Sejarah & Politik

Fidel Castro: Dibenci Amerika, tapi memberi sumbangan besar kepada negaranya

UPDATE: Tanggal 26 November 2016, Fidel Castro telah menghembuskan nafas terakhirnya di bumi Cuba selepas beberapa dekad menjadi pemimpin di negara tu. Dia meninggal tiga bulan selepas hari jadinya.

Pertama sekali SOSCILI nak ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-90 Fidel Castro! (sorry wish lambat) Kalau korang tak kenal siapa Fidel Castro ni, dia merupakan salah seorang pemimpin Cuba (disebut sebagai Kooba), iaitu sebuah negara kecil molek di bawah US dan terkenal dengan sistem pendidikan dan hospital percuma. Selain dari tu, Cuba ni sering dikelilingi dengan konflik dunia, mereka hampir jadi punca Perang Dunia Ketiga kot.

Dilahirkan di Cuba pada 1926, Fidel Castro mula terjebak dengan dunia politik pada tahun 1947 bila dia join satu gerakan untuk menggulingkan kerajaan Dominican Republic tapi telah gagal. Tahun yang sama dia balik ke Cuba dan cuba kalahkan kerajaan dia sendiri yang time tu dipimpin oleh Presiden Batista (kerajaan Batista time tu dipenuhi dengan rasuah dan salah laku), walaupun mula-mula tu gagal, akhirnya pada 1959 dia berjaya kalahkan President Batista dan ambil alih kerajaan Cuba.

Fidel Castro

#HandsomeBoy Gambar dari History.com

Salah satu sebab dunia Barat (terutama sekali USA) tak minat dengan Fidel Castro ni adalah sebab dia memperjuangkan ideologi Marxism-Leninist. Susahkan nak sebut tu? Haha. Marxism-Leninist  ni sebenarnya ‘bapa’ kepada komunis. Yup! Fidel Castro yang famous ni adalah seorang komunis dan diktator. Negara komunis ni pula tak semua yang berjaya, malah hampir semua gagal so Cuba pun barai jugalah kan?

Tak juga… Fidel Castro jaga rakyat dia sebenarnya, dan antara benda yang dia dah buat adalah…

1. Menjadikan Cuba antara negara dengan kadar celik huruf tertinggi dunia

Setahun selepas Fidel ambil alih negara Cuba pada 1959, dia buat keputusan untuk menaikkan kadar literacy di negara dia sebab time tu seramai 25% rakyat Cuba buta huruf. Kempen yang digelar sebagai Campaña Nacional de Alfabetización en Cuba (juling mata nak baca) atau terjemahannya Kempen Belajar Peringkat Kebangsaan Cuba telah disertai lebih 100 ribu sukarelawan. Lebih kurang macam Program NILAM la kalau kat sini.

Dalam masa setahun selepas program ni dilancarkan, kadar buta huruf dah turun daripada 25% ke 4%! Pada 22 Disember 1961, penyokong-penyokong kempen ni telah turun ke bandar dan berarak ke Plaza de la Revolucion dan menjerit “Fidel Fidel bagitau kami nak buat apa!” pastu ada yang jawab “Belajar Belajar!” sambil pegang pensil yang besar.

Kempen Membaca di Cuba

Perarakan kempen belajar di Cuba. Gambar dari havanatimes.org

Hasil kempen ni, kursus guru telah diperbaiki, sekolah rendah dengan tadika bersepah-sepah muncul, dan kolej/universiti telah menjadi percuma. Tak cukup dengan tu, makanan kat kantin sekolah dan seragam pun percuma. Malah bagi orang yang yang tak mampu nak berjalan ke sekolah (mungkin sebab sakit atau cacat), sekolah mudah alih juga disediakan. So tak pelik tahap literacy Cuba adalah 99.7% dan kalau nak dibandingkan, Malaysia adalah 94.6% dan US pada 86%.

Fidel Castro juga telah membelanjakan sebanyak 10% dari bajet keseluruhan negara ke pendidikan, so no wonder lah orang Cuba ni bersepah-sepah dengan ijazah. Negara Barat seperti UK dan US pula hanya 4% dan 2% je.

2. Menjadikan sistem kesihatan Cuba sebagai yang terbaik antara negara dunia ketiga

Selain sistem akademik yang bagus, sistem kesihatan mereka pun boleh tahan. Semua hospital di Cuba adalah percuma, malah WHO (Badan Kesihatan Sedunia) pernah kata yang healthcare di Cuba adalah contoh terbaik di dunia untuk diikuti oleh negara lain.


Pada tahun 1964, kerajaan US telah melarang sebarang import/export terhadap Cuba termasuk jugalah makanan dan ubat-ubatan kecuali bantuan kemanusiaan. Walaupun kena ban daripada berurusan dengan US (sekaligus menghadkan ekonomi dan kepakaran yang mereka boleh import), Cuba  tetap dapat maintain hospital mereka dan berjaya menjadi negara contoh dalam bidang perubatan moden.

Antara pencapaian mereka termasuklah:

  • Negara pertama yang berjaya menghapuskan polio pada tahun 1962
  • Kes AIDS/HIV terendah di Latin Amerika
  • Berjaya mengurangkan kadar kematian kardiovaskular (sakit jantung) sebanyak 45%
  • Tahap vaksin tertinggi di dunia

Ingat tak tadi kami cakap pasal pendidikan percuma kat universiti? Haa… kalau korang nak tau, nak jadi doktor pun FREE je! Yup, dari tahun pertama sampai tahun keenam adalah percuma. So kalau korang nak jadi doktor, boleh kot usha-usha sikit macam mana nak belajar kat sana.

Doktor Cuba

Gambar dari latino.foxnews.com

Hasil dari pendidikan percuma ni, Cuba telah melahirkan warga doktor yang ramai nak mampus sampaikan mereka mampu hantar doktor-doktor ke tempat lain macam kat benua Afrika dan Latin Amerika. Ban Ki-moon, Setiausaha PBB, telah memuji doktor-doktor dari Cuba atas kerajinan mereka:

“Mereka adalah yang terawal sampai dan terakhir untuk balik” – Ban Ki-moon, dipetik oleh Huffington Post.

Tapi tak semua benda indah kat dunia ni, walaupun Cuba ada banyak hospital, tak semua ada pusat radiologi dan tak banyak yang ada CAT Scan. Selain dari tu, gaji doktor pun tak tinggi, malah ada yang lari ke bidang lain sebab lagi banyak duit.

3. Berkerjasama rapat dengan kawan baiknya, Che Guevara

Kalau kat Malaysia sebut Tun M je mesti teringat Anwar sekali. Kalau Fidel Castro pulak teringat Che Gueavara. Hubungan mereka bermula pada tahun 1955 bila Fidel baru je lepas keluar dari penjara. Tahun kemudiannya, Fidel dan juga BFF dia Guevara pergi balik ke Cuba untuk merampas semula kerajaan Cuba.

Gambar dari dailymail.co.uk

Walaupun mula-mula tu gagal, akhirnya pada tahun 1959 mereka berjaya ambil alih kerajaan Cuba dan bermulalah pemerintahan Fidel Castro! Mungkin ramai yang taktau tapi Guevara sebenarnya bukan orang Cuba tau, malah dia tak pernah jadi rakyat Cuba pun. Guevara sebenarnya orang Argentina tapi masa kat Mexico dia jumpa dengan Fidel dan telah terpengaruh dengan ideologi Fidel mengenai Marxist-Leninist.

Sebagai BFF, Guevara dapat pangkat di peringkat tertinggi masa Fidel jadi Perdana Menteri. First, dia dapat jadi Pengarah penjara La Cabana (kat situ macam-macam cerita pembunuhan tanpa bukti kukuh telah berlaku) dan kemudiannya Fidel naikkan dia jadi Gabenor Bank Negara Cuba dan Duta Cuba.

Che UN

Che Guevara beri ucapan kat meeting PBB. Gambar dari roarmag.org

Tapi sayangnya pada tahun 1967, Che Guevara telah dibunuh di Bolivia oleh pihak tentera sana sebab dia cuba menggantikan kerajaan Bolivia dengan ajaran komunis.

Satu sebab Fidel tak back up adalah kerana Guevara sebelum tu pernah mengkritik kerajaan Soviet dan menyusahkan Fidel untuk membuat hubungan diplomatik dengan mereka, so Fidel terpaksa putuskan hubungan dia dengan Guevara. Kehilangan Guevara memang baik untuk negara Cuba tapi secara peribadi Fidel rasa sedih sebab BFF dia dah takde.

4. Pernah bertemu dengan Tun Mahathir dan menjalinkan hubungan diplomatik

Malaysia dengan Cuba mula buat hubungan diplomatik pada tahun 1975 tapi time tu takde kedutaan lagi. Kemudian pada tahun 1997 dan 2000, Tun Mahathir turun ke Cuba dan bertemu dengan Fidel untuk menguatkan lagi hubungan diplomatik dan pada tahun 2001 pula, Fidel Castro datang Malaysia.

Tun Mahathir Fidel Castro

Ntah lawak apa dorang sembangkan tu. Gambar dari forum.lowyat.net

Hubungan Malaysia dengan Cuba takde lah rapat mana tapi kita ada buat import/export dengan dorang, Kebanyakan barang yang kita export ke Cuba adalah kayu balak dan barang agriculture macam minyak sawit manakala Cuba pula banyak export ke kita barang-barang farmasi dan juga makanan. So manalah tau pisang yang korang tengah makan tu datang dari Cuba.

Tapi bukan sebab pisang dan ubat je Tun Mahathir baik dengan Fidel Castro, Malaysia dan Cuba merupakan ahli Non-Align Movement (NAM), iaitu persatuan negara yang tak terikat dengan mana-mana kuasa besar. Kebetulan negara kita dengan Cuba dianggap sebagai ‘orang kuat‘ kat dalam NAM ni so mungkin tu sebab kenapa Fidel suka lepak dengan Tun Mahathir.

Hasil dari hubungan Tun Mahathir dan Fidel Castro, rakyat Malaysia tak perlu visa untuk ke Cuba, tapi korang jangan lupa bawa passport pulak! Tu memang kena ada. Oh, masa Fidel Castro lawat Malaysia haritu, Yang-di Pertuan Agong telah kurniakan pangkat Darjah Mahkota Seri Negara kepada Fidel. Selain Tun Mahathir, Ibrahim Ali pun pernah jumpa Fidel pada tahun 1992 tapi tak sembang banyaklah, cuma ambil gambar je.

Ibrahim Ali Fidel Castro

Comel je Ibrahim Ali posing sebelah Fidel Castro. Gambar dari thenutgraph.com

5. Mendapat sokongan/tentangan yang sangat berbelah bahagi

Fidel ni sering dikaitkan sebagai seorang diktator sebab dia tak kasi ada parti selain dari parti dia, tapi ada yang gelarkan dia sebagai seorang Hero dan juga antara ikon ahli politik terhebat di dunia. Hubungan dia yang tak berapa nak rapat dengan US juga telah menyebabkan Central Intelligence Agency (CIA) telah mencuba bunuh Fidel sebanyak 600 kali! Intelligence lah sangat…

Fidel Castro cubaan bunuh 600 kali

Gambar dari mentalfloss.com

Ada baik buruknya Fidel ni pegang Cuba. Yang pertama of course dapat free hospital dan takde yuran belajar sampai ke peringkat universiti tapi yang tak bestnya jadi rakyat Cuba ni adalah mereka takde hak bersuara, takde parti politik melainkan parti komunis Fidel, menghadkan jumlah tanah individu, dan tak membenarkan bisnes korporat swasta.

Disebabkan ekonomi kat sana tak berkembang, negara dia pun tak kaya. Kebanyakkan orang sana adalah orang miskin, dan purata pendapatan serumah kat sana adalah lebih kurang RM100 sebulan manakala Malaysia pula adalah RM3626 (nampak tak jauh berbeza).

Lagi satu tak bestnya, Internet kat sana sangatlah mahal (kalau nak dibandingkan dengan gaji purata dorang) dan Wi-Fi ada kat tempat yang terpilih je, kat rumah sendiri memang takde. Walaupun Facebook dengan Twitter boleh main, sebarang website dari parti politik yang melawan parti komunis Fidel Castro akan di-block oleh kerajaan (macam ex korang block korang kat Facebook).

Tengok lah kepentingan korang kat mana, kalau korang nak kerja korporat atau jadi CEO memang taklah tapi setakat nak buka kedai runcit boleh lah. Lagi pun, kalau nak kerja proper korang kena kerja macam doktor, askar, atau mana-mana sektor kerajaan.

Cuba street musician

Gambar dari travelchannel.com

Sekarang ni Fidel Castro dah bersara dan pass kuasa kepada adik dia, Raul Castro, pada tahun 2008. Awal tahun 2016 ni, Presiden Barrack Obama telah mengumumkan yang US akan melonggarkan larangan terhadap Cuba. Pentadbiran Obama juga sedang berusaha untuk alihkan terus larangan terhadap Cuba supaya dua-dua negara tu boleh berurus niaga tapi setakat ni masih ada lagi larangan, so kita tunggu je la.

Demi negara, seorang pemimpin sanggup buat apa saja

Kehidupan Fidel Castro time muda dulu bukannya susah, malah dia dilahirkan dalam keluarga yang kaya kot tapi sebab dia berpegang teguh terhadap prinsip dia, Fidel Castro sanggup kena penjara dan lepak dalam hutan demi negara tercinta dia.

Negara kita pun apa kurangnya, macam contoh, kita ada Tun Razak yang jadi spy masa zaman penjajahan Jepun, atau pun macam mana Tun Ismail berjaya settle kan masalah 13 May 1969. Nak dapat pemimpin yang berwibawa bukannya senang, nak jadi pemimpin lagi lah pening. Ibrahim Ali pernah kata:

“Saya kagum sebab dia berjaya mendapat sokongan hampir 100% dari rakyat Cuba walaupun negara dia sering berpaling muka dengan US” – Ibrahim Ali, dipetik oleh Malaysian Digest.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.

Popular

To Top

Send this to a friend