Ini 41 ENTITI yang menerima duit 1MDB. Apakah perniagaan mereka?

Wah! SPRM baru je jatuhkan bom tadi, dengan menamakan sebanyak 41 individu dan entiti (syarikat) yang telah menerima wang dari 1MDB dalam tuntutan undang-undang sivil. Apa yang dimaksudkan ialah SPRM telah menemui urusniaga yang jelas dan mudah difahami kepada syarikat-syarikat ini berjumlah RM270 juta – menjadikannya (menurut SPRM) pelucuthakan sivil terbesar negara yang pernah dilihat.

Juga perlu diingatkan yang ini adalah CUMALAH dari syarikat tempatan, di mana SPRM menyatakan yang mereka akan mencari jalan lain untuk mendapatkan kembali kesemua duit kepada syarikat asing.

https://www.facebook.com/UtusanOnline/videos/746835312415899/

 

Dalam sidang akhbar itu, ketua SPRM yang baru dilantik, Latheefa Koya juga mengesahkan yang kesemua wang ni datang dari satu akaun bank Arab Malaysia yang telah menerima wang secara langsung dari 1MDB, jadi korang ada sebanyak 2.6 bilion tekaan lah.

Dato Sri Haji Ismail Haji Abd. Muttalib dala ucapannya, “Usaha Membanteras Rasuah Bukan Hanya Pada SPRM”. Imej dari YouTube

Selanjutnya, nama seorang bekas Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sejak Julai 2010, iaitu Abdul Manan Ismail juga tersenarai. Dia juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari 1986 hingga 2004. Dia bagaimanapun meninggal pada awal tahun lepas akibat serangan jantung.

Apa yang pelik, orang UMNO Pekan yang merupakan parlimen Najib juga antara yang tersenarai. Dia adalah Datuk Ibrahim Awang Ismail ni dulunya merupakan Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Pekan. Wah, orang Pekan macam Najib juga? Jiran ke apa ni? Setakat tu je la maklumat yang kitorang dapat pasal dia.

Ibrahim Awang Ismail

Sebenarnya, kalau korang nak pergi mahkamah dan ambil tahu pasal kes ni pun boleh

SPRM menunjukkan bahawa ia bukanlah pendakwaan jenayah, kerana ia memerlukan masa yang lebih lama, dan keutamaan mereka adalah untuk mendapatkan balik wang. Mereka juga menyatakan bahawa kes mahkamah akan dibuka, ini bermakna korang boleh ambil tahun apabila dah mula pendengaran kes.

“Proses ini nampak telus. Apabila kami failkan, (entiti) akan lebih sedar. Jika mereka secara sukarela bagi semula wang itu, jadi ia akan jadi baik dan bagus. Sementara itu, orang awam boleh melihat perincian afidavit sekarang, ia boleh diliat oleh semua orang apbila kes ini dibawa ke mahkamah.”- Latheefa Koya

Buat masa sekarang, SPRM cakap kes ni agak muda. Wang itu memang masuk ke dalam entiti tersebut. Hanya cara-cara kat bawah boleh elakkan wang itu dipulangkan kepada kerajaan semua…

  1. Buktikan akaun yang menerima wang ini bukan akaun milik mereka
  2. Buktikan yang mereka buat semakan sumber kewangan secara tulen dan telus
  3. Buktikan wang itu pergi ke tempat lain – contohnya ke pembekal

Co written by CILISOS and SOSCILI staff in a few hours of fervent research and last minute kopi while waiting out Friday night jam.