Beli iPhone 15 guna telco apa paling murah? Jom bandingkan.

Siri iPhone 15 terbaharu dah keluar, tapi harganya, fulamak… Lebih dari sebulan gaji dibuatnya. Jadi tak pelik kalau ramai yang memilih untuk beli iPhone 15 ni menerusi pelan telco.

Pedih

Tapi, jangan korang digula-gulakan. Walaupun banyak telco tawarkan iPhone 15 dengan harga yang murah, tu belum termasuk harga langganan pelan dengan telco terbabit. Bila dah campur semua sekali, boleh tahan bayar bulan tu.

Jadi, telco mana yang tawarkan pelan iPhone 15 paling mampu milik? Baru-baru ni, Yes 5G cabar kami untuk bandingkan semua pelan iPhone 15 di Malaysia sebab diorang claim yang harga pelan diorang paling murah.

Demi menyahut cabaran ini, kami telah cari bayaran bulanan termurah yang ditawarkan oleh setiap telco di Malaysia, dan juga kos terkumpul yang korang kena bayar (Total Cost of Ownership, TCO) untuk memiliki iPhone 15 tersebut.

Nasib baik SPM dulu matematik dapat A

Untuk ringkaskan artikel ni, kami cuma ambil kira model-model iPhone 15 yang paling basic, serta mengecualikan promosi-promosi sementara dan talian keluarga. Model-model yang kami bandingkan adalah:

  • iPhone 15 (128GB)
  • iPhone 15 Plus (128GB)
  • iPhone 15 Pro (128GB)
  • iPhone 15 Pro Max (256GB)

Bermula dengan…

iPhone 15 (128 GB)

Nota: Harga iPhone 15 128GB adalah RM4,399

Untuk telco-telco yang tawarkan iPhone 15 ni, korang boleh pilih untuk ambil kontrak 24 bulan atau 36 bulan.

Secara kontrak 24 bulan

Disebabkan harga pelan postpaid asas Yes 5G yang lebih rendah – cuma RM58 berbanding RM90+ untuk telco lain – pakej iPhone 15 diorang juga secara automatik menjadi lebih murah, iaitu sebanyak RM223 sebulan.

Dari segi TCO pulak, harga keseluruhan pakej Yes 5G adalah RM1,248 lebih rendah dari telco termahal (Maxis) dan RM744 lebih rendah dari telco kedua termurah (UMobile). Cakap pasal UMobile, korang juga kena buat bayaran pendahuluan sebanyak 3 bulan untuk ambil pakej mereka.

Selain tu, CelcomDigi sedang ada promo yang memberikan korang diskaun bulanan sebanyak RM10. Kalau korang dapat pakej ni, kos keseluruhan korang akan menjadi RM6,144. Walaupun dengan diskaun tersebut, CelcomDigi tetap lebih mahal dari Yes 5G dan UMobile.

Dari segi data, cuma Yes 5G yang sertakan data dan kelajuan 4G dan 5G tanpa had dalam pelan diorang. CelcomDigi dan Maxis berikan korang data sebanyak 150GB, manakalah UMobile berikan 1,000GB.

Secara kontrak 36 bulan

Yes 5G kekal paling murah di sini dengan bayaran RM167 sebulan, dan kedua termurah adalah CelcomDigi dengan RM211 sebulan. Dari segi kos keseluruhan pula, beza dua pelan ini adalah sebanyak RM1,584!

iPhone 15 Plus (128GB)

Keputusannya lebih kurang sama dengan iPhone 15: Yes 5G masih pilihan paling murah untuk kontrak 2 dan 3 tahun.

Harga iPhone 15 Plus adalah RM4,899

iPhone 15 Pro

Di sini ada perbezaan sikit berbanding dua model sebelumnya.

Harga iPhone 15 Pro adalah RM5,499

Walaupun CelcomDigi tawarkan harga peranti yang paling rendah, diorang memerlukan korang ambil pelan yang lebih mahal. Kesudahannya, harga bulanan CelcomDigi cuma RM1 lebih murah dari Maxis.

Yes 5G kekal sebagai pakej paling mampu milik, dan kontrak 36 bulannya adalah RM1,872 lebih murah daripada Maxis🤯.

iPhone 15 Pro Max (256GB)

Harga iPhone 15 Pro Max adalah sangat pro dan sangat max, iaitu RM6,499.

Sama dengan iPhone 15 Pro, CelcomDigi masih perlukan korang ambil pelan yang paling mahal untuk harga peranti yang lebih rendah.

Keseluruhannya, untuk keempat-empat model iPhone ni, Yes 5G menang dari segi kos keseluruhan (TCO). Namun begitu…

Selain harga, korang kena ambil kira juga liputan dan kelajuan data

Dalam artikel ni, kami cuma ambil kira pelan yang paling murah dari setiap telco. Menariknya, kalau korang bandingkan harga keseluruhan yang dibayar untuk iPhone sahaja, jumlah yang korang bayar untuk kontrak 24 bulan dan 36 bulan lebih kurang je sebenarnya. Contohnya, dengan Maxis, korang akan bayar RM166 sebulan untuk kontrak 24 bulan, dan RM111 untuk 36 bulan. Tapi kalau dikira, bezanya cuma RM12 je.

Dalam erti kata lain, beza kos keseluruhan untuk setiap pelan iPhone ni kebanyakannya datang dari harga pelan telco tu sendiri. Persoalannya, berbaloi ke bayar lebih untuk semua feadah extra tu?

Untuk pelan iPhone Yes 5G yang paling murah (RM58 Infinite Basic), korang boleh dapat panggilan, data dan kelajuan 4G dan 5G tanpa had FUP. Beza pelan ni dengan pelan diorang yang lain hanyalah kuota hotspot.

Korang boleh try Yes 5G secara percuma. [Klik sini]

Mungkin korang tergoda, tapi risau pasal liputan kat kawasan korang, kan? Jangan risau, korang boleh test dulu liputan Yes 5G secara PERCUMA untuk 30 hari!

Klik sini untuk test Yes 5G di kawasan korang secara PERCUMA!

Asalkan korang ada fungsi eSIM kat henpon korang, boleh la cuba gunakan Yes 5G selama sebulan.

Cari ‘eSIM’ dekat settings henpon korang di bawah Connections/Network, dan kalau ada, korang boleh pergi ke laman Network Test Drive YES 5G untuk cuba data diorang secara PERCUMA untuk 30 hari, tanpa sebarang komitmen.

Kalau korang puas hati, bolehlah pertimbangkan ambil iPhone pulak.