
- 2.1KShare sekarang!
- Facebook2.0K
- Twitter0
- LinkedIn1
- Email68
(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)
Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.
Pada 14 Januari lebih kurang 378 tahun yang lepas, Belanda secara rasminya berjaya menawan Melaka. Kubu Pertahanan Portugis pula masih lagi wujud sampailah ke hari ni. British pula yang terapkan macam mana sistem undang-undang dan pendidikan kita. Jepun menyerang seluruh generasi dalam konflik global terbesar dalam sejarah manusia. Tapi bila datang kepada Belanda pula, tak banyak yang ada dalam fikiran kita, kan? Kalau korang power, ambik kuiz ni sekarang!
Kalau jawapan korang D) Tiada satu pun di atas, betul dah tu. Apa yang lebih menarik, Belanda yang paling lama bertapak kat Nusantara ni, iaitu (lebih 183 tahun berbanding Portugis iaitu 130 tahun, 171 untuk British dan 3+ untuk Jepun). Tapi nampaknya… ramai yang tak sedar tentang kedatangan Belanda suatu masa dulu. Steven Wu, seorang graduan MIT, menerangkan pengaruh Belanda seperti:
“Warisan zaman penjajahan Belanda hanya terdapat di beberapa bangunan merah di Melaka dan ini tidak lebih daripada perasaan ingin tahu pelancong dari era yang lampau.” – Steven Wu di Quora

Belanda tiba, curi sebuah kapal (untuk menarik perhatian Sultan) dan melantik seorang peguam olok-olok

Kalau korang baca balik buku Sejarah, korang akan jumpa di mana sejak tahun 1511, Melaka berada di bawah jajahan Portugis yang memaksa kesultanan Melaka keluar, membentuk Kesultanan Johor yang baru. Kalau korang ingat, Melaka adalah salah satu pelabuhan yang paling strategik di seluruh wilayah.

Pada masa tu, Belanda ni boleh diibaratkan macam remaja yang berjaya berpindah keluar dari rumah mak bapak diorang (sebab mereka ni baru je memberontak terhadap Sepanyol), dan juga curi kereta bapak diorang (mereka juga berjaya mencuri beberapa peta Portugis).

Mereka pun berhasrat untuk menempa nama sendiri (tapi sebenarnya lebih kepada nak cari duit masa peperangan menentang pakatan besar Sepanyol-Portugis). Belanda kemudiannya menemui…Asia Tenggara! Tanpa membuang masa, Belanda terus membuat hubungan dengan orang Melayu. Mereka yang diketuai Admiral Van Heemskerk, seorang penjelajah Belanda yang suka berlawan dengan beruang tanpa senjata dan pernah berjaya bertahan di Artik.
Pada masa tu, Sultan Johor masih agak bengang bila dia kehilangan Melaka yang jatuh ke tangan orang Portugis. Jadi bila Belanda bagitahu hajat je, jadi dia pun berminatlah. Walau bagaimanapun, Sultan Johor nak mereka membuktikan yang mereka adalah sekutu yang layak, jadi Sultan pun suruh mereka curi kapal harta karun Portugis. Van Heemskerk apa lagi, terus bersetuju dan mengarahkan tiga kapal kecil bersama 130 orang untuk menyerang kapal Portugis yang mempunyai 17 meriam, dan 1000 orang tentera Portugis. Tapi disebabkan Portugis tak bersedia untuk berperang, jadi Belanda menang.

Rampasan porselin dan sutera dari kapal menjadikan Belanda dan Sultan kaya. Dana VOC pada masa tu secara terus meningkat dua kali ganda daripada rampasan tersebut. Tapi kalau korang nak tahu, hasil rampasan tu masih tak dapat dibandingkan dengan kapal Portugis ‘Flor De La Mar’ aka replika raksasa kapal di Melaka, yang tenggelam dalam ribut semasa mengangkut semua rompakan yang dicuri dari Melaka pada tahun 1511.

Yang anehnya, orang Portugis membalas dengan… ancaman undang-undang!? Nampaknya ada undang-undang cetak rompak pada masa tu, dan Belanda tak mempunyai lesen untuk jadi lanun.
Belanda dan VOC mempertahankan tindakan tu dengan mendakwa mereka hanya ‘punca’ sebab mereka ‘tak mempunyai pilihan’ untuk mencuri kapal tu bagi memecahkan monopoli perdagangan Portugis. Lebih-lebih lagi, mereka mengupah seorang ‘peguam’,yang berjaya memenangi kes tu, dan menggunakan kaedahnya sebagai asas untuk beberapa undang-undang antarabangsa yang akhirnya pada zaman moden diiktiraf sebagai sebahagian daripada Piagam Bangsa-bangsa Bersatu!
Kanibalisme berlaku, mereka memutuskan untuk menyerang Melaka
Sultan sangat kagum dengan rampasan yang dilakukan tu, jadi dia terus mengutuskan beberapa orang Melayu ke Belanda, termasuk surat peribadinya kepada Stadtholder Belanda (presiden). Setahun kemudian, sekutu-sekutu Belanda dan sekutu-sekutu Johor menyusun rancangan untuk menyerang Melaka. 30 tahun dan 3 kali percubaan tu, barulah menang akhirnya….

Selepas dua percubaan yang gagal di Melaka, Belanda akhirnya memberikan satu peluang terakhir pada tahun 1640– pengepungan yang berlangsung selama 6 bulan! Malah Johor pun masuk campur, di mana terdapat 40 kapal dan 2000 orang. Korang kena ingat yang kubu Portugis tu sangat maju untuk masa tu, dengan tembok tebal yang tak dapat ditembus meriam dari kapal Belanda.
Walau bagaimanapun, Portugis kekurangan tentera dan tak ada bantuan, jadi beberapa bulan dalam pengepungan tu, Belanda berjaya membina sebuah kubu di luar benteng Portugis(whoa!!!) dengan 16 meriam dalam julat pistol Portugis. Dengan berkesan memotong semua akses ke kubu, sepenuhnya mengelilingi bandar. Kami cukup yakin ini adalah rekod pengepungan kubu lawan pertama yang berjaya dirakam dalam sejarah Asia Tenggara.
Dengan tiada jalan keluar, penduduk Melaka mula kehabisan makanan. Pada mulanya, mereka mula makan tikus dan kucing. Akhirnya keadaan menjadi sangat buruk, dalam satu kes, seorang ibu didakwa menggali mayat anaknya dari kubur dan, setelah menahan lapar selama dua hari, dia terpaksa memakan mayat tu. (Korang takkan jumpa kisah ni dalam buku teks).

Tapi lepas tu, merekalah penjajah ‘paling baik’ yang pernah kita ada
Mula-mula, Belanda membaiki dan mengembangkan kubu Portugis yang lama. Kalau korang nak tahu, ahli sejarah menganggap Jakarta (ingat tak yang penjajahan di Batavia lebih awal? Ia menjadi modal serantau Belanda :O) lebih maju daripada Melaka. Pada tahun 2000-an, sejarawan mula meneroka idea yang Belanda di Melaka adalah sebuah bandar yang lebih maju berbanding dengan bandar-bandar lain di rantau ini.
Malah beberapa catatan pelancong menyatakan yang Belanda di Melaka mempunyai ‘pelabuhan yang paling baik di Hindia’, dengan pentadbiran yang membina rumah anak yatim, sanitasi dan jalan raya yang baik. Ahli sejarah Prof Dr Nordin Hussin dari UKM di Bangi bahkan mengakui, kalau dia terpaksa tinggal di mana-mana bandar Asia pada abad ke-18, tanpa fikir panjang, dia pasti akan memilih Melaka.

Kebetulannya, banyak laman web (termasuk wikipedia) menyenaraikan orang Cina dan Inggeris sebagai penambang timah pertama, tapi orang Melayu tempatan yang memulakan perlombongan bijih timah, dengan Belanda yang berkhidmat sebagai pengeksport barangan. Dan operasi tu bukan kecil-kecilan je, tapi sangat besar, sampaikan Melaka mengeksport lebih 500 ribu pound setiap tahun. Malah, diorang juga ada Ekonomi Tulip yang menjadikan raja-raja tempatan dan Belanda sangat kaya.
Dan bila kitorang kata VOC kaya, kitorang maksudkan syarikat terkaya dalam ‘sejarah kemanusiaan’. Diselaraskan dengan inflasi (yang amat sukar untuk dilakukan selama berabad-abad), mereka mempunyai nilai 7.9 Trilion Dolar (ambik kau, Tim Cook!).

Portugis Katolik juga dikatakan mendiskriminasi pedagang Muslim dan Cina, cuba untuk menukarkan agama diorang sebanyak mungkin, Belanda Protestan gembira menerima semua agama (bahkan Katolik), selagi mereka dapat keuntungan. Belanda juga menyokong pembinaan tempat ibadat untuk pelbagai agama. Yep, kuil Tao adalah yang tertua di Malaysia dibina di Melaka semasa zaman Belanda!
Pengaruh Belanda tak terbatas pada bangunan je – mereka juga sangat mempengaruhi bahasa Melayu. Dah tentulah peribahasa ‘bagai Belanda meminta tanah’ ni bermaksud meminta lebih daripada apa yang diberikan (agak tak adil terutamanya untuk membandingkan dengan Portugis dan Inggeris… sebab Belanda tinggal di Melaka sepanjang masa! Kecuali kalau mereka merujuk kepada apa yang Belanda lakukan di Indonesia).
Belanda juga yang bawa ‘Dollar’ untuk kegunaan yang meluas, tapi korang tahu ke yang mereka juga bagi kita ‘Duit’? Dan ada juga la beberapa perkataan yang kita ambil dari mereka:

Kalau mereka ni dah cukup hebat, macam mana pulak England boleh datang?
Persahabatan Belanda dengan Johor sangat berguna untuk Belanda, Johor memberikan hak eksklusif kepada mereka untuk perdagangan dan penghantaran, dan Belanda pula memberikan perlindungan dari pesaing mereka di Indonesia. Walau bagaimanapun, persahabatan selama 180 tahun akhirnya menjadi tegang apabila Johor mengalami krisis penggantian keluarga diraja akibat serangan dari Bugis dan Minangkabau dari Indonesia.

Apabila Bugis dihantar kembali ke Selat, Sultan menyedari yang Belanda tak lagi berguna untuk melindungi mereka, dan disebabkan Belanda cuba membayar mereka dengan harga yang rendah untuk timah mereka, mereka mula menjualnya secara haram kepada British. (Jadi makin dramatik pulak bila Belanda dapat tahu, malah berlakulah kekacauan yang sangat kompleks melibatkan rampasan kapal, tikam belakang, dan juga kehilangan rampasan. Korang boleh baca lebih lanjut kat sini).

Menjelang tahun 1786, British dah set up kat Pulau Pinang, yang dalam masa yang sama terus mengurangkan pengaruh Belanda. Ketika British meminta Belanda (dengan meriam) untuk memindahkan Melaka kepada mereka untuk ‘mengamankan’ dalam peperangan mereka melawan Perancis, mereka tak punya pilihan melainkan bersetuju. British, menjadi British (macam yang kita tahu) terus memusnahkan kubu Belanda. Hanya satu segmen yang tersisa – rumah gerbang Porta De Santiago (A’Famosa) yang hampir tak berjaya diselamatkan oleh Sir Stamford Raffles.
Lepas peperangan dengan Perancis berakhir, pihak British memberikan Melaka kembali kepada Belanda seperti yang dijanjikan, tapi kemudian pada tahun 1796, Perancis menceroboh tanah air Belanda (Belanda), dan VOC kemudiannya terus ditutup. Kerajaan Belanda kemudiannya menguasai semua pegangan VOC, memberikan Melaka kepada British dan menarik diri dari semenanjung dalam Perjanjian London pada tahun 1824, macam yang ada dalam buku teks tingkatan 2 dulu.
Oh dan bangunan-bangunan ikonik merah yang ‘super estetik’ tu pulak? Asalnya bangunan tu berwarna putih, tapi orang Inggeris yang kemudiannya cat bangunan tu kepada warna merah.
Jadi kawan-kawan sekalian, macam tu la era penjajahan Belanda dalam sejarah kita tak ditunjukkan dalam buku teks. Padahalnya ni adalah satu kisah yang sangat menarik pada zaman tersebut. Dan kalau nak diikutkan, ramai je rakyat Malaysia yang berdarah Belanda, tak banyak pun, mesti ada lah sikit.
- 2.1KShare sekarang!
- Facebook2.0K
- Twitter0
- LinkedIn1
- Email68