Pendidikan & Kesihatan

Insurans hayat untuk B40, boleh dapat perlindungan sampai RM60k dengan baucar ni

Rasanya kita semua dah faham tentang kepentingan insurans dalam kehidupan seharian. Tapi kita juga tahu yang bukan semua orang mampu untuk beli insurans, terutamanya yang dalam lingkungan B40.

Tapi percaya atau tak, mereka dari golongan B40 boleh dapatkan perlindungan insurans hayat dengan hanya menebus baucar ni!

Wah, macam mana tu?

Merchantrade Insure menawarkan perlindungan sampai RM60k!

Dinamakan Merchantrade Perlindungan Tenang Voucher (PTV), ni adalah baucar bernilai RM75 yang boleh korang tebus untuk dapatkan perlindungan insurans hayat selama setahun daripada Merchantrade Insure.

Dengan adanya insurans hayat ni, keluarga korang akan dapat manfaat. Secara ringkasnya, keluarga akan menerima wang sekaligus (lump sum) sekiranya pemegang polisi insurans meninggal dunia, dan ni adalah manfaat yang ditawarkan:

  • RM30,000 sekiranya meninggal disebabkan kemalangan, Covid-19, atau punca semulajadi seperti sakit jantung dan usia tua; atau
  • RM60,000 sekiranya meninggal disebabkan  Denggi, Malaria, demam Chikungunya, Encephalitis Jepun, Influenza burung, atau virus Zika

Selain tu, Merchantrade juga nak memudahkan lagi proses ni untuk korang. Jadi, ni adalah kelebihan lain yang ditawarkan:

  • Tiada pemeriksaan perubatan
  • Perlindungan segera melalui penebusan digital secara 100%
  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia
  • Pemprosesan tuntutan yang cepat dalam masa 5 hari

Dan semua ni boleh didapatkan dengan hanya menebus baucar Perlindungan Tenang. Jadi…

Macam mana nak dapat?

Kalau korang adalah penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang berumur 18 – 60 tahun, korang layak untuk dapatkan baucar ni. Cara untuk menuntut baucar ni pun sangat mudah:

1. Korang hanya perlu pergi ke laman web ni dan klik butang “Tuntut Sekarang”:

2. Masukkan nombor IC dan jawab satu soalan kesihatan:

3. Masukkan maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon, alamat rumah, pekerjaan dan alamat e-mel, dan kemudian tekan hantar:

4. Korang akan dimaklumkan sama ada layak atau tidak melalui SMS dalam masa 24 jam.

Kematian tak boleh dijangka, tapi sekurang-kurangnya keluarga terjaga

Kalau korang nak tahu, perlindungan hayat Merchantrade Insure ni selaras dengan Baucar Perlindungan Tenang (PTV) yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2022. Ia merupakan sebuah jaminan keselamatan sosial bagi golongan berpendapatan rendah di Malaysia untuk memastikan mereka juga dilindungi.

Dengan adanya perlindungan hayat Merchantrade Insure ni, korang mampu pastikan orang yang disayangi mempunyai wang kecemasan untuk menguruskan perbelanjaan pengebumian & hutang lain yang tak dijangka, sebab kematian juga tak dijangka, kan? Jadi sedikit sebanyak, ia mampu meringankan beban keluarga kita jika adanya berlaku sesuatu yang tak diingini kepada kita.

Kalau korang nak tau maklumat lanjut tentang Merchantrade Perlindungan Tenang Voucher, korang boleh baca soalan lazim kat sini. Dan kalau korang nak dapatkan maklumat lengkap tentang manfaat yang disediakan, boleh klik sini.

To Top

Send this to a friend