Pengaruh orang Penang yang sampai sekarang ada kat Phuket

(This article is translated from the English version on CILISOS, click here to read it!)

Kami kat SOSCILI dan CILISOS dah tak larat terperuk dalam ofis dan duduk bawah air-cond hari-hari. So minggu lepas kami tutup laptop, keluar ofis, dan buat pertama kalinya nampak matahari. Korang cuba tengok gambar kat bawah ni dan teka ke mana kitorang pergi…

Nampak macam kat Malaysia kan? Tapi bukan!

Ok ini satu lagi klu…

Perghh pakai kebaya kot? Kat belah kanan pulak merupakan sebuah cafe artisan yang ada kat sana.

Bandar ni saling tak tumpah macam Ipoh, Melaka dan Penang!

Kepada yang tak dapat teka lagi, kami sebenarnya ada kat Jalan Thalang di daerah Mueang, Phuket. Mulanya kami mintak drebar bawak jalan-jalan makan angin tapi tak sangka pulak bila dia berhenti, kawasan yang kami singgah sebijik macam Malaysia!

So menyempat jugak kami mintak korang teka kat Facebook dan ramai jugakla yang kata Ipoh, Melaka, dan Penang. Ada gak sesetengah tu yang dapat teka dengan betul.

Semua salah, tapi kalau korang minta kami teka pun kami akan kasi jawapan yang sama.

Tapi ada sorang mamat ni memang dedicated sampaikan guna Google Street View untuk jawab soalan kami.

Fuuhhhh stalker level: over 9000!!

Masa baru sampai kat kawasan tu, kami sebulat suara telah mengambil keputusan untuk check out muzium yang ada. Museum Thai Hua (dapat 4 bintang dengan 108 review kat TripAdvisor) telah mengenakan harga ticket sebanyak 120 Baht (lebih kurang RM15) untuk seorang dan yang paling best? Pekerja situ reti cakap Mandarin!

Museum Thai Hua

Rupa-rupanya muzium ni merupakan bekas sekolah cina kat Phuket tapi sekarang ni telah diubahsuai jadi muzium pasal Baba Nyonya. Yup! Baba Nyonya macam kat negara kita.

Orang Phuket sebenarnya ada darah Penang

Patung yang ada kat entrance museum Thai Hua.

So kita tau yang Baba Nyonya ni berasal dari orang Fujian, China yang pada zaman dulu telah berlayar ke Melaka dan berkahwin dengan orang Melayu tempatan. Tapi mereka tak berhenti kat situ je, malah ada yang travel ke Singapura, Penang, dan of course Phuket.

Penghijrahan Baba Nyonya Penang ni terjadi pada tahun 1824 sampailah tahun 1937 dan sebab utamanya adalah kerana peluang pekerjaan dalam sektor galian bijih timah. Berdasarkan dokumen yang ditemui, orang Baba Nyonya ni datang ni bukan je untuk industri bijih timah tapi untuk peluang pekerjaan lain seperti perdagangan, technician, dan juga krew kapal.

Suka betul team Cilisos/Soscili naik kapal tipu ni. Kat sini lah kami dapat tau pasal sejarah orang Baba Nyonya Phuket.

Baba Nyonya Phuket ni ada beberapa persamaan dengan Baba Nyonya kita (baju kebaya) dan juga beberapa perbezaan. Contoh ketara yang kami sedar adalah bahasa Hokkein mereka lebih kepada lenggok Thai (thanks CILISOS sebab bagitau). Perkataan Baba Nyonya pun berbeza sikit, ‘Baba’ tu memang ada tapi ‘Nyonya’ tu digantikan dengan ‘Yaya’. So mereka punya adalah ‘Baba Yaya’.

“Lebih kurang 70% orang Phuket mempunyai darah peranakan (Baba Nyonya)” – Dr. Kosol, Presiden Persatuan Peranakan Phuket, peranakan.hotsoi.com

Lagu peranakan Baba Nyonya dalam bahasa Thai yang diterjemahkan.

Macam mana Penang ada Ghee Hin dan Hai San, kat Phuket pun ada versi mereka sendiri iaitu Angyee dan dorang memang ada pertalian dengan gangster Penang dengan nama yang sama. Angyee ni dulu ditubuhkan untuk memperjuangkan hak mereka sebab time tu Baba Nyonya kat sana sering disisihkan. Jadi salah satu cara mereka untuk tarik perhatian adalah dengan bergaduh dengan kerajaan, bergaduh sesama sendiri, bergaduh dengan geng lain dan ramai lagilah. Punya lah kelam kabut time tu sampaikan kerajaan Thai terpaksa akur kepada Angyee dengan mengurangkan cukai dan melantik ahli Angyee kat jawatan pentadbiran negeri.

Time kat muzium Thai Hua, kami terjumpa dengan beberapa warga Penang-Thai yang femes seperti Eabkimjian dimana dia telah mendapat nickname Pencipta Kayangan Sawit (sungguh! kami tak tipu). Dia femes sebab kerana memperkenalkan sejenis pokok getah baru dari Malaysia ke Thailand.

Kiri tu Eabkimjian dan kanan tu pula Tanjin-Nguan.

Lagi sorang adalah Tanjin-nguan, nickname dia pun boleh tahan power gak iaitu Dewa Bijih Timah! Tanjin telah membuka syarikat gali bijih timah dia sendiri dan memperkenalkan sistem palong kat Phuket. Yang paling best, dia telah mendapat penghargaan dari Raja Thailand.

Selain bijih timah, Baba Nyonya juga memperkenalkan makanan baru kat Phuket

Kepada sesiapa yang tak pernah ke Phuket, jangan terperanjat kalau korang nampak makanan macam pulut, kuih seri muka, kuih ang ku, keladi, dan macam-macam lagi. Tapi orang Baba Nyonya tak bawa kuih je, malah mee kari sekali!

Nama je lain tapi rasa tetap sama

Lagi satu peninggalan orang Baba Nyonya yang korang boleh nampak adalah sejenis kenderaan yang korang nampak kat bawah ni, dan percaya atau tidak disebabkan orang Penang-Thai jugalah mereka mempunyai kenderaan tersebut.

Dia macam beca tapi ada enjin!

Kereta Photong (bermaksud kereta biasa dalam bahasa Hokkien) merupakan sejenis kenderaan awam yang digunakan oleh warga Phuket. Masa zaman kegemilangan bijih timah dulu, takde kenderaan sebesar tu jadi orang Baba Nyonya telah bawa lori dari Penang dan bawa ke Phuket. Maka terlahirlah kereta Photong. Takde kaitan dengan aiskrim potong.

Pengaruh Baba Nyonya tak berhenti kat situ, malah ada setengah bangunan dan fesyen juga dibawa masuk. Untuk wanita, terdapat beberapa style seperti Ba-Ba (baju kebaya) manakala lelaki Muslim kat Phuket memakai kopiah yang diberi nama Song Goh dan kain pelikat pula dipanggil Sa-rong. Kebanyakan bangunan kat Phuket dipengaruhi dengan style Cina-Anglo macam yang kat Penang tu.

Sa-rong aka kopian dan Sa-rong aka kain pelikat.
Architecture dan fashion zaman kegemilangan bijih timah kat Phuket.

Ada satu bahagian dalam muzium yang metunjukkan jenis buku yang digunakan oleh para pelajar kat sana. Kitorang siap juba sebuah typewriter dalam tulisan Cina!

Typewriter yang boleh menulis menggunakan huruf-huruf Cina.

Antara yang paling menarik kami jumpa adalah sebuah model rumah yang menunjukkan macam mana orang Baba Nyonya hidup pada zaman tu. Tengok video kat bawak ni, serious best :P

Sayangnya seperti di Malaysia, budaya Baba Nyonya di Phuket pun kian pupus

Perkahwinan Baba Nyonya. Gambar dari malaymailonline.com

Walaupun niat asal kami adalah untuk pergi sejauh yang mungkin dari Malaysia, sebenarnya kami agak teruja bila dapat tau yang pengaruh orang kita ni boleh sampai ke tempat hotspot macam Phuket.

Walaupun best dapat jumpa pengaruh Baba Nyonya kat sana, sama macam kat Penang dan Melaka kami budaya ni makin pupus terutama sekali di kalangan anak muda yang tak minat dengan budaya dan sejarah mereka. Jadi pentadbiran Phuket telah bergabung dengan Jabatan Pentadbiran Awam dalam usaha untuk hidupkan semula Baba Nyonya ni.

Kalau kat Malaysia pula, orang Baba Nyonya \sedang melakukan pembaik pulihan melalui inisiatif mereka sendiri seperti membina museum warisan Baba Nyonya yang terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock. Di Penang, Selangor, dan KL pulak beberapa kempen kesedaran telah dilakukan hasil dari usaha Persatuan Peranakan Baba Nyonya KL Selangor (PPBNKLS)

Thia besar atau tempat menyambut orang. Gambar dari malaysiandigest.com

President PPBNKLS, Dr.Lee Su Kim, sendiri mengaku sewaktu berumur 20-an dan 30-an dia tak minat dengan keturunannya malah siap menolak pemberian ibunya iaitu seutas rantai intan sebab kononnya rantai tu tak style. Nasib baik adik dia ambil rantai tu, jadi ia masih lagi kat dalam keluarganya. Bila dah tua sikit baru Dr.Lee sedar betapa pentingnya warisan ibunya tu, dan time-time macam ni lah baru kita sedar samada suka atau pun tidak, kalau warisan kita tak dijaga ia akan hilang ditelan zaman.

“Secara dasarnya kami mahu budaya Baba Nyonya ni hidup kembali dan bukan saje kat museum, seperti melodi atau sebuah buku yang menarik yang awak tak nak buang, macam tu lah kita tak mahu budaya kita hilang dan hanya wujud di museum” – Dr.Lee Su Kim, Malay Mail.

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance