“Eh, ‘xtau’ tu apa benda?” – Kamus bahasa singkatan/SMS/WeChat untuk rujukan semua

Kalau korang tak buat lagi, klik kat link ni untuk jawab kuiz “Berapa Banyak Bahasa WeChat Korang Boleh Faham?

Cilisos-Featured-chat-Malay-quiz-tb
Klik gambar ni untuk jawab kuiz!

Kalau korang sampai tercekik tulang ikan sebab cuba nak faham bahasa singkatan ni semua, mungkinlah korang dah terlalu berusia untuk bergaul dengan golongan muda remaja.

Tapi usah risau, usah gundah-gulana, SOSCILI kan ada! Jadi kat sini kami cuba senaraikan segala kata singkatan, bahasa SMS/WeChat, dan slang Internet buat rujukan semua. Senarai ni memang sungguhlah tak lengkap, jadi kalau kalau ada apa-apa tambahan boleh letak kat ruangan komen!

(Untuk slang urban rakyat Malaysia, korang boleh tengok blog oleh Amir Muhammad ni, tapi dah lama tak update.

Senarai bahasa singkatan, bahasa SMS/WeChat, dan slang Internet:

(Guna Ctrl+F untuk cari perkataan.)

#

  • [perkataan]2: (Digunakan untuk kata ganda. Contohnya, ‘pura2’ maknanya ‘pura-pura’)
  • 2: itu
  • 6be: nombor

A

  • abeh, abes, abih: habis
  • abg: abang
  • ade, ader, ado, hado: ada
  • adk, adek, adeq: adik
  • adlh: adalah
  • agk: agak
  • aje, ajer, je, shj, ja, jek, jer, jerk, saje: sahaja
  • ak, ako, aq: aku
  • akk: kakak
  • akn: akan
  • ambik, amek, hambek: ambil
  • ank: anak
  • antar: hantar
  • ap, aper, hapa, haper: apa
  • apasal, apesal: apa pasal
  • apahal, apehal: apa hal
  • apetah: apa entah
  • arap: harap
  • ari: hari
  • aritu: hari itu
  • asalkn, aslkn: asalkan
  • asik: asyik
  • asl: asal
  • ati: hati
  • ats: atas
  • awat, awt: kenapa (bahas Kedah)
  • awk: awak
  • awl: awal
  • ayer: air
  • ayh: ayah
  • ayt: ayat

B

  • b[perkataan], br[perkataan]: (Imbuhan ‘ber’. Contohnya, ‘bbual’ maknanya ‘berbual’.)
  • bagitau, bgitau, bgtu, bgtaw, bitau: bagi tahu
  • bapak: bapa
  • bape, baper, brp, bpe, braper: berapa’
  • brp: berapa
  • bby: baby
  • bc, bca: baca
  • bdak, dak: budak
  • bdn: badan
  • brd, bndar: bandar
  • bdoh: bodoh
  • beb: babe
  • beger: burger
  • bekfes: breakfast
  • belen: balance
  • beno, benor, bnr: benar
  • bbeno, bebeno, bebenor: benar-benar
  • benti: berhenti
  • bes: best
  • besaq, beso, besor: besar
  • bese, biase: biasa
  • betoi, betol, betui: betul
  • bg, bgi: bagi
  • bgai: bagai
  • bgini, gini: begini
  • bgitu, gitu: begitu
  • bgkai: bangkai
  • bgkus: bungkus
  • bgn: bangun
  • bgs, bgus: bagus
  • bgsa: bangsa
  • bgun: bangun
  • bhasa, bhs, bhse: bahasa
  • bhgn: bahagian
  • bgn: bahan
  • bia, biaq: biar
  • bile, bla, ble: bila
  • bior: biar
  • bj, bju: baju
  • bjet: bajet
  • bjya: berjaya
  • bk, bka, bkak, bkk: buka
  • bkn: bukan
  • blah: pergi
  • blaja, blja, bljar, bljr: belajar
  • blanja, blnj: belanja
  • bleh, blh, bley: boleh
  • blek, blik, blk: balik
  • blkg, blkng: belakang
  • blm, blom, blum: belum
  • bln: bulan
  • blj, blnja: belanja
  • bls: balas
  • bnd, bnd, bnde: benda
  • bndg: banding
  • bngsa: bangsa
  • bntu: bantu
  • bnyk, byk: banyak
  • bodo: bodoh
  • borg, borng: borang
  • br: baru
  • brader: bro
  • brg: barang
  • brlku: berlaku
  • bru: baru
  • bsr, bsar: besar
  • bt, bwat, wat, wt: buat
  • btl: betul
  • btpe, watpe, wtpe: buat apa
  • bw, bwa, bwak: bawa
  • bwh: bawah
  • byk, byak: banyak
  • byr: bayar

C

  • camna, camne, camner, cmna, cmne, cmner, cmana, cmane, cmaner: macam mana
  • camni, cmnie: macam ni
  • cbe, ce, cer: cuba
  • cbok: sibuk
  • cdgn, cdgan: cadangan
  • cdgkn, cdgkan: cadangkan
  • chat: sihat
  • cite, citer, crita, crite, crta, cter: cerita
  • cket, ckit, skit: sikit
  • ckp, ckap: cakap
  • ckup: cukup/cekup
  • cm, mcm: macam
  • cmburu: cemburu
  • cme: cuma
  • cmpur: campur
  • cmtu: camtu
  • cna: sana
  • cni: sini
  • cnta: cinta
  • cntik, cntk: cantik
  • come, comei: comel
  • comolot: cium mulut
  • cpt, cepat: cepat
  • cr: cara
  • cri, crik: cari
  • ct: Siti
  • cth, cntoh: contoh
  • ctu, stu: situ

D

  • d[word]: (Imbuhan ‘di’. Contohnya, ‘djual’ maknanya ‘dijual’.)
  • d: di
  • da, dah, dh: sudah
  • ddk, dduk, duk: duduk
  • de: ada
  • dea: dia
  • dek: adik/oleh
  • dek, deq, dik: adik
  • derg, dorg, diaorg, diorg, dorng: dia orang
  • dgn, dgan: dengan
  • dgr, dgar: dengar
  • die, dier: dia
  • dkt, dkat: dekat
  • dl, dlu: dahulu
  • dlm, dlam: dalam
  • dn: dan
  • dpt, dpat: dapat
  • dpn, dpan: depan
  • dr, dari: dari
  • drpd: daripada
  • dtg: datang

E

  • ekceli: actually

F

  • fhm: faham
  • fkir, pk: fikir
  • fmly: family

G

  • g: pergi/bagi
  • gado, gdh: gaduh
  • gak: juga
  • giler, gle, gler: gila
  • gini: begini
  • gitu, gtuh, gtu: begitu
  • gmba, gmbar, gmbor, gmbr: gambar
  • gna, gne: guna

H

  • hbgn: hubungan
  • hbs: habis
  • hdp: hadap
  • hdup: hidu
  • hepi: happy
  • heran: hairan
  • hg: hang (kau)
  • hgpa: hangpa (kau orang)
  • hjg: hujung
  • hlg: halang
  • hmpa: hampa
  • hmpir: hampir
  • hntr: hanar
  • hny, hnya, hnye: hanya
  • hosp, spital: hospital
  • hrga: harga
  • hri: hari
  • hrp, hrap: harap
  • hutg, hutng: hutang

I

  • igt: ingat

J

  • jap: sekejap
  • jd, jdi: jadi
  • jeles: jealous
  • jg, jga, jgk, jgak, jugak, juge: juga
  • jgn: jangan
  • jilake: celaka
  • jln: jalan
  • jmp, jmpa: jumpa
  • jnis: jenis
  • jnji: janji
  • jntn: jantan
  • jwb, jawab: jawab
  • jwpn: jawapan
  • jwtn: jawatan

K

  • k [word]: (Imbuhan ‘ke’. Contohnya, ‘kbaikan’ maknanya ‘kebaikan’.)
  • k: okay
  • ka: ke
  • kabo: khabar
  • kate: kata
  • kawen, kawin: kahwin
  • kcik, kecik, kechik: kecil
  • kcuali: kecuali
  • kdg2, kekadang: kadang-kadang
  • keja, keje, kejer, kje, krja: kerja
  • kg: kampung
  • kite, kte: kita
  • kjaan, krjaan: kerajaan
  • klu: kalau
  • kn: kan
  • knl: kenal
  • knp: kenapa
  • ko: kau
  • korg: kau orang
  • kpd: kepada
  • krn: kerana
  • kat, kt: dekat
  • ktorg: kita orang
  • kuar: keluar
  • kwn: kawan
  • kwsn: kawasan

L

  • lbh, lbih: lebih
  • lg, lgi: lagi
  • lgpun: lagipun
  • lgsg: lasagna langsung
  • lh: lah
  • lmbt: lambat
  • lme: lama
  • lncr: lancar
  • lyn: layan

M

  • m[word]: (Imbuhan ‘me’,’mem’, ‘meng’ dsb. Contohnya, ‘mbantu’ maknanya ‘membantu’.)
  • mane: mana
  • mbe: member
  • mcm: macam
  • mcmne, mcmner: macam mana
  • mcmni, mcmnie: macam ini
  • mcmtu, mcmtue: macam itu
  • men: main
  • mende: benda
  • mggu: minggu
  • mgkin, mgkn: mungkin
  • mkn: makan
  • mksd: maksud
  • mmg, mmng: memang
  • mmpu: mampu
  • mn, mne: mana
  • mnx, mintak, mtk: minta
  • mrk: mereka
  • msk: masuk/masak
  • mslh: masalah
  • msti: mesti

N

  • [perkataan]n: (Imbuhan ‘an’. Contohnya, ‘bhgn’ maknanya ‘bahagian’.)
  • nak, nk: hendak
  • ne: mana
  • ngan, ngn: dengan
  • ni, nie, nih: ini
  • nmpk, nmpak: nampak
  • nnt, nnti, t: nanti
  • ntah, tah: entah
  • nye: punya

O

  • org: orang
  • olh: oleh

P

  • p[perkataan]: (Imbuhan ‘pe’, ‘per’, ‘peng’, dsb. Contohnya, ‘pkerja’ maknanya ‘pekerja’.)
  • p: pergi
  • pd: pada
  • pdhal: padahal
  • pebenda: apa benda
  • pg, pgi: pagi
  • pggl: panggil
  • pjg, pnjg: panjang
  • pk: fikir
  • plak: pula
  • plg: paling
  • plk: pelik
  • pn: pun
  • pndai: pandai
  • pnh: penuh/pernah
  • prnah: pernah
  • pntg, pnting: penting
  • pnye: punya
  • ppuan: perempuan
  • psl: fasal
  • pstu: lepas itu
  • ptg: petang
  • ptt: patut
  • pyh: payah

R

  • retis: artis
  • rkn: rakan
  • rkyat, rkyt: rakyat
  • rmai: ramai
  • rmh: rumah
  • rs, rsa, rse: rasa

S

  • sado: sasa (dikatakan diambil dari frasa “besar, doh!”)
  • sape: siapa
  • sbb: sebab
  • sbg: sebagai
  • sbr: sabar
  • scr: secara
  • sdar: sedar
  • sdp: sedap
  • sdr: sedar/saudara
  • sg: sungai
  • sgala: segala
  • sggh: singgah
  • sggp, snggup: sanggup
  • sgguh: sungguh
  • sgka: sangka
  • sgt: sangat
  • shbt: sahabat
  • skg, skang, skunk, skrang, skrg, sknx: sekarang
  • ske, suke: suka
  • sklh: sekolah
  • slh: salah
  • sllu: selalu
  • slmt, slamat: selamat
  • sme: sama
  • smlm: semalam
  • smp, smpai, smpi: sampai
  • sndiri: sendiri
  • sne: sana
  • sng: senang
  • sorg: seorang
  • spt: seperti
  • spy: supaya
  • ssh: susah
  • sume: semua
  • sy: saya
  • syg: sayang

T

  • t[perkataan]: (Imbuhan ‘ter’. Contohnya, ‘tkejut’ maknanya ‘terkejut’)
  • t: nanti
  • tau, taw, tawu: tahu
  • tdo, tido: tidur
  • tggi, tnggi: tinggi
  • tggjwb: tanggungjawab
  • tggl: tinggal
  • tgu, tggu: tunggu
  • tgh: tengah
  • tgk, tgok, tngk: tengok
  • tgn: tangan
  • thn: tahan/tahun
  • tkt: tingkat
  • tkut: takut
  • tlg: tolong
  • tmbah, tmbh: tambah
  • tmpat, tmpt: tempat
  • tntg, ttg: tentang
  • tp, tpi: tapi
  • tpt: tepat
  • trs, trus: terus
  • ttp: tetap
  • ttp, ttpi: tetapi
  • tu, tue: itu

U

  • utk: untuk
  • uol, uols, uolls: you all

W

  • wlu: walau
  • wlpn, wlpun, wpun: walaupun
  • wslm: Wa’alaikumsalam

X

  • x: tak
  • xde, xder, takde, takder: takada
  • xkn, xkan, takkan: takakan
  • xle, xleh, takleh: tak boleh
  • xmau: tak mahu
  • xnk, xnak, taknak: tak nak
  • xpe, xper, takpe, takper: tak apa

Y

  • y, yg: yang

Z

  • zmn: zaman

———————————————————————————

Kalau korang ada apa-apa nak tambah, komen kat bawah ni ye!

About MK Zainal 36 Articles
Editor di SOSCILI, hari-hari tengok movie.