tengok Nitflux pun tak kisah

Sebahagian besar rakyat Malaysia (55%) akan bawa masuk barang-barang diorang ke dalam cubicle bilik air, manakala sebanyak 6% responden pula sangat yakin untuk tinggalkan beg diorang di luar O_O (Kitorang boleh bayangkan jeritan batin korang bila baca ayat ni)

Fun fact: Korang tahu tak pasal kebersihan tandas, keadaan tandas kat lapangan terbang merupakan salah satu faktor yang diperiksa secara ketat di bawah rangka Kualiti Perkhidmatan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM)? Jadi untuk tandas yang kita guna sentiasa bersih dan selesa, mereka sebenarnya menempatkan tukang cuci di sana 24/7… tapi korang janganlah pulak salah gunakannya dan buang air tak ingat dunia sampai kena dinding! (Cakap pasal tu – 2% responden kata mereka juga basuh dinding tandas sebelum guna… mesti pernah jadi salah sorang mangsa, kesian betul)

Sebenarnya, kitorang ada beberapa fun fact lain untuk korang.

Korang ingat tak yang MAHB betul-betul serius tentang kebersihan sampaikan mereka didik sekurang-kurangnya 800 kanak-kanak melalui lawatan sekolah? Dalam lawatan ni, MAHB nak kanak-kanak ni pelajari etika tandas sebelum melangkah ke alam dewasa, yang mana lepas tu diorang akan dapat lawatan eksklusif di tepi laut dan melihat burung-burung logam besar mereka.

Selain daripada tu, iklan etika tandas diorang membawa beberapa mesej lucu kepada pengguna yang duduk atau cangkung, untuk mengingatkan pengguna yang bukan kita je satu-satunya pengguna di muka bumi ni:

Kalau korang selalu gunakan tandas airport, mesti korang selalu nampak ni

Tapi dengan kesungguhan yang ditunjukkan, korang kena ingat yang keadaan tandas lapangan terbang juga mencerminkan budaya dan kebersihan negara, sampaikan mereka dah mulakan inisiatif pengubahsuaian tandas besar sejak 2017, dengan tujuan untuk merekabentuk semula sebanyak 132 jumlah tandas.

Setakat ni, sebanyak 32 tandas dah diubahsuai. Ia bukanlah satu kerja yang mudah macam tandas rumah korang. Tandas di lapangan terbang adalah satu tugas berat dan sistem perpaipan semua perlu diubah untuk menampung reka bentuk tandas baru.

Dan sebenarnya, kebersihan biasanya menjadi faktor penting bagi ramai pihak – sebanyak 41% rakyat Malaysia membawa tisu basah dan 28% membawa sanitiser dalam beg diorang… dan ia adalah satu habit yang baik memandangkan pesawat sebenarnya mempunyai pelbagai kuman. Menghairankan, tandas bukanlah tempat yang paling kotor… TAPI IA ADALAH DULANG KERUSI BELAKANG (seat-back trays)! Satu kajian menunjukkan yang ia mempunyai sehingga 2,155 unit pembentukan koloni bakteria – 3x lebih daripada butang siraman tandas! *muntah*

3. Orang Penang lagi rela minum air percuma berbanding beli makanan kat airport

Kebanyakan pelancong akan dapatkan makanan atau minuman di lapangan terbang, tanpa mengira tahap pendapatan. Tapi yang kelakarnya, kumpulan pendapatan yang TAKKAN membelanjakan duit untuk makan dan minum di lapangan terbang sama sekali bukan saja dari  pendapatan terendah (kurang daripada RM2k, 11%) tapi juga… .jeng jeng jeng… mereka yang berpendapatan tertinggi (lebih daripada RM50k, 11%).

Kitorang juga mendapati yang Terengganu adalah yang paling bersedia untuk membelanjakan duit diorang untuk makanan, dengan 42% mengatakan wang bukanlah objek. Pulau Pinang adalah yang paling taik hidung masin – 32% daripada mereka takkan bayar lebih daripada apa yang mereka boleh dapat kat luar, manakala 12% daripada mereka hanya akan dapatkan air percuma dari air pancut/dispenser air.

Imej asal dari thebutterflyhunter.net

Sebenarnya… ada tempat makan yang berpatutan kat airport. Korang cuma kena pandai cari je. Contohnya, korang boleh dapatkan hidangan nasi campur murah dengan ayam madu dan sayur-sayuran di medan selera di Tingkat 2, terminal utama KLIA dengan harga BAWAH RM10. Paham-paham la, tempat ni memang selalu penuh sepanjang hari.

Dekat Gateway@klia2 pula, iaitu pusat membeli-belah sebelum terminal klia2, juga dipenuhi dengan pelbagai pilihan makanan dan minuman. Malah kedai serbaneka seperti 7eleven dan Mynews.com mempunyai tempat duduk kalau korang perlu makan mee segera panas sebelum terbang.

4. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak terlalu prihatin tentang keselamatan mereka di lapangan terbang

Kebanyakan (46%) berpendapat yang mereka selalunya selamat di lapangan terbang seperti di mana-mana tempat awam, tapi 37% akan lebih berhati-hati kalau ada orang yang tak dikenali mula bercakap dengan diorang. Paling aneh, mereka yang rasa paling paranoid/mencurigakan terhadap orang lainlah yang nampaknya paling banyak diperiksa oleh petugas keselamatan lapangan terbang (63%) manakala mereka yang jenis carefree paling kurang (56%)!

Imej asal dari Astro Awani
Jadi… biasanya orang jenis macam mana yang selalu kena periksa ni? Kitorang mendapati yang lebih ramai responden lelaki (62%) akan diperiksa berbanding responden wanita (56%). Orang-orang dari Terengganu juga nampaknya lebih cenderung untuk diperiksa (69%)! Menurut kajian kitorang la.

Sementara tu, kebanyakan rakyat Malaysia (58%) umumnya memahami yang petugas-petugas keselamatan cuma buat kerja diorang je, dan nampaknya (<1%) daripada responden akan menolak dari diperiksa (Err… rasanya kita dah tonton pelbagai filem, cukup untuk tahu yang ia bukanlah satu idea yang baik). Jadi kalau korang diperiksa, bawa-bawa la bekerjasama, ye?

Macam apa yang kita bagitahu sebelum ni, tahap keselamatan di lapangan terbang adalah sangat ketat… tapi ia untuk kebaikan bersama juga. Bukan setakat keselamatan negara, ia juga sangat penting untuk tetamu berasa gembira dan selamat bila-bila masa saja di lapangan terbang.

Secara kebetulannya, kitorang dapati yang setiap lapangan terbang ada banyak cara tersendiri untuk melindungi tetamu mereka… MAHB pun ada juga, dan ia disebut ‘Sistem Pengesanan Serangan Objek Asing berketepatan tinggi’ (FODDS) di KLIA yang menggunakan teknologi radar sel linear untuk keselamatan atas landasan kapal terbang. Malah, ia juga dapat mengesan walaupun objek terkecil – sekecil sebutir beras – di landasan!

Jangankan sebutir beras, apatah lagi batu sebesar ni. Imej dari afcent.af.mil

Benda ni sangat penting, sebab serpihan yang paling kecil di landasan pun boleh menjadi punca yang menyebabkan bencana besar dengan kerosakan sehingga berjuta-juta! Malah dulu, ia dah pun menyebabkan bilah kipas bengkok, rosak, kegagalan enjin, kebakaran, kerosakan sayap, dan juga tusukan besar pada tayar pesawat… yang pasti korang harap ia takkan berlaku pada pesawat yang korang naik O_O

5. Perkara paling dahsyat yang berlaku kepada pelancong Malaysia di lapangan terbang adalah… tersesat!

Bila ditanya perkara yang paling tak disenangi responden di lapangan terbang, 31% mengakui yang ia adalah sesat, sementara 10% lagi pernah mengalami masalah salah seorang kawan travel mereka hilang. 20% pernah terlepas penerbangan sekali seumur hidup sebab tersesat. 18% lagi terlepas penerbangan sebab kawan travel diorang hilang. Malah, ada beberapa lagi yang pernah hilang barang (kebanyakannya IC) dan beberapa barangan lain sampai terlepas penerbangan. Kenapa rakyat Malaysia ni cuai:(

Dan kalau korang jenis tak pandai cari juga, ada berita baik – MAHB sekarang ada beberapa gajet sebagai sebahagian daripada usaha mendigitalkan persekitaran lapangan terbang, sejajar inisiatif Airports 4.0. Kalau korang melancong melalui KLIA, korang boleh muat turun aplikasi MYAirports yang tersedia di Google Play atau App Store untuk bantu korang cari jalan dan juga  dapatkan maklumat penerbangan masa nyata. Dan kalau skrin korang tak cukup besar, korang boleh gunakan Direktori Digital Lapangan Terbang di terminal yang menyediakan fungsi yang sama supaya korang dapat masuk ke pintu perlepasan dalam masa yang singkat tanpa tersesat. Jadi, takde lagi la perlumbaan Amazing Race di lapangan terbang!

Selain tu, bila kitorang tanya benda gila apa yang diorang pernah tengok, kebanyakannya mengatakan yang diorang selalu ada pengalaman yang tak dapat dielakkan… tapi 27% pernah nampak selebriti manakala 16% pernah nampak pasangan bergaduh antara satu sama lain. 9% responden pula pernah tengok orang ditangkap, dan 7% responden lagi nampak orang bertumbuk!

6. 11% rakyat Malaysia akan pura-pura cakap loghat dengan orang tak dikenali di airport?!

Bila ditanya tentang benda-benda nakal dan penyalahgunaan yang pernah dilakukan pula, nampaknya ni adalah 3 teratas:

  • Tengok petugas penerbangan yang hot (55%)
  • Bawa bagasi yang lebih berat daripada yang dibenarkan (55%)
  • Mempersendakan rakyat asing (33%)

Selain daripada tu, 11% mengaku yang mereka sebenarnya pernah bercakap dalam aksen palsu kepada orang asing di lapangan terbang?! Mungkin sebab diorang ni baru balik dari Oostraylia atau Eeengleend atau Amehriccuh… tapi jangan lebih-lebih pulak dah la, rakyat Malaysia ni pandai kesan benda-benda mengarut macam ni. Dan tak pasti la pula kenapa, tapi kebanyakan dari 11% ni adalah… single!

5% juga mengatakan yang mereka pernah jatuh cinta kat airport, dan 4% mengaku ada hubungan dengan pengembara! Nuckul!

Dalam soalan yang berasingan, kitorang juga ada tanya sama ada responden kitorang ni akan memulakan perbualan dengan orang cantik/hensem kat airport. Nampaknya, hanya 18% pernah melakukannya, manakala 36% terfikir nak buat, tapi tak berani. Manakala 46% responden lagi marah kitorang sebab bertanya. x

7. Kebanyakan orang yang ambil tempat duduk mewah dalam penerbangan tambang murah suka bawa barang melebihi had dibenarkan

Korang ingat orang kaya-kaya pakai trenchcoat saja-saja je ke? Imej dari kickasstrips.com

Sebenarnya, ada banyaaak gila trick orang yang bawa bagasi berlebihan ni. Salah satu cara popular (yang berjaya, sebenarnya) adalah dengan memakai trench coat yang mempunyai  banyak poket. Masukkan apa-apa je barang dalam poket! Hehe.

Dan bila kitorang tengok demografi pula, nampaknya kebanyakan yang melakukan perkara ni adalah pasangan yang berkahwin, dan mempunyai anak, dua kali ganda berbanding yang berkahwin tapi takde anak. Kebanyakan yang mengaku ni adalah wanita, berbanding lelaki o_O

Tapi, pastikan la yang korang mematuhi senarai barangan yang dilarang seperti kat bawah ni (jangan kata kitorang tak payung):

Imej dari MAHB.

Bila cakap pasal bawa barang free pula…

… rupa-rupanya, ramai yang tak tahu KLIA ada tempat parking PERCUMA

Jadi kitorang try la juga uji sejauh mana responden kita tahu pasal airport yang diorang selalu datang ni.

Walaupun sebanyak 84% dari responden tahu yang KLIA ada bagi wifi free (dan juga komputer), cuma 21% saja yang tahu yang mereka juga bagi 30 minit untuk korang lalu/parking kereta bila hantar orang kat airport, malah masa nak ambik orang. Takde la kena tunggu luar atau asyik kena halau dengan Abang Polis!

Nak lebih info? Klik kat sini!

10% dari responden juga berpendapat yang airport ada bagi kopi dan sandwich percuma, padahal itu cuma perangkap. Kitorang saja letak jawapan salah ni juga kalau korang perasan la.

 

Sebenarnya kan, MAHB adalah syarikat yang menguruskan, mengendalikan, mengekalkan dan membangunkan lapangan terbang. Baru-baru ini, kitorang juga baru tahu yang diorang ni adalah salah sebuah kumpulan pengendali lapangan terbang terbesar di DUNIA dari segi jumlah penumpang yang dikendalikan… dan bercakap pasal jumlah besar ni, tak hairanlah kenapa kekuatan mereka terletak pada layanan terhadap tetamu untuk membuatkan korang selesa kat airport. 

Kadang-kadang tu kita salah faham dengan benda yang bukan dibawah bidang kuasa diorang (contohnya ada berapa je kaunter imigresen yang buka, kelewatan penerbangan) tapi sebenarnya, tujuan diorang adalah untuk menyediakan infrastruktur terbaik untuk pihak syarikat penerbangan dan jabatan kerajaan supaya diorang boleh beroperasi dengan lancar. Hasilnya, diorang ni la yang memastikan perjalanan korang semua lancar dan juga korang tak berhadapi dengan barisan dan waktu menunggu panjang-panjang.

Senyum besar-besar! Imej dari MAHB.

Untuk menjadi hos terbaik kepada tetamu lapangan terbang, itulah sebabnya MAHB sediakan beberapa kemudahan yang tak ramai tahu, contohnya macam  kerusi roda percuma dan stroller di klia2 yang boleh digunakan tanpa pendaftaran rumit. Malah, ada juga kemudahan tempat mandi di klia2 untuk penumpang penerbangan yang panjang dan nak segarkan diri di antara transit atau sebelum pulang ke rumah supaya takde la bau ketiak bila peluk orang.

Dan kalau korang periksa betul-betul sudut lapangan terbang, korang mungkin akan jumpa tempat yang best dan tenang untuk korang berehat atau tidur kejap kat kerusi panjang (ala, macam kerusi malas kat rumah korang) dan kawasan permaidani rumput palsu (korang boleh jumpa kat Lapangan Terbang Sandakan, yang sebenarnya merupakan tempat yang disukai ramai penumpang!)

Tapi kalau data-data ni semua tak cukup, nah ambik kau:

  • 10% akan bawa benda ‘busuk’ diorang ke lapangan terbang… dan sebanyak tu juga yang akan bawa barang keagamaan atau lucky charm.
  • Secara keseluruhan, separuh daripada responden (51%) mengatakan yang mereka takkan berusaha untuk pakai pakaian cantik-cantik untuk penerbangan berbanding pergi ke pusat membeli-belah.
  • 49% akan berjalan di travelator sebab lagi cepat
  • Mereka yang paling benci berjalan (yang selalu naik travelator) adalah terutamanya dari Pahang (34%)
  • Lebih separuh daripada rakyat Malaysia akan naik penerbangan-penerbangan bajet (52%)
  • 15% akan beli dari kedai-kedai bebas cukai… dan simpan hadiah Krismas dan hari jadi sebab lagi murah ?

 

Akhir kata, selamat terbang kawan-kawan!