- 480Share sekarang!
- Email2
- Facebook478
- Share
Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan lanjutan PKP sehingga 18 Februari 2021. Hal ini telah menyebabkan ramai orang terkesan dengan lanjutan ini. Contohnya, ada pengurus hotel terpaksa meniaga di tepi jalan demi membayar gaji pekerja. Bukan itu sahaja, industri pakaian juga terjejas akibat PKP kerana mereka tidak dibenarkan untuk membuka kedai, maka ada antara mereka terpaksa gulung tikar.
Korang juga boleh tengok betapa ramainya pelajar yang susah nak belajar kerana tiada komputer riba atau telefon pintar. Tapi buat masa sekarang, ramai pihak sedang membantu pelajar kita supaya dapat menimba ilmu dengan mudah.
Oleh itu, muncul sebuah hashtag yang viral di media sosial iaitu #KitaMintaLima. Jadi, apakah maksud disebalik hashtag ini? Takpe, mari kami huraikan lebih lanjut apa itu kempen #KitaMintaLima.
Sebuah kempen yang dilancarkan selepas mendengar keluhan rakyat
Sebuah kempen secara dalam talian telah dilancarkan oleh sebilangan besar pengguna media sosial dengan memuat naik sebuah poster dan hashtag #KamiMintaLima. Ia dikatakan sebuah kempen untuk memohon lima perkara kepada Yang di-Pertuan Agong. Hal ini kerana ramai yang terjejas akibat lanjutan PKP hingga ramai orang terpaksa hidup ibarat “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.
Kempen ini dilancarkan pada 6 Februari 2021 di media sosial, ia bermula dari seorang pengguna media sosial, Muhammad Alias yang mengumpulkan keluhan netizen di Facebook Istana Negara. Dia juga secara spontan telah melancarkan kempen #KamiMintaLima di Twitter.
Muhamad Alias juga tak sangka kerana gerakan ini telah berjaya sehingga trending di Twitter dan ia masih berlangsung sehingga hari ini.
“Saya baca di Facebook Istana Negara tentang komen dan keluhan warganet mengenai darurat sekarang dan apa gesaan mereka. Kemudian saya olahkan ke lima perkara, dan ada rakan saya buat poster itu. Tak sangka pulak kempen itu jadi trending (sohor kini) di Twitter.” – Muhamad Alias, petikan dari Malaysiakini.
Korang boleh tengok betapa ramainya orang menjalankan kempen #KitaMintaLima di twitter:
Bukan itu saja, korang juga boleh lihat di Facebook, ramai betul orang sokong kempen ini:
Lima permohonan yang dikemukan untuk Yang di-Pertuan Agong
Sebenarnya, masih ramai lagi tidak tahu apakah lima perkara yang diusulkan dalam kempen ini. Takpe, mari kami huraikan 5 perkara itu satu per satu.
Pertama, perintah kawalan bersasar dan efektif. Permohonan pertama ini diusulkan kerana walaupun sudah sebulan kita berpkp, tapi kes jangkitan baharu tetap meningkat. Apa yang lagi mengejutkan, kes baharu kita pernah meningkat sehingga 5725 kes pada 29 Januari 2021 iaitu ketika PKP dijalankan. Tapi kita juga pernah menerima kes sembuh paling tinggi ketika PKP berlangsung iaitu 4427 kes.
Jadi, ramai orang telah menyarankan supaya merancang satu perintah kawalan yang mempunyai S.O.P yang efektif dan boleh mengurangkan kadar jangkitan COVID-19.
Berdasarkan graf di bawah, korang boleh lihat di mana kes baharu dan kes kematian semakin meningkat walaupun Kerajaan telah melaksanakan PKP:
Kedua, sokongan penuh kepada frontliners dengan menyalurkan segala sumber bagi melawan COVID-19. Seperti korang tahu, frontliners merupakan golongan yang mempunyai risiko tinggi untuk berjangkit. Jadi, kita seharusnya menyediakan peralatan perlindungan dan menjaga kesalamatan tempat kerja.
Bagaimanapun, mereka kekurangan perlatan seperti katil, PPE, face shield dan sarung tangan bagi melindungi diri mereka dari dijangkiti. Kalau korang nak tahu, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) terpaksa memohon bantuan di Lazada demi mengumpulkan dana untuk perlatan yang telah kami tulis di atas.
Ketiga, moratorium bank automatik dan bantuan tunai kepada rakyat sepanjang PKP. Korang pun tahu, ramai yang dibuang kerja dan dipotong gaji semasa PKP. Mereka mengadu bahawa Kerajaan tidak memberikan bantuan kewangan yang mencukupi untuk membayar sewa, bil rumah dan menyara keluarga. Oleh itu, kerajaan harus meneruskan moratorium bagi pinjaman dan bunga serta bantuan umum kepada rakyat.
Keempat, penguatkuasaan SOP MKN secara adil dan saksama. Kita sudah lihat ramai rakyat biasa dikenakan saman berat lebih-lebih lagi mereka yang bekerja tapi mereka ni hanya melanggar SOP minima je. Namun, kita dapat melihat ramai ahli politik dan golongan elit bebas dari saman tersebut. Contohnya, kes pelanggaran SOP Ustaz Khairuddin At-Takiri dan Young Syefura Othman.
Kelima, peranti dan data internet kepada semua pelajar dengan segera. Oleh kerana kekurangan peralatan belajar secara dalam talian, ramai pelajar terpaksa tidak hadir ke kelas. Mereka juga kena berkongsi telefon pintar bersama dengan adik-beradik demi menimba ilmu dan ada yang terpaksa pergi menjelajah serata tempat demi mendapatkan line internet. Oleh itu, Kerajaan perlu memberikan lebih banyak bantuan lagi kepada pelajar kerana COVID-19 bukanlah alasan untuk mereka tidak belajar.
Kami ada tulis artikel mengenai krisis ketiadaan komputer dan internet dalam kalangan pelajar miskin bandar ketika COVIC-19. (korang boleh baca di sini).
Apa akan berlaku sekiranya #KitaMintaLima ini tak menjadi?
Sebenarnya, kempen #KitaMintaLima ini hanyalah sekadar permohonan atau rancangan supaya kita dapat mengembalikan kemanan negara kita. Namun, ada seorang pengguna Twitter,Lutfi telah membentangkan lima perkara yang akan berlaku sekiranya kempen ini tidak dilaksanakan:
- Jumlah kematian covid yang mengerikan.
- Sistem kesihatan lumpuh kerana tidak mampu tampung kes.
- Orang kebulur dan bankrap akibat ekonomi merudum.
- Hilang percaya terhadap penguatkuasa.
- Generasi muda ketinggalan peluang belajar.
Oh ye, korang yang tengah baca artikel ni, rasa-rasanya setuju tak dengan kempen #KitaMintaLima?
- 480Share sekarang!
- Email2
- Facebook478
- Share