Seni & Budaya

[KUIZ] Korang boleh faham tak bahasa WeChat ni? Jawab kuiz kami

(Click here to read the original article in English!)

Dukacitanya kami ingin memulakan artikel ini dengan sebuah mesej yang mungkin akan membuat korang tersedak:

“mi, t g wet tew kt kite” – dipetik dari blog Namee Roslan.

Tak faham? Keliru? Kemurungan? Jangan bimbang, kami pun sama. Bahasa macam ni selalu sangat kita jumpa kat komen Facebook, WeChat, dan group Whatsapp sedara-mara yang korang segan nak quit tu.

Ok la bukan Bahasa Malaysia je yang buat perangai macam ni, English pun ada short form juga ye tak. Masalahnya, perkataan dalam BM biasanya lebih panjang, jadi singkatannya biasanya jadi lebih pelik. Kadang-kadang tu tak cukup dengan singkatan, ada perkataan yang kena diubah lagi panjang dan lagi menggedik sampai berpinar mata nak membacanya.

Kenapa budak-budak Wicet ni tak eja elok-elok bagaikan seorang manusia biasa?

Alah sebelum zaman Wicet pun, korang mesti pernah merasa zaman SMS kan? Time tu memang ada sebab munasabah untuk jimat huruf, sebab kat Nokia 3310 boleh tulis 160 karakter je setiap mesej, kalau terlebih caj pun lebih. Topup bukan murah OK.

Tapi kan… benda ni masih tak menerangkan kenapa budak-budak Wicet suka memanjangkan perkataan macam contoh kat bawah ni:

Imej dari Cari.

Imej dari Cari.

Berdasarkan kajian yang kami jumpa terbitan universiti-universiti Indonesia, stail menaip macam ni dibuat untuk tujuan… aestetik. Supaya mereka dapat menyampaikan jenaka, kreativiti, dan kemesraan.

pen-hitam-ngeteh

Ye la, waktu bersembang kat Whatsapp dan WeChat mana nak nampak riak wajah kan, macam mana nak menggedik kalau tak guna bahasa SMS ni.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Apa kesannya bahasa ni kepada golongan muda?

Mungkin la kita fikir bahasa ni setakat berhenti kat Internet dan Whatsapp je. Tapi sebenarnya dah ada yang mula risau budaya ni meresap masuk ke dalam sistem pendidikan, bila budak-budak guna short form dalam kertas peperiksaan!

tingkatan-1

Imej dari from supyanhussin.wordpress.com

Mengikut kajian yang dibuat oleh UKM, masalah ni bukan berlaku pada budak sekolah je, yang kat kolej/universiti pun ada! Bekas TPM Muhyiddin pun ada menyuarakan kebimbangan pasal perkara ni. Perkara ni boleh jadi parah nak lagi kalau kanak-kanak tak menyoal samada ejaan yang mereka nampak kat Internet tu betul ke tak.

Tapi macam biasalah, bahasa tu berkembang dan berevolusi, kan. Kadang-kadang satu istilah Internet tu kalau dah kerap sangat digunakan, ia akan dimasukkan ke dalam kamus, termasuklah emoji!

Apa pun… cuba uji pengetahuan bahasa WeChat korang!

[qzzr quiz=”289868″ width=”100%” height=”auto” redirect=”true” offset=”0″]

Jangan lupa semak kamus kami!

mk_sms-1140x641

Kalau korang tak boleh jugak lagi nak faham bahasa WeChat/SMS ni semua, kami ada senaraikan singkatan-singkatan dan maknanya sekali. Jangan kata kami tak payung.

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend