Negara maju yang buang, IPOH pula jadi PERGUNUNGAN SAMPAH PLASTIK

UPDATE 14/6/2019: Kerajaan Kanada menegaskan yang diaorang tak merancang untuk ambil semula sampah-sampah yang dah dieksport kat Malaysia. Dan diaorang jugak bagitahu yang diaorang tak tahu apa-apa maklumat pasal sampah yang dihantar dari Kanada ke Malaysia. Hmm macam tu pulak…


Sebelum ni heboh dekat semua media pasal isu sampah kat Malaysia. Dan mengikut statistik, sehingga tahun 2017, dalam sehari sebanyak 37,000 tan sampah dihasilkan. Dianggarkan dalam setahun jumlah sampah yang Malaysia hasilkan adalah sekitar 13.5 juta tan sampah. Cuba bayangkan berapa banyak gunung-ganang sampah yang ada kat Malaysia.

Bila cakap pasal sampah ni, kitaorang pun dah banyak tulis artikel berkenaan sampah ni. Korang boleh tengok kat bawah ni:

Dalam isu sampah ni, apa yang bertambah panas apabila Malaysia digelar negara ‘tong sampah’ lepas penemuan lambakan sampah kat kawasan pedalaman Ipoh!

Pergunungan plastik dijumpai di hutan Malaysia dalam pendedahan berita antarabangsa

Ni lah pergunungan sampah yang dijumpai tu. Imej dari Daily Mail

Di satu kawasan hutan dan pedalaman Malaysia, ada wartawan antarabangsa terjumpa pergunungan plastik setinggi 20 kaki kat situ. Kawasan tu nampak macam planet plastik sebab dipenuhi dengan timbunan sampah plastik. Ia berkemungkinan diimport dari luar negara sebab plastik-plastik sampah tu tertera dengan nama pasar raya terkemuka kat United Kingdom. Tapi kenapa pulak nak import sampah ni?

Sebelum ni, kitaorang ada tulis artikel pasal Malaysia jadi mangsa tempat untuk mengimport sisa plastik daripada UK memandangkan Malaysia tak ada undang-undang yang ketat macam negara lain. Dan, sebelum ni China yang jadi tempat terima sampah-sampah tu tapi, sekarang Malaysia jadi mangsa.

Dan, menurut laporan daripada wartawan antarabangsa tu, pihak UK betul-betul kecewa dengan tindakan tu serta pihak-pihak yang sesuka hati hantar sampah kat negara orang.

“Gambar-gambar tersebut sangat mengejutkan. Dan ia menunjukkan betapa seriusnya krisis sisa plastik sampah kita ni.” – Louise Edge, Pengerusi Kempen Greenpeace UK, sumber dari Daily Mail. 

Sampah plastik daripada salah satu pasar raya kat UK. Imej dari Daily Mail

Walaupun macam tu, kegiatan tu dikatakan sah di sisi undang-undang UK. Berdasarkan undang-undang untuk mengeksport sampah tu ada nyatakan yang apa-apa bahan buangan yang dieksport mestilah dikitar semula. Dan, dalam apa-apa keadaan sekali pun sampah tu mesti kena disisihkan dari UK. Hmm…

Tapi lepas disiasat oleh pihak Jabatan Alam Sekitar Perak berkenaan tempat tu, diaorang nafikan ada pergunungan sampah yang tak terurus kat sana. Diaorang bagitahu yang longgokan plastik tu sebenarnya diuruskan oleh sebuah syarikat berdaftar yang memproses sampah untuk jadikan bahan bakar. Dan bahan bakar daripada sisa plastik tu dijadikan kegunaan kilang memproses simen. 

“Kita adalah syarikat pertama seumpamanya di Malaysia dan pendekatan memproses sampah menjadi bahan bakar sebenarnya membantu menjaga alam sekitar daripada lambakan sampah di tapak pelupusan,” – Ir K. Muralindran, Pengarah Operasi Resourceco Asia (M) Sdn Bhd, sumber dari Astro Awani 

Kilang Resourceco Asia . Imej dari Waste Management Review

Kenapa Malaysia jadi tempat seludup sampah daripada negara maju?

Sejak sebulan yang lepas, Malaysia dikejutkan dengan aktiviti pengimportan sampah-sampah terbesar daripada negara maju. Dan sampah-sampah tersebut didatangkan menerusi 24 buah kontena yang mengandungi sisa sampah. Kes tersebut masih lagi dalam siasatan sebab dalang di sebalik aktiviti tersebut masih disiasat dan ia ada melibatkan syarikat-syarikat besar kat Malaysia dan kat negara maju yang lain. 

“Setiap kontena (diimport) perlu ada penerimanya di sini yang memainkan peranan, jika tidak ia tidak akan dapat dieksport ke sini, dan ini sebabnya saya katakan mereka ini adalah pengkhianat negara,” – YB Yeo Bee Yin, sumber dari Astro Awani. 

Kontena-kontena sampah yang dieksport ke Pelabuhan Klang. Imej dari Kosmo Online

Operasi penguatkuasaan tu dilakukan oleh pihak Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang diketuai oleh YB Yeo Bee Yin sendiri. Operasi tu baru sebulan dijalankan dan sehingga sekarang dah ada sebanyak 65 buah kontena sampah akan dihantar dan dibawa pulang kat negara asal.

Dan media antarabangsa ada mendedahkan, sebanyak 33 buah negara yang eksport sampah kat Malaysia antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Sepanyol, Perancis, Jerman, Ireland dan Jepun. Negara-negara macam ni selalu perjuangkan tentang alam sekitar, tapi sebaliknya diaorang sendiri yang cemarkan alam sekitar negara lain.

Apa yang merumitkan lagi keadaan, sisa-sisa plastik sampah tu bukanlah dalam keadaan yang bersih tersedia untuk kitar semula, tapi dalam keadaan yang kotor siap pakej ulat lagi. Bila nak pergi ke proses seterusnya, mestilah dalam keadaan yang bersih, jadi sumber air Malaysia lah yang jadi mangsa. Bila dah bersihkan sisa kotoran tu, sisa toksik dari sampah tersebut secara tak langsung akan serap kat dalam tanah, dan hasilnya punca air bersih pun tercemar yang tak boleh dikesan dengan mata kasar. 

Mesti YB geram je tu. Imej dari BH Online

“Hasil daripada 10 operasi bersepadu yang dilakukan, kita sudah menyiasat 123 kontena dan mendapati banyak pihak menyeludup sampah masuk ke Malaysia.

“Sampah ini didakwa untuk dikitar semula sedangkan yang bawa itu adalah sampah tidak boleh dikitar selain ia dibawa masuk tanpa kebenaran,” – YB Yeo Bee Yin, sumber dari BH Online. 

Perang sampah boleh dikurangkan dengan tindakan ketat kerajaan

Dengan operasi tersebut, sedikit sebanyak perang sampah ni akan berkurangan dengan adanya tindakan tegas daripada pihak kementerian. Pihak kementerian jugak ada bagi notis dan tempoh masa sebanyak 14 hari untuk eksport semula sampah-sampah diaorang. Selain tu, kalau ada pihak yang tak ikut arahan tu, diaorang akan diberikan hukuman mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. 

“Walaupun hanya negara kecil, kita tidak seharusnya dibuli oleh negara maju lain dan perlu memastikan kegiatan seumpama itu tidak terus berlaku,

Justeru, kita menggesa negara maju mengkaji semula pengurusan sisa plastik dan menghentikan penghantaran sampah ke negara membangun,” – YB Yeo Bee Yin, sumber dari My Metro

Dan, mungkin Malaysia boleh laksanakan teknologi macam ni jugak satu hari nanti…

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)