- 4.8KShare sekarang!
- Email76
- Facebook4.7K
- Share
(You can read the original article in English by clicking here)
Kalau korang pernah pergi ke kota A Famosa, Dataran Merdeka, atau pusing-pusing kat KL dan nampak bangunan ni…
dan yang ni
Korang ada pernah terfikir tak kisah sejarah pasal bangunan-bangunan tersebut. Siapa yang bina? Bila dibina? Apa fungsi bangunan tu hari ni? Siapa yang jaga?
Bangunan yang dikenali sebagai bangunan warisan ni sebenarnya kaya dengan sejarah. Gambar bangunan yang kami letak kat atas merupakan contoh yang telah disenaraikan sebagai bangunan warisan di bawah Akta Warisan Negara, 2005. Ini bermaksud bangunan tersebut tak boleh kena kacau atau dimusnahkan.
Tapi…
Mesti korang ingatkan bangunan yang ada status ‘warisan’ ni kebal kan? Yang peliknya kerajaan telah menarik status tersebut kat dua bangunan di KL iaitu Malaysian Tourism Centre (MaTiC) dan juga Dewan Tanku Abdul Rahman. Dan kalau benda ni berterusan, kisah kemusnahan Bok House pada tahun 2006 mungkin akan berulang.
Kepada yang taktau, Bok House merupakan sebuah rumah banglo yang terletak di KL. Masa tu sebuah kumpulan warisan cuba nak dapatkan status warisan untuk bangunan tersebut sewaktu Akta Warisan Negara baru diluluskan. Bok House siap dibina pada tahun 1920-an dan dimiliki oleh seorang ahli perniagaan yang famous time tu. Kaya dengan sejarahnya sendiri, bangunan tu tak sempat nak register jadi warisan dan akhirnya telah dihancurkan.
Jadi nampaknya sejarah mungkin akan berulang dengan penarikan semula status bangunan warisan untuk MaTiC dan Dewan Tunku Abdul Rahman. Tapi penting sangat ke bangunan-bangunan tu dan kenapa status mereka ditarik?
MaTiC, dimana Agong pertama kita ditabalkan
Sebenarnya MaTiC dan Dewan Tunku Abdul Rahman terletak di bangunan yang sama, dewan tu merupakan sebahagian dari bangunan MaTiC. Salah satu peristiwa penting yang terjadi kat bangunan tu adalah pertabalan Agong pertama kita, Tuanku Abdul Rahman dan juga lokasi pertama di mana parlimen bersidang secara rasminya.
MaTiC pada asalnya merupakan rumah banglo biasa je yang dibina pada tahun 1935 oleh Eu Tong Seng yang merupakan seorang businessman terkemuka kat Tanah Melayu. Banglo yang dibina diatas 2.6 billion hektar tanah ni dikelilingi dengan dusun rambutan telah menjadi pusat kawalan tentera British sewaktu perang dunia kedua. Ia kemudiannya telah dirampas oleh tentera Jepun sampailah perang habis dan diambil semula oleh pihak British sehingga 1956.
Lepas Merdeka, kerajaan Malaysia telah gunakanya untuk base tentera kita pula sampailah 1988 apabila Kementerian Seni, Kebudayaan, dan Pelancongan telah ambil alih bangunan tersebut dan jadikannya sebagai Kompleks Maklumat Pelancong Malaysia (MaTiC). Kemudian pada tahun 2016, mereka telah di-upgrade menjadi bangunan warisan negara.
Yang sedihnya, baru je setahun dapat status tu dah kena tarik balik.
“Menurut bidang kuasa di perenggan 31(2) Akta Warisan Negara, 2005 [Akta 645], pesuruhanjaya menarik semula jawatan warisan kepada bangunan yang tertera dalam jadual ini yang bertarik 16 Jun 2016” – Kenyataan dari Dr Zainah Ibrahim, Pesuruhjaya warisan dari Jabatan Warisan Negara.
Melalui kenyataan tersebut, sebanyak tiga tempat telah hilang status warisannya: Lot 45 iaitu sebuah tempat parking kat pusat pelancongan, Lot 158 sebuah bangunan lima tingkat kat pejabat pelancongan KL, dan Lot 139 iaitu rumah Eu Tong Sen dan Dewan Tunku Abdul Rahman.
Jadi persoalannya kat sini adalah kenapa kerajaan sibuk sangat nak buang status warisan ni?
Masalahnya bukan sebab nak buang tapi cara tu
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz, memberi penjelasan bahawa kawasan yang nak kena tarik status tu adalah kawasan di sekeliling bangunan tersebut dimana ia akan digunakan untuk pembinaan bangunan baru, termasuk juga sebiji hotel. Walaupun ada yang bersetuju dengan tindakan tersebut, masalahnya kat sini adalah bukan pasal isu tarik status tapi kat dalam undang-undang takde apa yang tertulis tentang penarikan semula!
Ada tiga isu kat sini. Yang pertama, tindakan Jabatan Warisan ni sebenarnya melanggar undang-undang, yang kedua kalau betul sesebuah bangunan boleh hilang statusnya kenapa kasi status warisan tu dulu? Dan yang ketiga tindakan Jabatan Warisan ni sebenarnya bertentangan dengan garis panduan PBB.
Untuk masalah yang pertama, takde apa-apa undang tertulis berkata bahawa mereka dibenarkan untuk tarik status warisan sesebuah bangunan. Jadi kalau betul nak buat macam tu, mereka kena bersidang balik semula dan buat undang-undang baru semata-mata untuk menghalalkan tindakan tarik status ni. Sebab setakat ni tindakan mereka ni masih di atas pagar dan berkemungkinan melanggar undang-undang.
Okay fine kalau tindakan mereka dibenarkan disisi undang-undang, kenapa tulis Akta tu dulu? Macam tak function lah kalau bangunan warisan boleh kena kacau/hancur. Pertubuhan Arkitek Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Jabatan Warisan untuk buat u-turn kepada status sesebuah bangunan telah melanggar objektf undang-undang yang ditulis sebelum ni.
Manakala untuk masalah yang ketiga, kalau nak buat renovation di sekeliling bangunan tersebut kenapa tarik balik status keseluruhan bangunan tu (Lot 139). Kalau korang buka lama sesawang panduan PBB, Macam Mana Nak Jaga Bangunan Warisan, kat section ‘zon buffer’ tu tertulis sepatutnya kawasan di sekeliling bangunan warisan tersebut mempunyai kebenaran untuk pembangunan yang terhad.
Untuk betul-betul faham masalah ni secara terperinci, kami telah melihat apa yang tertulis dalam undang-undang tersebut. Apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat.
Sebenarnya undang-undang warisan kita agak hebat
Contohnya macam kat UK, mamat yang jaga bangunan warisan tu sendiri boleh tarik balik status tu. Manakala kat Singapura pula, sesebuah bangunan warisan tak selamat dari dihancurkan untuk pembangunan negara.
Tapi untuk undang-undang kita pula, takde arahan yang jelas mengenai boleh ke tidak untuk tarik balik status. Apa yang tertulis adalah bahawa hanya barangan warisan je yang boleh ditarik seperti contoh, keris atau mahkota. So ni sangat berbeza dengan bangunan.
Lagi satu yang tertulis pasal status warisan kat dalam undang-undang adalah pemberian status tersebut kepada bangunan sekeliling bagi memastikan persekitaran tersebut di jaga dengan elok. Cuba korang bayangkan kalau Kota A Famosa bersebelahan dengan kelab malam, tak ke pelik tu. Tapi status tu boleh ditarik balik kalau bangunan asal/utama telah hilang status warisannya.
So nampak macam bangunan warisan boleh ditarik balik, tapi ia masih tidak mencukupi untuk mengatakan bahawa undang-undang tersebut tu kasi. Masa Jabatan Warisan kasi kenyataan pasal status warisan bangunan MaTiC tu, mereka telah memetik Akta Warisan Negara seksyen 31 dimana ia kononnya membenarkan penarikan status tapi kalau korang tengok balik kat undang-undang tu, takde pun tertulis macam tu.
“Melainkan Akta tersebut telah diubah dimana penarikan jawatan dibenarkan, keputusan untuk tarik semula oleh pesuruhjaya Jabatan Warisan amat diragui kerana ia melebihi Akta tersebut” – Elizabeth Cardosa, Pengarah Badan Warisan
Kalau betul nak hancurkan bangunan, pastikan ia dilakukan dengan betul
Tu lah apa yang dikatakan oleh Elizabeth dari Badan Warisan. Isu kat sini adalah bukannya nak tarik balik status tapi cara ia dilakukan. Kalau nak buat boleh, tapi pastikan ia dilakukan dengan betul supaya ia tak merosakkan sejarah bangunan tu.
“Perubahan harus diurus dengan rapi, perubahan mesti bersebab, dan ia tak boleh menggangu ketulenan warisan tersebut.” – Elizabeth Cardosa, interview dengan BFM Radio.
Jadi kalau tak dibuat dengan betul, Badan Warisan kata Jabatan Warisan ni berkemungkinan melanggar undang-undang. So apa je pilihan Jabatan Warisan ni? Carta kat bawah ni adalah benda-benda yang boleh berlaku:
Berpandukan carta yang kami buat ni, warna hijau menunjukkan Jabatan Warisan tak ubah undang-undang dan biarkan bangunan tu. Warna coklat cair tu pula, undang-undang akan diubah tapi penarikan status tetap akan berlaku, kiranya ia dilakukan dengan cara yang betul.
Kes paling teruk adalah warna merah di mana undang-undang tak digubal dan status tu tetap ditarik. Kalau mereka pilih jalan yang tu, ni bermaksud Jabatan Warisan tak hormat undang-undang dan langsung tak kisah dengan bangunan warisan kita.
Sekarang ni kita masih tunggu keputusan dari Jabatan Warisan tentang tindakan seterusnya. Setakat ni hanya dua organisasi je yang telah tampil kehadapan untuk menyuarakan isu ni, iaitu Badan Warisan dan Pertubuhan Arkitek Malaysia. Kami ada cuba call Jabatan Warisan tu dan masa pergi ke ofis mereka, takde siapa pun kat sana. Jadi sementara tunggu, apa pendapat korang?
[socialpoll id=”2419346″ path=”/polls/2419346″ width=”500″]
- 4.8KShare sekarang!
- Email76
- Facebook4.7K
- Share