“Disebalik pepatah “biar mati anak, jangan mati adat”, ada kisah tragis kesultanan Aceh

Masyarakat melayu zaman dulu terkenal dengan kelembutan kata dan budi yang baik. Bahasa kiasan — pepatah atau perumpamaan menjadi sebahagian cara orang Melayu lama bercakap. Walaupun cara sindiran, hasrat dan permintaan disampaikan melalui bidalan, peribahasa atau pepatah tetapi masih boleh difahami oleh semua orang. Ia dianggap cara berhemah untuk memberi nasihat atau menegur tanpa membuatkan orang terasa hati.

GAMBAR - GAMBAR LAMA NENEK MOYANG KITA SERTA MASYARAKAT ORANG MELAYU TRADISIONAL DAHULU - AZLAN RUMADI
Masyarakat melayu zaman dulu. Imej dari azlanrumadi.blogspot.com

Zaman sekarang pun ada muncul satu pepatah baru — Janji PH yang bermaksud janji tapi tak ditepati (kami gurau je…). Bahasa Melayu kaya dengan pepatah yang digunakan untuk menceritakan pelbagai perkara dan peristiwa. Akan tetapi, ada satu pepatah yang disalahertikan dan akhirnya…

Menjadi pertikaian orang ramai — pepatah ‘biar mati anak, jangan mati adat’

Korang mesti biasa dengar pepatah ni kan? Betul ke orang Melayu sanggup mempertahankan adat walaupun anak sendiri mati? Sebenarnya fahaman ni salah dan maksud sebenar pepatah ni adalah pentingnya adat yang mesti dipertahankan. Pada zaman dulu, adat dan agama merupakan dua perkara penting dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Siapa je tak sayang anak kan? Imej dari imgflip

Sejak dulu diamalkan dalam masyarakat Melayu sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Selain adat dan peraturan, orang Melayu juga mementingkan undang-undang yang ditetapkan dalam agama Islam.

Dalam sejarah, ajaran agama Islam disebarkan di Tanah Melayu dan telah mewujudkan tamadun Islam melalui raja-raja Melayu serta rakyatnya. Pada masa yang sama, Al-Quran serta Hadis menjadi panduan dan asas dalam melakukan apa-apa bentuk pandangan, amalan nilai hidup atau sebarang tindakan.

PENYEBARAN ISLAM UNTUK MENAMBAH WAWASAN TENTANG DUNIA ISLAM - Pewe.id
Penyebaran Islam di Tanah Melayu. Imej dari pewe.id

Kalau yang buat salah tu anak ketua kampung, anak orang-orang besar atau anak VVIP sekali pun, tetap ‘no mercy’ dan harus dijatuhkan hukuman termasuk hukuman mati. Pepatah ‘biar mati anak jangan mati adat’ menentang nepotisme dalam melaksanakan undang-undang dan bukan fokus pada adat resam semata-mata.

Hukum Kanun Melaka
Contoh hukuman dalam masyarakat Melayu pada zaman dulu . Imej dari hukummalaysia.blogspot.com

Sebenarnya, pepatah ‘biar mati anak jangan mati adat’ bukan lah berasal dari Tanah Melayu. Pepatah ni mempunyai sejarah tersendiri serta diungkapkan oleh pemerintah yang tegas dan bersikap adil iaitu…

Sultan Iskandar Muda yang dikenali sebagai Pemerintah Kesultanan Aceh

Sekitar abad ke-16 dan abad ke-17, Kesultanan Aceh merupakan salah satu kuasa besar di Kepulauan Alam Melayu serta dikenali sebagai salah satu Serambi Makkah. 

Tak Hanya Berkuasa, Sultan Iskandar Muda Dari Aceh Juga Dikenal Dengan Kekejamannya | RIAU1.COM
Gambaran Sultan Iskandar Muda. Imej dari m.riau1.com

Sultan Iskandar Muda merupakan pemerintah yang sangat dikagumi dan disenangi rakyat. Baginda sangat mementingkan perkembangan dakwah serta pengajian Islam semasa pemerintahnya, malah baginda memastikan setiap kampung di Aceh mempunyai sebuah masjid dan surau yang mempunyai madrasah. Guru-guru agama juga dihantarkan ke setiap madrasah.

Walaubagaimanapun, baginda tetap meneruskan amanat sultan-sultan Aceh terdahulu untuk mengukuhkan lagi hukum perundangan negeri mengikut syariat Islam.

Banda Aceh, Sumatraindonesia - August Stock Footage Video (100% Royalty-free) 1038955298 | Shutterstock
Banda Aceh yang sekarang. Imej dari shutterstock.com

Kalau korang nak tahu, Sultan Iskandar Muda ialah seorang sultan yang sangat tegas dalam melaksanakan syariat Islam. Baginda mempunyai seorang putera yang bakal dilantik sebagai Sultan Aceh merangkap pengganti dirinya, namun terjadi satu peristiwa yang mengubah perancangan tersebut. Dari sini lah tercipta pepatah…

“Mate aneuk meupat jeurat, gadoh adat pat tamita” atau ‘biar mati anak, jangan mati adat’

Sultan Iskandar Muda mempunyai dua orang anak —Meurah Pupok dan Safiatuddin. Meurah Pupok dianggap anak emas kepada beliau sebab Meurah Pupok merupakan harapan untuk memimpin kerajaan Aceh.

Akan tetapi, berlaku satu peristiwa tragis apabila seorang tentera datang mengadap Sultan Iskandar Muda lalu menyerahkan diri di istana. Tentera tersebut memberitahu Sultan Iskandar Muda yang Meurah Pupok melakukan perbuatan terkutuk.

Meurah Pupok didakwa berzina dengan isterinya semasa dia sedang bertugas melatih tentera Aceh selama beberapa hari dan dia membuat keputusan menyerahkan diri selepas membunuh isteri sendiri. Tak lama kemudian, tentera tu terus bunuh diri di depan Sultan Iskandar Muda.

LOKASI ISTANA KERAJAAN ACEH DULU DAN SEKARANG | Tengkuputeh
Gambaran rakyat Aceh mengadap Sultan Iskandar Muda. Imej dari tengkuputeh.com

Bayangkan macam mana perasaan Sultan Iskandar Muda bila dengar anaknya sendiri melakukan zina sedangkan baginda sangat menyanjung agama Islam.

Sultan Iskandar Muda sangat murka dengan apa yang dah jadi. Dengan serta-merta baginda membuat keputusan untuk melaksanakan hukuman pancung terhadap Meurah Pupok tetapi cuba dihalang oleh para pembesar. Para pembesar menasihati untuk meringankan hukuman dengan cara menghalau Meurah Pupok dari negeri Aceh, namun ditolak keras. Dalam nada tegas, baginda berkata

“Aku adalah sultan penguasa Aceh, Sumatra, dan Melayu. Aku telah memimpin Aceh dan menaklukkannya dengan menegakkan hukum seadil-adilnya. Aku akan menegakkan hukum terhadap keluargaku sendiri. Aku juga akan menghukum Putera Mahkota dengan seberat-beratnya. Aku akan memenggal leher puteraku sebab telah melanggar hukum dan adat negeri ini.” – Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam

Baginda mengungkapkan satu ucapan “Mate aneuk meupat jeurat, gadoh adat pat tamita” yang bermaksud ‘mati anak ada kuburnya, hilang adat di mana hendak digantikan’. Meurah Pupok menerima dengan hati tenang dan ikhlas lalu mengenakan pakaian putih sebelum menerima hukumannya, malah meminta kepalanya tak ditutup dengan kain supaya dapat tengok wajah ayahandanya untuk kali terakhir.

Berfikir dan Berjiwa Besar: Meurah Pupok, Putra Mahkota Yang Gagal Naik Tahta
Kisah Meurah Pupok. Imej dari informasi-syarif.blogspot.com

Walaupun hatinya menangis, namun baginda tetap teguh dengan hukum Islam. Selepas itu, Sultan Iskandar Muda menitahkan jasad Meurah Pupok dimakamkan di luar kawasan perkuburan diraja. Baginda tak nak jasad Meurah Pupok dimakamkan bersama dengan keturunan raja yang lain.

Tragedi Meurah Pupok, Dipancung oleh Ayahandanya Sendiri Sultan Iskandar Muda - PEUGAH HABA NEWS
Makam Meurah Pupok. Imej dari peugahhabanews.blogspot.com

Terdapat spekulasi yang mengatakan Meurah Pupok difitnah oleh satu kelompok yang tak berpuas hati dengannya, maka baginda termakan dengan kata-kata yang didengari. Kelompok tersebut merancang untuk menggulingkan Meurah Pupok sebagai waris selepas Sultan Iskandar Muda mangkat. Akan tetapi, ada sumber mengatakan yang Meurah Pupok memang berperangai buruk dan layak dihukum.

Ada lagi pepatah lain yang disalahertikan sehingga sekarang

Pernah tak korang rasa ada beberapa pepatah yang kita pernah belajar tapi rasa macam tak kena? Rupa-rupanya ada kesilapan pepatah yang diwarisi turun-temurun. Antara pepatah yang tak masuk akal — “harapkan pagar, pagar makan padi”. Kalau korang fikir balik, memang tak masuk akal pagar makan padi sebab pagar bukan benda hidup untuk makan.

Macam ni ke rupa pagar makan padi? hmm… Imej dari mohamadazemi2013.blogspot.com

Ayat yang betul adalah “harapkan pegar, pegar makan padi” (harapan yang diletakkan kepada seseorang akhirnya dirosakkan). Pegar dalam pepatah ni bermaksud ‘Ayam Pegar’ iaitu sejenis burung yang memakan haiwan perosak di sekitar kawasan sawah padi. Diberi kepercayaan untuk menjaga tanaman padi tapi sebaliknya, burung ni juga menjadikan padi sebagai makanan.

Seterusnya, pepatah yang disalah eja — “melepaskan batuk di tangga” (seseorang yang melakukan perkara dengan sambil lewa). Sebenarnya ejaan yang betul adalah BATOK. Batok merupakan tempurung kelapa yang dijadikan gayung untuk mencuci kaki pada zaman dulu. Biasanya, orang dulu-dulu meletakkan batok di tempat asalnya tapi orang yang malas hanya meletakkan di tangga.

Ada perbezaan tau! Imej dari amnaj.wordpress.com & knowyourmeme.com

Ada pepatah yang disalahertikan sebab kesilapan semasa proses menterjemah daripada tulisan jawi ke rumi. Walaubagaimapun, kesilapan yang mengubah sendiri pepatah tersebut digunakan dalam kehidupan harian oleh nenek moyang zaman dulu sehingga sekarang.

Sebenarnya, dalam kehidupan ni setiap orang pernah melakukan dan perbaiki kesalahan yang telah dibuat. Mungkin dari sini wujudnya ayat “belajar dari kesilapan” kan?