Kuasa HASHTAG ni berjaya buat orang kutip 502 kg sampah di Sungai Gombak!

Kalau kita perhatikan sekarang ni, semua benda senang, ada je kat hujung jari kita. Nak apa-apa pun kita boleh gunakan ‘The Power of Hand’. Dan bila semua kemudahan terutamanya kemudahan teknologi di hujung jari dah wujud, apa yang masyarakat buat mesti akan jadi viral (tapi tak semua lah). Dan apa yang kita tahu benda-benda viral ni mudah je tersebar dengan kegunaan the power of hand tu tapi sebelum tu kena lah ingat yang kalau tak pasti jangan kongsi.

Kalau kita perasan, setiap hari mesti ada benda yang trending dan ada hashtag yang viral kat media sosial kita, tapi baru-baru ni ada #TrashTag yang viral serta dah berjaya alihkan tumpuan seluruh masyarakat kat dunia terutamanya golongan millenial untuk jadikan alam sekitar lebih selamat. Semua orang kalau boleh tak nak ketinggalan dengan trend ni. Tapi sebenarnya trend ni dah lama dah, tapi kenapa viral semula eh? Jom baca sampai habis.

Haa cabaran sampah apa ni?!

Bukan challenge yang ni tau. Imej dari Giphy

Sekarang ni, apa yang viral kat media sosial, mesti semua orang akan follow. Dah tak kisah dah orang nak cakap apa sebab benda tu dah jadi benda biasa zaman sekarang ni. Korang mesti perasan kan sebelum-sebelum ni ada challenge-challenge yang lalu kat feed media sosial korang contohnya macam ice bucket challenge, cheese challenge dan yang paling best 10 years challenge tu. Dapatlah jugak tengok gambar korang time budak baru nak up tu. (Hehe).

Cabaran #TrashTag ni sebenarnya dah mula tahun 2015 yang dimulakan oleh Steven Reinhold atas kesedaran diri dia sendiri. Dan waktu dia buat challenge ni dia tengah travel dengan isteri dia. Waktu tu dia dengan isteri dia baru lepas shopping, biasalah kalau dah shopping mesti korang akan kumpul segunung resit punyalah. Tapi apa yang korang akan buat dengan resit-resit tu? Mesti korang buang je kan. Rugilah, tak dapat semak balik apa yang korang dah bazirkan tu.

Steven Reinhold dengan kawan-kawan dia waktu sesi pembersihan. Imej dari Ocean Conservancy

Tapi resit yang Steven Reinhold dapat daripada shopping tu, terlepas dan terkeluar daripada tingkap kereta dia. Jadi, dia pun rasa serba salah kat perbuatan dia dan dia berazam nak bersihkan kawasan dan tempat yang resit dia dah terbuang tu. Bila dia dah sampai kawasan yang tempat resit dia terbang tu, dia pun terus kutip sampah-sampah yang lain sebab dia rasa bersalah dengan apa yang dia dah buat sebelum ni.

Idea nak buat hashtag #TrashTag tu tiba-tiba muncul waktu dia tengah kutip sampah tu dalam masa yang sama hashtag tu dapat bagi kesedaran kat semua orang satu dunia ni. Dan, sekarang cabaran #TrashTag ni dah diguna pakai kat satu dunia, Malaysia pun tak terlepas jugak!

Ni #TrashTag challenge kat Malaysia. Imej dari Twitter @Paddle4Nature

Kalau nak ikutkan laporan yang dikeluarkan, kadar pengeluaran sampah kat Malaysia ni berjumlah sekitar 13.5 juta tan sampah yang dah dihasilkan setiap tahun. Banyaknya! Dan, hasil sampah oleh rakyat Malaysia sama berat dengan 30,000 kapal terbang Airbus 380. Cuba bayangkan betapa banyaknya kita dah jadi keluarkan sampah dan bahan-bahan pencemaran kat negara kita! Tapi dengan adanya challenge macam ni, boleh ke kita kurangkan jumlah sampah tu?

#TrashTag ni jadi come back bila Byron Román muat naik gambar kat FB

Hmm ni kitaorang nak bagitahu ni, benda ni jadi trend semula sebab… ada seorang pengguna laman Facebook yang bernama Byron Román buat come back dengan #TrashTag ni dan pengguna-pengguna media sosial Reddit pun asyik memperkatakan benda yang sama jugak.

Ni lah post yang buat comeback tu. Imej dari FB Byron Román

Dalam ruangan Facebook Byron ni, dia ada muat naik dan kongsi gambar kawasan yang dia dah transformasikan lepas dia bersihkan kawasan tu. Post dia berbunyi:

“Ni ada #challenge terbaru untuk korang para remaja yang bosan tak tahu nak buat apa tu. Ambik gambar satu kawasan yang perlukan pembersihan dan penyenggelaraan, dan lepas tu ambik lagi gambar lepas korang dah buat sesuatu dengan tempat tu, dan post kan gambar tu.” – Byron Román, FB Byron Román. 

Lepas mamat Byron ni muat naik status tu kat FB, ramai pengguna media sosial yang sahut cabaran tu, ditambah pulak dengan kesedaran kat alam sekitar yang ada kat dalam diri diaorang. Sekurang-kurangnya ada lah jugak manfaat dan dapatlah menyumbang sesuatu kat dunia ni daripada buat challenge yang baling cheese kat budak-budak tu. Tapi takpelah, tu anak diaorang kan.

Dengan adanya benda-benda yang trending macam ni, secara tak langsung dah galakkan semua orang untuk buat benda yang baik dan kita pun boleh sedar yang aktiviti pembersihan ni memang tanggungjawab semua. Bukan kita serahkan kat orang-orang yang ditugaskan untuk buat kerja tu. Dan dari challenge yang trending ni jugak, ada sekumpulan sukarelawan ni dah tolong pulihkan ekosistem sungai yang tercemar kat kawasan Lembah Klang ni dengan kutip 502 kg sampah kat Sungai Gombak.

Sampah ni sebenarnya boleh dikomersilkan dengan cara…

Awal tahun hari tu, kitaorang ada buat satu artikel yang bagitahu Malaysia sebenarnya dah jadi pengimport sampah plastik terbanyak dari UK, dan sebab tu jugaklah sampah kat Malaysia semakin hari semakin banyak. Dan kita pun tahu yang plastik ni susah nak dilupuskan, jadi tu jugak bagi kesan kat habitat dan eko-sistem yang ada.

Dengan adanya aktiviti yang tak berbayar (sukarelawan) dan viral sekarang ni, secara tak langsung boleh ajak komuniti kita untuk kurangkan kuantiti sampah kat negara kita ni. Dan dulu jugak team kitaorang ada buat artikel pasal sampah ni sebenarnya boleh dikomersilkan, melalui apa? Jeng jeng jeng… dah tentulah guna cara paling senang iaitu KITAR SEMULA. (Yayyy!!!).

Jangan recycle diri korang pulak. Imej dari Giphy

Sebenarnya, kat negara luar, sampah-sampah yang diaorang kitar semula ni boleh jana pendapatan dan buat duit semula melalui akses yang besar contohnya macam kat Indonesia. Diaorang kitar semula botol plastik untuk dapatkan akses dan perkhidmatan pengangkutan. Di Sweden dia gunakan sampah ni jugak untuk jana kuasa elektrik. (Ni semua kitaorang dah tulis kat artikel)

Bila cakap pasal sampah ni, sebenarnya rakyat Malaysia ni masih lagi duduk dan berada dalam mentaliti kelas ketiga yang di mana masih ada lagi sikap suka buang sampah merata tempat (ops…). Dan tempat favourite yang jadi pilihan dengan adanya longgokkan sampah ni semestinya lah sungai kan.

Sebenarnya, sebanyak 51 batang sungai kat negara kita ni dah berada kat tahap pencemaran yang kritikal sebab jadi tempat orang buang sampah, aktiviti industri, kumbahan dengan penternakan.

Ni senarai sungai yang tercemar tu. Imej dari Rojak Daily

“Orang selalu merungut yang sungai kita ni kotor tapi mereka tak sedar yang mereka jugalah punca dan penyebab ke atas pencemaran tu.” – Dr K Kalithasan, Koordinator Global Environment Centre (GEC) dan Koordinator Projek River of Life, sumber dari Star2.

Untuk pemeliharaan alam sekitar terutamanya sungai-sungai kat negara kita ni, ada satu pendekatan yang dah dilancarkan oleh bekas PM kita Datuk Seri Najib waktu tahun 2017 dengan wujudkan satu projek yang dipanggil “River of Life”. Ia bertujuan untuk mengubah landskap Kuala Lumpur menjadi salah satu bandar yang maju dan untuk pastikan komuniti sekitar dapat mengalami kualiti hidup yang tinggi. Dan projek ni jugak fokus untuk penekanan pembersihan dan pengindahan sungai dan secara tak langsung boleh jadi salah satu tarikan untuk pelancong luar.

Bila cakap pasal River of Life ni, awal tahun hari tu Maya Karin dilantik jadi duta dia. Dan kalau semak media sosial, memang Maya Karin ni familiar dengan keprihatinan dia dengan isu alam sekitar. Dan dia pun ada buat pasal ‘river challenge’ yang viral dengan hashtag #riveroflife dan juga #MayaKarinChallenge hari tu dengan cara berselfie dalam air sungai. Sebab dia ni ikon besar, mesej untuk pemeliharaan tu senanglah sampai kat semua orang.

“Kita perlu menghargai sungai-sungai kita. Sungai bukan tong sampah, sungai adalah sungai dan tong sampah adalah tong sampah.

“Jangan satukan dua perkara ini. Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai masyarakat untuk memahami usaha oleh kakitangan awam dalam menjaga kebersihan sungai,”- Maya Karin, duta River of Life, sumber dari Astro Awani.

Amboi budak tu pun taknak kalah eh. Imej dari Oh Bulan

Tak ada challenge pun memang kena buat…

Krisis pencemaran alam sekitar ni sebenarnya dah makin menjadi-jadi, baru-baru ni dunia kecoh dengan penemuan seekor paus yang mati sebab dah makan 40 kg plastik kat kawasan perairan Filipina. Dan pihak UNESCO ada buat laporan yang lebih 100,000 hidupan kat laut akan mati sebab pencemaran sampah sarap kat kawasan perairan ni dan anggaran lebih kurang 90% hidupan laut pernah termakan sisa plastik. Hmm =(

Dan awal tahun hari tu kerajaan dah buat satu inisiatif nak kurangkan pencemaran plastik dengan umumkan larangan penggunaan straw kat kedai-kedai makan. Dengan adanya cara macam ni boleh kurangkan kadar pengeluaran plastik yang jadi punca utama pencemaran alam sekitar ni.

Jangan lupa buang sampah kat tempat sepatutnya. Imej dari Giphy

Mungkin korang boleh kurangkan pencemaran dengan cara-cara kat bawah ni juga:

  1. Untuk kitar semula barang-barang elektrik dan elektronik korang tu, korang boleh pergi dekat e-Sisa.
  2. Untuk kitar semula baju yang korang dah boleh buat sarung nangka tu, korang boleh pergi kat mana-mana outlet H&M, dan boleh jugak pergi dekat mesin Kloth Cares.
  3. Kalau korang tak nak buang barang-barang tu, mungkin korang boleh buat DIY dari sisa-sisa tu (kalau rajin). Kan jimat tu.
About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)