Seni lukisan yang dibeli oleh Sultan Selangor sama seperti lukisan Banksy

*Artikel ini pernah diterbitkan pada 8 April 2017*

KEMASKINI: Semalam satu Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai pembelian lukisan oleh DYMM Sultan Selangor. Lukisan tersebut menunjukkan suasana di dalam Dewan Rakyat tetapi Ahli Parlimen ditukar kepada beruk dan katak. Secara halusnya kita boleh lihat kemungkinan ini adalah satu sindiran buat semua pihak kerajaan dan pihak pembangkang.

Kalau korang jenis minat bidang seni, mesti dapat teka lukisan ni sama macam lukisan siapa? Ye betul, lukisan ni lebih kurang sama dengan sebuah lukisan dari Banksy yang bertajuk ‘Developed Parliament’. Yang dah kenal, mungkin ada yang dah kenal siapa dia ni, kalau tak kenal, teruskan baca artikel ini.

Grafiti sebagai satu bentuk karya seni dah wujud sejak zaman kuno Rom. Dalam abad moden ni ramai gila artis grafiti yang popular, tapi ada satu legend misteri yang hanya dikenali sebagai Banksy. Dia terkenal sebab aktivismenya yang berkonsepkan seni gerilla yang power dan berbeza dengan artis grafiti lain.

Sebutan betul untuk nama Banksy ni adalah Bank–C (√) Bukan Ban-sky.

Mungkin ramai menyangka Banksy ni sebagai artis grafiti je tapi sebenarnya Banksy adalah aktivis kemanusiaan yang eksentrik. Memang betul majoriti karya dia adalah grafiti stensil tapi Banksy juga adalah pengarca (sculptor), pembikin filem, prankster dan ahli perniagaan satira.  Banksy dah diangkat sebagai legend pun sekarang sebaris dengan tokoh-tokoh dunia lain.

Siapakah Banksy?

Banksy: Identitinya kekal misteri sampai ke hari ni. Imej dari time.com

“Sebuah dinding adalah satu senjata yang besar. Ia adalah cara paling jahat untuk anda menyerang seseorang,”Banksy. Dipetik dari bbc.co.uk

Setelah dua dekad sejak Banksy jadi popular, identiti seniman jalanan ni kekal misteri dan tak pernah berjaya diketahui sampai ke hari ni walaupun dah banyak kali cuba dibongkar. Ada satu teori popular dan agak kuat buktinya mendakwa Banksy lahir pada tahun 1974 dan berasal dari kota Bristol, England. Ni antara teori-teori lain siapakah Banksy;

  1. Banksy terdiri dari sekumpulan tujuh lelaki yang diketuai seorang wanita.
  2. Tahun lepas ada kajian mendakwa Banksy terdiri daripada sebilangan artis termasuk penyanyi kumpulan Massive Attack, Robert ‘3D’ Del Naja.
  3. Pendapat paling kuat – Banksy adalah Robin Gunningham.

Del Naja sendiri cakap dia bukan Banksy tapi takde pulak media lapor apa-apa respon dari Robin Cunningham dan ini memungkinkan teori Robin adalah Banksy lebih kukuh. Tapi tu semua kekal sebagai teori dan andaian je walaupun Banksy tak pernah nafikan semua dakwaan tu tapi dia tak juga kata dakwaan tu betul. Misteri la katakannn….

Robin Gunningham (kiri) dan Robert ‘3D’ Del Naja disyaki adalah Banksy. Tapi pihak Banksy tak pernah membenarkan mahupun menafikan dakwaan ni. Imej dari dailymail.com dan whitehotmagazine.com

Seorang wartawan, Simon Hattenstone antara orang terakhir yang berpeluang menemuramah Banksy secara bersemuka pada tahun 2003 ada bagi gambaran ringkas mengenai Banksy.

“Banksy adalah orang kulit putih, 28 (tahun), berpakaian kasual – jeans, T-shirt, ada satu gigi perak, rantai perak dan subang perak,” – Simon Hattenstone. Dipetik dari theguardian.com

Seni grafiti Banksy

“Grafiti boleh menjadi salah satu alat bila kita dah hampir tiada apa-apa lagi yang tinggal,”- Bansky. Dipetik dari bbc.co.uk

Banksy menjadikan grafiti stensil sebagai salah satu cara utama dia menyampaikan mesej kepada dunia. Imej dari news.fitzrovia.org.uk

Karier sebagai penulis grafiti Banksy dan rakan-rakannya bermula pada awal tahun 1990 menggunakan teknik freehand grafiti dan lukisan mural. Tapi hujung tahun 90-an Banksy menukar teknik grafitinya kepada grafiti stensil.

“Sejak pertama kali aku menggunting karya stensil aku dapat rasakan satu aura. Aku jugu suka sisi poilitiknya. Semua lukisan grafiti adalah kenyataan membangkang yang bertafaraf rendah, tetapi stensil mempunyai sejarah yang lebih besar. Ia telah digunakan dalam memulakan revolusi dan menghentikan peperangan.” – Banksy. Dipetik dari complex.com

Lagipun, kaedah stensil ni cepat disiapkan, jadi senang nak elak daripada ditangkap polis. Grafiti stensil Banksy ini turut diinspirasikan oleh Blek le Rat yang digelar “Father of the Street Stencil” dan Richard Hambleton yang digelar“the Godfather of Street Art.”

Xavier Prou a.k.a Blek le Rat yang digelar sebagai ‘Bapa grafiti stensil’ jadi inspirasi untuk Banksy hasilkan grafiti stensil. Imej dari widewalls.ch

Bermula dari kota kecil Bristol sampailah ke West Bank Wall 

Karier Banksy bermula dengan satu karya je kat sebuah exhibition di Bristol, kemudian nama dia meletup awal tahun 2000 bila pindah ke London dan jadikan Steve Lazarides sebagai ejen. Walaupun waktu ni Banksy belum terkenal di peringkat global tapi karya dia waktu ni dah boleh cecah £10,000!

Nilai harga karya Banksy dah jadi mahal gila sekarang. gif dari giphy.com

Karya bermesej subversif terhadap sistem monarki UK adalah antara faktor utama Banksy makin dikenali kat UK. Contohnya bila Banksy gambarkan Queen Elizabeth II sebagai seekor Chimpanzee dan memomok duit kertas pound UK menggantikan Elizabeth II dengan gambar Puteri Diana. Tahun 2003 Banksy anjur exhibition “Turf War” yang dianggap antara faktor utama Banksy semakin popular ke peringkat antarabangsa sebab semua karya pameran tu provokatif sangat. Pameran tu patutnya berlangsung selama enam hari tapi disebabkan polis nak sangat tangkap Banksy, “Turf War” berlangsung dua hari je.

Waktu UK tengah sambut sambut jubli emas Queen Elizabeth II (2003) Banksy buat ‘Queen Chimp’. Masa Elizabeth II sambut jubli berlian (2015) Banksy buat Lizzy Stardust pulak. Imej dari paddle8.com dan thetelegraph.co.uk

Peminat Banksy bertambah sampai orang Islam pun suka sebab Banksy adalah pro-Palestin. Tahun 2005 Banksy buat tribute untuk rakyat Palestin dengan  sembilan grafiti yang menggambarkan penindasan rejim Zionis kat tembok Pemisah Israel Dan Palestin (West Bank Wall). Sepuluh tahun kemudian (2015) Banksy buat empat lagi grafiti kat Gaza dan tahun ni Banksy buat hotel paling depressing dalam dunia kat Palestin yang jelas menunjukkan simpatinya pada penduduk Palestin.

Kolaj sembilan karya Banksy di West Bank Wall. Imej dari blogs.uoregon.edu

Kenapa Banksy suka subjek jijik, kotor dan tema kontroversi?

Semua karya Banksy menjurus kepada unsur-unsur subversif, provokasi, dan satirikal yang menggambarkan konteks realiti dunia sekarang. Karya Banksy semuanya bertemakan sama ada isu politik atau kritikan terhadap norma sosial kontemporari. Karya dia bawa mesej antipeperangan, antikeganasan, anti-sistem kapitalis, antipenjajahan, antifasisme, antipemerintahan kuku besi dan antipenindasan golongan elit terhadap majoriti manusia. 

Selain subjek tikus yang menjadi kegemaran grafiti Banksy, ada banyak lagi karya dia yang gunakan tema yang berbeza-beza, macam monyet, polis, tentera, kanak-kanak dan warga emas.

“Sekiranya kamu adalah kotor, tidak penting dan tidak disukai maka tikus adalah model paling gempak” – Banksy. Dipetik dari bbc.co.uk

Imej tikus siap bertali leher, beg bimbit, payung terbuka, dan deskripsi tulisan berdarah tu menyimbolikkan hawa nasfu sifat materialistik dan ketamakkan golongan elit dan menindas kehidupan orang ramai. Imej dari michaeloart.com.

Tapi walaupun Banksy terkenal dengan karya berunsur provokatif dia juga sebenarnya banyak membawa mesej kemanusiaan yang kompleks. Ni antaranya;

Mesej keamanan

‘Love is a Riot Flower’ ni adalah karya Banksy yang paling masyhur. Hanya objek bunga diwarnakan dalam karya hitam putih ni sebagai simbolik penentangan aman rakyat Palestin terhadap tentera Israel. Imej dari thewholeworldisaplayground.com

Mesej menentang trend brandalism

Karya ni menyindir budaya konsumerisme orang ramai dengan imej kanak-kanak menunjukkan sifat kesetiaan kepada syarikat korporat Tesco. Imej dari stensilrevolution.com

Mesej menentang kekejaman terhadap haiwan

Karya Banksy ‘Sirens of the Lambs’ ni disokong organisasi hak asasi binatang (PETA). Imej dari thesecondrow.com.au

Impak Banksy kepada dunia

Mungkin Banksy sendiri tak sangka jutaan orang dari seluruh dunia terkesima dengan mesej yang dia bawa yang bermula dari situasi menggambarkan kehidupan di pekan kecil Bristol sampailah ke tembok pemisah Israel-Palestin. Ramai peminatnya menggesa supaya karya Banksy tak disabotaj oleh mana-mana pihak. Korang boleh tengok dokumentari bertajuk ‘saving Banksy’. dan dokumentari ‘Banksy Does New York’.  Bukan setakat kat Eropah dan Amerika je, impak Banksy sampai ke negara-negara Timur Tengah.

“Tiada yang lebih merbahaya daripada seseorang yang ingin menjadikan dunia ini lebih baik,” – Banksy. Dari bbc.co.uk 

karya Banksy memberi impak yang besar kepada dunia. Grafik dari prezi.com

Pengaruh Banksy ni dasyat gila sampai scene grafiti diangkat ke satu level yang baru. Siap ada terma “The Banksy Effect‘ yang bermaksud aktivisme Banksy ni dah ‘buka pintu’ untuk seni grafiti dikaitkan dalam kehidupan harian orang macam kita ni. Lokasi-lokasi karya dia jadi tarikan pengunjung dari serata dunia. Banksy turut jadi inspirasi untuk ramai artis grafiti lain yang tak kurang powernya macam Dr.Love, Jamie Scanlon dan ramai lagi.

Ada banyak lagi jenis aktivisme Banksy

Selain terkenal sebagai artis grafiti, ni empat lagi jenis aktivisme Banksy;

1. Pengarca (sculptor)

Arca provokatif Banksy pun lain macam sikit level dia. Keduadua imej dari dailymail.com

Arca-arca yang dibuat Banksy ni semuanya memang provokatif sesangat. Dia provok buat arca muka muka paderi yang ‘diblurkan’ sebab nak kutuk salah laku seks dan amalan korupsi paderi-paderi katolik yang berleluasa, kutuk McDonald, kutuk kekejaman terhadap haiwan dan banyak lagi lah.

2. Pengarah filem

Banksy juga dikenali sebagai pembuat filem bila dia dapat idea buat satu dokumentari yang ditayangkan tahun 2010 bertajuk Exit Through the Gift Shop lepas dia berkenalan dengan Thierry Guetta, seorang lelaki berperangai pelik yang obses membawa video kamera dan merakam semua benda dia yang dia buat dan tengok. Macam korang lah yang asyik rakam guna smartphone korang tu. Banksy turut muncul dalam dokumentari ni dengan bahagian mukanya digelapkan dan intonasi suaranya diubah supaya identitinya kekal misteri.

Banksy ditemuramah dalam dokumentari Exit Through the Gift Shop

“Ia adalah kisah bagaimana seorang lelaki (Guetta) cuba membuat sebuah filem yang mustahil untuk difilemkan. Dan gagal,” – Banksy. Dipetik dari bbc.co.uk

Dokumentari Exit Through the Gift Shop memberi idea kepada produser animasi terkenal The Simpsons untuk bagi peluang kepada Banksy mendraf montaj pembukaan ‘couch gag’ The Simpsons dalam episod MoneyBart. Montaj Banksy tu jadi perbincangan hangat sebab ia bawa mesej berat iaitu kritikan terhadap syarikat-syarikat kapitalis barat yang mengeksploitasi buruh luar dengan memfokuskan babak di suatu kilang peras tenaga (sweatshop) di Asia yang bekerja dalam keadaan yang teruk termasuk menggunakan buruh kanak-kanak dan kekejaman terhadap haiwan bagi menghasilkan pelbagai barangan bertemakan The Simpsons yang diakhiri dengan logo 20th Century Fox. Tapi produser tu cakap montaj Banksy tu sebenarnya tak menggambarkan situasi dan amalan syarikat 21st Century Fox kepada kelas buruh di Asia.

Klik gif ni untuk korang tengok montaj power yang menyindir syarikat kapitalis barat. Deep gila weh! Gif dari giphy.com

Tiga tahun lepas tu (2013) Banksy buat projek “seorang artis bermastautin di sekitar New York” yang digelarnya sebagai Better Out Than In. Dalam masa sama dia buat satu dokumentari pasal projek yang bernama Banksy Does New York yang dapat review baik.

3. Prankster

Banyak kali jugaklah Banksy buat prank. Prank Banksy bukan suka-suka je, dalam jenaka prank tu Banksy bawa mesej yang cukup power. Contohnya Banksy pernah letak patung banduan Guantanamo Bay kat Disneyland sebab nak highlight kesengsaraan banduan yang disyaki sebagai pengganas, memomok duit kertas pound UKedit 500 salinan muka depan album Paris Hilton yang disebarkan ke 48 kedai muzik sekitar UK dan dia pernah tampal beberapa potret di empat muzium sekitar New York.

Patung banduan penjara Guantanamo Bay ni berjaya bertahan selama 90 minit sebelum dialihkan. Imej dari widewalls.ch

4. Tubuhkan entiti perniagaan satira yang pelik tapi benar

Ni satu lagi perkara yang membezakan Banksy dengan seniman lain; bila dia guna medium bisnes yang berkonspekan perniagaan satirikal untuk membawa ideologi dan bukannya mencari keuntungan. Projek tergempak Banksy bebaru ni bila dia selamba hadap bina hotel depan West Bank Wall sebagai satu ekspresi menentang penjajahan Zionis. Padu woih!

Suasana di hadapan hotel paling murung di dunia. Imej dari consequenceofsound.net

i) The Walled Off Hotel (2017)

“Isu tembok sedang hangat sekarang, tapi aku dah lama bercakap mengenainya lebih lama sebelum Trump mempopularkannya,” – Banksy. Dipetik dari Youtube

Hotel The Walled Off Hotel di Bethlehem, Palestin yang dianggap sebagai hotel paling depressing (murung) dalam dunia sebab pemandangan dari bilik hotel ni adalah tembok pemisah Israel dan Palestin. Projek ni serius gila, buat masa sekarang korang boleh tengok dengan detail karya-karya provokatif kat website rasmi Banksy yang hanya fokus pasal hotel ni je. Takpun korang boleh tengok tour hotel ni kat link ni. Menurut jurucakap hotel ni pihak berkuasa langsung tak tahu hotel ni dibina sampailah bila hotel ni dah siap, pihak berkuasa tercengang sebab terkejut. Power betul mamat ni kan.

Selain pemandangan tembok pemisah, karya-karya dalam hotel ni menggambarkan penindasan terhadap Palestin. Imej dari banksy.co.uk

ii) Dismaland – Bemusement Park (2015)

“Ini adalah taman teman keluarga yang tidak sesuai untuk kanak-kanak,” – Banksy. Dipetik dari nytimes.com

Satu lagi contoh perniagaan satira Banksy ialah pada dua tahun lepas (2015) bila dia buat satu theme park parodi Disneyland yang diberi nama Dismaland yang beroperasi selama 36 hari sahaja. Bertemakan distopia Bemusement Park (taman tema yang murung) pengunjung akan ‘dihiburkan’ dengan permainan yang disertai arca-arca dan imej-imej yang sedih dan mengerikan seperti lambakan pelarian (refugee) atas bot, mayat pendatang asing, kemalangan, malaikat maut dan macam-macam lagi perkara yang dahsyat. Korang tengoklah sendiri betapa ‘depressing’ permainan-permaian kat Dismaland kat link ni.

Figura Cinderalla mati kemalangan sambil dikerumuni paparazzi kat Dismaland ni adalah simbolik insiden kemalangan yang menyebabkan kematian Puteri Diana. Imej dari theguardian.com

Cabaran dan permusuhan

Korang boleh ikut kisah permusuhan yang sayu di antara Banksy dengan dua artis grafiti lain.

Antara artis grafiti terkenal lain adalah King Robbo yang juga berasal dari England. Banksy dan Robbo ‘bergaduh’ dengan merosakkan grafiti satu sama lain. Korang boleh ikut secara detail kisah permusuhan yang unik di antara Banksy dan King Robbo yang sangat menarik kat dokumentari niPermusuhan Banksy dan Robbo berakhir lepas Robbo mati kerana kecederaan teruk di kepalanya. Banksy buat tribute bagi menghormati legasi Robbo.

Perang grafiti antara Banksy dan Robbo yang berakhir bila Robbo mati dan Banksy bagi penghormatan kepada Robbo (gambar no.10). Imej-imej ni dikumpul dari artifido.com

Sebelum ‘bergaduh’ dengan Robbo, ada satu lagi kisah menarik pada tahun 2007 berkenaan permusuhan di antara Banksy dengan seorang artis grafiti, Bradley Chapman yang dikenali sebagai Ozone. Ia bermula bila Ozone mencemari grafiti Banksy yang bertemakan satu babak dari filem Pulp Fiction di Old Street tube station kerana ia seolah-olah menggalakkan keganasan. Ozone kemudiannya mati kemalangan dan Banksy buat tribute untuk Ozone  iaitu Ozone’s Angel di lokasi grafiti pulp fiction.

Banksy buat tribute untuk ozone yang mati eksiden degan imej angel (malaikat) pakai baju kalis peluru sambil memegang satu tengkorak. Imej dari leefuyispring.blogpsot.my

Spesis orang yang berprinsip macam Banksy ni sangatlah rare. Setakat kena kritik dengan artis lain termasuklah Blek le Rat pun Banksy tak kisah sangat tapi ni antara cabaran yang terpaksa dihadapi Banksy;

1. Simpan rahsia identiti

Dah banyak laporan dan kajian yang mungkin dah berjaya dedahkan siapa Banksy ni sedangkan elemen anonimity (tidak mahu dikenali) jelas dengan sikap beliau adalah bentuk sebenar sikap seorang yang melawan penindasan. (“act of resistance”).

2. Karya Banksy dirosakkan oleh pembencinya

Selain hasil karyanya dicuri, banyak grafiti Banksy telah dirosakkan oleh ramai pihak yang tak suka dengannya antaranya grup yang dikenali sebagai Appropriate Media yang anti grafiti yang bertanggungjawab merosakkan mural Mild Mild West Banksy dengan menyimbah cat merah. Ada juga yang berdendam dengan Banksy sampai culik arca pertama yang dihasilkan Banksy ‘The Drinker’ pada 2004 yang dipulangkan semula ke lokasi asal arca tu tapi dah dirosakkan.

Lelaki ni lah yang curi arca ‘The Drinker’ pastu mintak £5,000 untuk dia bagi balik arca tu tapi Banksy offer £2 je. Sudahnya dia tukar arca tu jadi ‘the stinker’. Imej dari dailymail.co.uk

3. Banyak karyanya dicuri untuk dijual

Setiap karya yang disahkan pihak Banksy sebagai karya aslinya akan segera dapat perhatian peminatnya tapi kebanyakkan karya tu semua konfirm akan dicuri orang yang ingin menjualnya semula dengan harga yang tinggi.

Ni antara contoh karya Banksy (sebelum dan selepas) yang ditampal kat satu dinding kena curi oleh orang yang nak jual semula karya tu dengan harga yang mahal gila iaitu £450,000. Gambar dari muralform.com

4. Pengedar yang tak diiktiraf tapi ada hak menjual karya Banksy

Pest Control ni lebih kepada gimik satira Banksy yang memang tak nak cari keuntungan. Imej dari pestcontroloffice.com

Ada satu syarikat, Sincura Group yang anjurkan projek yang digelar STEALING BANKSY? Tahun 2014 diorang buat jualan lelongan karya Banksy walaupun diorang tahu tuan punya badan sendiri tak setuju dengan apa yang diorang buat tu. Banksy sendiri kutuk jualan lelong karya dia sebagai menjijikkan. Bukan tu je, dalam tahun yang sama ada satu lagi exhibition oleh The Unauthorised Retrospective yang menjual karya Banksy tanpa persetujuan dia jugak. Lebih ironi bila dalam jualan lelong ni ada karya yang Banksy hasilkan pada tahun 2007 yang menyindir pertubuhan yang lelong karya seninya berjudul “I Can’t Believe You Morons Actually Buy This Shit” dengan nilai £10,000. Inilah ironi ketamakkan golongan kapitalis.

Banksy kata satu-satunya wakil rasmi beliau adalah The Pest Control yang sebenarnya tak jual langsung apa-apa karya Banksy, macam gambar kat atas tu ada kenyataan simple “there is currently something/nothing available.” Sedangkan kalau Banksy jual karya-karya dia senang je nak jadi bilionaire sebab setiap karyanya mampu mencecah jutaan dolar.

Tapi korang tau tak Banksy sebenarnya pernah jual karya dia dengan harga yang sangat murah tanpa diketahui sesiapapun!

Takde siapa tahu karya original Banksy dijual dengan harga semurah $60. Imej dari theguardian.com

Pada bulan Oktober 2013, tanpa buat sebarang publisiti dan iklan, Ada satu gerai tepi jalan yang di set up selama sehari saja kat Central Park, New York yang menjual 100% karya asli Banksy dengan harga serendah USD60 sahaja sedangkan nilai karya-karya kat gerai tu boleh cecah dari USD65,000 hingga USD95,000! Gerai tu beroperasi selama tujuh jam dan dikendalikan oleh seorang lelaki tua yang tak dikenali tapi hanya lapan karya yang terjual kepada tiga pembeli bertuah dan jumlah jualan adalah sebanyak USD 420 je.

Banksy mesti teruskan aktivismenya

Mesej karya seni Banksy membawa aspirasi majoriti masyarakat dunia. Imej dari news.bbc.co.uk

Banksy adalah seniman kemanusiaan yang berada dalam kelas yang tersendiri sebab takde siapa lagi yang buat apa yang Banksy dah buat. Dah jelas Banksy gunakan bakat dia dengan mengketengahkan isu-isu sosial dan hampir semua karyanya berunsur sokongan kepada golongan yang tertindas. Semua karya Banksy bersimbolikkan situasi dunia kontemporari ni sangat deep mesejnya dan sebab tu lah karyanya sangat relevan untuk generasi kita sekarang.

Bacaan tambahan: