Cara dapat diskaun tak tercapai dek akal sempena Shopee 8.8

Korang perasan tak kadang-kadang ada kotak Live Shopping menyibuk masa korang tengah layan tengok barang-barang di Shopee? Mungkin korang abaikan je sebab… yelah, iklan kan. Tapi ni antara keadaan di mana korang boleh rugi sebab abaikan iklan!  

Sebabnya dari 26 Julai sampai 11 Ogos ini, korang boleh dapat diskaun 70% untuk mana-mana barang yang dijual kat Shopee Live! 70% tu! Bukan itu je, masa ni ada juga baucar penghantaran percuma dan pilihan untuk bayar secara ansuran tanpa faedah.

Jadi kalau barang dalam cart korang dah bertimbun, nilah masa terbaik nak berbelanja!

Meriah bersama sempena 8.8 ini dengan Shopee Shake dan Spin & Win!

Bukan tu je. Shopee juga ada menganjurkan pelbagai Games menarik di mana korang boleh menang Coins kat Shopee setiap hari ni! Apa korang perlu lakukan cuma perlu buka aplikasi Shopee dari jam 8 sampai 8.30 malam setiap hari hingga 11 Ogos dan join Putar & Menang Jongkong Emas 999.9 10g” bernilai RM 4,000 dan Shopee Shake untuk peluang menang sehingga 888,888 Shopee coins! 

Mudah je nak turut serta, ikut je arahan yang dia bagi. Tangkap layar dari Shopee.

Bayar lebih murah dengan Shopee Live

Mungkin korang ingat diskaun 70% tadi cuma untuk sesetengah benda je, tapi tak! Hampir semua yang dijual dalam Shopee Live sampai 11 Ogos ni ada diskaun 70%. Berbaloi untuk korang berusaha cari seller jual barang yang korang dah lama nak dalam tempoh ni, sebab harga dia tak masuk akal murah! 

Macam-macam ada bak ang! Makanan ada, pakaian, sampai ke barang-barang elektronik pun ada.

Bila barang dah murah, nanti kos penghantaran lagi mahal dari harga barang pulak. Rasa macam nak gigit je objek-objek yang berdekatan kan? Jangan bimbang, sebab tiap-tiap hari ada baucar penghantaran percuma tanpa pembelian minimum! Maksudnya kalau korang guna baucar ni, harga barang tak sampai seringgit pun boleh dapat free delivery.

Dan bukan tu je! Sepanjang bulan Ogos, korang boleh beli produk Fesyen & Kecantikan kegemaran korang dengan Baucar Penghantaran Percuma yang disegarkan semula setiap hari pada jam 12 tengah hari. Dapatkan baucar dan mula membeli-belah sepuas hati korang!

Katakanlah selepas guna baucar diskaun 70% dan dapat penghantaran percuma pun, korang masih rasa macam tak cukup, janganlah korang berduka cita sebab Shopee menyediakan perkhidmatan SPayLater dimana korang boleh bayar secara ansuran sehingga 3 bulan, dengan 0% caj.

Ni baru sikit, kalau korang skrol lagi ke bawah ada banyak lagi pilihan baucar untuk SPayLater. Tangkap layar dari app Shopee.

Malah, kalau ni first time korang pakai SPayLater, korang boleh dapat lagi diskaun tambahan RM20 tanpa pembelian minimum. Sekiranya korang otai SPayLater, jangan risau! Korang masih boleh dapat diskaun RM20, dengan pembelian melebihi RM130. Apapun, bila deal dengan baucar SPaylater ni, kenalah cepat-cepat ya.

Tapi camne kalau cepat sangat sampai menyesal berbelanja?

Korang boleh hantar balik barang yang korang beli dengan mudah

Ya, kitorang faham. Kadang-kadang lepas dah puas hati letak order, tetiba terfikir apahal lah korang beli air fryer. Kalau boleh nak kembali ke masa lepas untuk mengubah segala-galanya.

Jangan jadi Alif.

Terlajak perahu, boleh diundur, terlajak beli barang kat Shopee… boleh pulangkan dan dapat balik duit korang! Hantar je balik barang korang dalam tempoh 15 hari dengan alasan korang berubah fikiran (change of mind). Tapi ingat, ni cuma untuk barang-barang dari kedai yang ada label ‘Free Return‘ je tau!

Shopee juga memberi jaminan bahawa setiap barangan korang pasti akan tiba pada masa yang dijanjikan. Ikut polisi Jaminan Tepat Waktu Shopee, kalau barang yang korang beli lambat sampai, korang akan dapat baucar RM5.

Dengan diskaun mantap kat Shopee Live, penghantaran percuma, 15 Hari Pemulangan Percuma, Jaminan Tepat Waktu, dan pembayaran ansuran tanpa faedah SPayLater, memang sekarang masa yang terbaik untuk korang shopping sakan. Jangan tangguh-tangguh lagi, buka Shopee sekarang!

Maklumat lanjut: KLIK SINI