Alam Sekitar

Buah tumbuh 5 tahun sekali kat Sarawak ni, boleh jadi mentega tanpa susu

(Untuk korang yang nak tahu sama ada berita tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Terliur tak? Imej dari gifs.com

Apa yang kita tahu mentega (butter) ni asalnya daripada bahan-bahan dan produk tenusu daripada lembu. Perkataan mentega diambil daripada perkataan Portugis iaitu manteiga.

Bila cakap pasal mentega ni, mesti orang yang alah (allergy) dengan bahan-bahan tenusu akan rasa kecewa sebab diaorang tak boleh nak makan mentega yang lemak berkrim disukai ramai tu. Tapi, ada satu jenis mentega ni khas untuk golongan vegetarian dan golongan yang alah dengan bahan-bahan tenusu ditemui (orang lain pun boleh makan jugak, jangan risau).

Mentega ni hanya boleh didapati kat kawasan dan negeri-negeri Borneo. Mentega ni hasil daripada satu jenis tumbuhan yang digunakan di Sarawak untuk membuat dan menghasilkan sejenis mentega yang diaorang sebut sebagai minyak Engkabang. Hah! Apa tu?

Mentega daripada tumbuhan dan bau dia sama macam roti!

Posting pasal minyak engkabang. Imej dari FB Gina Yap Lai Yoong

Selain Engkabang…. dia jugak dipanggil dengan nama lain seperti Kawang, Jantong, Kawang Jantong dan Tengkawang Hantelok. Tapi, nama saintifiknya dikenali sebagai Shorea Macrophylla. 

Kitaorang tetap nak panggil dia Engkabang. Hmm. Imej dari Imgflip

Apa yang kategorikan dia sesuai untuk golongan vegetarian – sebab dia bukanlah daripada produk tenusu tapi dia hasil daripada kategori BUAH-BUAHAN! Minyak Engkabang asalnya daripada buah hasil daripada bunga kat pokok Engkabang tu sendiri. Buah ni turut dikenali sebagai buah ‘helikopter’.

Dan ini merupakan cara-cara untuk menghasilkan minyak Engkabang tu.

Kupas kulit ataupun kelopak buah tu terlebih dahulu, kemudian biarkan buah tu kering (jemur atau salai).

  • Keringkan buah Engkabang (jemur atau salai)
  • Tumbuk dan perah buah yang dah kering tu untuk keluarkan minyaknya
  • Masukkan minyak Engkabang tersebut dalam buluh
  • Biarkan minyak Engkabang tersebut masak dan beku dalam buluh tersebut

 

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Kegunaan minyak ni lebih kurang sama macam mentega koko (cocoa butter) memandangkan ada satu kajian yang mengatakan mentega Engkabang ni berpotensi boleh menggantikan mentega koko yang sedia ada. Korang boleh bergantung dengan minyak ni untuk penghasilan dan sumber makanan, rawatan kulit, pengeluaran produk-produk kosmetik, lilin dan jugak sabun.

Walaupun mentega daripada minyak Engkabang dengan mentega koko ni mempunyai komposisi glycerise (glycerise-compositions) yang sama, masih ada jugak perbezaan antara dua jenis mentega ni. Mentega engkabang ni rasa dia macam minyak sayuran dan tekstur dia lebih berminyak. Kalau mentega koko pulak, rasa dia macam rasa coklat yang ringan dan tekstur dia jugak lembut. Mmmmmm…

Dan menurut satu buku mengenai kajian sains di sebalik pembuatan coklat, perbezaan yang paling ketara antara mentega Engkabang dengan mentega koko adalah supercooling-limit. (Supercooling merujuk kepada proses menurunkan suhu di bawah titik beku tanpa mengakibatkan keadaan mentega tu menjadi padat). Ini bermakna kalau korang cuba nak buat coklat dengan menggunakan mentega Engkabang ni, proses untuk dapatkan tekstur coklat yang sempurna perlu dilakukan pada suhu yang lebih tinggi.

Tapi, kalau nak rasa korang kena tunggu dalam masa 5 tahun

Kalau korang nak tahu, pokok Engkabang yang matang hanya menghasilkan buah-buahan setiap 4 ke 5 tahun (musim pokok ni berbuah). Dan ni lah sebab utama kenapa orang Borneo tak jual minyak ni secara kerap. Dan, bila diaorang jual minyak ni, harga jualan minyak tersebut menunjukkan yang hasil daripada minyak Engkabang ni sangat bernilai.

Berdasarkan kajian PlantUse, harga minyak tersebut akan naik dan turun secara drastik dalam tahun di mana pengeluaran minyak Engkabang ni adalah tinggi. Aspek yang lain-lain tu dipengaruhi oleh apa yang berlaku dalam pasaran koko semenjak mentega Engkabang ni boleh jadi pengganti kepada mentega koko.

Kebanyakan orang yang jual buah Engkabang ni tak dapat hasil yang lumayan sama macam menjual minyak engkabang tu sendiri, memandangkan harga buah Engkabang tu pun hanyalah bernilai antara RM0.80 hingga RM1.50 sekilogram.

Buah engkabang berbentuk kipas helikopter tapi tak sama panjang. Imej dari JamesJG

Ada satu Facebook post yang kitaorang perasan, minyak Engkabang ni boleh didapati dengan harga sekitar RM15-20 (korang boleh tengok dekat sini dan kat sini), tapi… ada penduduk kat situ bagitahu yang minyak Engkabang ni biasanya dijual dengan harga RM5.

Selain daripada tanaman yang hanya boleh berbuah dalam jangka masa setiap 4 hingga 5 tahun, ada jugak tanaman lain yang jarang dan susah untuk dapatkan hasilnya. Walaupun kita boleh cari dan jumpa pokok-pokok ni dekat kawasan sungai, tapi kita kena tunggu sampai pokok ni berusia 18 hingga 25 tahun bagi pokok ni untuk berbuah.

Mentega engkabang. Imej dari FB Gina Yap

Disebabkan ciri-ciri dia yang macam tu, ia bagi kesan ke atas jumlah pengeluaran tanaman tersebut, dan dikatakan hasilnya berbeza-beza setiap tahun. Ini anggaran kira-kira penghasilan buah Engkabang:

1 pokok = 6 kg buah Engkabang

1 hektar = 180 pokok

1 hektar = 180 pokok x 6 kg buah Engkabang = 1,080 kg per hektar

Tapi kebiasaannya, dalam tahun pengeluaran hasil minyak Engkabang yang tinggi, pokok ni berjaya menghasilkan 1120-1140kg buah per hektar (jumlah pengeluaran buah Engkabang ni kat Sarawak adalah sekitar 20 juta-30 juta kg). Dikatakan 1 pokok Engkabang boleh menghasilkan pendapatan sehingga RM150-RM200. 

Dan, kalau korang nak tahu berapa banyak mentega yang boleh dihasilkan daripada 1kg buah Engkabang, korang boleh tengok klip video kat YouTube ni. Kitaorang jugak buat kira-kira untuk tukarkan gram mentega kepada ml (sama jugak macam cm3). (Dah boleh dah jadi cikgu matematik).

Terima kasih korang! Imej dari YouTube

Disebabkan musim buah Engkabang ni jarang ditemui, sebab tu lah harganya agak mahal berbanding buah-buahan dan mentega yang lain. Dan hal ini jelas menunjukkan pokok Engkabang susah didapati dalam pasaran semasa. Dan ia tersenarai dalam spesis pokok yang terancam oleh Senarai Merah IUCN disebabkan kegiatan pembalakan.

Kayu dari pokok Engkabang ni sangat berkualiti dan mahal; sebab tu semakin pupus

Kalau korang nak tahu, pokok ni jugak merupakan spesis pokok pilihan dalam pembalakan untuk dijadikan kayu (Meranti Merah). Menurut Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), harga bagi kayu dari pokok ni menghampiri RM1,800 untuk setiap batang kayu balak yang terhasil. Harga ni cukup tinggi untuk spesis kayu ringan macam ni. Ini mungkin disebabkan ia sangat susah dicari dan berkualiti tinggi: ringan, lembut, tahan lama, stabil, tahan daripada ancaman serangga kayu dan kulat serta boleh digunakan untuk tujuan yang berbeza.

Dan ada beberapa perbincangan yang dijalankan mengenai keadaan spesis pokok ni untuk tujuan pemuliharaan (kalau korang nak tahu, korang boleh baca pasal tu kat sini, kat sini dan kat sini).

Kayu Meranti Merah. Imej dari AliBaba

Ada satu kajian (yang disokong oleh organisasi yang lain) membuat kesimpulan yang penanaman semula hutan boleh dilaksanakan dengan jayanya. Dan ia boleh bergantung pada beberapa kos, seperti kos kayu, penyelenggaraan dan hasil tuaian. Dan, sebab ini, dalam jangka masa panjang, Sarawak dah banyak terlibat dalam program penanaman semula hutan. Ia juga dilengkapi dengan inisiatif pengenalan pelbagai spesis baru dan penubuhan semula hutan simpan yang telah dirangkakan di seluruh Sarawak.

“Kenapa kita bersikap agresif ke arah sektor perindustrian ladang pokok ni? Ini kerana untuk memastikan kelestarian sektor perhutanan dan untuk menyokong industri perkayuan.” – Timbalan Ketua Menteri, Amar Awang Tengah Ali Hasan, sumber dari Borneo Post Online.

Industri perkayuan. Imej dari Tree Hugger

Kerajaan Sarawak pantau penebangan hutan ni dengan menggunakan … dron?

Sehingga Oktober 2018, perladangan pokok untuk perindustrian meliputi lebih 400,000 hektar tanah kat Sarawak. Dan sekarang, Sarawak sanggup melabur untuk teknologi baru yang mampu membantu untuk memantau penebangan hutan, serta menyokong usaha pemuliharaan. Teknologi moden tu termasuklah menggunakan satelit dan dron (serta beberapa alat teknologi canggih yang lain).

“Kita perlu menjaga dan memantau hutan dengan menggunakan teknologi baru dan sedia ada seperti menggunakan dron, dan itu sebabnya saya meningkatkan infrastruktur digital kami kepada 4G dan 5G … “- Abang Johari, sumber dari Borneo Post Online. 

Imej dari Protected Area Watch

Kerajaan negeri Sarawak jugak akan mengkaji semula undang-undang hutan selaras dengan usaha untuk menjaga hutan dalam keadaan yang lebih baik. Dan jugak untuk memenuhi keperluan komuniti yang terlibat dan industri perkayuan.

“Memandangkan Sarawak adalah negeri penghasil kayu balak utama di Malaysia, kita mesti mencari jalan baru dan cara-cara inovatif yang lain untuk mengekalkan sumber hutan kita. Pada masa yang sama mengoptimumkan sumber yang sedia ada.” – Abang Johari, sumber dari Malay Mail. 

Walau bagaimanapun, mereka tidak menyatakan berapa banyak ladang hutan yang terdiri daripada pokok-pokok Engkabang, tetapi sekurang-kurangnya, ada harapan bahawa pokok-pokok Engkabang akan berada dalam keadaan yang baik.

Haa nak pergi mana tu? Tak habis lagi. Imej dari Giphy

Orang tempatan ada bagitahu yang pentingnya dan perlunya perlindungan hutan yang berkesan dan berterusan. Ia sebagai salah satu cara untuk kawal penebangan pokok Engkabang ni daripada berleluasa.

 “Pokok Engkabang ni adalah spesies yang terancam dan semakin pupus oleh kerana sikap pembalak yang tidak ambil peduli tentang keadaan spesis tu, dan untuk penuhi keperluan kayu-kayan diaorang.

Oleh itu, penduduk tempatan biasanya mengatakan bahawa musuh yang paling teruk terhadap pokok engkabang ni adalah jentolak yang dikendalikan pembalak yang tidak berperikemanusiaan.”- [email protected], sumber dari Blog [email protected].

Disebabkan pembalakan pokok Engkabang yang semakin berleluasa disebabkan kualiti dan nilai komersil pokok tu, ia sama macam kes yang terjadi pada spesis kayu gaharu (yang bernilai mencecah US$9 juta). Dan, kalau pemulihan semula hutan tak diurus dengan betul, mungkin kita dah tak dapat peluang untuk rasa mentega Engkabang tu. 

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend